[MTV] SleeQ & Aaron Aziz - Salam Semua


dah lama nak upload lagu nie....
lagu nie mmg aq tujukan utk Ms.Armageddon....
this for u my sweetheart.....

0 comments:

Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul Sahabat | Official Music Video


love sangat dengan lagu nie...sesuai utk semua orang...
hehehehe...x kiralah siapa dia pada kita sama ada girlfriend ke kawan ke
semua ttp sahabat yg terbaik...
lagi2 klu buah hati kita..kita berharap agar si dia dapat menjadi sahabat kita
dlm keadaan kita susah atau senang...so chill dgn buah hati masing2 k...
mmmuaahhhh for all sahabat in the world....

0 comments:

Do it,duit!!!!!!


zaman skrg semua perlukan duit utk lakukan ap2 kan? hmmmmm...
rasa nak pi zaman tok ayah kita dulu jerk...x de kena duit....
so dah duduk zaman duit nie kena la kerja keras utk dptkan apa yg kita mahu
but pastikan jalan yg lurus,x mo bengkang bengkok ok.....
salam semua...do it,duit!!!!

0 comments:

Kotarayaku@Kuala Lumpur


ayuh....kalau ada sapa2 yg nk dok KL, dgr lagu nie...
klu berani utk hadapi dugaan dipersilakan tapi klu x berapa berani
utk tnggung risiko sara hidup better stay in ur hometown...
tapi klu aq,better pergi kesana baru kita boleh tahu apa yg bakal kita tempuh,
pengalaman dan etc...dan bwk balik kat tmpt kita tp ingat bwk benda baik he
jgn bwk benda yg merosakkan tempat kita sudahlah....
ohhh...kuala lumpur!!!

0 comments:

Soo Wincci feat. Joe Flizzow - Terus Teranglah


for my ms armageddon!!!!!
how i love u my dear....
kata2 lagu nie menunjukkan perasaan owg trhadap syg....
mmmuuaaahhhh3x

0 comments:

Dr. Dre - I Need A Doctor (Explicit) ft. Eminem, Skylar Grey


suka sangat dengan lagu nie...
maybe rentak dia kowt....so enjoy

0 comments:

Kalau aku kaya..........yahhhuuuu


bila aku kaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
jawapannya aq kena usaha sendiri...yup!!!!
hehehehehe

0 comments:

Mimpi??

Ku gagahi
Beribu onak dan duri
Disetiap langkah langkah sepi
Menelusuri hari berganti
Diatas garis waktu yang tak pasti
Entah bila kan terhenti...
Namun yang ku pasti
Ini takdir ku dari Ilahi
Tak kan dapat untuk berlari
Walau pedih menusuk hati...
Hidup ku ini..
Bukan lah untuk meratapi
Apatah lagi menyesali Azali
Nikmat Ilahi tak terperi
Untuk di syukuri
Itulah cinta kekal abadi
Hingga ke Taman Firdausi...
Semalam yang pergi
Tak kan kembali lagi
Walau diratapi sedalam hati
Walau berdarah ditangisi..

Itu lah Hakiki yang pasti

Hidup ini tak selama nya
Untuk bermimpi.

0 comments:

kerana langit dan bumi ciptaan ALLAH SWT....

Aku mendongak ke langit
Yang diatas nya
Masih ada langit
Kerajaan dan kebesaran Tuhan

Gambaran kehidupan
Terpampang
Pada dinding waktu
Yang kian dicemari entah apa

Gemuruh di dada
Saat terbaca di papan tanda
"Ajal mu tak mengenal usia
Pangkat darjat sementelah lagi harta"

Ketika Firman dan Sabda
Melintas di benak raga
Tak tertahan tangis hiba
Meratapi dosa menyala

Aku tunduk ke bumi
Menyapa hati
Bertanya pada aqli
Masih adakah cahaya
Di hujung usia
Yang mumpung tersisa.

0 comments:

Jangan bersedih Allah bersamamu…

LA TAHZAN INNALLAH MA’ANA….

1-Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

2-Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

3-Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN

4-Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

5-Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri

6-Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

7-Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali

8-Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.
Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

INGATLAH, Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar!

Ya Allah,
Jadikanlah kelapangan dan jalan keluar untukku
Dari setiap perkara yang membuatku sedih
Dan susah dalam urusan dunia serta akhiratku.

Berilah aku rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
Ampunilah dosa-dosaku.

Mantapkanlah harapanku pada Mu dan putuskanlah harapan itu
Selain daripada Mu, agar aku tidak pernah berharap kepada sesiapa pun selain Engkau.

Ya Allah,
Hanya kepada Mu aku bersujud dan berserah

Amin...

0 comments:

Pertanyaan Imam Al-Ghozali

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,

1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?“

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”.

2 – Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?“

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”.

3 – Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?“

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”

4 – Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?“

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”

5 – Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?“

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat.

6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?“

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wahai Tuhanku,
Berikanlah kepadaku iman yang kuat dan
Keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran dan
Berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dan kemuliaan Mu di dunia dan akhirat.

Ya Allah hanya kepada Mu aku bersujud dan berserah..


0 comments:

Kisah pemuda yang berbakti kepada ibubapa

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Sebagai renungan di hujung minggu ini, erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.

0 comments:

Nikmati kehidupan ini sepenuhnya!

JIKA KITA BEBAS DARIPADA PERASAAN TAKUT, KITA JUGA AKAN BEBAS UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN

Bebaskan diri kita daripada perasaan takut:

1. Takut menghadapi kritikan
2. Takut menghadapi kegagalan
3. Takut menghadapi hakikat sebenar
4. Takut kehilangan pekerjaan tetap
5. Takut kehilangan kebebasan / kedudukan
6. Takut menghadapi kemiskinan
7. Takut menghadapi penyakit
8. Takut kehilangan kasih
9. Takut menghadapi usia tua
10. Takut menghadapi kematian

Yang mana satu menjadi ketakutan kita ketika ini?
Apa strategi kita untuk mengatasinya?
Mari kita kongsi bersama, bebaskan diri kita
.


0 comments:

Memimpin Keluarga Bahagia

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya. Ingatlah seseorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.

Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka. Jadi, kasih sayang yang terjalin di antara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.

Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya. Nescaya, kehidupan kita akan turut berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.

Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai kerana mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat di antara ahli keluarga. Komunikasi dalam keluarga juga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.

Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita, kerana bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka.

Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia. Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik...walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain... Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.

0 comments:

Awak Suka Saya??

Adalah penting untuk mempunyai ramai kenalan kerana ia boleh membantu melancarkan perjalanan karier kita. Kita akan mudah mendapatkan kerjasama yang diperlukan dalam apa jua hal. Ini secara tidak langsung bukan sahaja memudahkan kerja kita tetapi juga menghasilkan banyak peluang untuk kita mempertingkatkan diri dalam kerjaya.

Apakah petua untuk rakan-rakan menyukai kita?

1. Jangan sombong. Baik dari segi pergerakan badan, pandangan mata ataupun pertuturan. Kita tidak akan rugi apa-apa jika bersikap rendah diri.

2. Tunjukkan keikhlasan kita. Kita perlu ingat bahawa semua orang ingin dihargai dan merasa diperlukan. Jangan senyum atau menegur orang hanya ketika kita tidak mempunyai kawan. Setelah mendapat kawan, janganlah pula lupa bertegur sapa dengan orang lain.

3. Percaya akan diri sendiri. Kebanyakan orang senang bergaul dan berkawan dengan mereka yang mempunyai rasa percaya terhadap diri sendiri.

4. Mempunyai perdirian teguh. Secara umumnya, ramai orang lebih menghargai mereka yang berani mengutarakan pendapat. Namun demikian, kita perlu pandai membawa diri, jangan berani secara membuta tuli.

5. Bersikap terbuka. Walaupun mempunyai pendapat sendiri, kita mestilah mendengar pendapat orang lain juga. Sebelum menegur kesilapan orang lain, selidik dahulu keperibadiannya. Dia mungkin adalah seorang yang tidak dapat menerima teguran.

6. Meminta pendapat atau buah fikiran adalah lebih baik daripada meminta bantuan terus. Cara begini akan lebih menimbulkan rasa simpati dan keinginan orang lain untuk membantu kita. Jangan suka memotong percakapan orang lain kecuali betul-betul tidak mempunyai pilihan lain. Pastikan kita melakukannya secara halus dan berdiplomasi.

7. Berikan imej yang baik. Jangan bercakap terlalu lama supaya orang lain juga berpeluang untuk bersuara. Ketika kita berada di kalangan ramai, berusahalah agar kehadiran kita dirasai oleh mereka.

8. Jangan sesekali meminta pertolongan orang lain terutamanya pertolongan yang melibatkan hal peribadi sebelum benar-benar mengenali mereka. Ini adalah kerana sesetengah orang kurang senang dengan orang yang gemar meminta pertolongan.

9. Jaga cara berkomunikasi kita terutamanya dengan mereka yang sering memberi informasi yang berguna. Gunakanlah bahasa yang bersesuaian dan nada yang terkawal. Balaslah panggilan telefon orang lain dengan sopan. Cara ini akan membuatkan mereka rasa senang hati untuk menjawab panggilan kita pada masa depan.

10. Hubungi kenalan kita secara rutin. Bukannya apa, sekadar bertanya khabar atau say hello. Ini penting agar mereka tidak melupakan kita. Sentiasa menjaga perhubungan dengan menghantar kad perayaan atau tahun baru.

11. Sentiasa menjaga penampilan kita. Ini adalah kerana sesetengah orang suka menilai orang dari segi luaran. Tetapi jangan kita turut berbuat sedemikian ketika berurusan dengan pelanggan. Kita juga perlu mengenakan pakaian mengikut situasi agar dapat diterima dalam apa jua keadaan dan golongan orang.

12. Mempunyai cita-cita dan selalu bergerak aktif. Orang yang mempunyai matlamat dan giat berusaha memang sentiasa disenangi. Jangan menunggu sesuatu untuk berlaku sebaliknya berusalah agar sesuatu itu terjadi.

13. Berikan penghargaan kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan walaupun bantuan itu kecil. Setakat mengucapkan terima kasih sudah memadai bagi menjaga perhubungan.

14. Elakkan diri daripada bergosip. Jika kita tidak dapat mengelakkan, adalah lebih baik bagi kita menjadi pendengar saja dan bukannya penyebar. Orang yang suka bergosip tentang orang lain akan dipandang serong.

15. Walaupun kita tidak suka bersosial, namun apa salahnya kita sesekali memenuhi undangan. Jangan sampai kita dicap sebagai anti sosial.

16. Jangan cepat rasa bangga diri apabila dipuji. Ini adalah kerana kadang-kadang pujian itu tidak ikhlas dan hanya untuk mengambil hati.

17. Jangan cepat melenting apabila dikritik. Sentiasalah berfikiran positif & sentiasa berfikiran matang. Jangan senang putus asa, sebaliknya selalu tampil optimis.

18. Banyak membaca terutamanya surat khabar. Selain sebagai pengetahuan am, ia juga membantu kita memahami topik perbualan orang lain sekali gus mendorong orang lebih menghormati kita.
Oleh hal yang demikian, mulai sekarang, kita perlulah berkenalan dengan seramai orang yang mungkin. Mendapatkan kenalan baru ataupun mengekalkan perhubungan tersebut. Namun bukan semua orang mudah mendapatkan kenalan baru ataupun mengekalkan perhubungan tersebut.

0 comments:

Warna mengurangkan stress!!

Ini adalah satu artikel yang cukup menarik mengenai bagaimana penggunaan warna yang sesuai boleh membantu mengurangkan stress di tempat kerja.

0 comments:

Syaaban Gerbang Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini bermulanya 1 SYAABAN. Ianya adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan ini Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Mudah-mudahan usaha kita semua diberkati…

0 comments:

Bangun please, sayang!!

JANGANLAH TIDUR LAGI!
Ayuh..WAKE UP!
Tiada masa untuk Berdengkur Lagi!
Yang TIDUR AKAN JADI MAKANAN yang JAGA!
Bangunlah..Bertindak SEGERA!

0 comments:

Airmata Yang Berderai

Usahlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai
Bukankah Tuhan yang menentukannya
Usahlah menangis ketika menonton filem Hindustan
Bukankah itu cuma lakonan?
Usahlah menangis kerana cinta tidak terbalas
Mungkin dia bukan jodoh yang telah Tuhan tetapkan
Usahlah menangis jika wang hilang dalam perjalanan
Mungkin kita kurang bersedekah
Usahlah menangis jika tidak dinaikkan pangkat
Yakinlah rezeki itu pemberian Tuhan
Usahlah menangis jika gagal dalam peperiksaan
Mungkin kurang membuat persediaan
Usahlah meratapi yang sudah pergi
Memang telah ditakdirkan

Hapuskan air matamu.
Insaflah!

Terapi Patah Hati

0 comments:

Solatlah Jika Anda Ingin Berjaya

Tersentuh hati bila terbaca kata-kata ini: Jika ingin berjaya, bersolatlah! Tujuan akhir seorang Muslim adalah meraih keredhaan Allah dan syurga. Surah Al-Fajr ayat 27. "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg puas lagi diredhainya. Masuklah ke dalam golongan hambaku untuk ke syurga."

Walau sebesar manapun kejayaan yg diperolehi di dunia, hanyalah bagi jangkamasa yg singkat. Beberapa puluh tahun. Namun yg jelas itu bukanlah kejayaan yg kekal. Kejayaan yg kekal abadi ialah menggunakan kejayaan itu sebagai alat bagi mendapatkan keredhaan Allah dan syurga.

Untuk itu, kekayaan potensi diri kurniaan Allah wajiblah dioptimumkan. Semoga kita mentafsir ayat-ayat itu secara membina dan bijaksana. Amin...

0 comments:

Apakah..??

Apakah yang menggembirakan anda?
Apakah yang boleh membuatkan anda menangis?

0 comments:

Adakah anda bernafas dengan cara yang betul?

Seringkali apabila keletihan, kita akan berasa pening kepala, begitu juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja, tak cukup tidur dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja serta suri-rumah.

Kita semua memiliki hidung yang berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa letih, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan kepanasan, dan lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan kedinginan.

Kaum wanita bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi sejuk. Kaum lelaki pula bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah-marah. Betulkah begitu?

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat?  Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat letih. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang. Cubalah!

Tapi jangan cuba yang ini ya, kerana sangat bahaya iaitu menutup kedua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan jika anda lakukan, maka anda tidak akan merasakan apa-apa sakit lagi selepas itu atau lebih tepat lagi anda akan berhenti bernafas...!
 

0 comments:

Fakta saintifik. Tahukah anda?

KERDIPAN MATA , BOLEH MEREHATKAN OTAK ANDA. 

Tahukah anda setiap kali anda Mengerdipkan mata , otak kita pun 'terhenti seketika’. Berehat sekejap. Ini terjadi beberapa saat. Dan kita mengerdipkan mata 15 hingga 20 kali seminit. Jadi, 10% waktu jaga kita dihabiskan dengan mata kita tertutup. Saintis dari Universiti Osaka Jepun mendapati bahawa Kerdipan adalah peluang bagi Otak untuk 'Tidur Rehat' sekejap sebelum perhatian dipulihkan Semula. Sungguh menakjubkan kurniaan Tuhan ini.

GULA PUNCA KEGEMUKAN 'OBESITI'.

Kajian Saintis Mempercayai bahawa Orang Gemuk tidak merasa kenyang walau sebanyak manapun mereka makan. Otak Mereka sentiasa menginginkan makanan yang berlemak, Tinggi Kalori dan gula bagi mendapatkan Tenaga Segera. Otak mereka menghantar mesej tersebut, dengan melemahkan keinginan untuk bergerak aktif dan bersenam. Tentangan leptin ' leptin resistant' orang gemuk akan terus menginginkan makanan dan tak boleh berhenti makan. Apatah lagi berdiet. Kajian juga mengesahkan bahawa dengan mengambil kandungan gula yang banyak dalam apa jua makanan. Minuman, akan merangsang nafsu makan kita, begitu juga sebaliknya. Jika kita kurangkan gula , manisan, kek, kueh muih, nasi, maka keinginan kita untuk terus makan akan berkurangan. Tukar cara pemakanan kita!

BERHENTI MEROKOK JIKA MAHU MELEGAKAN TEKANAN!

Sebaliknya Perokok sentiasa menyatakan merokok membantu mereka menghindari tekanan. Malah beri Kelegaan! Kajian telah dibuat pada 500 perokok sebelum dan selepas mereka Berjaya Berhenti merokok. Mereka diberi 'nicotine Patches' dan pelbagai ujian sekian lama. Akhirnya para pengkaji telah merumuskan bahawasanya. Merokok menyebabkan ketegangan, kekhuatiran 'anxiety'. Kepercayaan yang mengatakan nikotin membantu memberi ketenangan adalah Suatu Mitos! Kegagalan untuk Berhenti Merokok akan lebih memberi Tekanan dan Kemurungan, Sakit Jiwa. Perubatan lain harus dicari. Kata orang. Orang yang tidak merokok adalah lebih tenang. fokus, wangi dan tidak membazir!

PEMIKIRAN SEPARUH SEDAR KITA MERUPAKAN PUSAT JANAKUASA yang menggerakkan urat saraf dan anggota badan kita untuk bertindak menghasilkan keputusan. Sekiranya kita memberi arahan matlamat yang berunsurkan kejayaan, maka ia akan berfungsi sebagai mekanisme kejayaan dan begitu juga sebaliknya.

0 comments:

Doa ketika memulakan kerja

YA ALLAH,
Aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada didalamnya,

Dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya.

Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukanya.

YA ALLAH,
Aku berserah pada Mu jua pekerjaan ku dan jiwa ragaku,
dan aku bertawakkal kepada Engkau Ya Allah

Hanya kepada Mu aku bersujud dan berserah...
Amin..Amin..Amin YA ALLAH!
 

0 comments:

MILIKILAH KELUASAN PANDANGAN TERHADAP SESEBUAH PERSOALAN. Jangan terburu-buru berbicara akan sebuah persoalan sebelum kita benar-benar memahami persoalan itu dengan tepat.

KEBERANIAN ADALAH KEKUATAN UNTUK MENCAPAI HAL-HAL YANG MUSTAHIL, para perwira adalah mereka yang mencapai sesuatu, yang bagi orang lain mustahil, semua itu didasari oleh keberanian mereka menghadapi risiko, walaupun nyawa mereka sebagai taruhannya.

Naiklah perlahan-lahan, jangan naiki tangga yang di atas kecuali anda telah menginjak tangga yang dibawahnya, JANGAN TERBURU-BURU PINDAH KEPADA PERKARA YANG BARU, jika yang lama belum benar-benar difahami.

JANGAN KECILKAN SEBUAH KEBAIKAN, walau hanya dengan sekadar senyuman dan jangan remehkan sebuah kejahatan, walaupun itu hanya sebuah gurauan yang diisi kebohongan. Boleh jadi itulah yang akan memberatkan pemeriksaan diri anda dikemudian hari.

0 comments:

Apakah fakta menarik tentang senyuman?

1) Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2) Pengkaji dan pengamal Barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3) Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4) Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5) Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6) Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jadi, tidak hairanlah jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7) Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8) Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

9) Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

10) Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

11) Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12) Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Jadi rakan semua jangan lupa untuk senyum!
Sesesorang menanti senyuman manis mu…

0 comments: