Kita Umat Akhir Zaman Yang Sangat Istimewa....

"Rasulullah merindui umat akhir zaman" .....****

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384)

Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)

Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.“ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)

Berdasarkan dari hadis-hadis diatas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.


Fadilat Selawat - untuk renungan

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Amin Ya Rabbal Alamin.





1 comments:

Ketika Ini Hingga Akhir Nanti


1. Ketika mencari calon janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika melamar anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. Ketika akad nikah anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika resepsi pernikahan catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. Ketika malam pertama bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Ketika berkeluarga sedarilah bahawa jalan yang dilalui bukan hanya melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika biduk rumah tangga goyang jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan

8. Ketika belum memiliki anak. Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika telah memiliki anak. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. Ketika ekonomi keluarga merudum yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. Ketika ekonomi berkembang jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12. Ketika anda adalah suami boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. Ketika anda adalah isteri tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. Ketika mendidik anak jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15. Ketika anak bermasalah yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. Ketika anda sakit, tataplah suami, isteri sebagai ubat.

17. Ketika ingin aman dan harmonis gunakanlah formula 7K
1 ketaqwaan 2 kasih sayang 3 kesetiaan 4 komunikasi dialogis 5 keterbukaan 6 kejujuran 7 kesabaran

0 comments:

Binalah nilai seorang sahabat yang baik

Ingatlah sahabat…

Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…

Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..

Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…

Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,

Bila dikatakan pada mu:
Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali:
Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…

Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..

Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..

Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

jadilah sahabat yang baik…

Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

0 comments:

Fakta bukan auta

95% golongan dalam fb adalah wanita
95% juga semuanya mempamerkan wajah2 mereka dengan gaya tersendiri
95% juga cun2 belaka
95% yang bertudung bila bergambar
50% yang masih dara
50% lagi mak dara
hanya 5% saja mesejnya penuh dengan hal2 agama.

adakah kamu bersetuju dengan kata2 saya ini.

0 comments:

Rindu-rinduan akan jadi kenangan

Tak semua rindu boleh diluah. 
Tak semua cemburu perlu diberitahu. 
Tak semua sayang harus ditunjuk. 
Lebih baik menjadi rahsia Kita dan Allah.

0 comments:

Ayooo Sekolaaah!

mak mak,ibu ibu,mama mama,mummy mummy ,ayah ayah, papa papa n daddy daddy sekalian bersedia untuk hari esok menghantar anak-anak ke sekolah..... he he he 

0 comments:

Mimpi Mati Hidup Semula

Suatu Kisah Benar

Satu kisah benar seorang perempuan yang bermimpi mengenai mati dan diazab di dalam kubur.... dan sekarang telah mendapat petunjuk dari Allah.

Satu malam aku tidur dan bermimpi sudah menjadi mayat...

Masa sakaratul maut memang menyakitkan dan roh ku tetap berdiri disebelah jasad dan menangis mengenangkan nasib dah menjadi mayat menyesal dan takut.....

Aku melihat jasad ku dimandikan dan dikapankan.....dan dihantar untuk disolatkan selepas aku sudah tiada disitu sampai dikebumikan....

Aku mendengar talkin dibacakan....dan selepas 7 langkah terakhir suami ku meninggalkan kubur ku....

Lalu datanglah malaikat menyoalku dengan baik dalam bahasa arab aku faham soalan yang diajukan....(di alam kubur Allah akan memberi kefahaman untuk memahami bahasa arab yang disoal malaikat) tapi tak tau apa nak dijawab

Mulut ku pula tertutup rapat seperti digam dan aku sebenarnya nak bagi tau yang aku tak tau jawapannya....

Masa tu aku dipukul dengan tali yang daripada petir dan kilat....

Aku dipukul sampai hancur dan jatuh daging dari jasad dan terbenam dalam tanah tempat ku duduk (masa malaikat soal aku sedang duduk bukan baring)...

Lalu malaikat menarik rambut ku keluarkan dari dalam tanah yang terbenam dan tercantum semula daging yang hancur tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak dapat dilupakan.....

Aku nangis menjerit kesakitan sambil menyebut Allahu Akbar sakitnya kenapa aku disiksa macam ni sedangkan semasa aku hidup aku taat pada perintah Allah dan suami (masa tu tiba-tiba mulut ku boleh berkata).......

Pada masa tulah aku dengar suara malaikat yang menakutkan itu bagi tau kamu memang taat pada suami.....

Dan kamu memang solat...

Adakah solat kamu benar2 ikhlas kerana Allah?

Dan kamu tak pernah dakwah dengan jiran2, saudara2, adik beradik walaupun kamu tahu mereka buat dosa dan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna....

Dan lalai dari mengingati Allah....barulah aku sedar dengan dosa yang aku lakukan.....

Dan teringat pula di dunia masa aku tengok tv dan bila mendengar azan aku fikir solat boleh qadha' kerana cerita di tv belum habis nanti tak tau pula kesudahannya....

Dan terkadang aku fikir baru je solat nak solat lagi....dan rajin dengar radio mencari hiburan didunia yang melalaikan....

Pada masa diazab aku merayu untuk dihidupkan kembali dan aku memanggil ya Allah ampunkan dosa ku aku tak tau pasal tu semua, kalau aku tau aku tak buat.....

Ya Allah! Hidupkanlah aku 1 kali je lagi aku janji takkan lalai lagi....

Dan aku dipukul untuk kali ke2 dengan soalan yang sama dan aku tetap merayu tanpa jemu kerana tak tahan dengan siksaan kubur ku....

Malaikat berkata dengan suara yang menakutkan semua ahli neraka minta perkara yang sama iaitu minta dihidupkan semula tetapi tidak akan dilayan kerana didunialah tempat menentukan segalanya....

Aku tetap merayu....selepas itu aku terdengar satu suara beritahu bagi kesempatan sekali lagi untuknya....

Dan ketika itu malaikat memukul ku lalu aku tercampak dari kubur ku yang meletup dengan kain kapan yang masih berdarah......

Aku tersentak bangun dari tempat tidur dan aku terasa tubuh ku seperti baru di tuang air panas dasyat sekali walaupun mimpi tetapi terasa seperti benar2 terjadi....

Aku menangis tanpa henti2...dan memohon keampunan dari Allah keatas dosa yang telah aku lakukan.....

Selepas tu aku mejalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa apa lagi iaitu masih tengok tv dan dengar radio...

Masa aku sedang tengok tv satu suara tanya dengan ku dimana janji kamu aku tersentak dan terus matikan tv dan beristighfar.....

Malam tu aku bermimpi suara tu suruh aku tepati janji ku masa dialam barzakh....

Tidak lama selepas mimpi itu saya kini dapat mendengar suara malaikat yang akan menegur saya jika membuat salah dan akan menasihati saya bila ada kemusykilan..

Sebagai contoh, saya lengahkan solat, suara tu akan ingatkan balik janji dari dalam kubur,

Jika lalai dan lagha, suara tu akan ingatkan saya supaya tidak lagha..,

Bila di tanya suara siapakah ini?, maka suara itu mengaku bahawa dia adalah malaikat dari alam hakikat dan dipesan supaya jangan lalai..

Maksud lalai aku dilarang tengok tv dan dengar radio kerana itu hiburan dunia yang kita asyik sekali sampai lupa Allah....

Esoknya radio aku didapur aku buang dan hifi aku pula tiba2 tak boleh mendengar siaran radio cuma boleh mainkan cd je hifi tu,

Dan lepas itu aku menggunakan hifi itu untuk mendengar nasyid...kerana aku fikir takpelah boleh dengar nasyid dan suara tu tetap ingatkan ku…

Boleh dengar nasyid yang memuji Allah dan zikir....lebih eloknya zikir sendiri bukan dengar radio ikut zikir....

Dan disuruh menutup yang sebenar2 aurat dengan sempurna dan disuruh membaca tafsir al-quran sebenar2 firman Allah dan hadith Rasullullah saw untuk berdakwah bukan main ikut suka hati nak berdakwah ikut hadith yang tak sahih...

Antaranya:-

- saya bukan di utus untuk berdakwah (diutus hanya untuk para nabi dan rasul), tapi di perintah oleh Allah untuk berdakwah dan dipesan kepada saya bahawa dosa saya tetap akan dihisab dan saya hanyalah sebagai manusia biasa yang diberi peringatan oleh Allah untuk khabarkan apa yang diperlihatkan oleh Allah kepada saya untuk disampaikan kepada ummat Muhammad sebelum terlambat.

- kita semua juga disuruh berdakwah antara satu sama lain dan disuruh menyayangi umat Nabi Muhammad seperti Nabi Muhammad menyayangi umatnya.

- Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad,

Bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada Jibril dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Kitab ini Al-Qur'an tidak ada keraguan padanya jadi petunjuk bagi orang2 yang bertakwa.

- Alif Lam Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Raa untuk Rasulullah.

Bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab yang terang. Sesungguhnya telah kami turunkan quran dalam bahasa arab, mudah mudahan kamu memikirkannya.

- Alif Lam Min Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad, Raa untuk Rasulullah

Bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada Jibril dan diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah s.a.w.

Itulah ayat ayat kitab apa yang diturunkan kepada engkau (Muhammad s.a.w) dari tuhanmu adalah benar.

Tetapi kebanyakkan manusia tiada mahu beriman.

Doakan orang Islam yang telah meninggal dunia di dalam kubur supaya di ampunkan oleh Allah, termasuk dosa syirik (dosa syirik yang dimaksudkan adalah syirik kecil yang tak disengajakan)

Pasal syirik dan bid`ah ni siksaan tentang ini amat pedih dan disuruh minta ampun pada Allah atas dosa syirik kecil untuk orang yang meninggal dunia adalah kerana mereka telah meninggal dunia dan tidak akan dapat kembali lagi kedunia untuk bertaubat...

Oleh itu kita disuruh beramai ramai mendoakan atas kesalahan yang tidak disengajakan itu....

Dan diberi peringatan bahawa tugas kita hanyalah mendoakan sahaja dengan ikhlas dan atas Allah untuk mengampuni semua dosa tak tersengaja oleh ahli kubur Islam itu....

Siksaan Allah amat pedih bagi yang engkar dengan perintah Allah.

- Dan disuruh mengikut sebenar benar cara Rasulullah s.a.w buat....

Dan diperingatkan bahawa umat Akhir Zaman ini belum tentu dapat masuk syurga kerana manusia sekarang ini dah semakin jauh dari ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w

Dan terlalu ke arah hiburan yang melalaikan dari mengingati Allah dan tidak sama dengan apa yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w....

Maksudnya disuruh mengikuti sunnah Rasulullah saw 100% dengan banyak berzikir dan mengingati Allah setiap masa untuk mencapai kejayaan di akhirat tanpa hiburan yang melalaikan dan melekakan daripada mengingati Allah.

- Banyakkan baca Tafsir Al-Quran (maksudnya membaca Qur'an sambil mengetahui maksudnya), dan berhati hati merujuk hadith.

- Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan Allah dan kiranya sesiapa bertanya tentang Ku (Allah) katakanlah Aku terlalu hampir dengan mereka.

- Disuruh mendidik anak dengan Islam yang sebenarnya bermula dari kecil dan disuruh mengajar anak tentang kasih sayang Allah terhadap hambanya.

- setiap kali kita berdoa haruslah ditambah "Dengan Rahmat Allah" (seperti contoh... Ya Allah ampunkanlah dosaku dengan Rahmat Mu Ya allah....)

- Sekira kamu ditimpa musibah dan sakit berdoalah kepada Allah supaya diampunkan dosa kamu... bukan diminta "baikkan" sakit atau mengeluh....

Kerana dengan rahmat Allah.... setiap sakit dan musibah itu adalah satu penghapus dosa didunia untuk hamba2nya...

- Seorang manusia yang melalaikan manusia yang lain daripada mengingati Allah akan di azab dengan teruk.

Siksaan Allah amatlah pedih sekali.

Dengan kehendak Allah, saya juga telah diperlihatkan tentang siksaan azab kubur melalui mimpi bagi orang yang melalaikan orang lain daripada mengingati Allah....

Yang mana kubur mereka amat sedih sekali saya melihat siksaan kuburnya yang terbakar dengan api yang membakar dan dipukul dengan azabnya sehingga berdarah darah....

Sebagai peringatan untuk tidak melalaikan manusia lain daripada mengingati Allah...

Saya amat kasihan sekali melihat mereka kerana mereka bermohon kepada Allah agar diampunkan dosanya dengan kata kata

"Ya Allah ampunilah aku, kembalikan lah aku kedunia agar aku dapat bertaubat, ampunkan dosa aku kerana aku telah melalaikan ramai manusia daripada mengingatimu

Ya Allah kerana aku tidak tahu dan aku fikir itu hanyalah sekadar hiburan dan bukanlah dosa besar"

Bagi yang telah membaca kisah ini... saya merayu kepada semua untuk mendoakan mereka semua dengan ikhlas kepada Allah agar dengan rahmat Allah mereka semua diampunkan dosa dosa kecilnya bagi meringankan azab kubur mereka

Cuba bayangkan diri saudara dan saudari sekalian berada ditempat mereka sekarang ini… kasihanilah mereka dengan mendoakan mereka

Dan diberitahu kepada saya juga... bagi pelakon, penyanyi dan seangkatan dengannya yang telah meninggal dunia...

Selagi manusia sekarang ini menonton filemnya selagi itulah mereka kena azab dan dosanya semakin banyak seramai manusia yang menontonnya atau menyanyikan nya...

- Apa yang Allah diperlihat kan kepada saya semua ini adalah sebagai tanda peringatan kepada saya, keluarga saya dan semua manusia.

Dan saya tetap manusia biasa dan dipesan kepada saya juga dosa saya juga tetap akan dihisab dan saya hanya disuruh menyampaikan sahaja kepada semua hambanya apa yang disuruh malaikat atas perintah Allah s.w.t

Disuruh meyampaikan kepada semua wanita termasuk saya sendiri bahawa tidak boleh menggunakan tudung bentuk v kerana boleh menampakkan perhiasan dada wanita dari tepi (maksudnya apa sahaja tudung yang nipis atau selendang)

Dan disuruh memakai tudung bulat hingga menutupi semua bentuk perhiasan dada wanita dan wajib taat pada perintah Allah agar berjaya diakhirat.

- Tidak boleh melengahkan solat dan disuruh menyuruh hambanya agar menjaga solatnya.(maksudnya hendak atau tidak disuruh juga solat kerana Allah akan membayar segalanya pada akhirat nanti)

- Kasih Sayang Allah amat besar mengatasi kemurkaannya.

- Allah akan tujuki kepada sesiapa yang Allah kehendaki (bermaksud Allah lebih mengetahui isi hati manusia apakah mereka ikhlas kepada Allah dan cintakan Allah) dan Allah tak pernah pilih kasih terhadap hambaNya.

- Khabarkan kepada pendosa bahawa tiada dosa yang tidak dapat Allah ampunkan, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi maha mengasihani hambanya asal kamu bertaubat.

- Janganlah riak dengan amalan kita dan disuruh membimbing kepada yang lain. ....

- Dan satu lagi pesan Rasulullah saw dalam mimpi saya, kalau nak berjaya diakhirat ikutlah petunjuk al-quran dan sunnah ku sunnah Rasulullah......

- Semua petunjuk yang diberikan adalah untuk menyuruh manusia lain dan saya sendiri agar mengikuti ajaran Islam yang sebenarnya agar mencapai kejayaan akhirat dan agar tidak menangis di akhirat.

Dan semua yang berlaku pada saya hanyalah kehendak Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


0 comments: