Nilai keibuan


setiap lelaki mesti inginkan wanita yg mempunyai nilai keibuan bcoz one daya kita tahu wanita spt ini dpt menjadi isteri solehah dan pandai mengambil hati anak2 kita one day...i'am right????? mesti ramai setuju dgn kata2 aq nie coz aq sgt beruntung mempunyai teman wanita seperti beliau..thanks honey...tiada kata daoat digambarkan dgn tulisan seringkas ini..hanya hati saja yg taw betapa beruntungnya diri ini...thanks sayang!!!!!!!


Bahaya Menahan Bersin




Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri anda.
Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.
“Bersin merupakan perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko”, kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, didalam Doctoroz.com.
Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang menahan bersin antaranya :
1 – Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
2- Pecah gendang telinga.
3- Gangguan pendengaran.
4- Veritgo.
5 – Keluar mata dari soketnya.

10 Cara membahagiakan ibu bapa anda



Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1) Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2) Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3) Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4) Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5) Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6) Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7) Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8) Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9) Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10) Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka

7 Fenomena Alam Yang Luar Biasa


Petir Catatumbo yang misterius adalah sebuah fenomena alam yang unik di dunia. Terletak di muara sungai Catatumbo di Danau Maracaibo. Fenomena ini berupa awan petir yang membentuk sebuah “garis” kilat sepanjang 5 kilometer, setiap 140 – 160malam dalam setahun, selama 10 jam tiap malam, dan lebih dari 280 kali dalam 1 jam itu. Ini hampir bisa disebut ‘badai permanen’. Petir ini mempunyai intensitas 400.000 ampere dan terlihat hingga 400 km jauhnya. Menurut kajian, petir ini terjadi kerana tiupan angin yang berasal dari Pegunungan Andes. Petir ini juga dijadikan sebagai navigasi oleh para pelaut.

The Rain of Fishes (Hujan ikan) ada diceritakan dalam Cerita Rakyat Honduras. Namun, juga terjadi secara nyata di Departamento de Yoro, antara bulan Mei dan Julai. Saksi mengatakan bahawa fenomena ini bermula dengan awan gelap di langit, diikuti dengan kilat, guntur, angin kencang dan hujan lebat selama 2 – 3 jam. Setelah hujan berhenti, ratusan ikan ditemui hidup di tanah. Orang mengambil ikan – ikan ini dan memasaknya. Sejak 1998, Festival Hujan Ikan dirayakan setiap tahun di kota Yoro.

Kambing yang memanjat pohon, hanya dapat ditemukan di Maroko. Kambing ini memanjat pohon kerana ingin memakan buah dari Pohon Argan, yang mirip dengan Buah Zaitun.

Dari 25 Julai sehingga 23 September 2001, hujan merah turun di selatan India, Negeri Kerala. Tidak hanya merah, hujan warna kuning, hijau dan hitam juga dilaporkan terjadi. Kerajaan India menemukan bahawa hujan ini telah “diwarnai” oleh spora dari alga, yangtersebar di udara. Kemudian, awal tahun 2006, Kerala pun menjadi perhatian dunia.

Dua kali dalam setahun, antara Februari dan Mac, air Lautan Atlantik bertumpuk di Sungai Amazon, menciptakan gelombang ombak terpanjang di dunia. Fenomena ini disebabkan oleh arus Samudera Atantik yang memenuhi muara sungai, sehingga menghasilkan ombak setinggi 12 kaki yang berterusan hingga lebih dari setengah jam.

Atmosfera yang dikenali dengan circumhorizon arc atau Fire Rainbow (pelangi api), akan muncul ketika matahari berada tinggi (lebih daripada 58 darjah diatas horizon). Cahaya matahari menembus lurus dan menyinari awan cirrus, sehingga menghasilkan semacam lempengan kristal segi enam dan membentuk efek prisma. Sehingga terlihat pelangi yang berbentuk seperti api.

Musim semi di Denmark, sekitar satu setengah jam sebelum senja, lebih dari 1 juta Sturnus Vulgaris (sejenis burung) berkumpul dari seluruh pelosok untuk bergabung dan membentuk suatu kumpulan yang luar biasa besar di udara. Hinnga membuat langit menjadi terasa gelap. Fenomena ini disebut Black Sun, dan dapat disaksikan di awal musim semi di barat Denmark.

7 Kelebihan Setan Dibanding Manusia


Pada dasarnya derajat manusia adalah lebih tinggi dari setan (Bukankah Manusia diciptakan dari tanah dan setan diciptakan dari api, oleh karna itulah Dulu Allah memerintah Para setan untuk mengakui Adam. Namun ada Beberapa Fakta Yang Membuat Setan Lebih Unggul Dari Manusia,
Secara Fakta ada 7 kelebihan setan dibandingkan manusia.
Berikut adalah 7 Kelebihan Setan Dibandingkan Manusia :
1. Pantang menyerah
Setan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh.
2. Selalu Berusaha
Setan akan mencari cara apapun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh ide. Sedangkan manusia ingin enaknya saja, banyak yang
malas.
3. Konsisten
Setan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluhkan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih ngaggur.
4. Solider
Sesama setan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bunuh dan menyakiti.
5. Genius ( banyak Akal Dan Trik )
Setan itu paling pintar mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia banyak yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat.
6. Tanpa Putus Asa
Setan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan imbalan apapun. Sedangkan manusia, apapun harus dibayar.
7. Suka berteman
Setan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois.

Kesan Buruk Makan Hati Ayam



Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut saintis ke nak ikut Nabi Muhammad SAW?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:
* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.
Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik
Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser.Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.
Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.
Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.
Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Fesyen Rambut Yang Makruh Bagi Orang Islam






Qaza’
Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai QAZA’. Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmuk, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada Abdullah bin ‘Umar R.A katanya yang bermaksud :
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar R.A yang bermaksud :
“Sesungguhnya Nabi SAW telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Pada dasarnya, hadis yang menerangkan pencukuran sebagian rambut ada banyak, akan tetapi yang diambil sebagai bahan utama adalah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim.
2.Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim adalah berstatus sahih, karena ia memiliki sanad yang mutasil. Hadis ini dapat diterima dan dijadikan hujah kerana ia bebas dari ‘illat yang dapat menolak sebuah hadis, iaitu terputusnya sanad dan cacatnya perawi.
Al-Qaza’ adalah mencukur sebagian rambut dan membiar sebahagian yang lain. Hukum melakukan qaza’ adalah makruh, tidak sampai berstatus haram seperti anggapan sebagian orang. Walau bagaimanapun, menghindari melakukan qaza’ adalah lebih baik daripada melakukannya.
Wallahualam.


hukum cukur rambut

Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang menarik yang boleh di kongsi bersama tentang kisah seorang wali Allah yang solat di atas Air.. Semoga kisah ini dapat di jadikan teladan kepada kita semua..
Nak dijadikan cerita pada suatu ketika ada sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!” Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!”
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?”
Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.”
Para penumpang itu berkata, “Apa yang mesti kami buat?”
Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.”
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”
Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?”
Wali Allah itu berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.”
Peniaga itu berkata lagi, “Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”
Wali Allah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?”
Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah.”
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a’alam

couple time skool???????

salam semua...masa aq dok post artikel nie mesti ada yg dah tidor or wat something kan? ok,kali nie aq nk story pasal COUPLE time skool...ehehehehe...serius aq ckp aq x penah couple time skool..x taw kenapa tapi kebanyakan kwn2 aq semua depa ada pasangan masing2 kecuali aq ja..huhuhuu..mmg sedeyh masa tu tapi apa bleh buat,mmg x da feeling nak couple masa tu....couple time skool ada kebaikan n keburukan dia la kan...ini pandangan aq coz learn from kawan jgk nie...hehehe...now aq nk story kebaikan bila bercouple time skool..
*sentiasa datang awal ke kelas coz dpat duduk sebelah dgn pasangan,x pun selang 2@3 meja pun jadilah..dpt menatap wajah si dia pun dh ckp baguskan?
*lebih bersemangat ke sekolah dan x de dah ponteng2 kelas nie(bagi lelaki ja kowt),maklumlah buah hati dah ada..tapi kebanyakan niat depa nie bukan apa,just nk pi tgk kelakuan si buah hati ja..takut2lah curang..hehehe
*menjadi seorang pelajar yg cemerlang dari segi akedemik dan sukan...maklumlah buah hati sdg memerhati..hehehe...
*dari seorang yg baran bertukar mnjadi yg mudah mesra dgn orang dan cool..

ok..cukup stakat nie aq berceloteh tentang kebaikan plak,now keburukan plak...keburukan couple time skool.....
*pergi ke skool dgn niat semata2 nak berdating bkn blajar...so no good!!!!!
*pelajaran akan diketepikan dan aweks@balak be the first not education!!!
*cikgu2@student lain akan memandang serong coz depa nie jenis date duduk dekat2,date kat tepi tandas,kat tepi padang n etc..ini semua salah,maklumlah bila berdua akan ada org ketiga..huhuhuhu
*tanggungjawab sebagai anak kpd org tua kita trus kita lupakan dan aweks@balak kita menjadi keutamaan daripada keluarga sendiri...kecian2...

ok...ni je yg dapat aq story tntg kebaikan dan keburukan couple time skool..hehehehe..tapi kena ingat x semua yg aq story kat cni 100% betol..kadang2 ada salahnya juga..aq story nie atas apa yg terjadi kat kawan2 aq time skool dulu...x de kena mengena yg hidup ataupun mati...ada juga pasangan yg bercinta dari skool yg berjaya ke menara gading sama2...diaorg blajar sama then keja pun sama2 jgk...last2 kawin pun sama...yg tu dikatakan jodoh...so klu dh jodoh kita dgn pasangan yg kita kawan dari skool lagi mmg x bleh elak...cuma peratus pasangan dari skool yg berjaya bersama2 then kawin skali mmg jarang kita dgr..maybe dlm 30% ja yg terjadi....so kpd adik2 semua,hope hangpa semua blajaq lah dulu,then bercinta la kemudian..kawan x pa tapi bercinta time skool,pikiaq sendiri la noo..hahahaha...ckplah stakat nie aq celoteh..pnat dah nie..bye2...



cinta monyet.....

KAHWIN!!!!

okey...slamat pagi semua..hope still morning lagi kan? coz aq baru ja mandi..hehehe..hurm,actually bnyk benda yg bermain kat fikiran FA,but x taw nk start dari mana...ok pagi nie FA nk start about KAHWIN!!!!!!!!!!! hehehe...mmg bagi sesetengah org perkara  nie sensitif but not me ok..aq x ksah pun coz im not ready for this....hehehe..cita nie tiba2 terpancar kat benak hatiku dan fikiran coz last day aq keja means hari rabu,ada la kakak2 or abg2 ask FA bila nak married? so my answer senang ja, "belum get ready lagi"..huhuhuhu...then lpas FA ckp mcm tu,FA kena hentam la pulak...adoooiiii...wa sudah kena la beb..hehehe..diaorg ckp apa yg x ready,klu nk ikutkan semua dah ada what?..... tapi bagi aq semua yg ada tu harta duniawi sahaja not akhirat..bagi aq duniawi tu bila2 bleh cari tapi akhirat kita kena mengejar smpai kita mati.. maksud aq yg "belum get ready" tu merangkumi dari semua aspek termasuklah kewangan,tanggungjawab,agama dan bersediakah aq utk menjadi ketua keluarga@khalifah bagi seorang perempuan?????? yg tu bermain dlm fikiran aq....kahwin mmg la syok,tnya la sapa2 oun,semua ckp kahwin best woah..aq akui,kahwin mmg best(mcmlah aq dah kawin) tp setakat mana kita memahami perkataan KAHWIN.......aq budjet kahwin maybe umur 30-an,now pn dah 26,so maksudnya ada lagi 4 years before im getting married..hehehe...tapi klu dh sampai seru awal,aq terima ja..hahahaha...so dlm masa 4 years nie lah aq nk kuatkan ekonomi aq dulu coz nanti nak jaga anak org,bkn anak kucing...then nak belajar mendalami ilmu agama dgn lebih lagi..coz wlupun aq nie bolehlah dikatakan solat x tinggal,tapi dalaman masih bnyk kosong lagi,so aq perlu standby dari segi luaran dan dalaman....pasti suatu hari nanti aq akan memimpin  isteri,anak2,ibu dan bapa mertua solat,so kena get ready for this...so kesimpulannya is very simple,sapa2 laki  kat luaq tu yg nk kawin hangpa semua kena la standby semua yg aq sebut nie...FA pun mcm hangpa semua,not perfect dlm semua urusan..yg perfect hanyalah ALLAH S.W.T. sahaja..so marilah kita semua berdoa agar diberikan petunjuk dan hidayah supaya kita semua dapat menjadi khalifah yg terbaik bagi kaum hawa di dunia dan akhirat.....aaammmiiinnnnn


toys utk budak2 80@90-an

hurm......nak mula dari mana FA pn x taw....jap dok pikiaq balik,tadi masa dok taip idea bukan main mncurah2 lagi,la nie,terkedu sorg2 la plak....haaa...dah ingat...dulu time kita kecik2 semua org penah main mainan..betol x? tapi permainan nie aq tuju utk depa yg lahir tahun 80@90-an ja coz depa nie ja yg penah dok main semua toys nie...x kiralah laki@pompuan..semua sama ja....la nie dah x jumpa toys mcm nie..la semua bdk2 lebih prefer tok main kat cybercafe coz ada game online..tapi depa semua x sedaq yg game dulu2 lagu best..betoi x? hehehehe..itu pandangan aq la.....kat bawah nie ada la ckit2 info yg aq nk share kat hangpa semua pasal toys yg FA & the geng dok gila dulu....hangpa layan naaa...


Mainan nostalgia

Dulu mainan kebanyakan adalah murah, ringkas tetapi yang penting menyoronokkan. Jom kita tengok apa mainan budak-budak zaman dulu.
Askar payung terjun. Kami yakin 99% pembaca pasti pernah bermain dengan askar terjun ni Open-mouthed smile
payungterjun
Satu lagi yang popular ialah askar hijau
askar
Belon yang boleh didapati percuma setelah membeli keropok berharga 10 sen.
belon
Mari memancing ikan. Mainan ni merupakan kegemaran penulis pada masa lepas. Sampai sekarang masih minat memancing.
fishing
Mainan ni kita kena masukkan bulatan tu ke dalam jarum penunjuk. Nostalgia kan?
gelangair2
Mainan penguin naik tangga Open-mouthed smile
penguin
Masih ingat lagi Dash Yankuro dan Tamiya? Semua budak-budak pada zaman tu dilanda demam tamiya. Masih ingat lagi penulis membawa tamiya ke sekolah untuk belajar teknik modifikasi dengan kawan-kawan Open-mouthed smile
tamiya
Bola kad sangat popular terutamanya selepas musim peperiksaan. Zaman kami dulu hampir satu kelas main Open-mouthed smile
bolakotak2
Mainan laser sangat popular sekitar 1999 sebelum diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Masa tu hampir dimana-mana boleh lihat laser dijual dengan larisnya.
LaserPointer
Sampan kertas sangat popular ketika hari hujan di sekolah.
botkertas
Kad nama yang sangat popular sekitar tahun 1997-1998 dulu. Masa tu semua orang berebut nak buat kad nama, dan yang jadi pengedar boleh percuma 3 set kad nama. Ah the good ol days.
namecard
Menggunakan pilot the shaker boleh dikatakan satu trend pada zaman sekolah dulu.
pilotshaker
Tetapi pensel dibawah lebih legend dari pilot the shaker.
pilot
Mainan bola tuju ni dikatakan telah melahirkan ramai bakat bowling dan bola baling pada masa sekarang Open-mouthed smile
bolakakitiga
Mengumpul kad stiker dragonball merupakan salah satu kegilaan pelajar sekolah rendah sekitar 1997-1998.
dragon-ball-special-shine-shining-card-original-bandai-1101-24-menghaur@2
Teringat tengok iklan di tv, masa tu ingatkan boleh makan benda ni Open-mouthed smile
happyfactory
Mesin tikam ini telah diharamkan di sekolah rendah kami kerana ramai pelajar sekolah yang membazir duit dengannya setelah pulang dari sekolah.
AK25_Capsule_Toy_Vending_Machine
Salah satu jenis origami yang selalu dipraktis oleh budak sekolah
jetkertas2
Digimon menjadi fenomena sekitar 1999
digimon
Yoyo mejadi fenomena seluruh remaja dan kanak-kanak malaysia sekitar 1999-2000
proyo
Pembaca perempuan mungkin ada nostalgia dengan mainan ni?
anak patung kertas
Barbie
Antara mainan pistol yang menjadi kegemaran kanak-kanak
pistol air
Pistol Belerang Carl Samsudin
pistolPistol_1Pistol_5
pistol2
Masih ingat lagi dengan mainan kad ini?
carkad
daduular
saidina
brickgame
lukis
bedilbawe
dekcok2
doermonbelon
donkeykad
donkeykong
drawing
fart_bomb
gasing
ghostbusters
jojo
kapalterbang
lagaikan
lagasemut
lalangarrow
leletop
lopatgetoh
piringterbang
plastersin
playdoh
robar
senapanggetahsenapanggetah1sfstickerbooktudungbotol
powerrangerlolultraman