YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus ku mengadu?Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..

Ya Al-Hakim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah walaupun hanya menggunakan tinta nuraniku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu..

Hanya kepada Mu aku bersujud dan berserah...
Amin Ya Rabbul 'Alamin....
 

0 comments:

Tanpa kesihatan kita semua miskin

Selain, 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) kita perlu ada juga KESIHATAN. Sebab ramai dari kita yang mengorbankan kesihatan mereka demi mengejar kekayaan, kemudian mereka membelanjakan kekayaan mereka untuk mengembalikan kesihatan. Aneh ya, tetapi itulah kita… manusia!

Sekiranya kita mempunyai seekor itik yang bertelur emas, sudah tentu itik itu akan kita jaga dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Begitu juga dengan mekanik atau pengurus kilang, mereka akan menjaga peralatan dan jentera agar berfungsi dengan baik bagi memastikan pengeluaran yang optimum.

Tapi bagaimana dengan jentera yang paling hebat di dunia, sumber utama kepada pengeluaran kita ia-itu badan kita? Adakah kita menjaganya dengan baik agar ia dapat berfungsi dengan baik dan memberi hasil yang optimum?

Tiada yang lebih bernilai dari kesihatan. Kita semua tahu, tapi kita agak berkeberatan untuk mengekalkan kesihatan kita pada tahap optimum. Kesihatan optimum bermaksud hidup bertenaga serta bebas dari gejala yang menyukarkan dan juga penyakit kronik.

Kita seorang yang gagal bila kita mengabaikan kesihatan kita.
Demi untuk mengejar kejayaan, kita sering tidak makan atau makan makanan yang tak seimbang. Kita juga tidak mengambil pemakanan tambahan untuk menampung kekurangan akibat pemakanan yang tidak seimbang. Kita tidak tidur dengan secukupnya, tidak bersenam… semuanya demi mengejar kejayaan.

Kita semua sedia maklum bahawa kita akan menghargai seseorang atau sesuatu apabila kita kehilangannya. Kita akan mulai menghargai kesihatan kita bila kita sudah mula kehilangannya.

Sekiranya umur kita sudah melampaui 40 tahun, eloklah memberi perhatian kepada kesihatan diri. Sudah banyak sistem badan yang rosak akibat gaya hidup yang tidak sihat.

Ingat ya..seorang yang sihat adalah seorang yang berjaya!
Hargai kesihatanmu…
 

0 comments:

Fakta-fakta saintifik mengenai teh

Anda suka minum TEH? Rupanya banyak juga manfaat Teh, di sini aq suka kongsikan beberapa fakta saintifik yang telah terbukti mengenai minuman kegemaran ramai.

1. Teh mengandungi hanya kesan kecil kafein. Jika anda meletakkan kuantiti sama teh datang dengan jumlah yang sama kopi maka teh itu akan mengandungi antara satu pertiga dan setengah daripada jumlah kafein bergantung kepada jenama kopi yang digunakan.

2. Teh bukan diuretik. Kerana itu ia mengandungi unsur kecil kafein, kajian saintifik telah menunjukkan bahawa anda perlu minum antara enam dan tujuh cawan teh pada satu masa sebelum ia mempunyai sebarang kesan diuretik.

3. Minum teh sederhana boleh memberi kesan yang baik terhadap gigi. Teh mengandungi unsur surih fluorida yang membantu dalam memerangi kerosakan gigi dan penyakit gusi.

4. Ramai antara kita yang mungkin tidak menjangka. Sebagai contoh, teh sejuk boleh digunakan untuk kawasan sekitar mata dan boleh mempunyai kesan menenangkan awal.

5. Teh boleh menenangkan! Satu kajian oleh University College London mengambil peserta, separuh daripada yang meminum 4 cawan teh hitam setiap hari untuk enam minggu manakala separuh lagi mengambil pengganti teh. Pada akhir pengajian, mereka telah diberikan beberapa tugas bertenaga dan mencabar. Separuh yang telah ‘mabuk’ teh menunjukkan pengurangan ketara dalam kortisol hormon tekanan.

6. Teh adalah sekitar 99% air, dan oleh itu tuduhan teh boleh mendehidrasi anda adalah tidak benar sama sekali.

7. Teh juga boleh membantu untuk menjaga nafas anda segar! Satu kajian oleh Universiti Illinois di Chicago menunjukkan bahawa polifenol yang terkandung dalam teh aktif membantu menghalang bakteria yang menyebabkan mulut berbau.

8. Saintis telah mengesyorkan bahawa 4 cawan teh setiap hari adalah jumlah optimum untuk menikmati semua manfaat kesihatan , dan 4 cawan diambil dengan susu akan memberikan anda 22% daripada pengambilan harian vitamin B2 dan 17% daripada pengambilan harian kalsium.

9. Teh mengandungi sebahagian besar daripada anti-oksidan yang baik untuk kesihatan anda. Dalam banyak kes teh mengandungi lebih tinggi kesan anti-oksidan daripada beberapa buah dan sayur-sayuran dan mereka boleh diserap ke dalam aliran darah dengan lebih cepat lagi.

10. Teh dapat membantu anda tidur! Kerana kandungan kafein adalah rendah dan hakikatnya teh mempunyai kesan menenangkan, oleh itu teh boleh membantu anda menikmati tidur di malam hari dengan lebih tenang.

Rupa-rupanya banyak juga kelebihan teh ni ya..jangan lupa nikmati secawan di pagi ni!
 

0 comments:

Robert Toru Kiyosaki

Aq cukup tertarik dan ingin berkongsi falsafah kewangan salah seorang Mentor. Antara ilmu daripada beliau yang cukup sebati dengan aq ialah falsafah Quadran Aliran Wang Tunai.

“Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.” katanya.

Robert T. Kiyosaki atau nama penuhnya Robert Toru Kiyosaki adalah seorang pelabur, usahawan, penulis dan motivator.

Beliau dilahirkan pada 8 April 1947 di sebuah tempat bernama Hilo di Hawaii, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Jepun.

Robert Kiyosaki menjadi terkenal setelah menulis sebuah buku berjudul Rich Dad, Poor Dad yang telah mencatatkan jualan best seller dan diterjemahkan kepada pelbagai bahasa.

Buku tersebut merupakan sebuah buku motivasi tentang perancangan kewangan dan bagaimana menjadi kaya dengan cara yang sepatutnya.

Robert Kiyosaki juga telah mencipta sejenis permainan yang melatih bagaimana untuk menjadi usahawan iaitu permainan Cashflow. Permainan ini dibuat dalam dua versi iaitu Cashflow untuk golongan dewasa manakala Cashflow Jr. untuk kanak-kanak.

Kiyosaki juga pernah menulis dua buah buku bersama seorang lagi usahawan terkenal iaitu Donald Trump. Antara buku-buku tersebut berjudul Why We Want You to Be Rich: Two Men, One Message dan Midas Touch: Why Some Entrepreneurs Get Rich And Why Most Don't.

Beliau juga memperkenalkan ‘Network Marketing’ iaitu satu rangkaian yang besar dan luas. Ia memberi manfaat yang besar kepada orang ramai memperomosi produk berkualiti untuk pendapatan yang lumayan. Ianya membuatkan anda mempunyai ramai kenalan di negeri sendiri dan juga di luar negara.

Pada beliau kejayaan akan dinikmati apabila ada ketekunan, semangat kental, produk bermutu tinggi digabungkan dengan timing (ketetapan masa) yang bersesuaian. Rangkaian permasaran adalah ala bisnis di era kini, dan tidak memerlukan banyak kos untuk membina perniagaan seperti bisnis konvensional.

Robert Kiyosaki menyatakan anda perlu mengatasi perasaan malu dan terasa takut dan pandai pula mencungkil potensi diri. Ini adalah asas untuk berjaya, terutamanya apabila produk dan syarikat yang anda ceburi keduanya cukup hebat. Anda akan berjaya!
 

0 comments:

Apakah fakta kesihatan yang perlu kita tahu!!

Aq ingin kongsikan artikel yang terjumpa di internet. Ya, ramai antara kita yang mencuba macam-macam cara untuk menjaga kesihatan, yang makan makanan tambahan, ubat-ubatan, bersenam, jaga makan apa semua… macam-macam caralah kan? Mari kita lihat apakah fakta kesihatan yang perlu kita tahu…

1. GULA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN SEPERTI ROKOK.
Walaupun gula nampak macam tak membahayakan diri macam merokok, hakikatnya… makanan manis boleh membahayakan diri kita, sama macam menghisap rokok. Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti Carlifornia, gula merosakkan sama seperti alkohol dan rokok, menurut mereka lagi, pengambilan gula perlulah dihadkan.

2. SENAMAN TIDAK AKAN MEMBUAT KITA JADI KURUS.
Walaupun ramai membuat senaman sebagai salah satu cara untuk menjaga berat badan, banyak kajian menunjukkan, jika tidak disertakan dengan kawalan pemakanan atau diet yang sihat, ianya hanya memberikan kesan yang sangat sedikit dalam proses menurukan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan dalam The British Journal of Sports Medicine mendapati, sekumpulan 12 orang yang melakukan senaman yang diselia tetapi tidak melakukan diet, tidak mengalami penurunan berat badan yang nyata. Walaubagaimanapun, walaupun tak menurunkan berat badan, senaman tetap memberikan faedah kesihatan yang lain.

3. GULA-GULA GETAH MERANSANG KUASA OTAK.
Tak ada masa untuk sarapan? Cuba gula-gula getah untuk lebih cerdas. Pengakaji dari Coventry University mendapati, gula-gula getah berperisa pudina menurunkan perasaan penat secara dramatik. Sementara itu, kajian lain mendapati, mengunyah gula-gula getah boleh menaikkan markah ujian dan meningkatkan daya ingatan sebanyak 35%.

4. KOPI BOLEH MENANGKIS KEMURUNGAN.
Kita selalu dengar yang kafein tak bagus untuk kesihatan, bagaimanapun, satu kajian dari Harvard School of Public Health menunjukkan, jika seorang perempuan meminum kopi empat atau lebih cawan sehari, ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Kajian awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga mendedahkan, seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari kurang rasa untuk membunuh diri.

5. BERSIKAP OPTIMISTIK BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA.
Optimistik(berfikiran positif), kita tahu, jika kita bersikap optimis, ia boleh membawa kegembiraan dalam hidup dan hubungan, bagaimanapun, kajian mendapati bersikap optimistik boleh membuatkan anda hidup lebih lama. Hasil kajian yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan mereka yang bersikap optimis jarang mengalami penyakit jantung, sementara kajian dari Duke University Medical Center pesakit jantung yang bersikap optimis hidup lebih lama berbanding mereka yang tak berapa nak optimis.

6. MESIN WANG SAMA KOTOR DENGAN TANDAS.
Jarang la kot orang nak basuh tangan atau guna hand sanitizer lepas ambil duit kat ATM kan? Ujian kebersihan yang dilakukan di Britain mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam. Pakar mengelap pada papan kekunci dari mesin wang dan tandas dan mendapati kedua-duanya mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit. (Hampir hujung bulan ni..awas pengguna mesin ATM!)

Semoga info hari ini memadatkan gedung ilmu anda.
Jadi, amalkan gaya hidup sihat!
Kesihatan adalah segalanya…

0 comments:

Fakta yang jarang anda diketahui

1) Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air mata. Bentuk air hujan adalah bulat.

2) Benda padat yang dipanaskan akan terus berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih dahulu.

3) Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-ranting pohon dan dedaunan. Jantan biasanya tidur di tanah, sementara betina tidur di sarang di atas pohon.

4) Sebahagian besar proses pencernaan terjadi bukan diperut, tapi di usus halus.

5) Cairan merah yang keluar dari daging stik setengah masak adalah bukan darah, tetapi mioglobin, iaitu“sepupu” darah yang ada di gentian otot.

6) Beg shopping dari kertas dan plastik sama-sama mempunyai sifat buruk. Beg plastik susah diurai, sementara beg kertas memerlukan tenaga yang banyak semasa pembuatannya.

7) Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih. Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam. Ketika berada di kawasan panas dan lembap, kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana lumut.
 Pemetaan lidah yang menentukan bahagian tertentu untuk mengecap rasa tertentu itu adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap oleh semua bahagian lidah.

9) Ketika Anda hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu.

10) Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut. Mereka mendapat cairan dari makanan yang mereka makan. Minum air laut boleh membuatkan mereka sakit, bahkan mati.

Semoga ianya menambah sedikit pengetahuan kita bersama.

0 comments:

Apakah fakta dan kebaikan tangisan mu?

Ada beberapa alasan manusia menangis. Antaranya kerana kelembutan hati, ketakutan, penderitaan, terlalu gembira dan tidak lupa juga akibat dari memotong bawang! Tahukah anda yang menangis ini mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya…

1) Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2) Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3) Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4) Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5) Mengurangkan stress
Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh dikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6) Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7) Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Eh banyak jugalah kebaikan menangis ni rupanya.. pada aq memang ‘sukar’ untuk menangis, tapi kalau setitik air mata aq jatuh…banyak benda boleh berlaku! (jangan fikir benda negatif..kekalkan sikap positifmu)

0 comments:

Belajar Gagal Ala Thomas Alva Edison

Thomas Alva Edison bukanlah nama yang asing bagi kita. Dia dikenal dan dikenang seluruh dunia dengan penemuannya yang menggemparkan dan mempengaruhi seluruh dunia. Bola lampu merupakan penemuan hebat yang sungguh mengagumkan. Sebelum meninggal dunia pada usia 84 tahun, Thomas Alva Edison telah mempersembahkan 1.093 karya yang besar bagi dunia ini.

Hal yang menarik dalam hidupnya, sejak kecil telah membiasakan diri bertanya tentang sesuatu yang baru. Di sekolah ia selalu mempertanyakan jawapan yang diberikan oleh gurunya. Kerana terlalu banyak bertanya, guru menilai bahawa dia seorang murid yang bingung dan berfikiran pelik.

Dalam catatan riwayat hidupnya, Edison tidak mampu menyesuaikan diri di sekolah tempatnya belajar. Dia hanya mampu bertahan di sekolah itu selama tiga bulan. Itulah pendidikan formal yang pernah ditempuhnya. Walaupun demikian, Edison tetap belajar sendiri, sampai menghasilkan karya besar yang mempengaruhi seluruh dunia.

Menurutnya: "Berhenti sekolah, tidak bererti berhenti belajar".

Walaupun pendidikan formalnya terhenti, tetapi dia terus menerus belajar dengan semangat yang tinggi.

Siapakah yang berjasa di dalam proses belajar Edison? Siapakah yang menjadi guru setianya?

Ternyata, ibunya sendiri. Ibunya mantan seorang guru. Kerana pengalaman mengajar yang sudah dilakukannya selama bertahun-tahun, ibunya terus mendidik Edison di rumah. Dialah ibu yang sangat memahami dengan benar sifat anaknya yang selalu cerewet untuk bertanya.

Merenungkan proses berliku dari usaha Edison ini, teringat kita akan Firman Tuhan dalam Al Qur’an : “Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.” (al-A’raf: 56).

Edison bukan seorang muslim, dia tidak mengetahui ayat yang ada dalam Al Qur’an, tetapi Allah SWT Yang Maha Pengasih rupanya berkenan memberikan kejayaan kepada Edison untuk menyempurnakan penemuannya tersebut setelah kegigihan Edison menghadapi kegagalan demi kegagalan dan tetap tidak berputus asa dalam usahanya.

Edison mengatakan, “Kegagalan itu sering dialami oleh orang yang tidak sedar betapa dekat jarak dirinya dengan kejayaan yang ia inginkan ketika ia memilih putus asa”.

“SAYA SUKSES, KERANA SAYA TELAH KEHABISAN APA YANG DISEBUT KEGAGALAN”.

Bahkan pada saat dia ditanya apakah tidak bosan dengan kegagalan?

Thomas Alfa Edison menjawab “DENGAN KEGAGALAN TERSEBUT, SAYA BOLEH MENGETAHUI RIBUAN CARA AGAR LAMPU TIDAK MENYALA”.

Luar biasa! walaupun banyaknya dia mengalami kegagalan, dia masih memandang kegagalan dari kaca mata yang positif. Kegagalan bukan sebagai kekalahan tapi di pandang dari sisi lain dan bermanfaat baginya, iaitu dia mengetahui cara agar lampu tidak menyala.

Cara pandang dan kegigihan beliau inilah yang harus kita teladani, walaupun sudah sedemikian banyak mengalami kegagalan Thomas Alfa Edison tetap tidak patah semangat bahkan boleh meyakinkan orang lain untuk menyakini PROJEK GAGAL nya secara berulang-ulang.

So Be Positive wahai rakan semua!

0 comments:

Aktiviti berlebihan yang memberi kesan kepada kesihatan

Aktiviti yang dilakukan berlebihan terutamanya oleh wanita yang akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang:

1. Terlalu lama berdiri:
# Merosakkan tulang.
# Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk
# Merosakkan lipatan daging.
# Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
# Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
# Merosakkan urat.
# Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya

4. Terlalu banyak tidur
# Merosakkan tenaga.
# Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
# Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
# Mudah dijangkiti kemandulan.

5. Terlalu kerap marah
# Merosakkan hati.
# Cepat kelihatan tua.

6. Terlalu banyak berfikir
# Merosakkan limpa
# Kulit muka cepat berkedut
# Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.

7. Terlalu takut
# Merosakkan ginjal.
# Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

8. Terlalu kerap terkejut
# Merosakkan pundi hempedu.
# Gejala pening kepala kerap dialami.
# Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

9. Terlalu banyak makan
# Merosakkan pencernaan.
# Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

10. Terlalu banyak masa lapang
# Merosakkan fikiran.
# Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Sila kongsikan untuk manfaat rakan-rakan mu!

0 comments:

Bagaimana nak kempiskan perut?

Aq suka kongsikan tips kempiskan perut. Ya ramai antara kita yang menghadapi masalah perut buncit terutamanya mereka yang telah berumahtangga dan meningkat usia. Semua petua ini perlu diamalkan dengan tekun dan sabar!

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Rakan-rakan semua...Selamat mencuba ya!

0 comments:

Fakta yang menarik untuk anda

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

3. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

4. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

5. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

6. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

7. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit.
Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

8. Seseorang wanita yang ingin memperbesarkan ukuran bahagian dada haruslah menyanyi dengan suara lantang.

9. Orang kidal akan menggunakan tangan kanannya untuk menggaru dan orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah sebaliknya.

10. Cuba anda ukur panjang kaki anda pada pagi dan pada sebelah petang. Kaki anda akan panjang sehingga 5-10% pada sebelah petang.

11. Tulang rusuk lelaki bagi manusia kurang 1 daripada wanita diketahui pada tahun 1543 semasa pembedahan autopsi yang pertama kali dilakukan - indahnya Islam!

0 comments:

Kata Bijak Tokoh Islam

Sama-sama kita renungi kata-kata bijak tokoh-tokoh Islam buat pedoman kita bersama :

SAYIDINA UMAR BIN KATTAB
Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.

SAYIDINA ALI BIN ABI THALIB
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan.

SAYIDINA ALI BIN ABI THALIB
Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.

ALI BIN HUSEIN
Orang yang terkaya adalah orang yang menerima pembagian (taqdir) dari Allah dengan senang hati.

ALI BIN ABI THALIB
Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

MALIK BIN DINAR/HILYATUL AULIYAA’
Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.

Semoga bermanfaat…

0 comments:

Apakah jus buah yang baik untuk kesihatan?

Ramai dari kita yang suka minum jus buah kan? Wah! terasa dahaga sekal nii..! Suka saya kongsikan untuk segmen KESIHATAN pada hari ini, 10 jus buah yang terbaik untuk anda… 

1. DELIMA
Buah ini kaya akan antioksida. Jus delima merupakan buah yang paling sihat sebab kandungan antioksida yang paling lengkap dan beragam berbanding dengan buah2 yang lain. Antioksida bermanfaat untuk mencegah barah dan penuaan .
2. ANGGUR
Buah ini juga kaya dengan antioksida. Rasanya agak masam bercampur manis. ia membuktikan bahawa anggur sesuai untuk menjaga kesihatan jantung dan mengurangi tekanan darah tinggi.

3. BLUEBERRY
Buah-buahan kelompok berry juga kaya antioksida dan vitamin C dan serat. Antioksida dan vitamin dalam blueberry sesuai untuk menyembuhkan radang sel tubuh dan otak yang disebabkan oleh proses penuaan

4. CERI HITAM
Ceri hitam termasuk keluarga berry yang terkenal dengan antioksidanya. Juga mengandung vitamin C berdos tinggi. Kajian membuktikan bahwa kandungan nutrisi ceri sesuai untuk mengurangi radang otot yang disebabkan terlalu kerap berolahraga.

5. ACAI BERI
Di luar negeri, buah ini dinamakan The New Superfood. Ini kerana khasiatnya yang sesuai untuk membantu mengurangi berbagai jenis barah.

6. OREN
Jus oren paling banyak penggemarnya di dunia. Selain kerana rasanya, juga kerana kebaikannya. Selain mengandung antioksida, oren juga padat vitamin C. Nutrisi ini bagus untuk otot, kulit, peredaran darah, dan pertumbuhan tulang (limau mengandungi kalsium).

7. EPAL
Segelas jus epal segar setiap hari sama lah dengan jantung yang sihat. Epal mengandungi banyak fitonutrien yang mampu memecah kolesterol jahat di dalam tubuh. Epal juga kaya serat dan vitamin C.

8. TOMATO
Tomato juga mengandung fitonutrien, iaitu likopen dan betakaroten. Keduanya termasuk antioksidan yang kuat. Tomato juga mengandungi vitamin E yang bagus untuk kulit. Kandungan nutrisi dalam tomato bagus untuk menurunkan tekanan darah dan sebagai daya tahan tubuh.

9. CARROT
Kandungan vitamin A pada carrot lebih tinggi berbanding buah lain. Selain itu buah ini juga merupakan sumber vitamin B, mineral, kalsium, klorina, zat besi, magnesium, sodium, sulfur alami. Semuanya baik untuk menjaga metabolisme tubuh supaya bekerja dengan baik.

10. STRAWBERI
Buah berwarna merah segar ini mengandung elagik yang dapat mengurangkan risiko berkembangnya barah. Kandungan kalium dalam stroberi juga dapat mengendalikan tekanan darah tinggi. Strawberi juga mengandung zat besi yang berfungsi mengaktifkan sel darah merah.

Itulah antara jus buah yang membantu memelihara kesihatan tubuh kita. Kalau ada lagi jus buah yang biasa anda amalkan, jangan lupa kongsikan ya!

Jom minum jus!

0 comments:

Fakta Yang Menarik Pelik Tapi Benar.

1) Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

2) Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

3) Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

4) Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat.

5) Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa.

6) Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

7) Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

8} Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

9) Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

10) Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.

11) Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia.

12) Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.

0 comments:

Keperibadian disebalik tulisan anda

Setiap dari kita mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali keperibadian seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? 

Tapi ada syarat.. tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

Mari kita menilai keperibadian mereka melalui :

1. KECONDONGAN TULISAN

Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Betul ke?

2. TULISAN BERUBAH-UBAH

Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual.

Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain

3. SAIZ TULISAN

BESAR - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

KECIL - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

SEMAKIN LAMA SEMAKIN BESAR - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati-hati dalam tindakannya.

SEMAKIN KECIL - Ya.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati-hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat! Ye ke..!?

0 comments:

Doa untuk keluarga tercinta

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan suamiku/isteriku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami

Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini

Amin……..

0 comments:

Orang yang tidak pernah mencuba, adalah orang yang tidak pernah gagal!

Kegagalan selalu dianggap sesuatu yang mengecewakan. Hal yang mengecewakan biasanya berkait dengan kegagalan.

Dalam hidup kita, berapa kali kita gagal? Cuba kita hitung sebaik mungkin kerana kita mungkin sudah melupainya.

Berapa kali kita putus cinta. Mungkin sekali, atau berkali-kali.

Berapa kali kita gagal temuduga kerja. Banyak lagi permohonan kita yang langsung tidak dibaca.

Kita juga mungkin kecewa kerana gagal peperiksaan. Kita cemerlang setiap kali ujian penggal, tetapi kita gagal peperiksaan sebenar. Anak-anak kita lepasan spm lalu, ada juga yang gagal mendapat tempat di universiti, yang sangat cemerlang pun gagal dapat tajaan.

Kita juga mungkin pernah berpengalaman gagal mendapatkan projek - tetapi kertas cadangan kita pula dengan jayanya dicuri orang!

Tidak susah juga untuk kita gagal memikat hati keluarga mertua - apabila kita tidak dapat mengatur hidup mengikut selera mereka.

Kita juga mungkin selalu gagal mendapat apa yang kita hajatkan - mendapat calon suami atau isteri yang kita idamkan, sebaliknya mendapat orang lain yang tidak pernah kita bayangkan.

Kalau kita senaraikan - setiap hari tentu sahaja akan ada kegagalan yang kita lakukan. Paling tidak, kita gagal kyusuk dalam solat. Lebih teruk, kita tidak sempat bersolat kerana sibuk dengan banyak hal dunia.

Jadi - apa kena mengena kegagalan ini dengan hidup manusia. Kegagalan itu sebahagian dari hidup kita. Kegagalan itulah yang menghidupkan kita. Kegagalan itulah yang menjadi teman kita setiap hari. Ia adalah milik setiap orang.

Ada yang masih kita ingati, ada yang sudah kita lupakan. Tetapi, lambat laun akan ada kegagalan baru yang sedang menanti kita. Kita bukan sempurna. Kalaupun kita mampu merancang dengan baik - tetapi perancang sebenar tetap tuhan yang berada di atas segala-galanya.

Napolean Hill pernah berkata: “ … orang-orang yang tidak berjaya untuk mencipta kejayaan di dalam hidupnya mempunyai sesuatu yang serupa. Mereka semuanya tahu kenapa mereka gagal.”

Terlalu banyak peluang dan segala macam kebaikan yang dapat memberi faedah berada di sekeliling kita. Kita tidak dapat untuk melaksanakannya atau terbiar begitu sahaja kerana kita tiada kesanggupan untuk melaksanakannya. Segala apa yang telah kita rancangkan akan lenyap seolah-olah tidak pernah sekalipun kita terfikir untuk mahu mencapai kejayaan. 

Terdapat banyak faktor yang berada di dalam diri anda atau di sekeliling kita yang menjadi penyebab kepada kegagalan kita untuk mencipta kejayaan selama ini. Kenalpasti semua faktor ini sekarang, kerana kita sudah tiada masa untuk terus menerus gagal.

Benarkah orang yang tidak pernah mencuba, adalah orang yang tidak pernah gagal?

Jika anda tidak bermula, tak mungkin anda akan habiskan…!

0 comments:

kerana kau perempuan

kerana kau perempuan
hanya ada air mata
yang mungkin menjadi senjata
menepis dugaan dan godaan berganda
atau, mungkin hanya penambah lara
dan kau terpuruk dalam dunia tanpa makna
lalu, langkahmu mahu dihayun ke mana?

kerana kau perampuan
hanya ada sekeping hati
kini kosong walau dulu terisi
yang pernah jadi penyeri hidup setiap hari
namun dambaan hati entah ke mana pergi
retaknya sudah tak bercantum kembali
lalu, apa lagi yang kau nanti?

kerana kau perempuan
hanya meletak segunung mimpi
beralas selautan harapan tak bertepi
mimpi-mimpi sekadar bayangan sepi
harapan cuma berlalu tanpa janji terpatri
kau menangis lagi… kau teluka lagi
lalu, apa yang mahu kau cari?
kehangatan asmara berapi
atau, dakapan kekasih sejati…

kerana kau perempuan,
aku lelaki,
engkaukah rusukku yang kucari???

0 comments:

menyentuh perasaan jugak la pagi2 nie..layan jer..
Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Suara Dengarkanlah aku..

0 comments:

Jangan X Jadi

pagi tadi aq tersenyum bila lagu nyanyian AXL diputarkan di radio...xtahan siot lirik dia...

Dah lama ku cari gadis yang sepertimu
Miliki wajah keibuan
Bergetar jantungku gugur hatiku
Memandangmu
Cantiknya parasmu
Seanggun bidadari
Semua itu bukan yang kumahu
Hanya yang ku pinta engkau setia
Dan menjadi suri hidupku
Berkali-kali kulafazkan I LOVE YOU
Berkali-kali ku bilangkn I MISS YOU
Tapi mengapa kau masih ragu-ragu
Kasih sayangku ada dalam dirimu
Hanyalah engkau yang aku mahu
Aku tak punya gadis lain cantik manis dan lembut
Dah lama ku cari gadis yang sepertimu..
Miliki wajah keibuan
Bergetar-getar jantung hatiku
Keranamu kekasihku
Berkali-kali kulafazkan I LOVE YOU
Berkali-kali ku bilangkan I MISS YOU
Tapi mengapa kau masih ragu-ragu
Kasih sayangku ada dalam dirimu
Berkali-kali ku lafazkan I LOVE YOU
Berkali-kali ku bilangkan I MISS YOU
Tapi mengapa kau masih ragu-ragu
Kasih sayangku ada dalam dirimu
Hanyalah engkau yang aku mahu
Aku tak punya gadis lain cantik manis dan lembut
Hanyalah engkau yang aku mahu
Aku tak punya gadis lain cantik manis dan lembut
Dah lama ku cari lelaki sepertimu..
Punyai semua yg ku mahu
Bergetar jantungku gugur hatiku
Memandangmu
Kekasihku
Janganlah tak jadi
Janganlah tak jadi
Janganlah tak jadi
I love u
I miss u

0 comments:

Semangat...

hello semua...salam 1 Malaysia....sebut pasal semangat mesti masing2 ada story masing x kiralah semangat dlm bekerja@something yg kita nak buat...senang cerita passion masing2..hehehe..senang!! macam aq, aq lebih semangat ke arah perniagaan, x kisalah apa jenis pun asalkan mndatangkan rezeki yg halal coz aq lebih terjurus ke arah itu..korang lak mcm mana?? share2 la sikit yea...

0 comments:

Tak boleh tidoq malam..

Adohai mata ku sayang (baru sebut mata, perut lak lapar. Pi makan sat. Satgi sambung tulis)

*sambungan*

Jenguk periuk nasi, ada nasi sikit. Lebih dari cukup.
Niat di hati nak makan lauk gulai asam kembung. Tengok tak berusik.
Bagus. Ini cukup bagus.
Tuang kuah banyak2 atas nasi.
Pakai spek, bawak nasi ke depan tv, pasang tv, tekan remote..walah!
Midnight snack yg ideal.

Suap nasi ke mulut.
Alaaaaa....awatnya masin ni? Tadi siang makan tak masin pun.
Siang tadi rasa sedap ja. Hantu betui. Tak kan hantu kencin atas lauk kot.
Penaya sungguh la..
Orang dok kebuloq, boleh pulak lauk tu pi jadi masin.

Tutup tv, pi dapoq hantaq pinggan penuh nasi gulai masin.
Tuang dalam tong sampah.
Basuh tangan. Masuk bilik. Tekan keyboard laptop Sony.

What a night..what a night..

Ni dok dengaq pintu rumah jiran bawah ka, atas ka..dok dung dang dung dang.
Dah la pukui 2 pagi ni. Seriau la pulak.
Kat tingkap pulak bunyi siuww siuwww..
La...angin ribut lagi.
Hujan la satgi ni.

Tidoq la mata oihh. Hang dok jadi burung hantu dah 3 malam ni awatnya?
*dah cakap sorang2. Merapu*

0 comments:

Allah swt menjadikan penyakit dan penawar itu berpasangan

Ujian demi ujian, menggantikan nikmat demi nikmat.
Allah tu Maha Adil.
Alhamdulillah..aq bersyukur.

bila mata xboleh pejam, aq buka website Darussyifa.
Aq baca cerpen pendek, pengalaman ustaz yang mengubati pesakit.
Menurut ustaz tersebut, Allah jadikan penyakit dan penawar itu berdekatan.
Cuma kita perlu tahu apakah penawar itu.

Sebelum aq tidur, aq pasang doa syifa yang dibaca ustaz berkali2 sehingga aq mengantuk.
aq pun baca sekali.

aq berdoa supaya Allah tunjukkan yang mana satu penawar untuk penyakit cik ana.
Moga penyakit cik ana pulih sepenuhnya, insya-allah.

0 comments:

Love You Like A Love Song

so sweet la this song...i love u like a love song baby...to my love...love u so much n miss u so much....

0 comments:

New Habit...

hehehe....actually segan nak bagitaw pasal new habit aq nie,segan kowt, but x pe lah,aq share la jgk coz habit baru aq nie collect cap!!! hahahaha...lama dah habit nie aq tinggalkan..mana taknya sampai kena leter dgn madam besar..hahaha..tp tu zaman skool la,but skng habit tu kembali maybe teringin nk jadi mcm remaja kowt..huhuhuhu...skng x la banyak topi yg aq ada,tapi aq try cari yg sesuai dgn kepala aq yg besar nie la..sebulan sekali mesti beli!!!! aduhai..nie kalau taw kat mummy,kompom2 kena leter 1 week..hehehe...buts its ok la kan? ok x? hehehe...chow dulu..see next time pnya artikel!!! bye2..


0 comments:

Orang berjaya cintakan kerja

Aq ingin berkongsi panduan membina kejayaan dalam kerjaya. (Walaupun agak panjang, anggaplah ‘kuliah santai’ ini gedung ilmu. Rugi sangat kalau kita baca separuh dan kedekut untuk berkongsi dengan rakan-rakan tau!) Kita mesti ingat bahawa anak kunci kecemerlangan kerjaya, kemajuan, kualiti dan produktivi datangnya dari keseronokan bekerja. Keseronokan bekerja adalah rahsia kejayaan dan kekayaan!

PANDUAN 1 - JANGAN STRES!!!!
Stres apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan, atau risau dengan sesuatu dan banyak lagi faktor-faktor yang mendatangkan kepada stress. Stress ini tidak mendatangkan kebaikan kedalam diri kita. Malah, boleh mendatangkan banyak penyakit dan stress ini tidak mendatangkan kebaikan langsung!

Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan. Stres ini akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi huru-hara kerana kita membuat dalam keadaan yang stress.

PANDUAN 2 - BERKONGSI IDEA DAN MAKLUMAT
Satu penyakit manusia pada hari ini ialah takut. Takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila mereka mempunyai satu idea yang hebat, idea tersebut di simpan kerana takut orang lain pula yang dapat idea hebat tersebut.

Sebenarnya, Kalau kita berkongsi idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir. Secara psikologi, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat lagi daripada idea asal tadi. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea tersebut.


PANDUAN 3 - KELILINGI DIRI ANDA DENGAN MEREKA YANG HEBAT
Anda ingin menjadi hebat dan berjaya? Caranya ialah anda kelilingi mereka-mereka yang hebat dan pastinya anda juga akan menjadi hebat dan berjaya seperti mereka. Tahukah anda? 85% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Oleh itu, kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka anda akan menjadi seperti mereka. Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok yang lama dan binalah kelompok yang baru yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan seterusnya menjadi Berjaya seperti mereka dan bawalah rakan-rakan supaya mereka juga Berjaya bersama.

PANDUAN 4 - CUBA BENDA BARU
Manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba kita lakukan sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja.

Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, mereka akan ‘’sahaja disitu" dan terus melakukan perkara yang sama. Kerana mereka sudah merasakan diri mereka di tahap yang selesa dan tidak mahu melakukan perkara lain yang baru. Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka.

Sikap ini lah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan. Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan membuat minda kita untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat.

PANDUAN 5 - KEKALKAN MOTIVASI DIRI.
Kebiasaanya, anda akan merasa tahap untuk memotivasikan diri sangat tinggi. Anda akan rasa motivasi itu sangat penting untuk diri setiap individu. Tetapi percayakah anda, motivasi diri ini akan hilang lama-kelamaan. Bagaimanakah caranya untuk anda kekalkan motivasi di dalam diri anda? Jawapannya ialah kekalkan momentum anda. Kekalkan momentum dan usaha anda yang sedang berkobar-kobar itu.

Jika anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, jangan berhenti sehingga 2 atau 3 hari kerana momentum anda akan berkurang. Motivasi diri anda juga akan berkurang dan akhirnya semuanya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, sentiasalah memikirkan tentang kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan.

PANDUAN 6 - KURANGKAN RASA MALU.
Sifat pemalu kadang-kadang dapat menghambat kegiatan anda. Rasa malu yang berlebihan seringkali membuat anda menjadi tidak berani menampilkan potensi yang sebenarnya.

Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu.Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

PANDUAN 7 - MENULIS MATLAMAT
Setiap individu mempunyai matlamat. Matlamat untuk berjaya, dan mencapai kejayaan. Tetapi kalau sekadar hanya mempunyai matlamat tidak mencukupi kerana ia ibarat angan-angan kosong. Dengan dengan menulis matlamat, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang. Matlamat adalah kompas kehidupan. Tapi tahukah anda 98% orang tidak menulis matlamat mereka!

PANDUAN 8 - JANGAN SOMBONG BERTANYA
Sesetengah individu yang sudah berada di tahap yang selesa dan hebat, mereka malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan jatuh. Walau di tahap mana pun anda, tahap mana pun kepakaran anda, anda masih perlu untuk menuntut ilmu. Cara termudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya! Dengan bertanya, ia boleh memudahkan pembelajaran kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang singkat dengan apa yang kita cari dan inginkan. “

PANDUAN 9 - PENGURUSAN MASA.
Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadi seorang yang berjaya. Namun, setiap individu ini terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sehingga banyak perkara yang terabai dan sering berkata “ tidak ada masa.” Pengurusan masa itu sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang berjaya. Dengan ini pengurusan masa hendaklah di ambil kira dalam kehidupan seharian. Yang manakah anda perlu lakukan dahulu? Ramai diantara kita yang suka melakukan tugasan yang kecil dan senang dahulu berbanding dengan kerja yang besar dan susah.

Melakukan kerja yang susah dan besar dahulu adalah jalan terbaik. Kerana melakukan kerja yang besar dan susah di awal pagi menjadikan kita lebih bersemangat jika dibandingkan kita melakukan kerja yang susah di waktu tengahari dan petang. Kerja yang susah apabila dilakukan pada waktu petang, menjadikan kita amat malas dan semua kerja yang dilakukan menjadi tidak berkualiti. Jangan membazir masa kerana masa tidak boleh diundur.

Usaha, Doa dan Tawakal.. Orang yang Berjaya sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup belajar dari kesilapan. Bukan berputus asa apabila menemui kegagalan. “ Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan tetapi kita tak mahu, kita ada sejuta alasan”. “ RAJIN itu adalah punca segala Kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.”

Aq adalah 'pekerja'! Kita semua adalah 'pekerja' dan KERJA ITU SUATU IBADAH!

0 comments: