Sekali Jiwang Da...

Suatu hari nanti,
Hari yang kita nanti,
Hari itu kita akan bahagia, pasti.

buatmu,

Andai dapat aku beritahumu..
Aku sedang persiapkan diri menjadi lelaki terbaik untukmu,
maka tunggulah aku..
Aku simpan yang teristimewa dariku untukmu,
Aku menyimpannya untuk masa depan.

Nasib saja, aku dapat mengawal hati dan  perasaan ini,
jika tidak, pasti aku hanyut dibawa arus deras..
tenggelam ke lembah nafsu..
Siapa pun kau,
Aku harap kau terus sabar menanti..
aku doakan kau dalam keadaan sihat sentiasa..

0 comments:

Nasihat Tun Dr Mahathir Kepada Usahawan Melayu

1. melayu perlu belajar dari bawah
bangsa melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes, namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan. contohnya jika mahu membuka restoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2. modal efektif
melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai rm100,000 perlu ada wang tunai rm300,000. rm100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. adalah salah hanya mempunyai rm100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai rm100,000.

3. berusaha bersungguh-sungguh
melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya.tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4. bersabar dalam tempoh lama
melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa panjang.dari mahathir berkata "saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. mengenai jenis perniagaan
melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. rajin meninjau bisnes
melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. sikap melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7. manfaatkan teknologi
melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya.ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. sentiasa tambahkan aset
melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. beliau mengatakan tanah di kl dibeli oleh pavilion dengan harga rm7000 satu kaki.

9. belajar dengan bangsa lain
melayu perlu belajar dengan bangsa lain. jika di malaysia cina berjaya dalam bisnes, melayu perlu belajar dengan mereka. belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10. ikhlas dalam perniagaan
melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11. menolak mitos
ramai melayu menganggap cina berjaya kerana menipu sedangkan ia mitos.hakikatnya cina berjaya kerana usaha keras dan gigih. mereka datang ke tanah melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
beliau menyindir "kalau ada yang anggap cina kaya sebab menipu, buatlah!"

12. mengamalkan peribadi mulia
usahawan melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah, tidak menipu dan sebagainya.setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13. menjauhkan sifat keji
melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya.sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan melayu gagal dalam bisnes.

14. jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan
melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerana kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15. mempunyai network
melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa. amalan ini telah diterapkan bangsa cina dan mereka berjaya...

16. membayar hutang dengan baik
melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. hutang wajib dibayar walaupun satu sen. ramai melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain.

"jangan jadi puak kecil.. tunggu di luar bandar.apakah maknanya tanah melayu jika tak kuasai"

nasihat beliau amat mendalam....

0 comments:

Chicken Wings

its dangerous (especially my ms armageddon, i care)

avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

a friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the cyst.
the cyst removed was filled with a dark colored blood. she thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong. a relapse occurred just a few months later. distressed, she rushed down to her gynecologist for a consultation.

during her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.

he ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits. you see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. this need is none other than the need for food. chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings. therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists. these steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..

it has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. therefore, i advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

0 comments:

Denganmu sayang...

Tahukah kau mengapa mereka cemburui kita sampai bila-bila
Kerna cinta tak akan memaksa datang bersahaja tak kita masa
Walaupun seketika

Percayalah engkau dihatiku
Aku tak berpura kau pun tahu
Satu permintaan kau berikan kesempatan
Untuk hidup denganmu
Jika engkau dapat merasakan
Satu perubahan bagai dilanda taufan
Itulah imaginasiku padamu
Jangan kau tertipu dalam dunia yang tak menjanjikan
Aku rela dipukul atau dihina
Tapi jangan kau ragu niat cintaku

0 comments:

Sayangku....

Sayangku, aku pasti
Kau sebahagianku
Sayangku, aku yakin
Takdir kita bertemu

Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah

Biarkan semua berlalu
All i know i always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Selama-lamanya
Selamanya


0 comments:

Hanya kamu..

Hariku harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku sayangku
Berikanku hanya satu hanya satu lagu
Hariku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu divaku
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku sayangku
Berikanku hanya satu hanya satu lagu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku sayangku
Berikanku hanya satu hanya satu lagu

0 comments:

Dugaan mendekatkan kita...

salam..ya, aq akui dugaan yg pernah kita tempuh suatu masa lalu merapatkan malah mengeratkan lagi hubungan kita..aq percaya pada dirimu melebihi aq mempercayai diriku sendiri..aq mempertaruhkan 200% dlm perhubungan kita kerna ku tahu engkau dan aq satu hati..walaupun kita jauh, terpisah dek lautan belantara percayalah hatiku, cintaku teguh untukmu..tiada yg kedua hanya kamu seorang menjadi ratu hatiku..kaulah buah hatiku, pengarang jantungku, makmumku dimasa hadapan...aammiiinnnn....



0 comments:

Sabar dan Setia..

Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segala nya
Assalamualaikum semua

Bukan ku lupa
Ku tak akan lupa
Semuanya ku bawa ke situ
Soalnya di mana
Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku

Mereka kata ku lupa daratan
Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa ku mencari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar

Kan ku janjimu untuk setia
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun

Mama ada papa ada
Tolong jaga kan mereka
Sayang fahamkan aku sibuk dengan bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan kita lancar
Nascar aku balik kampung macam askar

 Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku

0 comments:

Hari yang sangat sibuk...

salam...kesibukan melanda diri ini..tapi aq x pernah melupakan family dan insan tersayang..coz mereka adalah tulang belakang disebalik kejayaan aq..seriously tahun 2013 is very peak year for me..mcm2 benda kena manage, but its ok..semua utk masa hadapan..biar susah sekarang..dan aq sangat hargai kpd family dan insan tersayang coz ckp2 memahami diri nie..siap bagi sokongan moral lagi...alhamdulillah ya Allah kerna engkau telah memberi ku hadiah yg ckp sempurna utk diriku...syukur....terima kasih semuanya...i appreciate it!!!!!

0 comments:

syukur....

salam.....syukur!!!!!!!!!!! ya, mmg banyak nikmatnya klu kita faham erti syukur coz bagi aq syukur sangat meluas...so apa yg dikurniakan olehNya, kita kena lah bersyukur x kira kecil atau besar...kadang2 aq x faham ada sesetengah makhluk Allah nie langsung x bersyukur apa yg diaorg dapat bahkan merongot@membebel dgn apa yg diberikan...what the hell!!!!! aq pn bukan la baik sangat but sometime org gila pun tahu apa erti syukur..belum masuk lagi peminta sedekah, dapat sekupang pun dikatanya "alhamdulillah"...kita yg ada otak, cerdik akalnya, cukup segala sifat x pernah mengucapkan "alhamdulillah" malah complain lagi..huh!!! so this story utk kali nie...cukup2 lah merongot@membebel sana sini...ok..salam..

0 comments:

Untukmu.........

Setiap apa yang ku buat....
Setiap apa yang ku lakukan...
Tidak risau pasal mereka....
Walau apa yang terjadi padaku....
Kerna ini semua untukmu....
Untukmu, untukmu...
Kerna ini semua untukmu..
Untukmu, untukmu....

0 comments:

Dengarkanlah walau sekejap

Kisah mula dulu kala
Bila hati jatuh cinta
Ku terkenang raut wajah
Bila pejam mata
Tawa jiwa ubat luka
Ingat dikau yang di sana
Lagu ini khasku gubah
Untuk mu oh sayang

Oooo...
Hatiku mulai bosan
Rinduku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halauku pulang
Bulan lapan di sandakan

Kisah mula dulu kala
Bila hati jatuh cinta
Ku terkenang
Raut wajah bila pejam mata
Tawa jiwa ubat luka
Ingat dikau
yang di sana
Lagu ini
Khas ku gubah untukmu
Oh sayang...

Oooo...
Hatiku mulai bosan
Rinduku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halauku pulang

0 comments:

3 persoalan untuk wanita


hye semua..

kenapa la kepala hotak aq ni lembap sangat nak memikir untuk update blog.. apa yang aq nak update?
padahal kalau jauh dari pc banyak sangat ilham untuk mengupdate blog.. tapi bila depan pc ni.. kepala hotak aq jem..! aq tatao nak taip apa.. bz sangat membaca blog orang lain.. sampaikan blog sendiri pun tak terurus.. lain lagi nak layan facebook tu.. sob..sob..sob..

mukaddimah kat atas tu hanya untuk memberikan gambaran pada korang wahai pembaca bahawa aq ketandusan idea untuk mengupdate blog..!

lantas dengan semangat waja... aq segera mencari ilham..! hati ini membara-bara bagaikan api yang tengah membakar ikan bakar...! huh? apa punya ayat aq pakai ni.. lantak la.. janji ayat aq boleh masyuk..!

okay..!
abaikan apa yang aq taip kat atas tu...! itu semua tiada urusan dalam penulisan blog...

wanita...wanita...wanita...
serius ni..!
setelah puas untuk mencari ilham.. aku mendapat idea untuk bercerita pasal wanita..

kepada wanita-wanita di luar sana.. sila jangan marah aq okay..! entri ini hanya untuk aq berkongsi cerita pada pembaca...

persoalan kepada wanita...

kenapa mengatakan tidak cemburu tapi dalam hati hanya tuhan yang mengetahuinya...?
kenapa mudah sangat wanita untuk memutuskan sesuatu perhubungan...?
kenapa wanita mudah untuk mempercayai lelaki yakni boyfriend masing-masing...?

wanita..wanita..wanita..
kepada wanita di luar sana... perkara di atas pernah terjadi pada korang tak?
sekiranya perkara di atas pernah berlaku pada korang, harap korang dapat share ngan aq di ruangan komen nanti okay..

izinkan aq untuk menjawab persoalan di atas... (sendiri punya soalan sendiri mau jawab ka?)

kenapa wanita mengatakan tidak cemburu tapi dalam hati tuhan yang mengetahuinya...?
bayangkan situasi ni berlaku bila si lelaki bertegur sapa dengan kawan perempuan yang lain.. bercerita bagaikan 20puluh tahun tak jumpa.. sedangkan si wanita berdiri bersebelahan dengan si lelaki.. lelaki dan kawan perempuannya tadi siap bertukar-tukar no tepon dan email facebook... apa perasaan si wanita yakni girlfriend kepada lelaki tersebut? cemburukah dia?
bila ditanya "awak cemburu ke?"
jawapannya pulak "tak lah"..

tapi,sepanjang perjalanan wanita tersebut buat muka mencuka..!
diam seribu bahasa..! semua jadi serba tak kena..!

cakap tak cemburu tapi, kenapa perlu buat muka? kalaupun engkau tu cemburu.. senyumkanlha dirimu saat lelaki tu bergurau untuk menggembirakan hatimu semula..!
takut sangat boyfriend di rampas oleh orang lain ke? sedar sikit la wahai wanita.. dia belum sah jadi milik kau...! hahahaha.... jahat..
kenapa mudah sangat wanita untuk memutuskan sesuatu perhubungan...?
bab ni aq tak berkenan..! kenapa mudah sangat nak memutuskan hubungan itu..?
bukankah kamu pernah mengatakan tidak akan sekali-kali menyakiti hati pasanganmu..!
tapi, kenapa kau luahkan perkataan "clash" tu..!

"cukup sampai sini.. kita clash..!"

biasa berlaku bila pasangan tersebut bergaduh.. bergaduh mengalahkan suami isteri..! hahaha...
selalunya wanita yang akan mintak clash.. kan.. korang tak fikir ke apa yang korang cakap tu dah menyakiti hati lelaki yang mencintaimu setulus hati~ ~ ~ (ayat tak boleh blah..!) hahahha...

kerana sayang.. biasanya lelaki akan bersabar melayan karenah pujaan hatinya.. di biarkan wanita itu meluahkan perasaannya..walaupun keegoannya di cabar dengan permintaan wanita tersebut..!
serius! ego lelaki memang kuat okay..! tapi, demi pujaan hati lelaki akan cuba untuk bersabar..!

tapi, tade cara lain ke selain dari "clash".. cubalah korang menghukum lelaki tu dengan cara lain selain daripada mengungkapkan perkataan "clash" tu..

patutlah lelaki yang diberikan hak untuk menjatuhkan talak pada isteri kan..kan..

begitulah wanita.. hilang pertimbangan bila amarah menguasai diri..!
hilang semua cinta, sayang, rindu, kasih.. hahaha...
kenapa wanita mudah untuk mempercayai lelaki yakni boyfriend masing-masing...?
kepada wanita diluar sana.. peliharalah dirimu..
jangan sesekali menggadaikan maruah mu pada lelaki yang belum sah menjadi milik mu..
rasanya korang faham maksud ayat tadi kan..

"kerana cintaku padamu, aq sanggup buat apa sahaja"

apa sahaja? hahahaha...

ish..ish..ish.. bab "apa sahaja" ni memang mudah untuk ditafsirkan oleh lelaki..

sebab tu  sifat malu itu perisai kepada wanita.. jangan sampai perasaan malu itu hilang pada diri setiap insan yang bergelar wanita..

jangan la terlalu mencintai kekasih hati.. kerana belum tentu insan yang dicinta itu akan menjadi suami kelak..
tidakkah korang malu sekiranya bakal suami mu mendapat tahu masa silam mu kelak..

"kalau dia mencintaiku dia akan menerimaku seadanya".. hahaha..
memang betul... lelaki akan menerima wanita itu seadanya...
tapi, yang menjadi persoalan aq.. bahagiakah hubungan itu..?

persoalan kedua pulak menyusul..
bahagia ke hubungan rumahtangga itu jika si isteri still virgin?

mesti ada di antara pembaca yang mengatakan bukan itu yang menjanjikan hubungan itu bahagia...

hantarkan cadangan dan komen anda dengan menaip ON KOMEN dan hantar ke 32999...

maaflah kalau entri ada menyakitkan hati kepada mana-mana individu.. sepuluh jari aq susun memohon
maaf.. jangan marah aku..

0 comments:

Semangat Ceria Setiap Hari

1. berdoa agar sentiasa ceria dan bersemangat
2. maafkan semua orang agar hati bersih dan minda positif
3. programkan minda tiap malam sebelum tidur: ya allah, jika aku masih panjang umur, kejutkan aku esok pagi dalam keadaan sihat, beriman, ceria & seronok nak pergi kerja, tapi jika aku mati esok, matikan aku dalam husnul khatimah
4. bangun pagi terus senyum dan berdoa dan mohon agar hari ini lebih baik daripada semalam
5. cari "butang hijau" ie perkara yang buat kita ceria: peluk pasangan, cium anak, dengar lagu kegemaran, minum air kegemaran, tengok fb, etc...
6. bayangkan hari ini mungkin terakhir dan azam nak lakukan yang terbaik
7. gembirakan hati orang di sekeliling
8. amalkan sunnah-sunnah nabi
9. temui cinta sejati
10. pakai warna kegemaran
11. berjalan pantas
12. masuk pejabat dengan bismillah, beri salam dan masuk dengan langkah kanan
13. sentiasa tawakkal kepada allah.

jom kita amalkan.

0 comments:

Kawan dan Sahabat


hye semua,
apa sebenarnya erti kawan dan sahabat ni?
bergelak ketawa bersama, bermain bersama, gembira bersama, bermain bola bersama, belajar pun bersama-sama..

inikah kawan yang sebenarnya korang cari..? happynya bila bersama kawan macam ni kan.. rasa dunia ni korang yang punya.. hahaha.. (ayat macam orang dalam bercinta pulak)

antara kawan dan sahabat mana lebih bagus...? kompom korang akan jawab sahabat la yang terbaik.. sahabat lebih penting dari kawan..! betulkan? sila angguk-angguk geleng-geleng tunduk-tunduk..
kalau macam tu kawan hanyalah untuk korang bergembira sahaja.. betul ke macam tu?

macam mana pulak kawan yang korang dah anggap dia seperti keluarga sendiri yakni melayaninya seperti menjaga hati saudara korang sendiri.. bertuahnya dapat kawan macam tu kan..

tanak dia sakit hati dengan tindakan korang..  dan demi persahabatan yang terjalin.. sanggup menjaga hati orang lain daripada menjaga hati sendiri..

berdasarkan pengalaman peribadi.. kawan itu sangat senang dicari.. bayangkan bila terserempak atau bersilih kat mana-mana tempat, shopping mall, dan pasar.. perkara yang akan di buat ialah.. angkat kening, angkat tangan, bersapa..

itu adalah kawan..

tapi,bila korang susah.. agak-agaknya apa akan reaksi kawan itu..?

"pedulik la dia sana! bukan dia saudara ku! lantak la apa nak jadi dengan dia! ada aku kesah..!"
"apa! ko nak pinjam duit dari aku? hutang bulan lepas pun ko belum langsaikan! ada hati ko nak pinjam lagi!"
"alah, dia tu bukan ada apa-apa pun, buat apa nak dekat dengan dia"

kepada korang, bila berjumpa kawan macam ni eloklah kiranya korang menjauhkan diri dengan segera..
tidak mustahil korang akan jadi bahan dia kelak..

haish..! aq memang tak boleh tahan bila berjumpa kawan macam ni.. rasa macam nak ambil je tukul besar!

selama hidupku ni.. banyak jenis kawan yang aq jumpa..
cakap besar, penipu, berlagak, putar belit cerita (bukan sma je dengan menipu ke), mengutuk, cakap belakang-belakang..

tapi, tidak semuanya jahat..

ada juga kawan yang baik hati, suka menolong kawan (ringan tulang), memahami perasaan..tidak kudukut..!

pertama kali orang pandang aq.. maybe ada yang akan menganggap aq ni sombong, eksyen, berlagak..
padahal hakikatnya aq suka berkawan...

dulu dan sekarang aq banyak kaaaawan..

nak cerita sikit kat korang..

seorang budak lelaki ni jenis suka berkawan..
lelaki ni suka bawa kawan lepak rumah.. bila kawan datang rumah, lelaki ini akan sediakan mereka nescafe panas.. sampai ke tahap memasakkan mereka makanan.. aq just nak share cerita ni kat korang wahai pembaca..!

happynya time tu.. rasa macam mereka dah jadi keluarga sendiri.. sampai tidur kat rumah lagi...
mereka dah jadi seperti keluarga bahagia yang berlainan darah dan keturunan.. hehehe..

lelaki tersebut selalu membantu kawan-kawannya yang memerlukan pertolongan... kawan-kawannya pun senang nak mintak bantuan padanya..

ditakdirkan lelaki tersebut mengalami masalah.. dan masalah itu rasanya tak perlu aq ceritakan kat sini..
dia segera mencari kawan-kawan yang pernah bergelak ketawa bersamanya.. tidur bersama.. (bukan berdua-duaan okay, tidur beramai-ramai) makan bersama.. bermain bersama..

dengan niat untuk mendapatkan pertolongan dia segera menyuarakan masalahnya.. kawan-kawan yang sebelum ni gembira bersamanya.. mengetahui masalahnya..

saat dia memerlukan wang.. dia cuba menagih hutang pada kawan-kawannya yang lain.. padahal perkara itu tidak ingin sekali dia lakukan.. dek kerana terpaksa dan buntu untuk mencari wang dengan segera.. dia terpaksa juga menagih hutang dari kawan.. tapi, kawan tersebut amat sukar dan liat untuk menjelaskan hutang..
hanya tuhan yang mengetahui perasaan dia ketika itu.. sukar sangat ke nak tolong kawan yang dalam kesusahan.. lantas kawan-kawan yang lain pun mula menjauhkan diri darinya..
mereka mula membiarkan dia keseorangan.. membiarkan dia menghadapi masalah..

bila terserempak atau bersilih kat mana-mana tempat.. kawannya akan buat tak nampak akan kehadiran dirinya..
dengan perasaan malu dia segera membawa diri.. malu sangat bertemu dengan kawan yang dah tak sudi untuk     lepak bersama...

kenapa ini balasan yang diterima? dia tak pernah jahat dengan kawan-kawan.. dia selalu membantu di saat kawan memerlukan pertolongan..

benar la kata orang..
kawan-kawan senang untuk ditemui dan senang juga untuk pergi meninggalkan kita..

itulah beza antara kawan dengan sahabat.. sahabat akan sentiasa bersama.. akan menegur bila kita melakukan kesilapan.. akan gembira bila kita bahagia.. akan susah hati bila kita bersedih.. dan menangis bila melihat kita dalam mempunyai masalah..! itu adalah sahabat..!

sahabat akan lebih memahami perasaan sahabatnya...

hargailah sahabat masing-masing.. maybe korang rasa kawan korang tersebut tak penting dalam hidup korang.. tapi, korang tak tau bahawa diri korang tersangatlah penting dalam hidup kawan tersebut..!

okay la.. rasanya sampai sini je dulu entri aq ni.. masa untuk mandi.. kejap lagi nak pergi kerja..
terima kasih kerana sudi membaca entri ini eir.. lain kali datang lagi...

kawan hanya untuk kongsi kegembiraan.. sedangkan seorang sahabat itu lebih berharga berbanding 1000 kawan..

0 comments:

Jujur

aq dah letih bermuka-muka.
aq dah letih bercerita tentang kebaikan.
dah mula letih bercerita tentang kebahagiaan.
menjadi letih menyimpan perasaan.
letih bercerita tentang keseronakan.
kerana kadang-kadang, menyatakan kejujuran, membuat kita jadi tambah tertekan.

tertekan bila kejujuran kita menyakitkan hati manusia lain.
tertekan bila jujur menyebabkan kita dipersalahkan.
tertekan bila kejujuran disalah tafsirkan.
tertekan bila jujurnya kita menjadi rencah perbalahan orang lain.
tertekan bila kejujuran menjadi kunci penyiksaan.
tertekan bila jujur, menjadi punca kita berjauhan.

argggghhhhhhhhhhhh......
kenapa jalan di dunia sebegini.
aq penat menjadi insan yang pendendam.
aq penat menjadi manusia yang menyimpan segala kebenaran.
aq penat melihat karenah orang yang tidak pandai berterima kasih kerana aq tidak membongkar rahsia.
aq penat berkongsi nista, dusta dan dosa bersama mereka.
aq penat, tatkala kejujuran tak bisa dinyatakan.

tuhanku.
aq mohon kau ampunilah dosaku kerana menjadi manusia yang tak jujur.
aq mohon kau tabahkan hatiku berdepan dengan manusia yang tak berani berhadapan dengan kejujuran.
aq mohon kau lindungi mereka dari terus hidup tanpa kejujuran.
aq mohon kau bukakan hati mereka untuk menjadi jujur.
aq mohon kau jadikan sifat jujur sebagai peneraju hati manusia.

....kerana jujur bukan pilihan......
tapi kemestian.

0 comments:

1 soalan dijawab dengan banyak jawapan


ANTARA ILMU DAN HARTA

Pada satu hari, sedang seorang hamba Allah s.w.t memberikan syarahan dalam suatu majlis ilmu, tiba-tiba datang 10 orang lelaki yang entah dari mana asalnya, ingin mencabar setinggi mana ilmu hamba Allah s.w.t yang memberikan syarahan dalam majlis ilmu itu.

Dengan senang hati hamba Allah s.w.t itu menyahut cabaran dari 10 lelaki tersebut.

Tanpa membuang masa lelaki pertama mengeluarkan soalannya..

"Wahai hamba Allah s.w.t,manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"
"Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta," jawab hamba Allah s.w.t.
"Apa dalilnya?" tanya lelaki pertama tersebut.
"Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad, dan lain-lain." jawab hamba Allah s.w.t tersebut.

Lepas tu, lelaki kedua pula bertanya:

"Wahai hamba Allah s.w.t manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"
"Tentulah ilmu lebih baik daripada harta" dengan tenang hamba Allah s.w.t tersebut memberikan jawapannya.
"Apa dalilnya?" tanya lelaki kedua tersebut.
"Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya." jawab hamba Allah s.w.t.

Lelaki ketiga pula bertanya:

"Wahai hamba Allah s.w.t manakah yang lebih baik  antara ilmu dengan harta?"
"Tentu sekali ilmu"
"Apa dalilnya?"
"Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai banyak musuh. Tetapi orang yang banyak ilmu akan mendapat ramai kawan"

Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama seperti sebelumnya, hamba Allah s.w.t tersebut tenang menjawab.

"Wahai saudaraku, harta itu apabila dibelanjakan ia akan berkurang. Tetapi ilmu itu jika diamalkan akan bertambah"

Lelaki kelima juga bertanya soalan yang sama, lantas dijawab dengan tenang.

"Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati, berbeza dengan mereka yang berilmu, mereka pemurah dan akan dihormati."

Lelaki keenam juga memberikan soalan yang sama,

"Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat nanti"

Sampailah kepada lelaki yang ketujuh, hamba Allah s.w.t tersebut memandang wajah lelaki ketujuh, lantas memberikan senyuman, hamba Allah s.w.t tersebut dapat meneka soalan yang bakal ditanya. Lantas diberikannya jawapan tanpa sempat lelaki ketujuh tersebut bertanya soalan.

"Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati"

Sampai kepada lelaki kelapan, dengan perlahan hamba Allah s.wt tersebut berjalan mendekatkan dirinya pada lelaki kelapan dan terus memberikan jawapan tanpa lelaki kelapan tersebut sempat berkata apa-apa.

"Ketahuilah saudaraku, harta semakin lama disimpan semakin usang, tetapi ilmu tidak usang dan tidak akan lapuk."

Kemudian hamba Allah s.w.t tersebut melangkah setapak kearah lelaki kesembilan, sambil memegang bahu lelaki kesembilan tersebut,hamba Allah s.w.t berkata:

"Saudaraku, ketahuilah pemilik harta akan berkata harta itu milik dia, berbeza dengan sifat orang yang berilmu. Pemilik ilmu akan mengatakan ilmu itu milik Allah s.w.t"

Sampailah kepada lelaki kesepuluh, seperti tahu hamba Allah s.w.t itu akan memberikan jawapan yang pasti akan mengunci akal fikirnya. Lelaki kesepuluh tersebut tidak bertanya apa-apa melainkan mengajak sahabat-sahabat mereka untuk beredar dari majlis ilmu tersebut. Orang ramai yang berada dalam majlis ilmu tika itu berasa kagum dengan kebijaksanaan hamba Allah s.w.t tersebut yang memberikan banyak jawapan dari hanya 1 soalan.

Sebelum hamba Allah s.w.t yang bijaksana itu meneruskan syarahannya beliau sempat berkata,

"Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, insyaAllah aku boleh memberikan 100 jawapan yang berbeza,"

Sungguh kebijaksaan hamba Allah s.w.t tersebut diakui oleh seluruh umat Islam.

Tahukah kalian siapa hamba Allah s.w.t itu? Beliau adalah Saidina Ali bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam, beliau juga pahlawan perang yang handal, dengan pedang Zulfiqar yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w beliau dapat membunuh ramai musuh Islam, antaranya ialah Umru Wudd, hanya dengan umur 24tahun beliau telah membunuh musuh Islam iaitu al-Walid. Satu yang aq suka pada sirah beliau ialah sebelum beliau berkahwin dengan Fatimah, saat beliau berhijrah ke Madinah bersama dengan ibunya, dan Fatimah puteri Rasulullah s.a.w, serta keluarga Abu bakar. Apa yang menariknya ialah pengorbanan yang dilakukan oleh Saidina Ali terhadap Fatimah, beliau sanggup memberikan untanya pada Fatimah untuk ditunggang ke Madinah, bilamana beliau rela berjalan kaki ke Madinah yang jauh jaraknya dari Kota Mekah, sehinggakan tapak kaki beliau pecah.

-Rasulullah s.a.w itu adalah kota ilmu dan Saidina Ali adalah kuncinya-

#sekian
# ni aq kena cakap, part beliau melangkah kaki setapak, pegang bahu tu hanya sekadar penyedap cerita, yang penting mesej aq sampai.

0 comments:

Wanita... Kau nak jadi bunga atau sampah


Manusia ni mesti nak terbaik je kan, kereta nak yang besar-besar, rumah kalau boleh nak banglo, ada kolam renang tu kira pakej, kelas kau jahhh, wanita ni kalau boleh dia nak pasangan/suami soleh, lelaki yang tiap subuh, maghrib, isyak berjalan ke masjid dengan mengenakan baju melayu dan kain pelikat lengkap dengan ketayap. Lelaki kacak la katakan. (zuhur & asar waktu bekerja, harap maklum.)

Buat bakal isteriku yang aq sendiri tak tahu, InsyaAllah abam akan pakai kain pelikat, jangankan maghrib, tiap malam abam pakai untuk awak tau.auwwwww.. :p dush..dush.. <----dush2 gaban.="=" kepada="" merujuk="" ni="" p="" penampar="">
dah sudah.

Wanita Ibarat Bunga dan Sampah..
Bila sebut sal bunga, mula la wanita ni perasan, yelarh bunga kan sinonim dengan wanita, cer korang ikut rombongan meminang, time berbalas pantun tu.contoh, "hajat kami ni besar, tujuan kami datang nak memetik bunga di taman" see? kau tengok tu, takdanya orang nak kata "kami datang nak memungut sampah di belakang rumah" =="

aq nak cakap apa sebenarnya ni?
ok la, aq malas nak berkias-kias dah.

Wahai wanita solehah yang cantik lagi cute akhlaknya, sila jadikan dirimu umpama bunga jangan jadi seperti sampah! Bila kau jadi bunga ia akan menarik lebah, lebah yang datang akan memberikan kebaikan padamu, malah menyebarkan kebaikan pada orang sekelilingmu. Jika kau jadi sampah sarap yang busuk, maka yang datang padamu hanyalah makhluk perosak, seperti langau,lalat dan tikus.

Dapat tak apa yang aq cuba sampaikan? ok la, aq bagi pencerahan sikit, wanita kan nak lelaki berkualiti, yang boleh jadi imam mereka, boleh jadi pelindung. Korang nak tau tak, cara nak tarik lelaki-lelaki seperti ini ialah dengan cara mencantikkan akhlak mu, jaga tutur katamu, pakaian yang kau sarung tu kena tengok macam mana, bila kau pakai pakaian yang sedap mata memandang, insyaAllah kau akan dapat lelaki yang berkualiti. Bayangkan kau pakai pakaian yang seksi mekci, tak cukup kain, skirt/short pant sehingga menampakkan paha putih gebu korang tu, agak-agak la kan, lelaki macam mana yang akan dekat ngan korang nanti?

so, pada ladies-ladies yang suka sangat pakai seksi mekci tu, then post picture dendam berahi kat facebook tu, hentikan la erk, bukan begitu caranya nak pikat lelaki.

ok sekian/habis/tamat/selesai..

#maaflah kalau entri ni agak kasar.
#pompuan pikat lelaki??? oh ya, lelaki kan makin kurang =="

0 comments:

Nak salahkan wang atau mesin?


Berpagian, bermandi-mandian. bersiap-siapan..

Sebelum mandi sempat jugak aq mainkan lagu cinta terhalang by The Virgin. Volume speaker maksimum..

..tuhannn..berikan aq hidup satu kali lagi... hanya untuk bersamanya..ku mencintainya.. sungguh mencintainya.. bla..bla..bla.. Menyanyi dalam bilik mandi sambil bermain dengan sabun mandi sangat awesome okeh!

Dipendekkan cerita, dalam perjalanan ke tempat kerja aq bercadang nak selesaikan bayaran Porsche kepunyaanku. kesayanganku.. asal kau buat muka pelik? kau tak percaya aq ada poche meh? Ini serius, aq memang memiliki poche..!

Bagi siapa-siapa yang selalu berurusan dengan mesin atm (deposit cash) ni, aq agak korang pun pernah merasa pengalaman seperti aq, pengalaman bagaikan sifat penyabar dicabar tahap iblis oleh wang kertas.

Dekat 20minit aq menghadap mesin tu, dibelakangku adala dalam dua tiga orang beratur.. Ini semua sebab mesin tu cerewet sangat..terlalu sensitif, susah sangat mesin tu nak accept wang kertas rm50 jenis baru tu..

Aq tak tau la nak salahkan wang kertas rm50 atau mesin tu, ke aq patut salahkan diriku sendiri? Bila guna duit rm50 jenis lama  takda masalah beb..sekali jalan je, tapi bila pakai rm50 jenis baru tu memang kena tahan hati je la..

arghhhh!!! awal-awal pagi aq berada dalam mood ingin menampar tiang.. =,="

0 comments:

Nampak permainan dia?

Pada muslimah, waspada dengan mulut lelaki, jangan disangka machonya lelaki seperti aq ini tidak pandai mengata/mengutuk/mencaci/mencarut.. Apa korang ingat pompuan je pandai bergosip?


ok abaikan..

cer tengok dua situasi di bawah ni..

Situasi 1:

Perempuan seksi lalu: "WOW! boleh buat awek ni..! aummm.."
Perempuan bertudung lalu: "Ko nak tau,dia ni la calon isteri aq nanti..! meowwww.."

korang nampak tak permainan dia di situ?

Pompuan lagi la dahsyat..

Pantang nampak laki hemsemm..

Situasi 2:

Lelaki hemsem lalu: "OMG! Hensemnye.. die tu aq punya..!"
Lelaki  tak seberapa hemsem lalu: "Tuh! boyfriend kau dah datang..!"

see..korang nampak tak permainan dia?

Kesimpulan yang aq dapat, lelaki kena jadi hensem..pompuan harus jadi cantik..! so jom ramai-ramai jadi cantik dan hensem.. apa punya kesimpulan dahhhh..

*tiada guna cantiknya paras rupa andai akhlak buruk dan busuk mengalahkan sampah!

0 comments:

who was I to make you wait?

manusia sering terlupa
nasihat menasihati,
ingat mengingati,
itu sangat perlu...

semoga setiap hari kita semua semakin menjadi soleh/solehah
amin
terima kasih atas peringatan ringkas yang sangat besar maknanya

0 comments:

Aku malu padamu

ketika menulis entri ini.. aq berseorangan kat tempat kerja... 
sangat feeling bila menulis entri sambil mendengar lagu nasyid mengenai junjungan tercinta Rasulullah.. 
saat menulis entri ni aq hanya menahan airmata yang mengalir... 

Ya Rasulullah.. aku malu..! sungguh aq malu kepadamu..! 
Ya ALLAH.. ampunkan dosa-dosaku..! 
sesungguhnya dosaku padaMu terlalu banyak.. 

dosa-dosa lalu selalu membayangiku... 
layakkah diri ini mencintaimu ya Rasulullah s.a.w...? 

dosa-dosa lalu menyedarkan diri ini bahawa aq adalah insan hina... 
layakkah diri ini bersama mu di akhirat kelak..? 

dosa-dosa lalu membuat aq ingin bertaubat..! 
aq ingin bersamamu di akhirat kelak ya Rasulullah.. 

berikan aq hidayahMu Ya ALLAH.. 
kuatkan diri ini untuk lebih mendekatkan diri kepadaMU..

Ya Rasulullah aq umatmu.. 
rindu akan dirimu ya Rasulullah... 
Harap Engkau sabar melihat umatmu akhir zaman ini..

0 comments:

Keinsafan

SALAM... 
Harap korang sentiasa tenang dan gembira menjalani kehidupan masing-masing... 

Tadi dalam aq sibuk2 berblogwalking terjumpa la satu blog hamba ALLAH SWT ini.. 
Hamba ALLAH SWT ini meletakkan lagu yang penuh keinsafan... 
Sungguh aq tersentuh dengan setiap ayat yang ada dalam lirik lagu ini... 
Sebenarnya lagu ni dah lama kat Malaysia.. dalam industri muzik tanah air... maybe hanya golongan veteran sahaja yang menyedari kehadiran lagu ini Andai kata ketika ini korang berada dalam bilik yang tenang... 

Cuba korang hayati lirik lagu ini serta video yang telah di edit... 
sungguh..! tersentuh hati ini melihatnya.. 
 Kalau ada masa hayatilah muzik video ini 
Hayati video dan lirik lagu ini



Video di atas sungguh menginsafkan diri... harap sama2 mendapat iktibar... 

Buat peringatan diri sendiri.. Semoga kemenangan memihak kepada yang benar..!!! 
aq bersyukur aq dilahirkan di Malaysia.... 
dan aq harap negara Malaysia ini akan terus aman damai dan harmoni... 
walaupun pada hakikatnya konflik kaum dalam negara Malaysia ini tidak ubah seperti "bom jangka masa"

0 comments:

Ya Rasulullah... layakkah kami menjadi umatmu?

-Lihatlah video ini walau sejenak-



VIDEO YANG MENGINSAFKAN DIRI..
VIDEO NI PERINGATAN UNTUK DIRIKU DAN KALIAN..

Video di atas ni aq dapat dari youtube.. dalam aq klik2 video kat youtube tu.. terjumpa la video yang sungguh menyentuh hati aq..

dalam video ni ianya lebih berkisarkan tentang umat RASULULLAH iaitu kita sendiri yang bergelar umat Nabi Muhammad... tapi layakkah kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad?

video ni mendedahkan sejauh mana keIslaman kita?
adakah kita islam pada nama sahaja?
atau adakah kita islam pada keturunan sahaja?
atau adakah kita islam berlandaskan sunnah Rasulullah!

Fikir2kanlah bersama.. semoga kita mendapat berkat dan hidayah daripadaNYA.. Amin..

0 comments:

Neraka Jahanam


hye semua.. harap korang dalam keadaan sihat sentiasa...
entri kali ni aq nak share tentang NERAKA JAHANAM..
Sapa tak tahu tentang neraka? mustahil korang tak tau apa tu neraka kan..kan..
dapat ke korang membayangkan neraka tu?
yang pasti aq sendiri pun tak nak membayangkan neraka jahanam ni..
Takut owh..! k.. artikel ni menceritakan RASULULLAH S.A.W JUNJUNGAN TERCINTA jatuh pengsan saat mendengar kata2 dari malaikat JIBRIL tentang umatnya yang berbuat dosa besar dan tidak sempat untuk bertaubat..! umat RASULULLAH S.A.W yang tidak sempat bertaubat ini akan di tempatkan di tingkat yang ke7 neraka jahanam.. k kalau nak tau lebih lanjut, baca la artikel di bawah ini..

::
::
::
::
::
::

Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer...
bacalah sampai habis.. sekejap jer.. x sampai 5 minit.. pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....
Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari umatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya ang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

''Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (Ahli Puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud: 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

BETAPA BAGINDA RASULULLAH S.A.W MENYAYANGI KITA, UMAT ISLAM SEKALIAN ALAM~ MENGALIR AIR MATA BAGINDA BILA MENDENGAR BAHAWA ADA DI ANTARA KITA AKAN DI HERET MASUK KE DALAM API NERAKA~
BAGINDA RASULULAH S.A.W JUGALAH YANG AKAN MEMBERI KITA SYAFAAT KELAK~

NAMUN, KITA YANG TIDAK MENYAYANGI DIRI KITA SENDIRI~ KITA SENDIRI YANG MEMBINASAKAN DIRI KITA SEHINGGA MENJERUMUSKAN DIRI KITA KE LEMBAH KEMAKSIATAN DAN MENGIKUTI JALAN SYAITAN YANG MENYIMPANG DARI JALAN LURUS AGAMA ALLAH~

BAYANGKAN ANDAI KITA DAPAT MENJUMPAI BAGINDA SUATU HARI KELAK~ ALANGKAH MALUNYA JIKA KITA DITANYA BAGINDA MENGENAI KISAH HIDUP KITA SEMASA DI DUNIA~ PENUH DENGAN KEMAKSIATAN~
BERTAUBATLAH, SESUNGGUHNYA, MASIH ADA MASA UNTUK BERTAUBAT~
JANGAN SAMPAI NYAWA SUDAH DITARIK SAMPAI KE TEKAK BARU MAHU BERTAUBAT~

CINTAILAH RASULULLAH~ MELEBIHI CINTA KAMU KEPADA MANUSIA DAN MATERIAL YANG KAMU MILIKI~
KATAKAN: "YA RASULULLAH~ SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT MENCINTAIMU~ KAMI SEDIA BERJUANG DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA YANG TELAH KAU PERJUANGKAN SELAMA INI.."

YA ALLAH~
TERIMA KASIH KERANA MEMANJANGKAN USIA KAMI SEHINGGA KE HARI INI, AGAR KAMI DAPAT SEGERA BERTAUBAT DENGAN SEBENAR-BENAR TAUBAT~ SESUNGGUHNYA SYURGAMU ADA PRIORITI KAMI BERBANDING HARTA YANG ADA DI DUNIA~
SESUNGGUHNYA, HARTA DAN KEKAYAAN SERTA DUNIA MERUPAKAN SEMENTARA DAN TAK KEKAL~ AMPUNKAN KAMI YA ALLAH~ AMPUNKANLAH KAMI~

p/s:k.. kepada yang baca sampai habis tu tahniah kepada anda.. anda di galakkan untuk share entri ini.. bagi yang sudah maklum tentang entri ni.. apa salahnya baca semula kan? hehehe..
aq mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa hati dengan aq.. mana la tau aq bergurau tak kena tempat kan... ^_^ apa salahnya benda baik kita kongsikan bersama agar dapat menjadi peringatan pada diri masing2..

0 comments:

Mutaiara Kata


Sapa minat baca mutiara kata? kalau ada yang minat angkat tangan anda.. angkat tangan tinggi2 tau.. macam budak kecik sebelah ni buat... hehehe \(^_^)/

k... bagi yang angkat tangan tu thanks kerana ikut apa yang aq suruh, ternyata anda memang seorang yang dengar cakap... hehe.. bagi yang tak ikut cakap aq, thanks kerana senyum.. ngeeee.. "dia manyakK sunyumm" ^____^

ni aq nak kongsi mutiara kata ngan korang semua...
mutiara kata ni aku dapat sebuah buku....DR HM TUAH ISKANDAR

disebabkan aq minat gak ngan mutiara kata so, aq cilok ar kata2 indah dari buku ini..

" Jangan Kelam Kabut, sebab kelam kabut akan menyebabkan daripada kepintaran anda hilang"

" Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

" Minta maaf biarlah ikhlas nk minta maaf, lahir dari lubuk hati, bukan setakat hati tapi lubuk hati "

" Dalam kerendahan diri ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kesempitan hidup, ada keluasan ilmu...Hidup ini indah kerana Allah"

" Berbahagialah orang yang naik gaji turun pangkat, tapi meranalah mereka yang naik pangkat turun gaji "

" Membuat salah dan mencari salah memang pandai tapi nk mengaku salah, itu yang xpandai pandai"

" Orang yang xtahu buat tapi ingin nak buat mmg ramai, daripada ramai lagi orang yang tahu buat tp sentiasa x mahu buat"

" Duit bukan penyelesaian masalah, tak ada duit lagi banyak masalah "

" Menepuk air di dulang x semestinya terpercik ke muka sendiri, kadang-kadang terpercik juga kemuka org lain "

" Orang jahat yang suka berterus terang itu 1000 x lebih baik dari org baik yang suka berahsia-rahsia"

" Ada org berjalan jauh kerana mencari pengalaman, tetapi ada juga org yang jauh berjalan kerana mengalami kesesatan "

" Kadang-kadang sesuatu yang kita sangkakan petaka hari ini, rupanya mutiara pada hari esok; sesuatu yang kita sangkakan mutiara hari ini, rupanya naga pada hari esok. Naga/Mutiara kitalah yang menentukan "

" Senang xkan dapt tanpa susah tapi susah memang senang dapat tanpa susah payah "

Rasulullah s.a.w bersabda :
" Akan masuk syurga org yang hati dan jiwa mereka bagaikan hati burung, ertinya hati yang baik dan tidak kejam, bertawakkal bersungguh-sungguh dan percaya atas jaminan Allah padanya."

" Tidak akan masuk neraka org yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong"

Sabda Nabi s.a.w Abdullah b. Masaud berkata :
" Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembabkan otak; perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan org yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa lalu dan panjang angan -angan"

0 comments:

Nilai Wang Hantaran

aduiih...kena tanya ms armageddon la kalau tak membujang lar jawabnya..

0 comments:

Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetapmenjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti ‘selamat pagi’, 'selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas sms-nya, kerana dengan kiriman sms itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yangberbeza, bukan “aku cinta padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim sms.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak akan berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam cd milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim sms atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang sengal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim sms. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar inbox-nya. Dia masih menyimpan sms-smsdari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang darikehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia takpernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

0 comments: