February Muncul Kembali

dua belas bulan dalam setahun. namun februari lebih indah dan dinantikan kehadirannya. istimewanya cuma bagi mereka yang menghargai kasih sayang, kerana selama 28 hari itu, dikatakan hari akan dipenuhi dengan cinta-cinta yang bersemi bak kuntum bunga yang sedang berkembang

0 comments:

Bersahabatlah dengan ikhlas....

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri.

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

0 comments:

Tak semestinya couple


Hye wanita-wanita kesunyian yang menyimpan perasaan pada lelaki idaman. Macam mana keadaan hati korang sekarang ni? Bila korang nak meluahkan perasaan terpendam korang tu? Aq nak tahu jugak siapa kah lelaki bertuah yang jadi pilihan hati kamu tu. Mana la tahu aq ni tersenarai.. ye dak?

Adakah dia seorang artis, tan sri, chef atau orang kebanyakan..

Top5 lelaki idaman malaya..

1. Aaron Aziz
2. Ady Putra
3. Anwar Hadi
4. Awal Ashari
3. Andy Comel bukan nama sebenar..

Kebetulan pulak kelima-lima nama lelaki di atas bermula dengan huruf A.
Hanya kebetulan okay.. bukan di atur.. *kebetulan la sangat

Cukup aq merepek. Terus saja pada tajuk entri.

"Hye Cik .........."
"Hye Andy"
"Cik .............., sebenarnya dah lama saya suka awak, awak suka saya tak?"
"Sebenarnya saya lagi sukakan awak..dah lama saya pendam perasaan ini tapi saya ni pompuan malulah nak move 1st"
"Larh, rupanya awak pun ada hati kat saya yang super duper hensem, kacak bergaya ni"
"Lebih-lebih pulak mamat ni.. cepuk kang..!"
"Gurau je la, sekarang ni saya dah tahu awak suka saya, dan awak pun tahu saya suka awak. So.. kita teruskan sajalah ke step seterusnya, berkapel-kapelan, dah suka sama suka la katakan, lagipun kita dah lama kenal"

stop dialog.

Aq selalu je tengok situasi dialog di atas dalam drama tibi.

Kamu pernah alami situasi seperti dialog di atas tak? situasi tu takda la persis sebijik dialog di atas, alarh,, yang sama waktu dengannya je.. Meluahkan perasaan.

Meluahkan perasaan pada seseorang yang amat diminati, dalam masa yang sama sebenarnya kamu dah menjalin hubungan sebagai kawan dengan dia, dan yang menariknya dia yang selama ini kamu tak tahu langsung tentang isi hatinya sebenarnya amat meminati kamu.

Selepas meluahkan perasaan dengan hati yang berbunga-bunga, jadi la kamu pasangan bahagia yang entah
berapa lama akan bertahan hubungan itu. Bahagia dengan dunia percintaan kamu. Hanya Allah yang tahu.
Andai kata bercinta hingga ke jinjang pelamin ok la jugak kannn. Syukur la.. tapi kalau yang cinta tak kesampaian tu macam mana? Maksud aq cinta terputus di tengah jalan.

Bagus-bagus sebelum ni hubungan korang baik sebagai kawan, hanya kerana cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Kamu bermasam muka, kalau boleh tak nak terserempak dengan insan yang pernah kamu cintai.

Beribu janji di lafaz.. sejuta ikrar setia di ucap.. akhirnya putus jua cinta yang dicipta.

Bila dah clash tu, jangan bersedih beb, itu namanya dia bukan jodoh kamu. Kamu merancang, Allah jugak merancang, tapi ALLAH sebaik-baik perancang. Sebab tu lebih baik ketika meluahkan perasaan dengan si dia tu, bagitau dia awal-awal.. sebagai contoh:

"awak kita dah tahu hati dan perasaan masing-masing.. awak suka saya, saya pun suka awak tapi buat masa ni seeloknya kita berkawan sahaja, lagipun jodoh pertemuan di tangan tuhan, kalau ada jodoh tu, adalah.. andaikata awak jumpa jodoh lain selain saya.. saya bahagia untuk awak.. ALLAH dah pertemukan awak dengan jodoh awak, insyaALLAH jodoh untuk saya nanti saya harap awak doakan kebahagiaan kami"

hanya contoh ayat sahaja.. aq tak suruh korang gtao bf/gf korang..!

terserah korang ar.. nak kapel atau teruskan berkawan.. itu hak korang.. aq ni pun bukannya betul sangat.. kalau ada yang sudi nak jadikan aq sebagai bf, insyaALLAH aq akan pertimbangkan dengan sepantas yang mungkin. on the spot jawapan aq beri.. barangkali la.. haha..

Kalau dah suka sama suka tu,
Actually tak payah kapel pun tak apa.
Kekalkan je dengan hanya berkawan.
Ada jodoh tak ke mana.

agak-agak ada tak yang nak berkawan je?

0 comments:

kenapa perempuan suka berkawan dengan lelaki

Lumrah manusia bila berkawan pahit manis, suka duka dikongsi bersama.
Yeke suka duka dikongsi bersama? Kebanyakan kawan ni hanya berkongsi suka saja. Duka?
Nak ke kawan merasa duka engkau? entah la.. lu pikir la sendiri kawan.

Dulu time zaman ribena dulu.. dulu-duluuuuuuuuuu...
melihat huruf "u" yang lebih dari satu, korang dapat bayangkan betapa jauhnya zaman dulu tu aq tinggalkan..?

Dulu, aq ramai kawan perempuan, sampai sekarang aq still ramai kawan pompuan, lebih dari satu. bukan playboy okay..! Ditegaskan sekali lagi, bukan playboy.. hanya kawan. titik.

Aq suka bertanya "kenapa suka berkawan dengan lelaki?"
jawapan yang aq terima selalunya:

1. Lelaki ni best.
2. Lelaki tak suka mengumpat.
3. Lelaki cool.. kita boleh gurau-gurau.. jarang nak tacing-tacing..
4. Berkawan dengan lelaki tak banyak songeh.
5. Tak banyak mulut.
6. Ajak makan okay je. Dapat kawan ngan laki gentle lagi la okay.makan free kot.
7. Lelaki ni tak suka iri hati, dengki, dan yang sama waktu dengannya..
8. Lelaki boleh jadi pendengar setia, walaupun kadang-kadang menyakitkan hati je meluah masalah dengan lelaki.
9. Lelaki pandai simpan rahsia.
10. ...............?

Ok beb, cukup tu je aq listkan untuk korang, selebihnya korang fikirlah sendiri.

Persoalannya, kenapa?

Pompuan berkawan dengan pompuan ada masalah er?
Aq tak rasa semua pompuan ada masalah jeles or irihati ngan member pompuan dia, sebagai contoh aq tengok gadis comel ni happy je dengan member pompuan dia. sampaikan aq terasa nak join je kegembiraan dorang.


Serius, lelaki berkawan dengan lelaki rasanya tak ada la pulak masalah seperti iri hati, dengki ke apa ke, lu lebih sikit dari aku. aku tak kisah beb. Tapi pompuan ni bila tengok kawan pompuan dia lebih sikit dah mula mulut sok sek sok sek.. bukan aq yang cakap okay..! just pengalaman aq bertanya..

W E   A R E  C O O L   B E Y B E H..

"bro, beragak sikit bila bergurau, aku tengah takda mood ni"
"wei, tak kan camtu pun tacing? selalu okay je, kau mesti datang bulan kan..kan..kan.. takpun bf ko wat hal"
"tahu pun..!"

dialog di atas adalah salah satu masalah yang lelaki kena hadapi bila berkawan dengan pompuan,
alasan dia mesti datang bulan segala. tak pun boyfriend dia dah lari ngan aweks lain.. haha..

0 comments:

Kelebihan Umat Rasulullah s.a.w Menurut Pandangan Nabi Adam a.s


Sesungguhnya bersyukur la kita manusia terpilih akhir zaman menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.

Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s telah berkata,"Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku."Taubatku hanya diterima di kota Makkah,sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t.Pada mulanya aku berpakaian,tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t,maka Allah s.w.t telah menjadikan aku telanjang.Umat Muhammad membuat derhaka dengan telanjang,tetapi Allah s.w.t memberi mereka pakaian.Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t,maka Allah s.w.t telah memisahkan aku dengan isteriku.Tetapi umat Muhammad s.a.w bebrbuat derhaka,Allah s.w.t tidak memisahkan isteri mereka.Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,tetapi umat Muhammad s.a.w derhaka kepada ALLAH s.w.t akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.

See?

Nabi Adam a.s sendiri melihat kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

Biografi Agung Rasulullah s.a.w

Sebenarnya tulisan merah di atas tu hanyalah sebahagian petikan ayat yang terkandung dalam buku yang akan aq kongsikan pada korang, buku tersebut adalah berkenaan dengan biografi penghulu umat manusia Rasulullah s.a.w.

Apa yang menarik pada buku ini?

Buku ini menceritakan perjalanan hidup Baginda s.a.w dari sejak lahir sehingga la wafatnya Rasulullah s.a.w, dalam buku ini jugak disertakan cetakan gambar-gambar berwarna, yang mana kita boleh melihat dengan jelas helaian rambut, pedang, topi besi, selipar, baju, cebisan bendera Rasulullah s.a.w, bekas air yang digunakan Rasulullah s.a.w dan macam-macam lagi.

Diperlihatkan kepada pembaca barang peribadi dan tempat tinggal wanita-wanita yang terdekat dengan Rasululullah s.a.w seperti tudung Saidatina Aishah r.a iaitu isteri kepada Rasulullah s.a.w, kediaman Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a iaitu Isteri Tercinta Rasulullah s.a.w, serta tempat kelahiran dan baju jubah yang dipakai keluar untuk bersolat dan tudung milik Saidatina Fatimah r.a iaitu Puteri Rasulullah s.a.w.

Dalam buku ini juga diperlihatkan Kota Makkah Al-Mukarramah pada tahun 1839 Masihi iaitu tempat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w, selain itu pembaca jugak boleh melihat Kota Makkah dengan jelas dari Gua Hira' tempat dimana Rasulullah s.a.w menerima wahyu iaitu lokasi turunnya ayat al-quran yang pertama.Surah al-Alaq.

Melalui pembacaan aq, buku ini membuatkan aq lebih mengenali Rasulullah s.a.w dan lebih memahami salasilah kehidupan Rasulullah s.a.w dari ketika Baginda s.a.w dilahirkan ke dunia sehingga la sirah setiap peperangan yang Baginda s.a.w sertai selama menjadi pemimpin umat Islam sebagai Rasul Allah.

Sebelum ni aq selalu baca dan dengar bagaimana sayangnya Nabi Muhammad s.a.w pada umatnya. Sungguh, sayang Nabi Muhammad s.a.w pada kita tidak sama seperti sayangnya kekasih tidak halal kau orang itu. Serius cakaplah melalui buku ini aq lebih memahami dan dapat membayangkan saat Rasulullah s.a.w hendak dicabut nyawanya oleh Malaikat Izrail, dan saat itu jugak Rasulullah s.a.w menjemput Kekasihnya Malaikat Jibril yang ditinggalkan oleh Malaikat Izrail di langit dunia kerana tidak sanggup melihat Rasulullah s.a.w dicabut nyawanya. Saat itu jugak, dipenghujung nyawa Baginda s.a.w tidak gembira walaupun seluruh pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias menanti roh Baginda s.a.w, begitu jugak bilamana Malaikat Jibril mengatakan seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menantikan roh Baginda s.a.w di angkat,sehinggalah Rasulullah s.a.w mendengar melalui Malaikat Jibril bahawa Allah s.w.t memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umat Baginda s.a.w dahulu memasukinya.Barulah Baginda s.a.w gembira dan tenang pergi bertemu Allah s.w.t.

Lihatlah betapa sayangnya Rasulullah s.a.w pada umatnya..

Bagi aq buku ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda s.a.w.Apa la nilainya RM65.00 itu jika dibandingkan dengan ilmu yang kita perolehi daripada buku ini, yang mana bagi aq sangat diperlukan oleh umat Islam agar lebih mengenali Rasulullah s.a.w.

0 comments:

Penakutlah Sangat Kan

"saya suka awak, tapi saya tak berani nak cakap dekat awak, saya takut awak tolak saya.." T_T

Tertarik tak dengan statement yang kononnya tidak berani untuk meluahkan perasaannya pada orang yang kita minati.

Kau penakut..!

siapa?

kau..! kau yang tidak berani meluahkan perasaan kau..!

Kenapa harus takut untuk meluahkan perasaan?

Oh, sebab takut kena reject er?

Bagi aq, andai dah terpaut hati pada seseorang tu, sebaiknya luahkan saja perasaan mu itu pada orang yang kau minati, soal dia reject atau tidak itu tolak belakang yang penting kau luahkan apa yang tersimpan dalam hati kecil mu itu, sekurang-kurangnya dia tahu kehadiran kau, Bukan apa, makin lama kau simpan perasaan itu makin sakit beb.

Kalau pun kau takut sangat nak luahkan rasa hati mu itu, sekurang-kurangnya bagi la hint sikit, biar dia tahu kau sedang menaruh hati padanya.

Tak perlu takut la bila meluah perasaan ni, dia bukannya makan orang pun, kalau dia reject sekalipun nak buat macam mana kan, maybe kau tak sesuai untuk dia or dia yang buta tak melihat adanya kau di depan mata.

Lagi satu, kau tak tahu mungkin dia pun minat dekat kau, siapa tau kan, belum cuba belum tahu, tapi bila dah sama-sama suka tu tak semestinya kena couple.

ermm..

nak cakap apa lagi ar..

oh, btw gud luck kepada siapa-siapa yang nak meluah perasaan tu.caiyok-caiyok..!

#  jom dengar lagu penakut by Yuna.

0 comments:

Ayat yang sama je tak bosan ke?

Hye wanita-wanita single yang lonely, apa khabar korang? macam mana dengan kehidupan lonely korang? tentu korang merasa grrr... "bosannya hidup single ni, kenapa la aku tak ada couple, nak kata aku ni tak cantik tak jugak, jika dibandingkan aku dengan Lisa Surihani rasanya jauh aku tinggalkan kecantikan dan kehebatan aku dalam menebalkan make up kat muka aku ni.. boleh jadi 8tiang Lisa Surihani aku tinggalkan.. dah tahap dewa kecantikan aku ni, kau tahu tak!" tak gitu??   tapi kenapa aku still single? hoi lelaki korang buta ka apa..!

apa yang hebat sangat dengan couple ni beb.. jom kita tengok sikit..

*soalan wajib bila couple

"tengah buat apa tu?"
"dah makan belum?"
"awak makan apa tadi?"
"awak sihat?"
"saya rindu awak..awak tak rindu saya?"
"awak kalau awak rindu saya, awak dengar la lagu "bila rindu ku sebut namamu" by Siti Fairuz ea.. sambil tu awak bayangkan la saya pun tengah meroyan menyebut nama awak"

bagi yang baru berjinak jinak dengan cinta tu kalau boleh tiap hari dia nak mesej ayat yang sama.
dah makan? buat apa tu? awak sihat? bla.bla..bla...

soalan yang sama tu akan berlanjutan sehingga kedua-dua mereka merasa bosan..! mana taknya soalan yang sama je ditanya.. kalau aku la yang ditanya tu.. kompom aku biarkan je soalan tu tak berjawab. Tiap hari tanya soalan yang sama kau tak bosan ka?

"rileks la der.. bosan-bosan pun kami tetap bercinta jugak.. dah jatuh sayang la katakan..aku tau la kau jeles takde couple"

jeles la sangat kannnn..

apa kata lain kali cuba tanya benda lain dari yang lain sikit..sebagai contoh,

"awak, dah berapa banyak duit simpanan awak dalam bank?"
"agak-agak simpanan awak tu dah cecah 500k tak?"
"selalu belanja saya makan nasi campur je, sekali sekala saya nak jugak awak belanja saya sebijik kereta"

Seriuosly akan ada satu part dalam bercinta ni yang seseorang tu akan mula merasa bosan dengan pasangannya tapi still mencuba untuk mengekalkan hubungan itu, sampai la ke satu tahap give up..!

Time tu la akan keluar ayat gud2..

"awak saya bukan yang terbaik untuk awak"
"awak saya doakan awak jumpa pengganti yang lebih baik dari saya"
"awak ada jodoh tak kemana"

0 comments:

Senyum...wahai permysuryku....

Kacak luar.....
Kacak dalam...
Kacak dengar sini....
Kalau saya senyum....
Awak mesti senyum sekali...
Kalau kita senyum....
Semua orang berjangkit...
Bila semua orang senyum....
Dunia tiada penyakit...

buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan....
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan....
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan....
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan..

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan....
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan...
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan...
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan...
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian...
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan...
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan....
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian...

boleh pun senyum cantiknya gigi...
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri...
Wanita hari ini harus pepandai puji....
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini...
cantik luar cantik dalam cantik dengar sini...
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi...
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit...
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit...

0 comments:

Cara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna

Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna (meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah)..

Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon aq akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

0 comments:

Warkah dari perbatasan.....di luar kotak...

dengan rasa berat hati aku sembunyi
dengan kekasih abadi aku bersunyi
sebentar, tinggalku dengan attar dan rumi
menari tanpa bumi, nyanyi tanpa bunyi
kunantikan telunjuk dan picu terlerai
kemenangan tanpa tentangan akan termetarai
gapai dah melambai tak mahu mencapai
ingkar lukis garis nipis antara damai dan lalai
santai ya, tapi jangan terlalu
pergiku lama tapi bukan selalu
syair yang kaulafaz semuanya dah kuhafaz
sedikit zat zatmu saat kuhembus nafas
perang seribu malam hampir tamat
kuhampir selamat tapi tu belum muktamat
peluru keras memecah gelas
warkah dari perbatasan harap dibalas
salut..

0 comments:

Senyuman

percaya atau tidak, kekuatan senyuman sebenarnya amat luar biasa. senyuman yang dihadiahkan dengan ketulusan, boleh menjadi pencair hubungan yang beku dan dingin, memberi semangat dalam rasa putus asa, menceriakan kala suasana muram, bahkan menjadi ubat penenang bagi jiwa yang resah.

0 comments:

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


khas utk permysury hatiku....
hanya dia saja yg tahu....

0 comments:

Kau yang punya... my permysury..

Jangan kau bimbang sayang.....
di mana ku berada....
dengan siapa ku bersama...
jangan bimbang...
ku tetap...
kau yang punya....
Bertukar pandangan, senyum...
bersalaman ke sekadar berkawan...
dan bila cinta dah mula berputik...
ah, tak tidur malam...
angan-angan jadi pasangan..
dah menjadi kenyataan...
yang nyatanya, telah banyak kita harung..
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung..
kita pernah berpisah dan kembali..
berpisah dan kembali..
kembali kerna pengorbananmu kuhargai...
hilang separa masa bersama keluarga....
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye..
tiada lagi huhu haha...
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya...
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga...
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba...
dan janji-janjimu kujanji juga, yup...

Kerjaku memang kejam....
punca matamu tak boleh kejam...
bermalam, bukan berjam....
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan kerja ku berasmara...
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit...
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit...
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua...
tiada lagi show, kemudian after party...
tiada lagi party, kemudian hotel lobi...
yang lain masih berpesta...
biarkan saja mereka, mereka masih muda...
aku ditelefon kalau tak disisimu...
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu...
jangan bimbang tiada siapa bersamaku...
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku....

Satu fakta, dua penipuan..
yang pertama kita ambil, dua buang..
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali....
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi..
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi...
mereka pakar fabrikasi, modifikasi...
di depan senyum, belakang dengki...
yang cemburu mungkin teman kita sendiri...
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama...
dah senang bersama, dah susah pun bersama...
ketawa bersama, menangis bersama...
kubersumpah harap kita mati pun bersama...
ke akhirnya...

Kujuga bimbang sayang..
di mana kau berada..
dengan siapa kau bersama...
jangan lupa...
kau tetapku yang punya...
 

0 comments:

10 surah dapat menghalang daripada 10 ujian besar allah

1- surah al-fatihah dapat memadam kemurkaan allah.
2- surah yasin dapat menghilangkan rasa dahaga/ kehausan pada hari kiamat.
3- surah dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian allah swt pada hari kiamat.
4- surah al-waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan/ fakir.
5- surah al-mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- surah al-kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- surah al-kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- surah al-ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- surah al-falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- surah an-nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

semoga dapat menjadi amalan kita semua.


0 comments:

Perjuangan kita belum selesai....


semua utk bangsaku......
bangkitlah bangsaku kerna tanpa ikatan yg
teguh kita semua akan roboh...
bangunlah bangsaku....
bangkitlah....

0 comments:

Berusaha Mencari Rezeki

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”

Riwayat At-Tabrani

Huraian:

Pengajaran Hadith:

i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.

ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.

iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

0 comments:

7 Kunci Kejayaan..insyallah


ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?
apakah anda penakut?
apakah anda pemalas?
apakah anda orang pesimis?
apakah anda takut gagal?

Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan.
Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan.

Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan.

Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?

Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:

1. Orang berjaya berani mengambil risiko
Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan ghairah mencuba sesuatu yang baru seiring perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko ; yang mahu terus mengambil risiko untuk meraih kejayaan..Namun begitu berani mengambil risiko mestilah dengan persediaan yang lengkap bukan main terjah sahaja.

2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia.
Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah terbaik akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.

3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.
Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.

4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup
Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; ertinya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.

5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan, dan ini meluas pada hal-hal lain
Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.

6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri.
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda  memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka  untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.

7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.
Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.

Siapa tahu kita pun mampu mengikuti jejak mereka.

ps# mudah-mudahan aq dapat melakukan semua diatas....aammiiinnn

0 comments:

Mcdonalds!!! nothing to say..

Beza Burger McDonalds dalam iklan dan yang sebenar

Bila kita tengok iklan, terliur kita nak makan dan selalu risau macam mana nak makan sebab besar sangat dan banyak macam Big Mac.
Tetapi dalam realiti semuanya adalah berbeza.
Saiz dan rupa bentuk memang lain dan tak besar pun seperti dalam iklan.
Dan dressing kadang2 pun tak betul, sos sini sana dan mengalir di tepi pula.
hehehe.... entah macam mana plak tiba2 boleh muncul idea utk create pasal mcdonalds... hahahaha... maybe disebabkan permysury hati tgh layan mcd skrg..huhuhhu.... so kpd permysury hati..makan tu ingat org kat sini k.... nasib baik info nugget x da... miss u permysury..

0 comments:

Second Part......786

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah.... 
Entah apabila persimpangan tiba, hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya... 
Harapku tidak lupa diri bila gembira, dan cuma mula mencari kau disaat hiba ....
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan.. 
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan... 
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan... 
Oh, Sentiasa legar diminda, dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya... 
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posisi juga posesi... 
Sementara ini cuma hanya puisi, nukilan tulisan dan bisikan isi hati... 
Mencari ketenangan, menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan... 
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak leka dalam perjalanan ini.....

Aku yang memandang di dalam lubuk hati, mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembuny...i 
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati... 
Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi.... 
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan.... 
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan..... 
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini..., 
Aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui.... 
Moga cahaya lelapku tak membutakan mataku, semoga segala puji tak ku meninggi diri.... 
Moga segala janji dapat juga ku penuhi, moga dapatku hadapi tikaman dari belakang..... 
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran, dugaan sepanjang perjalanan.... 
Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur...

0 comments:

Alhamdulillah........

Disaat waktu berhenti..kosong...
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga...
lalu diri menjadi hampa..saat paradigma dunia tidak lagi digunakan untuk menerka
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yg biasanya tegak berdiri....

Menerungi luar jendela,mengagumi kebesaran Yang Maha Esa...
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza,tak memadai hnya kecapi rasa selesaa..
mahukan harta yg mampu beli satu semesta...
berpesta ke pagi botol bergelimpangan....
kekasih muda bukan takat berpegangan tangan...
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan..
bila meenjelang tua bukan itu jadi bekalan...
dan jgn puisi ini disalah tafsir pula..
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua...
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta..
saling tukar wanita,senyum dan mati tua...
BAKAT DIKURNIA JGN DISALAH GUNA....
jangan kufur nikmat yg diberi percuma...
guna kelebihan utk hikmah bersama...
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama...
ada berisi ad yg kurus,ada melencong ada yg lurus bukannya semuanya tulus..
ada sempurna ada kurang upaya ada yg jadi buta bila sdh kaya...
sebesar rumah bermula dgn sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata..
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar,kerna semua yang kaya atau besar
tetap  ALLAHUAKBAR!!

0 comments:

jangan lupa

kelak kita semua ke sini

0 comments:

terima kasih malaysia

kiniku nikmati kehidupan yang selesa
dibentuk oleh mereka yang penyayang
hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan

terima kasih ku ucapkan padamu
atas nikmat yang diberi padaku
terima kasih ku ucapkan padamu
kerna aman sentosa selalu

kita dididik serta dipimpin
agar kita semua tidak keciciran
kita terus berusaha sedaya upaya
agar menjadi insan yang berguna

*amat patriotik aq hari ini

0 comments:

apa khabar ms armageddon

aq tertanya-tanya kenapa ms armageddon aq tidak suka perhubungan jarak jauh tapi she have a reason; and the reason is YOU...cewahhh!!! sempat lak aq nyanyi hihihi and i think reason ms armageddon aq ni memang munasabah kot!!

1. wanita adalah insan yang lemah, jadi wanita perlukan teman. oleh itu, aq perlu sentiasa ada di sisi  menemani supaya dia tidak terdedah kepada ancaman yang merbahaya. sebagai contoh, diculik, dir****, ditakutkan oleh hantu ketika tidur malam dan macam-macam lagi ancaman *munasabah kan!!!

2. ms armageddon aq tak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada aq ketika aq tidak bersama dia. contohnya, dilanggar atau terlanggar #selisihmalaikat44# bukan dengan kenderaan saja tapi manusia* alasan ni pon munasabah kan!!!

3. ms armageddon aq tak nak aq bertukar warna. pahamkan maksud aq. so, dia tak nak lah aq pulang dengan muka yang dah tak sama warna semasa dia kenal aq dulu. * i think it's also relevant!!!

4. elakkan pembaziran. ms armageddon tak nak duit tabungan untuk masa depan kami terjejas gara-gara aq belanja sakan sebab hidup BUJANG!!! (ms armageddon aq seorang yang sangat pentingkan keluarga) * ini pun aq rasa sangat munasabah!!!!!!

5. ms armageddon risaukan keselamatan aq. hello!!! utara tu sangat jauh dan mengambil masa yang lama. macam-macam boleh terjadi dalam masa tu (even think positive is good...i think it's not work for me at this moment)

6. envy. memang patut ada kepada setiap wanita. *alasan ni sangat munasabah kerana aq akan bertemu ramai perempuan lain!!!!!!

7. ms armageddon takut handphone aq dan dia akan rosak. hal ini ditakuti terjadi kerana aq pastinya akan menelefon dia hampir seratus kali dalam sehari. dan akan banyaklah mesej yang akan ditaip jika dia tak menjawab panggilan aq (tapi if handphone rosak...ada harapan nak beli lain). selain itu. bil telefon pastinya akan menjadi lebih tinggi dari puncak banjaran titiwangsa yang akan aq lalui dalam perjalanan dari utara ke selatan nanti.

8. ms armageddon kemungkinan akan jatuh sakit. hal ini pasti berlaku kerana setiap bulan ms armageddon aq akan sakit sampai 4-5 hari kadang-kadang seminggu sepatutnya aq perlu ada disisi dia untuk memastikan kesihatan dia terjamin. if aq tak ada selama 2,3 hari mungkin dia akan selamat lagi. tapii kalau sampai 30 hari...cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada ms armageddon aq!!!!!

9. alasan ini juga ada kaitan dengan kesihatan. pastinya kawan-kawan terdekat dan saudara mara tahu bahawa air mata ms armageddon sangat mudah untuk gugur. jadi, bayangkan lah berapa banyak airmata dia yang akan dialirkan selama 30 hari ketiadaan aq disisi. kemungkinan untuk jatuh sakit sangat tinggi antaranya:
a) rabun/buta - kerana airmata terlalu banyak dikeluarkan jadi memberi efek kepada kornea
b) kekurangan air dalam badan - disebabkan terlalu banyak airmata yang mengalir, jumlah air dalam badan akan berkurangan. kita kan dah belajar sains, peratusan air dalam badan perlu tinggi ok (aq tak ingat berapa %...70 ke?)

aq rasa semua alasan yang ms armageddon berikan amatlah munasabah. kalau masuk mahkamah pun, insya'allah boleh menang kes ni. siapa-siapa yang rasa tak berpuas hati boleh tinggalkan komen anda ya.

***untuk ms armageddon. kenapalah anda tak nak memahami jiwa aq yang amat menyayangimu . persefahaman amatlah penting dalam menjayakan rumah tangga. (by the way, apa susah sangat. awak bawa je la saya ni tinggal kat sana.

*ayat ini ditulis dengan penuh harapan

0 comments:

eH!! Lelaki lah..

Inilah lelaki paling cantik didunia. Banyak kali tgok pon mesti korang tak perasankan yang dia ini ada alah seorang lelaki sebenarnya. 
10 kali tengok pun kita kan mengatakan dia ni wanita…

0 comments:

kebosanan melanda

when we have nothing to do......kita mungkin akan terfikir tentang makanan yang sedap-sedap (semua orang macam ni ke atau hanya ms armageddon aq seorang????) jadi untuk mengelakkan badan aq terus kembang seperti kuih bahulu hari raya yang dicelup dalam air sirap yang suam-suam kuku...jom kita layan makan ice cream lak...

0 comments:

makan!

hmm...why must entri kali ni cerita pasal makan...
do not no why? i just love to eat. the variety of food make my life so colourful. 
so, entri kali ni hanyalah picture-picture makanan. now, terimalah sajian untuk hari ini..hehehe..itu saja hidangan untuk mata anda hari ni. ana tak tau nak cerita pasal apa lagi.

0 comments:

Bakal Isteri Ku

Surat aq untuk kau bakal isteriku:

Assalammuaalaikum wahai bakal isteriku,

Mungkin aku malu untuk meluahkan dengan kata-kata,
Mungkin aku risau untuk bersua muka,
Tetapi hajat aku hanya satu,
Untuk menjadikan kamu sebagai isteri ku,
Untuk menjadikan kamu sahabat sehati sejiwa sehingga disyurga,
Untuk menjadikan kamu penyimpan rahsia bersama,

Mungkin surat ini hanya luahan hati ku untuk kau wahai bakal isteriku,
Kerana surat ini mencerminkan keikhlasan hati aku dalam memelihara ikatan suci antara kita selepas selesai nya akad,
Aku bukan seorang yang baik umpama malaikait,
Aku bukan yang kacak seperti idaman semua wanita,
Tetapi aku hanya seorang hamba Allah yang akan menjadi seorang suami yang terbaik buat isteriku selepas akad,
Tidak akan aku sia-siakan isteriku kerana kau adalah syurgaku,
Akan ku jaga isteriku seperti aku menjaga diriku sendiri,

Wahai bakal isteriku,

Sesungguhnya aku pohon kepada mu, agar kau sentiasa dekat dengan ku, pabila aku susah, senang, suka, duka agar kau menjadi penguat diriku untuk lebih tengguh,
Jadilah seorang mujahidah untuk aku seorang mujahid,
Bersama-sama membawa syariat Allah,
Aku juga memohon agar kau sentiasa memahami diriku dan menerima diriku seadanya,
Sesungguhnya baik buruk diriku adalah kurniaan Allah yang perlu redha kau menerimanya.

Dan aku akan sentiasa menjaga kau dihari kau muda dan dihari kau tua,
Dihari kau sihat dan dihari kau sakit,
Dihari kau gembira dan dihari kau sedih,
Dan percayalah bahawa setiap detik kita bersama selepas akad adalah satu pahala. Aku pohon kepada Allah agar ikatan kita akan kekal hingga ke syurga. InsyaAllah.

Yang benar,
Bakal suamimu.

Tersentuh dengan nukilan diri membuatkan aku semakin bersedia untuk lebih memikirkan masa depan untuk mendirikan rumah tangga tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku dan aku berharap agar aku sentiasa dekat denga Allah dan setiasa menjadi seorang yang soleh. BarakaAllah.

Sesungguhnya aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.

0 comments:

sesungguhnya perancangan allahlah yang terbaik

setiap yang berlaku di dunia ini ada hikmahnya.. tujuan kita diuji.. kerana allah nak kita ingat tentang yang mungkin ketika itu kita terlupa.. so selamat beramal.. salam ukhuwah.. dan selamat melalui hari-hari mendatang dengan perkara yang berfaedah dan berhikmah

0 comments:

alhamdulillah...

aq dikurniakan sahabat yang sentiasa bersama aq dan selalu membantu aq mengisi kekurangan diri. syukran ms armageddon..syukran..

0 comments:

Selamat tahun baru...

salam semua.....bertemu kembali di ruangan blog nie.....mlm nie mmg aq x dpt nk tido..x taw pasal apa...maybe ad sesuatu yg menggangu fikiran ku dikala ini.....
apapun tahun 2012 sudah aq buang ketepi....yg hadir adalah semangat sera kekuatan utk aq hadapi dlm tahun 2013!!!! aq harap semuanya ok...mohon dipermudahkan segala urusan ku Ya Allah......

Untuk tahun 2012 ialah tahun yg penuh dgn cabaran dan dugaan...kdg2 terasa mcmnnk bunuh diri ja but i always think setiap kejadian pasti ad hikmahnya...dan berkat kesabaran aq,alhamdulillah..aq berjaya menempuhi segala rintangan yg mendatang....terima kasih ku ucapkankpd family,org yg tersayang dan sahabat handai yg berada di belakang aq selama nie....thanks ok....hehehe.....

so bermulalah perjalanan aq pada tahun 2013 dan aq berharap tahun ii akan kembawa kejayaan kpd aq dan partner dlm bisnes skrg...dan berharap Qarma Galaxy akan terus utuhutk sela-lamanya....aammiinn.....korg juga doakan yea....dlm tahun nie jga aq perlu berusaha bersungguh kerna lagi2@3 tahun aq ingin menjadi seorang yg berjaya....lso kpd insan tersayang dan family,aq mohon maaf jika x dpt selalu bersama anda.....sekian

0 comments:

gapai impian

pembuka tirai lembaran baru dalam kehidupan. begitulah resam dunia, kemunculan tahun baru pasti dibayangi azam. impian mencapai hidup yang lebih baik, maju dan bermakna pasti diimpikan agar dapat mewarnai terang hari-hari mendatang.

sejauh manakah azam yang dibuat itu berjaya direalisasikan? tepuk dada tanya selera. apa yang pasti, setiap impian perlu ada strateginya.

0 comments: