Cinta


Sebuah kata yang lahirkan dua hal saling berlawanan
Dapat memberi kebahagiaan dan lahirkan penderitaan
Membuat makhluk bumi bertahan dalam pengorbanan
Dan jadi sumber inspirasi sejarah sepanjang zaman

Kerana cinta pada Laila. Qais pergi ke gurun sunyi bawa ribuan ratap
Kerana cinta jua Rabiatul Adawiyah ungkapkan kerinduan dalam ucap
Kerana cinta pada-Nya jua keindahan syurga untuk para mujahid disingkap
Itulah jawapan mengapa para pencinta bersujud pada-Nya dalam tangis harap

Dalam ngantuk dan kelelahan yang sangat seorang ibu bangun di tengah malam
Dengan perjuangan berat pencinta Ilahi munajad dikegelapan yang hitam
Kerana cinta berlandaskan syahwat manusia rela gunakan ilmu hitam
Dan kerana cinta jua sebuah rumah tangga hancur atau tenteram

Atas nama cinta, seorang ayah pergi mencari nafkah
Kerana cinta burung-burung pergi pagi dari sarangnya
Kerana cinta mujahid rela untuk berkorban darahnya
Itulah hakikat cinta tertinggi berkorban untuk-Nya

Dengarlah para penyair bersenandung tentang cinta dalam kehidupan
Cinta yang membuat pria dan wanita bersatu sampai maut memisahkan
Atau cinta yang putus dan layu kerana telah disia-siakan dalam perjalanan
Atau cinta yang membawa kisah sedih kerana telah bertepuk sebelah tangan

Cinta, sebuah misteri ribuan tahun yang tersembunyi
Lahirkan kebahagiaan dan berbagai kepedihan dihati
Yang mampu bimbing manusia untuk hidup dimurkai
Atau lahirkan semangat kuat untuk menentang tradisi

Ribuan tahun telah berlalu
membawa jutaan kisah cinta yang indah dan pilu
Jasad-jasad para pencinta telah terbaring dikubur jadi bahagian masa lalu
Di bumi yang sempit kerana cinta sebahagian manusia masih berseteru
Walaupun sebahagian yang lainnya kerana cinta mereka tetap bersatu

Atas nama cinta, hidup serasi adalah sebuah pilihan
Saling membantu dalam hidup dengan rasa kasihan
Niscaya kebaikan dan kemuliaan akan Tuhan berikan
Dan jadilah hidup sebagai rahmat dalam kebersamaan

0 comments: