Everytime You Say Goodbye

Ini bukan sekadar puisi tapi luahan jujur dari hati
Bukan sekadar bicara sepi tetapi ungkapan tulus dari sanubari
Semoga kamu mengerti juga memahami akan satu ikatan suci, yang sungguh murni
Tautan kasih sahabat sejati
Pautan sayang tersemat suci
Wajahku tidak seindah bulan
Tidak juga sesinar bintang
Bukan berseri bak mentari
Bukan setelus cahaya pelangi
Andai itu yang kamu cari
Andai itu yang kamu harapkan dalam diri ini
Seikhlas hati aku katakan 
Semua itu tiada padaku
Semua itu bukan diriku
Aku hanyalah aku
Yang di ciptakan TUHAN sebegitu
Namun aku bersyukur apa adanya padaku
Kerana itu anugerah dari yang ESA
Siapalah aku untuk mengubah segala?
Yang ada padaku sejuta kejujuran
Seluas kasih sedalam sayang
Yang ada dalam diri ini seribu keihklasan
Segenggam setia segunung harapan
Hanya mampu aku lontar ucapan dalam diam
Aku sayangkan perhubungan yang terjalin atas dasar kesucian 
Meskipun cuma di alam khayalan
Tapi bagiku semua itu bukan halangan 
Untuk aku menjalin ukhwah persahabatan 
Walaupun jauh berbatu-batuan
Andai selama kita menjadi kenalan
Maafkan diri ini atas segala kekhilafan
Buangkanlah segala kebencian dan dendam
Pancarkanlah sinar mesranya senyuman
Semoga dengan kasih sayang yang di hulurkan
Akan damailah resah yang bersarang
Akan terzahirlah bibit-bibit kenangan
Yang kita harungi dalam tawa keriangan
Moga ikatan ini akan berpanjangan
Itulah kemahuan hati juga keinginan fikiran
Aku mahu kamu tahu
Kamu yang aku sayang
Selagi nyawa di kandung badan
Selagi hayat masih bertahan
Terima kasih tak terhingga diucapkan
Sudi hadir dalam dalam hidup ini
Asal kamu tahu dan mengerti
Kamulah penyeri hidupku tiap waktu
Kamulah tempat aku mengadu tika sendu
Terima kasih tidak terhingga
Hanya itu mampu aku luahkan
Andai suatu masa nanti
Aku sudah tiada di sini
Bersama kamu melewati hari-hari
Tiada lain yang aku minta
Agar aku kamu kenang dalam memori
Ingatlah aku walau sedetik cuma
Doakan aku dalam setiap solatmu
Hanya itu yang aku harapkan
Dan asal kamu tahu
Melupakan dirimu tiada mampu aku lakukan
Persahabatan ini akan aku bawa sehingga jasad diriku di semadikan
Terima kasih sahabat
Kamu sahabat terhebat

0 comments:

Ukhwah Itu Indah

Dan betapa diri ini rindu dengan sahabat itu
Dan betapa diri ini sayang dengan ukhuwah itu
Dan betapa diri ini rindu saat Allah menurunkan dia
Sungguh ini satu nikmat
Satu kenangan
Yang sukar dilupakan

Temanku sayang
Diri ini amat merinduimu
Pagi dan petang
Malam dan siang
Berfikir-fikir terkadang-kadang
Menggali memori lalu
Mengorek kisah silam
Tertanya-tanya
Adakah kita akan bertemu lagi
Kalau bukan di dunia
Mungkinkah di syurga...?
Temanku sayang
Yang menemukan jiwa kita
Yang merapatkan hati kita
Yang menggabungkan roh kita
Adalah Dia Yang Esa
Adalah Dia Si Pencinta
Adalah Dia Si Bijaksana
Maka wahai temanku sayang
Jika kau merindui diriku
Jika kau mendambakan kasihku
Jika kau memerlukan perhatianku
Adukan padaNya
Rintihlah padaNya
Sampaikan padaNya
Insha allah wahai temanku sayang
Kerinduanmu itu akan sampai kepadaku
Dengan angin yang melalu
Kata sahabat :
''Sebelum Allah pertemukan jasad kita, roh kita telah pun bertemu dan disana kita telah menerima satu sama lain dengan sebaiknya. Sebab itu ukhuwah kita masih sebegini dan akan kekal selamanya''

0 comments:

Sesungguhnya Aku Memohon Kepadamu

Dalam heningannya malam aku buka lembaran kitab Mu Ya Rabb
”Auzubillah Himinasyaiiton Nirrozim..Bismillah­ Hirrohman Nirrohim” 
Aku temukan kedamaian hati membaca sabda Mu
Ayat demi ayat aku lantunkan dengan suara perlahan
Maha Suci Allah..
Ya Rabb..
Aku bersujud
Ya Rabb..
Aku memohon pancarkan cahaya hidupku
Ya Rabb..
Aku percaya engkau pasti telah merencanakan yang terbaik untuk diriku
Ya Rabb..
Terangi jalanku agar aku tak jatuh dan selalu ada di jalan Mu
Ya Rabb..
Tak perlu aku lihat
Tanpa aku mendengar
Selalu dapat aku rasakan
Betapa besarnya kuasa Mu
Ya Rabb..
Aku percaya
Engkau pasti telah merancangkan yang terindah dalam hidupku
Kepada Mu aku bersimpuh
Kepada Mu aku berserah
Ya Rabb..
Aku percaya kau pasti berikan apa yang aku inginkan dan telah kau sediakan pula semua bagi hamba Mu ini tanpa kau bezakan
Ya Rabb..
Jangan biarkan..
Jangan biarkan
Hatiku mengeluh
Dan meragukan rahmat Mu
Ya Rabb..
Hanya engkaulah
Penuntun langkahku untuk selalu tetap di jalanMu dan selalu ada di garis ketentuanMu
Ya Rabb..
Aku tutup lembaran kitab Mu
”Shadakallah Hul'adzim"

0 comments:

Yakin Membuat Semuanya Jadi Mungkin

Setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza
Antara kata hati dan kata lisan, sangat berbeza
Kata lisan selalunya menipu diri orang lain dan kekadang juga menipu diri kita sendiri
Kata hati lebih jujur
Oleh itu, manusia selalu mengikut kata hati
Sejujur mana pun kita, kadang-kadang ia boleh menyakiti hati seseorang
Jadi, untuk tidak menyakiti hati seseorang, orang itu perlulah berfikir yang mana terbaik untuk diri dia dan orang lain juga
Sebanyak mana pun kata "SAYANG" yang diucapkan oleh lisan, tak semestinya dari kata "HATI" nya sendiri
Menipu dengan perasaan sendiri? 
Apa maknanya itu? 
Menjaga hati?
Mungkin si dia ingin menjaga hati seseorang itu
Tanpa dia sedar dia menipu dirinya sendiri
Apa nak buat bila rindu?? 
Macam-macam boleh buat kalau kita rindukan seseorang tu
Boleh luahkan terus pada orang tersebut yang kita rindu kat dia
Ada juga yang pilih untuk pendamkan saja perasaan rindu tu
Ada juga yang pilih untuk luahkan dekat blog, facebook, twitter dan sebagainya tentang perasaan rindu yang dipendam tu
The best way bila rindu adalah luahkan pada Yang Maha Esa

Caranya? 
Berdoa.. kalau kita rindukan seseorang, amalkan doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha, 
“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** **** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya” 
Kalau kita selalu doa macam ni bermaksud kita sentiasa ingat insan yang dirindui tu dalam doa kita 
Bak kata orang dulu-dulu, “ingat daku dalam doamu”.. hehehehe..
Doa boleh jadi penguat kasih antara dua insan

Insya allah
Orang cakap kalau kita sukakan seseorang, lebih baik kita jangan bagitahu pada dia, nanti Allah kurangkan rasa cinta kita pada dia
Betul ke?
Ada juga orang cakap, kalau kita pendam perasaan pada seseorang, nanti dapat pahala. tapi sampai bila perasaan harus dipendam ek? 

Sehingga kita mendapat petanda bahawa ternyata memang dia adalah jodoh kita
Luahkan perasaan kepada Allah SWT jauh lebih baik dan lebih menenangkan jiwa

Seriously... 
Bila kita sayangkan seseorang, mungkin dia sayangkan orang lain
Bila kita rindukan seseorang, mungkin si dia merindui orang lain
Bila kita mengharapkan seseorang sentiasa berada di sisi kita, mungkin si dia mengharapkan orang lain berada di sisi dia
Kesimpulannya
JUJURLAH dengan diri sendiri dan orang lain juga

0 comments:

Inspirasi Jiwa

Ulas-ulas rasa mengembara
Kemarin yang mungkin ternoda
Bersama debu dan kelodak masa
Kita sering alpa mencongak bersama titisan luka
Datang Syawal mengubah segala
Biar pun tidak berupa
Sasar dan gelincir mungkin ada
Kitalah hamba yang lemah tak terkira
Itulah aturan Yang Maha Esa

0 comments:

Namaku Durian

Semua orang tahu yang aku pokok durian
Dari moyang ke cicit semua pun sudah tahu
Ada yang memanggilku pokok raja buah
Memujaku, mengagung-agungkanku sekalipun disakiti duriku
Tanpa kamu sedari tentang kekuasaanku
Adalah kerana kamu mudah diperdaya
Mudah terpujuk oleh kemanisanku
Mabuk oleh bau aromaku lantas mahu menjamahku
Walhal dalam diam kuracuni dengan rasa lunak
Andai mabuk kusogok dengan sedikit air
Kamu memang mudah diperdaya dengan aromaku yang menjengkelkan lagi memeningkan
Menjadi harum di minda kamu hingga akarku sudah menunjang ke bumi
Lalu kamu mendewakanku terus-terusan
Kamu taburkan baja kusogokkan buah
Kamu lupa andai kamu menggelek, siapa yang luka?
Kamu juga lupa andai aku gelek, siapa yang hancur?
Terlebih buruk siapa yang rapat denganku
Hingga kencing dan kentut kamu pun berbau diriku
Lantas bagaimana kamu mahu menghapuskanku
Tepuk dada tanya selera

0 comments:

Kerana Cinta Aku Rebah

Melayang
Melalang
Melenggang
Jalan panjang
Alang-alang terbang
Ku terkenang..
Mencari
Mengitari
Menyelusuri tempat sunyi
Langit-langit misteri
Ku sendiri..

0 comments:

Insan Teristimewa


Mencoret angan dalam pintalan
Benang-benang maya kasih
Ku jadikan lembaran warkah agung
Buat tatapan kalbu insan ku puja
Biar terbit di dada-dada kaca
Bersama wangian kuntum-kuntum mawar ungu

Ungkapan manis menyelak rasa satu persatu
Usahkan hidup mahu bersama
Malah mati pun ingin dalam liang yang sama
Camar-camar bagai ketawa sayang
Saat mendengar lafaz janji yang bukan-bukan
Manisnya cengkerama kita
Lewat mentari di anjung senja
Di kunjung bulan bersama bintang berjuta
Panahan asmara menujah-nujah di dinding jiwa
Hampir saja kita karam di pinggir lautan kasih
Dalam teduhan pondok yang semakin menghitam
Dek kerana mentari kian ditelan ufuk senja
Hebatnya cinta mu wahai sang arjuna
Aku terbuai bukan kerana paras rupa
Juga bukan kerana harta nan melimpah-ruah
Tapi kerana kasih yang membelai jiwa..
Tiada cinta yang sepi dibadai gelisah
Saat itu betapa aku tak ingin
Melihat mu pergi tanpa rela di hati
Meninggalkan kenangan terindah tika berdua
Namun apa daya sayang
Kita tidak memegang tangkai taqdir
Patah tumbuh tapi hilang tidak berganti
Mungkin kau satu dalam berjuta
Tiada serupa meski akan ada sama
Aku akan terus setia
Bersimpuh kasih memintal benang-benang doa
Untuk sejahtera dan bahagia
Jika nadimu berdenyut ria
Untuk damai dan tenang
Jika nafasmu telah menghilang
Kerana aku kabur mencari berita
Diselubung kabus tak berpenyudah
Dihimpit persoalan tiada jawapan
Aku tandus kehilangan kata-kata
Aku tangis dalam gelak dan tawa
Terus mencari
Terus bertanya
Kemanakah hilangnya orang yang ku puja..

0 comments: