Indahnya cinta allah

Bukan ia yang memiliki mata yang indah
Melainkan ia yang selalu menjaga pandangan matanya
Cantik itu
Bukan ia yang memiliki senyuman yang menawan
Melainkan ia selalu tersenyum kerana ibadah
Cantik itu
Bukan ia yang memiliki bibir terindah
Melainkan ia yang memiliki bibir untuk selalu berzikir
Cantik itu
Bukan kerana ia yang selalu menggunakan make-up yang diwajahnya
Melainkan ia yang selalu membasuh wajahnya dengan air wudhu
Cantik itu
Bukan ia yang memiliki tubuh yang indah
Melainkan ia yang selalu menghijab tubuhnya dengan pakaian santun
Cantik itu
Bukan ia yang selalu menolong
Melainkan ketulusan hatinya saat ia menolong
Cantik itu
Ada pada hatimu yang tercantik
Kerana kecantikkan hatimu
Akan memancarkan cahaya diwajahmu
Jadikanlah hatimu lebih cantik
Dari wajahmu wahai saudariku

0 comments:

Rindu bicara

Pada ketika ada rindu 
Dari kenangan ke kenangan yang terbentang
Dari titik hening ke hulu waktu yang saling memburu
Bersama rinai gerimis tangis dari dalam doa yang ditabur
Ku adukan segala rasa hingga ke lapis langit ke tujuh
Dan bersimpuh menadah di beranda-Mu


0 comments:

Akal

Ambilah kesempatan kebolehan bicara itu dengan berdiam diri
Dan carilah idea untuk menghuraikan sesuatu perkara dengan berfikir
Ketahuilah bahawasanya terus berfikir itu ialah ilmu pengetahuan 
Untuk mencungkil makrifat yang tidak dapat dihasilkan melainkan dengan berfikir.
Apabila hati telah berupaya mencapai sesuatu pengetahuan

Nescaya keadaannya akan berubah
Maka segala anggota badan juga turut berubah sama
Kalau begitu
Pemikiran itu adalah pokok atau kunci kepada seluruh kebajikan 
Kerana dialah yang telah memindahkan sesuatu yang dibenci kepada sesuatu yang digemari
Dan juga yang menyebabkan berkembangnya ilmu pengetahuan dalam diri manusia 
Dan menghasilkan kemakrifatan

0 comments:

Bila hati berbicara

Kehidupan ini
Suatu permusafiran
Menuju satu destinasi
Menuju yang kekal abadi
Setiap hari yang berlalu
Kurasakan makin dekatnya
Waktu itu.
Menghadap hadiratMu!
Itulah takdirMu
Pada setiap diri insan
Musafir yang akan pulang!
Ya Rabbi
Terimalah kepulangan itu
Dibawah keredaanMu
Dibawah lindungan dan rahmatMu
Wahai Allah yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang!
Tanpa redhaMu
Siapalah aku
Insan hina yang banyak dosa
Insan yang kurang bersykur
Insan yang melampau batas
Sebenarnya aku lelah
Aku lemah
Aku insan kerdil
Yang mengharap belas ihsanMu ya Rabbi!!
Bantulah diriku
Mengharungi liku-liku hidup ini
Penuh mehnah dan tribulasi
Yang mengugah jiwa
Merongkai perasaan
Bantulah aku
Untuk dekat denganMu
Merasai kasih sayangMu
Merasai erti mencintaiMu
Merasai kehebatan dan keagunganMu
Sehingga aku tenggelam dalam mencintaiMu
Kerana memang sepatutnya seluruh cintaku
Hanya padaMu!!
Ampunilah aku
Wahai Allah yang Maha Mengasihani
Aku ini hambamu
Menghadapkan seluruh jiwa dan raga
Yang pincang dan banyak khilaf ini
Tanpa rahmat dan belas ihsanMu
Sirnalah diriku!!
Maka
Ampuniku aku...ya Allah!

0 comments:

Wang emas

Bagus untuk hantaran
Bagus pada warna
Konon tak mampu ditiru orang
Tapi nilai semakin kurang
Pernah wang Jepun sedemikian
bertukar yen baru ternilai di pasaran
Dollars satu ketika hampir tumbang
Nilai emas ramai menentang
Nilai dolar US terus dikekalkan

Tak payah tunjuk wang besar
Orang pantai timur panggil Pitis
Orang pantai barat panggil Duit
Sebelum tahun 60an kita pakai cent Malaya nilaian mata wang British
Duit 20 cents dikira besar
Pendek kata pergi sekolah kenyang perut
Nilai 1 cents boleh beli gula-gula 5 biji
Kalau jumpa pitis 20 cents kira hebat
Pitis karat tonyoh dengan tumit
Tumit haus pitis kilat
Seminggu cerita dalam kelas
Masing-masing nak dekat....
hahaha..

0 comments:

Kesabaran & ketabahan

Langit membiru
awan gemawan berlalu
mentari memancar sirna
hati berbunga bahagia

Semusim telah berlalu
hari demi hari yang ditunggu
kini tiba musim bunga berkembang
mekar menyemarak dalam hati

Sudah kusiapkan diri
menjadi bidadari dunia
yang akan mengabdikan diri demi Tuhan Maha Esa
lalu menghiasi taman hatimu

Perpisahan yang lalu
telah menyemarakkan rasa rindu
hangatnya cinta membakar dalam sanubari
kita berdua

Nikmatnya kemanisan iman
tabah mengharungi lautan ujian
rencana-Nya tiada ketahuan
pengakhirannya kita disatukan

0 comments:

Pertambahan angka

Alhamdulillah
25 Disember datang lagi
No..no..no.. bukan sebab krismas okey
Aku sangat-sangat bersyukur dengan segala kurnian Allah ini untukku
Syukur yang tidak dapat aku lahirkan lagi hanya dengan kata-kata
Sama ada nikmat atau ujian
Aku tahu Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya

Tak perlu wajah cantik/hensem untuk ukir senyuman
Tak perlu belajar universiti untuk ucap selamat hari jadi
Tidak perlu harta yang banyak untuk berbuat kebaikan
Moga dicurahkan segala keindahan demi perjuangan kebahagiaan


0 comments:

Jangan lupa senyum

Senyuman punya sejuta rahsia
Tak semua dari kita mampu memberi sedekah tapi teringin memberi
Sahabat, senyuman itu juga merupakan satu sedekah
Bermulalah dengan senyuman
Moga nanti sedikit demi sedikit dengan izinnya rezeki kita akan bertambah
Dan kita dengan hati terbuka dapat memberi pada mereka
Yang memerlukan walaupun dengan jumlah yang kecil
Peringatan buat diriku juga
Insan kerdil yang tak punya harta
Namun tak akan berputus asa untuk terus berusaha


0 comments:

Sepi dalam dugaan

Jadikan kesabaran menu utama
Di sini kita sering tertanya mengapa begitu sukar perolehi bahagia
Kita lupa
Kita terleka
Mungkin juga kita tak sengaja
Bahawa kesukaran memiliki bahagia itu adalah bahan-bahan untuk kita sebatikan bila kita temui "kebahagiaan" nanti
Terciptanya bahagia kerana "kepedihan" yang singgah dihati
Asal sahaja kita jadikan kesabaran "menu utama"
dalam misi mencari bahagia


0 comments:

13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita

1. Bulu kening – menurut bukhari, rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
(petikan dari hadis riwayat abu daud fi fathil bari)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
(petikan dari surah an-nur ayat 31)
Keterangan : menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian – siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong
(petikan dari hadis riwayat nasaii, ibn khuzaimah dan hibban)

4. Dada – hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka (petikan dari surah an-nur ayat 31)

5. Gigi – rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
(petikan dari hadis riwayat at-thabrani) dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan allah
(petikan dari hadis riwayat bukhari dan muslim)

6. Muka dan leher – dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : bersolek (make-up) dan menurut maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – asma binte abu bakar telah menemui rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda rasullulah: wahai asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
(petikan dari hadis riwayat muslim dan bukhari)

8. Tangan – sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
(petikan dari hadis riwayat at tabrani dan baihaqi)

9. Mata – dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
(petikan dari surah an nur ayat 31)
sabda nabi muhamad saw, jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram
(petikan dari hadis riwayat ahmad, abu daud dan tirmidzi)

10. Mulut (suara) – janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
(petikan dari surah al ahzab ayat 32)
Sabda saw, sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
(petikan dari hadis riwayat ibn majah)

11. Kemaluan – dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka
(petikan dari surah an nur ayat 31)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
(hadis riwayat riwayat al bazzar)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan allah
(petikan dari hadis riwayat tirmidzi, abu daud dan ibn majah)

12. Pakaian – barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
(petikan dari hadis riwayat ahmad, abu d, an nasaii dan ibn majah)
Petikan dari surah al ahzab ayat 59. Bermaksud : hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin

13. Rambut – wahai anakku fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
(peti kan dari hadis riwayat bukhari dan muslim)
Riwayat imran bin hushain ra.:bahwa rasulullah saw. Bersabda: sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita (shahih muslim no.4921)

Tegur/pesanlah jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda.

To all perempuan
Mohon kepada gadis-gadis dan juga para wanita baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun, sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."
Selamat beramal utk kebahagiaan d akhirat
Wallahua'lam

0 comments:

Kahwin!!

Pesanan buat para isteri
Biarpun suamimu tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar
Suami itu tetap wajib di hormati dan di taati selagi mana ia masih bergelar suami
Redha Allah adalah selepas redha seorang suami
Dia juga adalah iman dan ketua keluarga kamu
Dialah juga yang bakal memimpin tangan kamu ke syurga nanti
Jodoh kamu dengannya telah Allah tetapkan sebelum kamu lahir ke dunia lagi

0 comments:

Cinta dan kerinduan

Fahamilah suara hati
yang inginkan dirimu
sentiasa berada di sisi
menemaniku
mengharungi hari.

Terkadang asaku diselimuti ragu
apabila tiada khabar darimu
namun rasa percaya
menghapus segala keraguan
dalam sanubari
kerana aku tahu
hanya aku dihatimu.
Sayang…
saat bersendirian begini
kerinduan sering bertamu
menggigit tangkai hati
hanya terbayang wajahmu
menghiasi ruang mata
lalu bagaimana untuk ku leraikan
nada-nada rindu yang membara
terhadapmu.

0 comments:

2 minggu

2014
Dua minggu lagi dah nak berakhir
Buat keluarga: kamulah yang terpenting dalam hidupku
Buat yang tersayang : saya minta maaf kalau saya ada menyakitkan hati awak
Buat sahabat : jangan lupakan aku, bila suatu masa nanti kita terpisah
Buat saudara mara : maaf juga kalau aku ada silap dan salah, yang disengaja mahupun tak disengajakan
Buat yang sentiasa sayang pada aku : aku juga sayang pada kamu kalian
Buat orang yang pernah menyakiti aku : terima kasih kerana sudah mengajar aku bagaimana untuk terus bersabar
Buat yang tak kenal dengan aku : terima kasih sebab setia save aku dalam contact kamu, walaupun ke kadang aku buat kamu marah suka mengganggu aku dengan telefonmu
Walaupun tahun 2014 terlalu banyak dugaan dan ujian yang melanda
Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku
Yang menjadikan aku lebih tabah, kuat, sabar dan redha
Semoga allah sentiasa merahmati kehidupan kita


0 comments:

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid

Untukmu saudaraku
Tahukah kamu
Perjalanan terjauh dan terberat bagi seorang lelaki adalah perjalanan ke masjid
Sebab banyak orang kaya raya tidak sanggup mengerjakannya
Jangankan sehari lima waktu
Bahkan banyak pula yang seminggu sekali pun terlupa
Tidak jarang pula seumur hidup tidak pernah singgah ke sana
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid
Kerana orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya
Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti Eropah ataupun Amerika
Mudah melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang membara
Namun ke masjid tetap saja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuh walaupun bergelar dato
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid
Kerana para pemuda kuat dan bertubuh sihat yang mampu menaklukkan puncak bukit broga pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid
Alasan mereka pun beragam
Ada yang berkata sebentar lagi
Ada yang berucap tidak suka dicop alim
Maka berbahagialah dirimu wahai saudaraku
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid
Bila sejak kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid
Kerana bag kami
Sejauh manapun engkau melangkahkan kaki
Tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan  selain perjalananmu ke masjid
Biar aku beritahu rahsia kepadamu
Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai rabbmu
Itulah perjalanan yang diajarkan oleh nabi mu
Serta perjalanan yang akan membezakanmu dengan orang-orang yang lupa akan rabbnya
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid
Maka lakukanlah walau engkau harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal rabbmu

0 comments:

Jangan pengsan taw!!

Gambar ini dah lama
Ini gambar flat di Singapura
Biasalah orang Singapore jemur baju gunakan galah
Cuma yang ini nak lekas gunakan batang mop
hahaha
Lawakkan
Niat di hati nak keringkan baju
Tetapi bila dilihat dari lain nampak macam....
hehehe

0 comments:

Isyarat musim

Deretan nada telah terbang bersama angin
Membelai lembut bagai tangan tak bertulang
Menjemput ia yang tengah lelap di bawah langit malam
Lihatlah
Ia telah menampakkan mahkota kembangnya
Mekar dan tersenyum menginjakkan langkah sucinya
Meninggalkan sebuah kenangan pekat
menyusuri alur mata air di sisa cerita hidupnya


0 comments:

Jalan pulang

selebar dedaun kipas
tersimpuh embun malam
ia melepaskan rindu seluruh
seketika menghilang jauh
tinggal menghitung
beberapa lagi yang akan gugur
sebentar kilauan pilar-pilar terpancar
menerbitkan prisma warna
dan di setiap nafas ada rasa rindu
di setiap detak jantung terasa getaran
di setiap denyut nadi beriramakan cinta
sepi dan sendiri bersama aliran darah
ada untaian nada-nada nan indah
membangunkan dari sihir dunia fana
seperti kudengar seorang musafir batuk
sepanjang malam dengan suara serak dan berat
berjalan terbata-bata menyusuri jalan setapak
licin meliuk-liuk mencari tempat yang teduh dan hangat

0 comments:

Sejadah rindu

Ku kuak jendela hati
masih tertusuk tajam belati
Ku kuak jendela rasa
masih ada pilu yang tersisa
kukuak jendela iman
kusedari diri ini masih berteman
aku bertafakur di sejadah sujud
sepertiga malam terus bertahajud
Semoga rehlah hidupku
ditontoni dengan keimanan
talbiahku hanya kepada-Mu Tuhan
bermakrifat penuh keinsafan
tafahum sesama insan
ta'awun dengan keihlasan
taradi dan qana'ah dengan nikmat-Nya.
Dalam kewalahan hamba-Mu ini
berilah aku kekuatan
untuk berdepan dengan mehnah-Mu
semoga jiwaku terus taqarrub
bertahannuth kepada-Mu ya Rabbi..

0 comments:

Apa khabar sayang

Seharian aku tak tenang
Seperti orang kebingungan
Fikiranku tak karuan
Khawatirkan kamu di sana

Tak tahu apa gerangan
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
Atau malah sebaliknya

Telah lama kita tidak bertemu
Tak pernah ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang

Seharian aku tak tenang
Khawatirkan kamu di sana
Tak tahu apa gerangan
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
Atau malah sebaliknya

Telah lama kita tidak bertemu
Tak pernah ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang

Aku kan terus mendoakanmu
Walau tak ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang di sana

Ooohhh...
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
Atau malah sebaliknya

Telah lama kita tidak bertemu
Tak pernah ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang

Aku kan terus mendoakanmu
Walau tak ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang di sana

Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang

Aku akan terus mendoakanmu
Walau tak ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang di sana
Apa khabar kamu sayang di sana

0 comments:

Ilmu adalah pendamping dalam kesendirian

3 cabang ilmu yang wajib kita pelajari dan tidak boleh tinggal salah satunya :

Ilmu Ushuluddin = Ilmu Tauhid
Ilmu Syariat = Ilmu Feqah
Ilmu Akhlak = Ilmu Tasawuf

Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Feqah, Tauhid dan Tasawuf serta mengamalkannya adalah fardhu ain atas setiap mukallaf lelaki dan wanita.

Semoga kita semua sentiasa di dalam pemeliharaan allah..
alhamdulilah, syukur, aamiin.

0 comments:

Apa setelah itu

Cintailah semahumu apa yang ada di dunia ini
suatu hari kamu tetap tinggal sendiri
carilah kekayaan sebanyak manapun
akhirnya kamu kembali hanya dengan kain kapan
Setiap pertemuan ada perpisahan
pertemuan kerana Allah
perpisahan kerana Allah
itulah perpisahan yang mendapat kerahmatan
Biarkan rebakan duka itu
suatu hari akan bertaut kembali
ia bukan perpisahan percuma
ia sebuah anugerah Illahi
Usah dikesali
atau menyalahkan takdir Illahi
tahzan itu sifat insani
fitrah manusia masih ada sekeping hati
Ku tahu hujan air mata di kelopak rasa
lebih berharga dari secangkir madu
walau pahit dirasa seperti hempedu
itulah ubat paling mustajab

0 comments:

Teman sejati

Bersahabatlah dengan yang sudi
Bercintalah dengan yang mengerti
Berbahagialah dengan yang memahami
Berdoakanlah untuk semua yang kamu kenali
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati
Namun tidak semua orang mendapatkannya
Ramai orang yang telah menikmati indahnya persahabatan
Namun ada juga yang begitu terluka kerana dikhianati sahabatnya
Apa pun bersabarlah


0 comments:

Jangan ditangguhkan

Manusia selalu berhajatkan yang lebih baik buat dirinya tetapi secara jujur mereka tidak pernah mahu berusaha ke arah itu dan hendak menjadi baik bukan masalah mampu atau tidak mampu
Ianya lebih tepat mahu atau tidak mahu
Dari itu
Jangan malu atau mematikan sifat ingin berubah hanya kerana perli dan sindiran orang
Tiada sesiapa yang dapat mengubah nasib kamu kecuali diri kamu sendiri
Dan ingatlah sebanyak yang tidak kau lakukan hari ini
Semakin banyak penyesalan yang kau akan hadapi nanti dan yakinlah tiada yang istimewa di dunia ini melainkan diri kamu sendiri

0 comments:

Cantik diwajah atau hati

Pepatah arab
Putih tak semestinya bermaksud cantik
Hitam tak pulak bererti kotor 
Putihnya kain kafan itu menakutkan
Kelambu kaabah yang hitam tu sangat menyenangkan.

Pepatah english ada mengatakan
3 whites that dangerous which are rice, sugar and salt.

Pepatah melayu jugak
Putih-putih hampas kelapa,
Walaupun putih di buang juga.
Hitam-hitam si tompok manggis,
Walaupun hitam di pandang manis.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan?

Cantik ke handsome ke comel ke comot ke
Anugerah dan pinjaman dari Allah. 
Jangan riak tapi bersyukur. 
Anytime Allah boleh tarik balik.

Rugilah seseorang lelaki itu apabila melepaskan seseorang wanita yang cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar wanita yang cantik wajahnya kerana andai kau jatuh cinta kerana rupanya, kau hanya dapat dia tapi jika kau jatuh cinta kerana akhlak dan agamanya, kau akan dapat dia dan syurga. Inshaallah. Bi-idznillah. *kenyit mata*

Dan lelaki yang pakai baju melayu atau berkain pelekat dan dia menuju ke masjid untuk solat jemaah adalah yang paling kacak. Tak kisahlah dia rambut tak spiky ke muka tak putih ke banyak jerawat ke. Yang penting kacak akhlak dan agama. Itu definisi kacak bagi saya. 
Bagi anda? He3!
Bagaimana aku ingin menafikan kecantikan muslimah yang menutup aurat secara sempurna? 
kerana mereka ini telah cantik di sisi Tuhan kami. 
Tudung tidak pernah cantik tanpa si pemakai tudung yang ingin cantik mengikut standard cantik yang allah tetapkan
Cantik itu di wajah atau di hati?
Cantik itu pada warna kulit atau pada peribadi diri?
Ada apa pada rupa
Kalau hati tak seindah muka
Ada apa pada rupa
Kalau ia bukan untuk dia
Ada apa pada rupa
Kalau hanya bawa ke arah zina
Ada apa pada rupa
Kalau agama entah ke mana
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi, 
Penting kamu cantik di mata penduduk langit dan Ilahi.
Cantik wajah pada rambut
Cantik hati pada iman
Cantik iman pada takwa
Cantik takwa dimana??

0 comments:

Pasti ada senyuman menanti

Kadang hidup kian asing sebab kita sibuk dengan urusan masing-masing.
Diamku, sepiku, cuma aku yang cukup tahu selama kau tak mengerti itu,
mungkin kau memang belum mengenal aku
Tapi kiranya boleh aku meminta, tak bolehkah kau lihat aku yang berpura-pura baik-baik saja?
Banyak yang lalu lalang, engkau adalah riuh hingar di dalam kenang lalu mencipta hilang dan bayangan. Semesta rasaku menguap, sebab rindu yang kujatuhkan di dadamu tak lekas kau sambut dengan harap
Aku bahkan tak mengerti apa yang sedang terjadi
datar, hampa dan barangkali ketakutan itu benar adanya
ya benar sekali
Ahh....
Aku tak mengerti harus menamakan apa atas perasaan ini.
Jika ia dapat bicara, mungkin lidahku akan selalu kelu tanpa kata.
Namun, engkau yang jauh dari pandangan
dapatkah aku sekadar menitip salam lewat riuh angin yang bertiupan dan sudikah engkau menyambut meskipun hanya secuil sentuhan?

0 comments:

Dalam doa sentiasa terlafaz namamu

Aku adalah sunyi yang melingkar di dada sepi
tatkala kelam malam merembeskan kegelapan
tanpa gemerlap bintang tanpa sinar sang rembulan.
Berlabuhlah dikau sayang di dermaga hatiku
terkadang resah menghantui tika menunggu hadirmu
seakan luruh jantung ini saat gemersik suaramu kudengari.
Bersendirian adalah teman setiaku
saat dikau jauh namun dalam titipan doaku
kan sentiasa tersisip namamu
di setiap sujudku padaNya
kupohonkan padaNya
agar menjagamu untukku
semoga pertemuan kita nanti
dalam redhaNya, Yang Maha Esa.

cinta adalah apabila dikau sentiasa mendoakan untuknya…orang yang dicinta

0 comments:

#aptb

Bila kita sudah tidak lagi boleh ditegur, itulah ego
Bila mana kita rasakan diri kita bagus & pandang rendah pada orang lain, itulah takbur
Hal yang tersulit dalam kehidupan ini bukanlah untuk melampui orang lain
Tetapi melampui ego & diri kita sendiri
Bak kata orang
Lebih mudah untuk melawan ribuan orang yang bersenjata lengkap dibandingkan dengan melawan kesombongan & ego diri sendiri

0 comments:

Oreo @ Sengkuang

Kebaikkan manusia sebenarnya tidak akan pernah musnah

Hanya terkadang ianya ditutupi dengan kebencian & dendam pada kehidupan

Kalau boleh cubalah jadi seperti sengkuang
Walaupun hidup dalam tanah tetapi umbinya tetap putih bersih atau seperti biskut oreo di luarnya hitam tapi di dalamnya tetap putih bersih

0 comments:

Yang terbaik

Kita menyintai dan menyayangi seseorang bukan kerana dia sempurna tetapi untuk saling memahami, belajar
serta melengkapi ketidaksempurnaan kita
Dari itu
Sayangi dengan tulus pendamping hidup
Yang dianugerahkan Allah kepada kamu saat ini
Kerana dirimu akan sangat menyesal
Jika suatu masa diuji dengan kehilangannya
Ingatlah
Orang yang terbaik di antara kalian ialah orang yang terbaik dalam memperlakukan isterinya
(HR. AT-TAMIDZI)

0 comments:

Bayangan

Waktu adalah bayang-bayang
Kadang-kadang di depan atau sejajar
Ia dekat tapi tak pernah dapat di pegang
Ia ada tapi tak akan pernah dapat di ulang
Hanya dengan jiwa yang tenang, kemenangan dan kesuksesan dapat diraih dan jiwa yang terhormat sahaja yang tetap tegar ketika kalah
Ya Allah
Apa yang tersembunyi dalam sanubari seorang aku yang abdi
Hanya Kau yang maha mengetahui
Ku rintis lagi dan lagi kehidupan di dunia ini sebelum aku kembali ke dunia baqa' nan abadi

0 comments:

Penakluk jiwa nurani

Kita selalu menunggu detik-detik panjang
Hidup yang tak bakal tersimpulkan
Waktu adalah landskap hijau yang sempurna
Hanya kita tinggal memaknainya
Ketika kita renungkan tentang keindahan alam
Pada saat senja yang kian menjelang
Memberikan kebahagian dalam pelukan alam
Sehingga memberikan erti nafas hidup
Ya Allah
Maafkanlah kami yang luput dari rasa syukur
Yang selalu berjalan hanya dengan impian
Yang membuat hidup semakin tak keruan
Yang selalu merasa kurang dari segala yang didapatkan
Maafkanlah semua kesalahan kami ya rab

0 comments:

Biarlah nuri tetap di sini


Elok manis indah rupa
Tersebut pula satu cerita
Cantik tiada terkira
Penghulu udara, manis suara
Manikam kedua mata
Jamrut, mutiara menaruh cita
Nuri disinggah sana
Melangka diatas takta
Datang menyembah murai bertanya
Minta tafsir mimpi kanda
Hati ku gundah mimpi adinda
Mimpi seraya apalah ertinya
Adinda nuri terkejut seorang diri
Lalu bermadah tiada terperi
Cinta dituang dalam pati
Duduk berfikir sehari hari..
Menanti murai hatinya diubati


0 comments:

Cintakah itu

Semarak kencana
mengharum dalam jiwa
lemas terasa
longlai tiada berdaya.
Rindu yang terus bertapa
buatku gering tak bermaya
sengsara bermaharaja
itukah namanya 'cinta'?
Saat aku terkulai tiada upaya
terdengar suara berbisik di telinga
sabarlah aduhai adinda
kekanda tetap setia.
Naluriku menjingga
penantian tiada penghujungnya
ingin ku terbang segera
sayap patah tiada berupa.

0 comments:

Indahnya kehidupan

Saat kita pergi ada yang mendoakan
Saat kita jauh ada yang merindui
Saat kita sedih ada yang membuat kita tersenyum
Saat kita bertemu ada yang tersenyum indah

Ketika allah masih berkenan memberikan nafas untuk kita hidup hari ini
Itulah saat yang terindah dalam hidup kita

0 comments:

Kesepian yang tiada noktah

Aku si camar yang menebar langit berlari meninggal dedaun ombak mengatur buaian di angin lalu
Aku camar dalam rekahan putar waktu tertinggal di dermaga sepi menyiram sendu di butiran pepasir pantai yang kian surut menyusur mimpi
Aku langkah camar yang menjentik kecewa tersenyum di penghujung tawa tika mengutip pelepah sayap yang patah mencari sinar di purnama senja
Dan bahagiakah aku dengan kebebasan ini bila ada mata-mata sayu menggapai layu di sudut mataku
Adakah dapat aku kembali lagi setelah segalanya hilang kemana pergi

4 comments:

10 perkongsian untuk ibu bapa

Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama-sama kita amalkan.... Terutama tip yang no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh.

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

‪#‎silakan‬ share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

1 comments:

Manfaatkan kehidupan ini

Mati hanya sekali
Bukan hidup hanya sekali
Pergi takkan kembali
Tapi akan dihidupkan kembali
Kita harus menghargai
Kebaikan daripada diri kita sendiri
Menghargai apa yang dimiliki
Sekali jangan takut bermimpi
Dunia berlari mewarnai
Kali ku terjatuh disini
Takkan pernah berhenti
Aku yakin aku pasti
Merayu tidak ku diizin lagi
Hidup seperti kemoterapi
Sepanjang perjalanan memerangi
Kebahagiaan yang dimiliki
Tidak mungkin kekal abadi
Penyakit berpunca daripada hati
Mengapa biarkan hati mati
Buat baik buat jahat jangan sekali
Fikir berkenaan mati
Mengembaralah kamu di bumi
Cukuplah qanaah menyertai
Wajib kita bersyukur dan hargai
Anugerah utama ILAHI

0 comments:

Itulah harapanku

Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan terlalu besar bagiku
Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku kau akan tersenyum dan berkata
Dialah Orang Yang Selalu Menyayangiku

0 comments:

Apo nak dikato

Ramai orang boleh sebut sabar tapi bila kena pada diri sendiri dia pun tak boleh nak tahan sabar
Ramai orang boleh nasihatkan orang tentang redha tapi bila diri sendiri yang kena dia sendiri pun tak reti nak redha
Sebab kita ini manusia adakalanya kita pandai berkata-kata sampai kita pun banyak kali lupa
Maka jangan putus doa
Semoga allah jaga hati kita
Semoga terpeliharalah iman kita


0 comments:

Canvas rindu

Saat ini
aku sedang mengukir rindu
di canvas lukisan rasa
tak pernah terfikir untuk menyakitimu
sekarang, esok dan nanti
kau kan selalu ada di hatiku

0 comments:

Detik, saat & waktu

Aku diam membisu
bukan bererti sudah melupakanmu
hanya ragaku tak mampu menggapai
seulas senyuman ranummu
atau memetik buah kasihmu

Indahnya detik itu
bayu berpuput menyapa mesra
mengusap lembut rerambutku
hembusannya menjamah ke pipi
harum kencana membelai jiwa
ku terpesona

Manisnya saat itu
kau paut jari-jemariku
lalu dipimpin erat
terasa hangatnya kasih-sayang
kita redah segala denai
di sepanjang perjalanan kehidupan

Bahagianya waktu itu
kita berlari mengejar mimpi
walau tak pasti
entah realiti akan ditemui
atau hanya sebuah fatamorgana
lalu kita bercanda hingga terlupa segala duka-nestapa

Kini ku sendiri
mengait mimpi-mimpi
ku jadikan rantaian hidup
demi sebuah perjalanan
menuju alam abadi
hidup yang pasti tanpa mati

0 comments:

Bersyukur kepadamu

Aku hambaMu
yang dicipta dengan kehendak
bukan hidup untuk bermain-main
tiba saatnya akan dituntut
terlaksanakah sudah perintah
atau ku tersasar haluan

Aku hambaMu
yang dicipta mengikut rencana
sudah tertulis nyata
sebagai khalifah di bumi fana
tiba saatnya akan dijemput
lalu diusung ke daerah sepi

Aku hambaMu
yang telah menerima segala pemberian
percuma tanpa cagaran
atau sebarang pembayaran
hanya syukur nikmat dan takwa
itulah pintaMu Yang Maha Kaya

0 comments:

Satu kesengsaraan

diriku hanya manusia biasa
kekadang sering terlupa
tuntutan sebagai khalifah
dan diriku juga sering berbuat kesalahan
maka maafkanlah kesalahanku
semuga Yang Maha Pengasih membukakan pintu rahmatNya
buat kita muslimin muslimat semua
terimalah bingkisan ini buat pedoman kita bersama


Suaramu mengemuruh
amarah menggelegak
panas membakar
nyalanya berkobar-kobar
asap hitam pekat melenyapkan pandangan.

Kau saling berbantah
berebut dengan syurga
minta perutmu dipenuhkan habuan
kerana engkau dijadikan
negeri azab manusia yang celaka

Dasarmu yang bernama Saqar
ditumbuhi pohon-pohon As-Zaqqum
menghasilkan buah bermayang-mayang
hitam berduri berwajah syaitan
itulah makanan disediakan

Tika buah sampai di perut
durinya menusuk berulang-ulang
mendidih perut oleh kepanasan
kulit terkelupas lalu berguguran
baunya menyerbak ke segenap ruang.

Kepada penghuni Syurga dipohonkan
tuangkan air atau makanan
walau setitik yang direzekikan
kerana haus yang bersangatan
namun tidak diendah semua permintaan
kerana nikmat itu sudah diharamkan

Mereka direnggut di ubun-ubun
lalu diseret ke telaga Al- Hamim
dipaksa minum air penyesalan
berupa darah, nanah, keringat dan air mata
yang dinginnya menggigit tulang-temulang
busuknya bau tidak terkabarkan

Itulah minuman yang menyengsarakan
dituangkan ke kerongkongan
ditelan walau penuh kepayahan
Malaikat Zabaniah menjeritkan
”Nah, rasakan kesengsaraan”
usus-usus putus berguguran

Di dalam perut menjadi panas
bagai minyak meluap-luap
melelehlah daging meninggalkan tulang
berteriak sakit tidak tertahan
lalu dipalu tanpa kasihan
dikerah pulang ke Neraka Jahanam

0 comments:

Bawalah aku pergi

Teringatku merdu suaranya
mendayu menusuk ke dalam kalbu
menghiburkanku dikala sunyi
terpana seketika

Hancur luluh jiwaku
mendengar melodi bernada tinggi
alunan suara lunak turut mengiringi
terbang bersama sepoi angin yang pergi

Langkahku terus terhenti
tak mampu melangkah lagi
aduhai janganlah begini
air mataku mengalir turut mengiringi

0 comments:

Sempurna

Masih terngia-ngia
biar tak dekat
jelas kedengaran
seolah-olah
kau tak pernah berhenti memanggil
hingga aku kebingungan
resah tak diam
hari-hari tanpa kamu
seperti mendung di langit kelabu
sesekali gerimis membasahi
seperti mengerti tangisan rinduku.

Wajahmu kekasih
tak lepas dari pandangan
bayangmu berkejar-kejar
ada kamu di sisiku biar tak nampak
bila-bila masa
bila-bila ketika
bila-bila tiba
kamu seperti selalu ada

0 comments:

Anugerah cinta

Cinta itu wujud
Pada hati-hati yang suci
Pada jiwa-jiwa yang ingin cuba mengenali-Nya
Pada hamba yang semakin insaf akan kekhilafannya
Cinta itu ada
Pada Allah yang mencipta kita
Indah pada pandangan mata
Berbeza paras dan rupa, itu bukan ukuran-Nya
Cinta itu adil
Pada saat umat jahil
Rasulullah menjadi pilihan-Nya
Membawa umat kembali mencintai-Nya
Cinta itu pasti ada
Pada seraut wajah redup ibu bapa
Penat lelahnya membesarkan kita
Ikhlas hatinya, entah dapat dibalas atau sebaliknya
Cinta itu hadir
Pada seorang saudara yang menasihati saudaranya yang lain
Keduanya saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran
Supaya ukhuwah menuju Syurgawi tidak dilupakan
Cinta itu pasti muncul
Dalam hati seorang sahabat sejati
Mencari dan mengajak sahabat lain ke jalan Ilahi
Agar diri dan sahabat tidak terhumban ke dalam gaung Neraka yang dahsyat tak terperi
Cinta itu satu anugerah
Bila hati bertemu hati
Saat lafaz ijabkabul selesai terurai
Keikhlasan si suami isteri memikat redhaNya
Cinta itu memang indah
Bila berlandaskan al-quran dan as-sunnah
Bila tujuannya kerana Allah
Bila matlamatnya Syurga yang barakah
Cinta itu pasti ada!!
Pasti kau akan temuinya
Dengan membersihkan dirimu daripada segala noda dan dosa
Kelak, cinta abadi dan hakiki akan mula bertakhta dalam jiwa seorang hamba

0 comments:

Hidup tenang & bahagia

☪ Jika sendiri jangan merasa sepi
Ada allah yang mengawasi
☪ jika sedih jangan pendam dalam hati
Ada allah tempat berbagi
☪ jika marah, jaga fikiran & hati
Ada allah tempat menenangkan diri
☪ jika susah jangan merasa pilu
Ada allah tempat mengadu
☪ jika gagal jangan berputus asa
Ada allah tempat meminta
☪ jika bahagia jangan menjadi lupa
Ada allah tempat bersyukur
☪ jika kecewa karena cinta
Ada allah yang mencintai kita & tak pernah allah meninggalkan kita
Ingatlah
Jika kita tiada bahu untuk menyandar
Namun
Kita masa ada lantai untuk bersujud


0 comments:

Aku mencemburuimu

Betullah kata orang
menjadi pasangan bahagia diibaratkan bagai merpati dua sejoli
dari segi anatomi burung merpati tidak mempunyai hempedu
bermakna, merpati tidak menyimpan rasa kepahitan dan tidak menyimpan perasaan dendam
merpati juga tidak pernah menduakan pasangannya
pasangannya hanya satu sepanjang hidupnya
merpati juga merupakan pasangan yang sangat romantik
si jantan bertalu talu memuji kecantikkan pasangannya manakala si betina tertunduk malu
hidupnya penuh kerukunan
bersama membina maligai sarangnya
semasa si betina bertelur
si jantan pula menjaga keselamatan pasangannya
ohh...bahagia rasanya...

0 comments:

Pau ho liao

Awan mendung
Petir menyambar
Hujan deras menimpa bumi
Semakin lama
Semakin deras
Deras
Dan terus datang membasahi seluruh permukaan bumi
Semakin lama
Semakin sunyi
Sunyi
Dan hanya terdengar rintik-rintik hujan yang menyanyi
Membuat suatu irama yang tersendiri
Yang mengiringi indahnya kedamaian diluar sana
Membuat kehangatan tersendiri di dalam sini
Kini
Perutku pula berbunyi
Irama Sendiri
Minta Diiringi

0 comments: