Sedekah: Pendinding Api Neraka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuy2U9rO2PsC_O_YBlzqJcydntjPaVSH97DKODn6HJE_12Bpql0rA3yi70RrgtBXuBvOa07T_VLXucpx9Ppr1hVlWn_haUE2Lf7SDWh3DRXEHTzHpWLQsiVMO4iiDKkyslH76lbiDhyphenhyphenuc/s1600/sedekah.jpg

BERSEDEKAH, di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka.Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).

Apatah lagi dalam kita melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan, yang merupakan bulan rahmat, bulan keampunan, bulan diturunkan di dalamnya al-Quran, bulan jihad dan bulan dilipatgandakan ganjaran pahala.

Oleh kerana hari ini genap 10 hari kita berpuasa, maka masih tidak terlambat lagi untuk merebut ganjaran pahala daripada amalan sedekah sempena bulan penuh keberkatan ini.

Sayangnya amalan bersedekah ini semacam bermusim, hatta pada bulan Ramadan jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Semoga panduan dan pesanan daripada Ketua Unit Syariah dan Penerangan, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Shukri Yusoff yang ditemui baru-baru ini, dapat dijadikan bimbingan bersama.

Soalan: Apakah pengertian sedekah dan terangkan bentuk-bentuk sedekah sebagaimana yang disarankan oleh Islam?

Jawapan: Sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-Sadakah : benar. Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian.

Jelaslah sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t. kurniakan.

Malah apabila kita menyebut sedekah ini, hukumnya sunat, berbeza dengan nazar dan zakat.

Pun begitu, apabila kita menyentuh tentang bentuk-bentuk sedekah, segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: "Ya Rasulullah orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?'' Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis ini, Nabi hendak menceritakan tentang bentuk-bentuk sedekah yang disebut di dalam hadis ini, iaitu Sesungguhnya bertasbih itu merupakan sedekah dan setiap takbir juga merupakan sedekah, tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah. Selain itu, setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf, melarang orang membuat mungkar, itu juga adalah sedekah. Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah.

Apabila sampai kepada soalan bersama dengan isteri, maka sahabat bertanya lagi: "Adakah kami mendatangi isteri kami ini juga dikatakan sebagai satu bentuk sedekah? Lantas jawab Baginda: Apabila kamu mendatangi isteri kamu dan menunaikan hajat kamu, maka kamu akan mendapat pahala tetapi jika kamu mendatangi wanita lain yang bukan isteri kamu, sudah tentu ini merupakan satu bentuk dosa.

Hadis ini sebenarnya juga tidak bermaksud, apabila kita melakukan perkara-perkara di atas, menandakan kita sudah terlepas daripada melaksanakan tanggungjawab bersedekah.

Gembira

Apa yang Rasulullah ingin tegaskan di sini, hanya sebagai satu berita gembira kepada orang yang tidak berkemampuan melakukan sedekah kebendaan.

Pun begitu, makna sedekah yang sebenar-benarnya mengikut takrif ajaran Islam, ialah dalam bentuk harta, duit, aset dan sebagainya.

Mengapakah sedekah ini perlu dalam bentuk harta? Ini kerana kalau sebut sahaja harta, duit, barangan atau aset, pastinya ia adalah sesuatu yang amat berharga dan amat disayangi. Berbeza kalau kita kita bersedekah dengan tenaga. Ia diumpamakan seperti tidak ada sebarang makna atau nilai.

Selain itu, perkataan sedekah jika bersandarkan kepada al-Quran dan hadis, sebenarnya ia dalam bentuk harta. Ini ditekankan lagi, apabila Nabi s.a.w. membuat contoh, bersedekahlah kamu walaupun dengan separuh daripada tamar. Nabi menggunakan benda, ini menjelaskan bahawa sedekah dalam konsep Islam ialah harta benda tanpa menafikan sedekah dalam bentuk-bentuk lain.

Segelintir berpendapat, sekiranya sedekah itu sunat, maka pekerjaan ini boleh dibuat ataupun ditinggalkan. Adakah begitu juga kepada amalan bersedekah?

Itu memanglah betul tetapi sebenarnya di dalam hidup kita, kalau boleh kita hendak mencapai darjat yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t.

Hakikatnya, tawaran syurga yang Allah berikan kepada kita itu, terdapat banyak pintu, di antaranya Babus Sadakah iaitu Pintu Sedekah. Jadi mudah-mudahan, jika sedekah ini kita dapat jadikan sebagai satu budaya di dalam kehidupan, insya-Allah kita akan berpeluang masuk melalui pintu ini.

Diseru

Hal ini diperkukuhkan dengan hadis sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang membelanjakan sepasang kuda, unta atau sebagainya untuk digunakan dalam perjuangan di jalan Allah, maka namanya diseru dari dalam Syurga: ''Wahai hamba Allah! Pintu ini adalah lebih baik. Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli sembahyang (orang yang sempurna sembahyangnya) maka dia diseru dari Bab Solat (pintu sembahyang). Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli Jihad (orang yang berjuang di jalan Allah), maka dia diseru dari Bab Jihad (pintu jihad). Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli Sadaqah (orang yang suka bersedekah), maka dia diseru dari Bab Sadaqah (pintu sedekah) dan sesiapa yang tergolong dari golongan orang yang suka berpuasa, maka dia akan diseru dari Bab Ar-Rayyan (pintu Ar-Rayyan).'' Abu Bakar As-Siddiq bertanya: ''Wahai Rasulullah! Adakah setiap orang semestinya akan diseru dari pintu-pintu tersebut. Adakah tidak mungkin seseorang itu diseru dari kesemua pintu? Rasulullah s.a.w. bersabda: Benar! Aku berharap bahawa engkau termasuk di antara orang yang namanya diseru dari semua pintu. (Riwayat Muslim)

Keutamaan bersedekah adalah lebih digalakkan pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Apakah keistimewaannya bersedekah pada bulan ini?

Rasulullah s.a.w. ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah bentuk sedekah yang paling afdal?'' Jawab Baginda: Kamu bersedekah dalam bulan Ramadan. (Riwayat Muslim)

Bulan Ramadan ini banyak keistimewaannya; Pertama, ia adalah nas, Rasulullah bersabda: Kelebihan orang yang bersedekah dalam bulan Ramadan ini, ia umpama satu akademik untuk melatih. Apatah lagi, tujuan yang paling besar daripada ibadah Ramadan ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Jadi, di antara bentuk bukti ketakwaan itu ialah sekiranya berharta, maka diinfakkan atau disedekahkan.

Amalan

Kedua, amalan sunat sepanjang sebulan pada bulan Ramadan ini, diletakkan oleh Allah seolah-olah dia melakukan perkara-perkara wajib. Pahala itu memang berbeza. Manakala, perkara wajib pula, digandakan sebanyak 70 kali.

Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis bermaksud: Menunaikan perkara-perkara sunat dalam bulan Ramadan dikira melakukan perkara fardu di bulan yang lain. Manakala, melaksanakan satu kefarduan sepanjang bulan ini, adalah seolah-olah melakukan 70 kefarduan pada bulan lain.

Selain itu, Ramadan seringkali juga dikaitkan dengan pekerjaan-pekerjaan untuk menolong dan meringankan bebanan orang susah. Tambahan pula Baginda menggelarkan bulan Ramadan sebagai `shahrul musawah' atau bulan prihatin.

Di samping itu, sabda Rasulullah: Kalau manusia tahu kelebihan Ramadan, nescaya mereka mahu setiap tahun itu Ramadan.

Di dalam hadis lain pula diterangkan, daripada Jabir, katanya, "Apabila akhir malam Ramadan, maka menangis langit dan bumi, dan malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhamad." Lalu para sahabat bertanya, Apakah musibah itu?" Kata Nabi s.a.w. "Kerana perginya Ramadan. Doa di dalam bulan Ramadan adalah mustajab, sedekah diterima, kebaikan digandakan dan azab pula ditolak.

Kategori penerima yang bagaimanakah layak menerima pemberian sedekah serta apakah aspek yang menjadi keutamaan dalam amalan ini?

Dalam hal ini sedekah yang paling perlu kita berikan ialah kepada kaum kerabat kita. Mengapa Nabi sebutkan begitu? Menurut Baginda, apabila kita memberi kepada kaum kerabat, kita akan memperoleh dua pahala, iaitu pahala menghubungkan silaturahim dan kedua, pahala sedekah itu sendiri.

Juga ditegaskan di sini, supaya kita tidak sekadar melihat orang jauh tetapi melihat mereka yang rapat dengan kita, seperti ibu bapa, adik-beradik, bapa atau emak saudara, sepupu. Ini juga tidak bermaksud kita tidak perlu membantu orang jauh tetapi janganlah sehingga meminggirkan orang yang terdekat dengan kita.

Saranan

Bayangkan sekiranya semua umat Islam melakukan seperti saranan Rasulullah, insya-Allah tidaklah kesusahan yang wujud membawa kepada kehidupan yang melarat sehingga tidak cukup makan dan minum atau perkara-perkara asas di dalam kehidupan.

Di samping itu, mereka yang bersedekah ini, Allah s.w.t. janjikan kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri.

Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan. (Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain daripada Anas, Baginda bersabda bermaksud: Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam.

Begitulah betapa besarnya kelebihan yang akan diperoleh oleh mereka yang bersedekah. Selain itu, bersedekah juga dianjurkan kepada orang lain, sama ada individu atau kumpulan, institusi yang memberikan kita pendidikan serta tidak ketinggalan institusi kebajikan yang sentiasa memerlukan bantuan dan sumbangan para dermawan.

Anjuran bersedekah ini juga digalakkan kepada golongan orang miskin, cuma yang betul-betul Nabi tekankan ialah jangan mengabaikan mereka yang dekat dengan kita, terutamanya anak yatim.

Ia berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Balad ayat 15 bermaksud: (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat.

Ada hadis yang menyuruh kita bersedekah dengan benda-benda yang elok tetapi yang banyak berlaku sekarang, orang bersedekah dengan benda-benda yang sudah tidak diperlukan lagi?

Seelok-eloknya, apabila kita hendak bersedekah, hendaklah kita memberi benda yang terbaik. Firman Allah bermaksud: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu manafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui. (Ali Imran: 92)

Mendidik

Ini menjelaskan bahawa al-Quran mendidik manusia supaya menyumbang atau bersedekah dengan apa yang kita sayang untuk mencapai darjat kebaikan. Maka apabila kita bersedekah dengan benda yang tidak kita sayangi atau tidak diperlukan lagi, ia sudah bercanggah dengan kehendak dan suruhan Allah kepada kita untuk bersedekah.

Tidak dinafikan juga ada orang yang bersedekah dengan alasan jika tidak diberikan, ia tetap akan dibuang atau menjadi sampah, jadi satu cara ialah dengan bersedekah dan itulah yang berlaku semasa bencana tsunami melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara, apabila mereka menerima pakaian yang sewajarnya dilupuskan.

Di sinilah terletaknya sikap kita yang tidak prihatin dan mengambil peluang di atas nama sedekah itu untuk berbuat sebegitu. Hakikatnya, orang Islam atau saudara sesama Islam ini, mereka mempunyai harga diri. Sudahlah dia berada di dalam keadaan susah, kemudian melihat pula bantuan yang tidak seberapa, ia bukannya dianggap sebagai pertolongan kepada mereka, malah satu bentuk hinaan. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.

Bagaimana pula halnya mereka yang memberitahu kekurangan barang tersebut sebelum mensedekahkannya dan menyuruh penerima tersebut membuangnya jika mereka tidak menyukainya?

Benda yang hendak disedekahkan itu, mestilah benda yang baik dan boleh dipakai. Sekiranya ia tidak menepati ciri-ciri ini, maka tidak boleh atau tidak sesuai atau tidak menepati ciri barangan untuk dijadikan sedekah.

Ia bersesuaian dengan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.. Seorang sahabat meninggal dunia, jadi lelaki tersebut menyebut beberapa perkara sebelum kematiannya.

Di antara tiga perkara yang disebut ialah pertama, Alangkah baik kalau banyak. Kedua, alangkah baik kalau baru dan ketiga, alangkah baik kalau semua sekali.

Maksud daripada 'alangkah baik kalau banyak' ialah, pada suatu hari dia memimpin seorang buta ke masjid. Kemudian apabila sampai ke masjid dipastikan semua urusan si buta itu tadi selesai. Sebelum kematiannya, dia nampak pahala daripada bantuannya. Sebab itulah perasaan terkilannya diluahkan dengan kata-kata tersebut.

Sementara luahan 'alangkah baik kalau baru' pula dikaitkan dengan bantuannya memberikan baju sejuk yang lama kepada seorang sahabat sewaktu menuju ke masjid. Sedangkan baju yang baru, ia pakai.

Begitu juga dengan kekesalan yang ketiga, iaitu sewaktu rumahnya didatangi oleh seorang miskin yang meminta makanan. Kebetulan di rumahnya ada sekeping roti, jadi diberikan separuh daripadanya sahaja. Pemberian separuh itulah menimbulkan penyesalannya kerana tidak diberikan kesemua roti itu.

Itulah yang dikatakan nilai kebaikan atau nilai sedekah yang perlu manusia buat di dalam kehidupan.

Adakah kisah-kisah yang boleh dikongsikan dengan pembaca mengenai sejarah Nabi bersedekah pada bulan puasa?

Tidak ada disebut secara tepat, cuma dibayangkan pada bulan puasa ini ialah sifat pemurah Baginda sebagaimana diceritakan oleh Aisyah: "Seperti angin yang bertiupan." Buktinya sehinggakan Baginda tidak meninggalkan sebarang harta selepas pemergiannya.

Sekarang ini, sikap prihatin, sedih dan insaf tidak cukup. Selain itu, seseorang mestilah bertindak mengambil sesuatu langkah yang diperlukan. Barulah ada maknanya rasa kasihan dan sedih.

Rasulullah s.a.w. ada menyebut mengenai suruhan dan galakan bersedekah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya: Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat daripada buah-buahan Syurga. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat daripada tamar Syurga yang termetri bekasnya. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada pakaian Syurga yang berwarna hijau. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud). Sila huraikan maksud hadis ini?

Di dalam konteks hadis Ibnu Khuzaimah, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang memberi orang berpuasa, makanan untuk berbuka puasa. Istilah `sha-iman' iaitu orang berpuasa, ia umum tidak mengira orang yang kaya ataupun miskin.

Cuma sekiranya, kita pasti ada orang yang susah dan ada orang yang kaya, tentulah kita memberi kepada orang susah dan itu adalah lebih afdal.

Pun begitu, kalau diambil konteks hadis di atas ialah umum, maka makanan tersebut boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang berpuasa tidak kira apa taraf hidup mereka.

Bagaimanakah amalan bersedekah ini boleh kita jadikan satu bentuk kebiasaan atau menjadi budaya dan tidak hanya popular atau semarak pada bulan Ramadan?

Bulan Ramadan orang mengejar kepada ganjaran pahalanya yang berlipat kali ganda tetapi sebenarnya, kehidupan kita ini bukan hanya di dalam satu bulan ini sahaja.

Sepatutnya bulan ini dijadikan satu masa atau tempoh latihan, tarbiah atau pendidikan. Malah ia tidak terbatas kepada sedekah sahaja tetapi amalan-amalan sunat yang lain seperti qiamullail, tadarus al-Quran, berbuat baik dan banyak lagi.

Bagi saya dan menerusi penelitian sendiri, tempoh 30 hari ini, cukup untuk menjadikan bersedekah itu satu budaya kepada kita tetapi dengan syarat, ditanamkan kesungguhan, keazaman dan niat yang ikhlas.

Soal sedekah ini payah dilakukan kerana ia melibatkan satu sumbangan benda yang kita sayangi. Berbeza dengan amalan lain seperti sembahyang, berzikir, bantuan tenaga dan lainnya. Apatah lagi, pulangan daripada sedekah ini tidak nampak dengan mata kasar.

Hakikatnya, apabila kita bersedekah, harta kita bertambah. Inilah janji Allah kepada mereka yang melaksanakannya sejajar dengan hadis Baginda bermaksud: Ya Allah, berikanlah orang yang menginfakkan harta mereka dan bersedekah itu balasannya. Doa ini bukan sahaja daripada orang miskin tetapi doa malaikat itu sendiri.

Bagaimana pula dengan sindiket-sindiket tertentu yang menggunakan penipuan dalam meminta sedekah?

Apabila kita bersedekah, ganjaran pahalanya tetap diperoleh. Pernah berlaku pada zaman Nabi, orang bersedekah kepada penzina, orang kaya dan pencuri. Ramai kalangan sahabat mempersoalkannya. Malah Nabi membenarkannya dengan harapan melalui pemberian sedekah tersebut ia membantu mengubah mereka ke arah yang lebih baik.

Barangkali sedekah ini agak sukar dilakukan kerana syaitan sentiasa membisikkan kepada manusia bahawa dengan bersedekah kamu akan fakir.

Kita mungkin tidak terfikir sehingga ke tahap miskin tetapi `habis duit aku'. Itu sebenarnya bisikan syaitan, sedangkan banyak janji Allah bagi orang yang banyak melakukan sedekah sehingga dengan melakukannya, ia boleh memadamkan kemarahan dan kemurkaan Allah.

Selain itu juga, sedekah juga membina akhlak manusia itu. Ia bukan sekadar bercakap baik tetapi akhlak pun baik, dan ia perlu datang dari hati. Oleh itu, hati ini kita kena pupuk, termasuklah membuangkan rasa cinta pada dunia dengan jalan bersedekah.

2 comments:

Perang Promosi Dan KFC Voucher Online

 Salam 1 Malaysia!! KFC, A&W, McDonalds, Pizza Hut, Secret Recipe dan Burger King. Mana satu pilihan hangpa? Perang promosi sedang giat dilancarkan. Walau bagaimanapun, sambal belacan tetap menjadi pujaan hati ku.

Macam-macam bentuk promosi giat dijalankan, demi menarik perhatian pelanggan. Adakah semua ini berbaloi? Ditambah pula dengan penyediaan "online voucher". Jom kita lihat senarai promosi dan Voucher online yang disediakan.

 KFC Breakfast Promotion
 KFC Lunch Promotion
 McDonalds Family Breakfast Promotion
 McDonalds Weekday Special Promotion
 A & W Promotion dan Ipad Contest
 Burger King a4dables Promotion
 Monday & Wednesday Burger King Promotion
 Tuesday Burger King Promotion
 Pizza Hut 50% Discount Promotion
 Secret Recipe Lunch Promotion
 Klik voucher & print
 Klik voucher & print
Klik voucher & print
p/s: pandai2 hangpa la....hehehehe

2 comments:

KeCeLaKaAn pALiNg mAhAl dI DuNIA

Tadi  aq tgk berita mengenai krisis kejadian nuklear kat jepun yg x habis2 tu......
dan skrg aq  nak share ngn hangpa semua mengenai kejadian yang paling mahal didunia ini...
nak tahu yang paling mahal....jom baca info kat bawah nie...
semuanya gara2 nuklear...
ok jom kita baca untuk tambah ilmu pengetahuan....hehe..
selamat membaca....see u when u see me!!!!!!!


10.Titanic ($150 Million)

Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling famous didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada 15 April 1912, Titanic, Kapal yang paling besar dan mewah pernah dibina pada masa itu. Tragedi Titanic melanggar Iceberg semasa  membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini nelibatkan kos $7Million untuk dibina (US$150Million sekarang)

9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Million)

Pada Ogos, 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32ribu liter minyak di Whiethel Brigde di German. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 90kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40Million dan kos menukarkan jambatan $318Million.

8. MetroLink Crash ($500 Million)

pada september 2008, ianya dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalm  sejarah California, 25 orang terbunuh. Ianya berlaku akibat dari kesilapan Konduktor yang cuai membalas SMS, dan tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakakn undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.

7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)

B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, kemalangan ini disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.

6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)

Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan Bot dan Helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dasyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh exxon.

5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)

Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia, pada Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair, kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada malamnya operasi akan dimulakan seperti biasa, apabila button ditekan satu letupan dasyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbajkar menyebabkan 167 Pekerja mati.

4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)

Pada Januari 1986 NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan maha dasyat. kos untuk replacing Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan memakan kos hampir 5billion dollars.

3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)

Pada november 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah, kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangki nya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Spain. Kerisauan jika kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari Kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tengelam ditelan  laut menyebabkan 20juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke lautan. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung!!!!!.

2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)

Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada Februari 2003, hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Kos membina Kpaal Columbia memakan jumlah $2bilion pada 1978($6.3bilion jumlah kini). $500 juta dibhabiskan utk tujuan penyiasatan mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.

1. Chernobyl ($200 Billion)

Pada April 1986 terjadi malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, Ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan lebih 1.7juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupanya dianggarkan 400kali lebih dasyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada WW2. kemalangan di Chernobyl ini, meyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.

0 comments:

Ke cAmErOoN HiGhLaNdS La pUlAk......

weeeee........salam hangat semua...wah.......rindu la kat blog nie....maklumlah dah lame x update kot.....bz jerk memanjangkan....huhuhuuu.....hangpa semua cihat ka? kalau sihat, baguih la....klu x cihat tu kena la pi jumpa doctor yea....hehehehe.....haaaa.......aq nak sambung balik pasai story yang tergantung....pasai holiday la...kan aq dok cerita kat hangpa semua....tapi sampai pi grbang malam ja...kali nie aq nak cerita pasai destinasi terakhir aq iaitu cameroon highlands......klu hangpa semua nak taw,,, nie first time woh aq mai cni....mmg excited gila2 la...hehehe...

macam biasa, perjalanan kali nie kami rancang lebih awal....tapi lewat ckit la...maklumlah janji melayu..hehehe.....kami sempat pi makan kat hotel tu taw..pasai dia sediakan sarapan tok kitaorg...so save gak la budjet....hehehe....perjalanan dari ipoh ke cameroon lebih kurang 2 jam kot...hehehe...sampai2 kat sana ja, kami jadi beku woahhh...mana taknya, nampak panas, tapi sejuk dowh.....tapi x la sejuk macam negara salji...kira sejuk2 manja la..hahahaha...sampai kat sana, kami terus pi shopping...hehehe...bleh gitu? kat bawah nie ada picture tok tatapan hangpa semua....so hangpa tengok2 la yea....

sempat pose sebelum checkout hotel..hehehe

nie la destinasi shopping pertama kami.....sejuk woah....

posing ala2 model tahap gaban.....

kat kedai bunga pun jadi ambik gambaq lagi...aiyarkkkk

saja ja aq pose kat kedai nie...nak kerek sikit,,,,...hahaha

mamu pun klon aq da...huhuhuhu

nie time kami shooping kat destinasi ke dua...tokey strawberry nie mmg sporting taw..siap ambik gambaq ngn kitaorg lagi..hehehe

macam sarjan ka?

depan balai bomba pun jadi gak diaorg pos.....alahai....

mmg terbaik dari ladang.....

yang paling mahal sekali ialah keta dia....kat penang x dak woahhh....

cantik tak?? rasa nyaman ja....

aq minum ayaq nie...sumpah x sedap!! rugi betoi aq minum....harga dia boleh dapat milo ais 3 gelas taw...huhuuhu....nama ayaq nie mint green tea....


posing yang agak terlampau.....

mamu nak buat cover album tok bunkface nie....hahahaha

aq nak join mamu gak wat cover album......

tgh dok tgk " bila la kita dapat sampai ke puncak ladang teh nie " hehe

4 bujang lapok der.......



haaaaa.............sapa2 nak tumpang., mai la..pilih ja mana satu.....



terasa macam kat london kan....

pose ala2 cover album

hehehehe..........apa komen hangpa semua???? ok x picture nie??

paling smart skali ialah rumah kat belakang tu...nmpak sempoi woah....

so.....stakat nie ja lah aq nak cita...klu diikutkn banyak picure aq nak masukkan, tapi aq dah ngantuk nie.....sok ada keja lagi....so see u when u see me!!! kpada sapa2 yang dok bagi komen selama nie,terima kasih la....nanti aq sempat, aq pi kat blog hangpa semua pulak....bye2...


5 comments:

Sedetik lebih

hurm.....aq tujukan lagu nie wat seseorang yang berada jauh dimata ini, tapi dekat di hati ini........amin........

4 comments:

GeRbAnG MaLaM Di iPoH!!!!!!!!!

weee....salam semua..seperti yg dijanjikan, aq akan update blog nie wat tatapan hangpa semua....hehehehe.....pada post yg lepas, aq dah cita pasai aq g tambun kan? tapi kali  nie nak cita pasai aq n the geng pi gerbang malam kat perak....ni kali kedua aq pi tapi kali nie lebih happening pasai aq p ngn member2 aq....sebelum tu aq pi ngn cousin aq....huhuhu

mcm biasa, lepas kami semua mandi kat tambun, kami semua pi check in kat ipoh....dok hotel tu...hahahahaha...hotel 2 bintang ja kot.....tapi mmg puas hati la coz layanan dia mmg "terbaik dari ladang" hehehehehe....merapu ja aq ni kan!! ok2, sambung balik, lepas check in..kami semua rehat la sat..terutama aq la,pasai aq yg dok drive keta....so tired la....tapi masalahnya aq x bleh nak tidoq....hampeh betoi la.....so aq layan ja tv kat dlm bilik hotel tu.....lepas isya, masing2 dah bersiap nak pi gerbang malam....hhahahaha.....mmg ketaq betoi la depa semua ni...termasuk la aq..hahahha

sampai kat sana, apa lagi, mata melilau dok cari barang yang diimpikan selama ini...hehehehe.....ramai yang beli bag,jam tangan dan baju....coz kat sebelah penang x dapat design baju or bag tangan mcm kat gerbang malam nie....so kira save jugak la kat cni...alang2 dah sampai sini, kami semua shopping bagai nak gila.....include aq la.....so aq dah penat nak taip nie, hangpa tgk la picture yang aq sempat tangkap kat gerbang malam tu....see u when u see me!!!!!!!!!















p/s # nantikan sambunganya!!!!!! next post holiday ke cameroon highlands!!!!!!!!

0 comments: