sikit tapi bermakna


assalamualaikum

aq nak share sesuatu hari ni. sikit tapi bermakna.

Rasulullah SAW pernah bersabda:~”seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa harus dipilih sebagai teman/rakan".

Al-qamah seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

1) jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upaya

2) jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3) jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu

4) jika engkau berdua berselisihan faham, dia akan mengalah untuk menjaga hubungan persahabatan itu

0 comments:

yang ini lebih baik


assalamualaikum!

jomm, nak share something...

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

amin amin Ya Rabbal 'alamin

0 comments:

7 perhentian sebelum syurga


assalamualaikum
alhamdulillah, kita masih diberi ruang untuk bernyawa di bumi indah milik-Nya nih kan?

silalah bersyukur. silalah.
lately, too many things happen around me,
banyak. sangat banyak. terlalu banyak. rasa tak ape yang aku rasa skang?

"kalau nak tengok hati seseorang tu bersih, tengok lah sekeliling dia. macam mana keadaan katilnya. kemas ke tak? bajunya berapa lama tak basuh? goboknya kemas tak? cadar katilnya terurus tak? keretanya? penampilan macam mana?"

bila keadaan aq menghampiri ciri2 di atas
baru aq sedar,
aq ingat balik pesan akhwat tu.
terima kasih. jazakillah khair!
so macam mana keadaan korang?
klo dah ade simptom2 di atas,
moga diberi kelonggaran masa tuk menguruskan dgn sebaiknya kan?
boleh ke?

(^_^)v, di mana ada kemahuan di situ ada jalan (err, ada kaitan tak? )

baru2 nih aq dengar pengisian dari seseorang yang aq kagumi,
pengisiannya banyak bg kesan kat aq.
jadi aq rasa cam aq patut share dengan korang,
supaya korang juga terkesan hendaknya.

TAJUK : TITIAN SIRAT!

titian merentangi neraka. halusnya titian itu lebih halus dari sehelai rambut yang dibelah tujuh dan tajamnya titian itu lebih tajam dari mata sebilah pisau

aq sure ramai yang taw pasal titian sirat nih.
if i'm not mistaken lah kan, masa tadika lagi cikgu aq explain
hebat tak tadika aq?
titian sirat ni antara perkara yang perlu diimani.
dan bila ia merentasi neraka, maksudnya
bawahnya tu neraka lah kan?
ada yang lalu dengan sepantas kilat.
ada yang berjalan.
ada yang merangkak.
dan last2 jatuh dalam neraka.
semuanya berdasarkan apa ye?
berdasarkan amalan kita di dunia.

ok. nih part yang penting aq nak share
sebelum smpai ke syurga,
kita akan melalui 7 perhentian.

PERHENTIAN 1 : SYAHADAH

di perhentian ni, kita akan dicheck, bagaimana syahadah kita? apabila kita bersyahadah, sebenarnya kita sdg berikrar di hadapan Allah dan para malaikat. iqrar ni jadi saksi seseorang itu telah menyakini akan apa yang mereka yakin untuk diikuti.

menyakini bahawa Allah itu adalah illah (tuhan) dan tidak ada yang layak disembah melainkan Allah dan menyakini bahawa nabi Muhammad itu utusan Allah

adakah kita benar2 mengharapkan Allah ? adakah Allah yang paling dicintai ? dan bagaimana cinta kita kepada Rasulullah saw ? jadi tepuk dada, tanya iman!

PERHENTIAN 2 : SOLAT

kalu kita cakap pasal solat mmg tak buat keja lain aq malam nih. tapi aq taw kita mmg selalu dgr ayat "solat itu tiang agama, kalau goyah tiangnya maka runtuhlah rumah" kan? penah dengar tak? tak baik tipu taw!

solat nih mencegah dari perbuatan2 keji. jomm muhasabah sikit. bagaimana solat kita? khusyuk kah kita dalam solat? aq sendiri sangat2 susah nak khusyuk. mungkin kerana dosa2 yang tak tertanggung. jika solat seseorang tu benar2 khusyuk, maka dia tak akan melakukan perkara2 keji.

di perhentian ni, kita akan dispot cek pasal solat. bagaimana solat kalian??? tepuk dada tanya iman.

PERHENTIAN 3 : PUASA

lagi 4bulan kita dah nak dekat dengan ramadhan kan? semoga kita sempat bertemu bulan mulia ni. ok. kalau cakap pasal puasa kan, cuba kita tengok balik diri kita. bagaimana tahap keikhlasan kita masa berpuasa.

ramai yang berpuasa sekarang tapi apa yang mereka2 ni dapat kalau hanya sekadar berpuasa sebab malu lah orang lain posa, aq tak posa kan? jadi okla aq puasa. dimana keikhlasan tu sebenarnya?

dan apa yang mereka dapat? hanya penat dan lapar?! kalau kita nak cek posa kita nih macam mana keadaannya kan, cek masa raya 1st! apa perasaan kita? adakah kita sedih? adakah kita rasa seperti bayi yang mmg tak ada dosa selepas keluar dari madrasah ramadhan?

tepuk dada tnya iman

PERHENTIAN 4 : ZAKAT

“Ambillah (sebahagian) dari harta-harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk
mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (al-Taubah, 9: 103).

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (al-Baqarah, 2: 267).

PERHENTIAN 5 : HAJI

kita mampu buat rumah besar2. furniture mewah. airkon tiap2 bilik. toilet marmar. huh! hebat. superb. tapi duit telah mengaburi mata kita kan? nak simpan dalam tabung haji pun teragak2. kalau dalam tabung haji ada rm1000 saja, dah boleh tersenarai dalam list menunggu haji!

bagi yang mampu, ramai yang kaya, sihat walafiat, tapi tak pegi haji. haji nih merupakan satu jihad yang sangat sukar! kenapa? sbb kan banyak sangat halangan nak pegi haji. ada yang nak naik flight dah, ttba2 jatuh sakit, ada yang bila smpai sana, kena operate. macam2!

jadi. tanamlah cita2 untuk pegi haji. jangan hanya di mulut!

PERHENTIAN 6 : WUDUK/MANDI WAJIB

kenapa wuduk pon termasuk dlm perhentian2 nak ke syurga? sbb tanpa wuduk, solat tak sah! tanpa wuduk tawaf tak sah! tanpa wuduk quran tak boleh sentuh. same goes to mandi wajib kan?

jadi kita nmpak kan betapa pentingnya wuduk tu kan? jadi, marilah kita sedaya upaya cuba untuk menyempurnakan wuduk dan mandi wajib.

PERHENTIAN 7 : KEZALIMAN SESAMA MANUSIA

mcm mana kezaliman sesama manusia nih sbenarnya? ok. aq bagi beberapa kronologi. seorang ibu baru melahirkan anak, tapi tak bagi makan, tak bagi minum susu. bayangkan baby yang baru lahir tak bagi susu?

kronologi kedua bilamana kita meminjam rm1 dengan kawan kita, tapi kita asyik tangguh untuk bayar even masa tu kita ada duit tuk bayar. jadi, ni kezaliman bila kita tak bayar duit tu tepat pada waktunya.

jadi.. antara perhentian2 nih, perhentian yang terakhir adalah tentang kezaliman kita sesama manusia. fikirkanlah. renung balik. muhasabah diri. apa lagi bentuk kezaliman kita telah lakukan. tepuk dada tanya iman~

sahabatku sekalian,

buatlah keputusan dengan kata hati, nikmatilah kehidupan dengan rasa syukur, hadapilah persoalan dengan keikhlasan, jadikan kejujuran dan kesabaran sebagai pegangan untuk berpijak, lalui hari-hari kita dengan senyuman terindah, di dunia ini tiada yang abadi semuanya illusi, tak ada yang sempurna dan jadikanlah apa adanya diri kita.

yang baik dari Allah, yang tak baik tuk disandarkan ke atas diri ni oleh kerana dosa-dosa yang tak tertanggung banyaknya.

ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa umat Islam serta jauhkan kami dari sifat-sifat munafiq. amin.

0 comments:

anak dan ibubapa

semasa engkau dilahirkan
kabul sudah satu impian
impian nyata dunia Ilahi

engkau anak istimewa
kebahagian ibu bapa
menangis dan juga ketawa

hai anak....
engkau mengerti betapa mulia pengorbanan mereka
memberi kan kasih sayang agar dapat menikmati dunia

masa silih berganti
kau membesar tak disedari
kini cepat kau pandai berjalan

apa yang telah terjadi
pada mereka, kau MENDERHAKA
mengapa begitu
apakah salahnya?

haaiii anak
engkau mengerti
betapa mulia pengorbanan mereka

memberikan kasih sayang
agar dapat menikmati dunia
View Image
i luv u till the end of my life,
without u i'm nothing

"The moment a child is born, the mother is also born. She never existed before. The woman existed, but the mother, never. A mother is something absolutely new."

"Your children need your presence more than your presents."

i care for u more than u care for me.
There is no friendship, no love, like that of the parent for the child!

sahabat sekalian..

hargailah mereka selagi mereka masih ada.
jangan sesekali mendahului mereka.
aq nak share satu nasihat.

"jangan berjalan mendahului ayah kamu. jangan menggunakan ganti nama 'dia' untuk ayah kamu. jangan duduk selagi ayah kamu tak duduk. maniskan muka depan ibubapa. kalau mereka ajak kamu bercakap maka dengarlah walaupun kamu dalam keadaan penat kerana ketahuilah semasa kamu masih kecil, mereka sering melayan cerita kamu kan?. jangan sesekali mengeluh dengan mereka. sabar dengan mereka selalu."

nasihat tuk diri aq dan sahabat sekalian.
ada satu nasihat lagi

"jika sekiranya ibu kamu merindui kamu, maka akan berdosalah kamu kerana membiarkan ibu kamu sehingga merindui kamu. jadi bagi mereka yang masih ada ibu, selalulah call ibu, even 1 minit pun kerana ianya sudah cukup membahagiakan ibu tanda ingatan anaknya."

duhh!
panjang plak malam2 buta nih.
aq dengar lagu 'anak',
teringin plak nak share.
oklah. umo panjang kita jumpa lagi

ingat! yang baik dtgnya dari Allah, yang tak baik disandarkan atas kelemahan diri aq.

sekian. wassalam.

;)

0 comments:

peringatan buat yang masih ada


beriman lah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang tinggal
bukan yang pergi
beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

ingatlah di mana saja kamu berada
kamu tetap memijak bumi Tuhan
dan dibumbungi dengan langit Tuhan
serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhirnya

ingatlah kamu dulu hanya setitik air tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ke tanah
ayam tak patuk, itik tak sudu
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
tapi gunakanlah ia bagi melayari bahtera akhirat
sambutlah seruan 'HAAYA 'ALAL SOLAAH'
dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan 'HAAYA 'ALAL FALAAH'
jalan kemenangan akhirat dan dunia

ingatlah yang kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkal Tuhan

pada hari itu tiada berguna harta, takhta, dan putera
isteri, kad kredit dan kereta
kondominium, saham, dan niaga

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

ALLAH, dosaku bergunung tinggi. aq malu denganMu, Allah..
ampunkan aq. ampunkan umat Islam.
tunjukkan kami jalan yang lurus,
pimpinlah kami,
redhailah kami,
rahmatilah kami,
kerna hanya kepadaMu tempat kembalinya kami..
amin.amin.amin.

0 comments:

dear you


you will always have my shoulder to cry on! promise!
side by side, i'll be with u till the end! promise!
if u're alone, i'll be ur shadow...promise!
if u want a hug, i'll be ur pillow...promise!
if u need to be happy, i'll be ur smile...promise!
but anytime u need a friend, i'll just be me...promise!

but remember He who always be with u,
knows inside and outside you,
He loves you! just put your trust in Him,
He will never make you sad!
the sweet after the bitter, Allah there for you dear!
and He asked me to be your friend,
so that you have a shoulder to cry on.
thanks for calling me last night,
u can call up at 4 a.m. dat matter,

you,
i wouldn't mind washing up beside u,
dusting beside u,
reading the back half of the paper while u read the front,
we are friends rite?
and i would miss u, do miss u, and think of u very often,
bcoz here, there no one like u.
u're da one in my life who i use to call as friend! no..bestfriend!

dear you, wuteve happen,
just txt me, or gimme a call,

remember! put your trust in Allah,
He plans something for you,
dont ever give up!

above all,
i'll always love u! lillahi..

0 comments:

a letter for her



Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,

It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....

-----by tommy page, a shoulder to cry on-----

0 comments:

the lucky girl


♥ shows me that i can laugh ♥
♥ shows me that i can cry ♥
♥ shows me that i can be strong ♥
♥ shows me the real world ♥
♥ shows me to always be positive-thinking ♥
♥ shows me that i'm not alone when the world gone ♥
♥ shows me the real friendship ♥

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on

and i want you to know that
YOUR KIND OF FRIENDSHIP IS PRICELESS TO ME dear...


0 comments:

hati, mata, dan mulut


hati dan mata, adik beradik yang tak dapat dipisahkan

mata melihat, hati berbicara, kdg2 hati menangis tanpa bicara.

mata jahat! selalu buat hati menangis.

mulut ingin jua menyapa bicara antara mata dan hati

tapi tiada kata-kata yang mulut bisa keluarkan

bimbang akan mengaibkan yang lain

mulut meronta-ronta ingin bercerita,

tetapi hati tak bagi, hati kata

'tak payahlah, ada hikmah disebaliknya'

mulut hanya akur, semuanya disimpan kemas di dalam hati

sehingga kekadang, hati terasa ingin meletup

dek kerana banyak sangat yang disimpan.

mata yang melihat tidak dapat mengeluarkan airnya

bimbang akan disedari yang lain,

jadi, hati juga yang berkorban.

hati menangis sakit. terlalu sakit!

kesian hati. bersabarlah hati.

sesungguhnya Allah sentiasa bersama dgn mereka yang bersabar.

pasti ada bahgia di kemudian hari. Allah sedang mengujimu. sabarlah hati.

pada awan biru ku melakar kata-kata

pada langit cerah ku panah semua cerita

dengarlah mentari suara hatiku menyanyi

bertebangan jiwa merentasi pelangi

Sekiranya takdir menguji

Cekalkan hasrat dihati

Semoga kesusahan bisa

Mengajar erti terus azam

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-

downloading iman
-
-
-
-
-

40%




semuanya dengan restu IIahi. insyaAllah. yakinlah dengan Allah.

0 comments:

I miss u frenz

Remember everyday
no matter what I've said
Here's what I want to say
I will always love you
Be with you till the end
When no one else is around
I'll be your friend

0 comments:

Ya Allah...

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aq, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab musnahnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, sebab hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

0 comments:

tiada yang peduli


assalamualaikum wbt sahabat!

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا 5 إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا 6
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)
(Surah Ash-Sharh 2: Ayat 5-6)

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia.. Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.. Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu.. Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.. Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.. Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada.. Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

#walau tiada yang peduli, tetapi Allah ada. indahnya jika kita dapat merasa kebersamaan Allah! :)))

0 comments:

Warga Asing lebih pandai cakap melayu dari Malaysian


Pernah satu hari tu, aq terserempak dengan warga asing, beliau warganegara Bangladesh, biasalah beb, dorang ni bila dah masuk malaysia dorang akan dikenali dengan nama mamat Bangla, tidak ada bezanya warga asing yang lain, nepal, myanmar, indonesia dan bla..bla..bla..semuanya datang Malaysia nak cari makan, sama la macam aq, datang Penang pun sebab nak MAKAN je! tanak kerja boleh? Nak mencekik je, oh ya, tidak lupa jugak, warga asing yang terkenal dengan sifat semulajadi dorang iaitu sifat caring daring..pompuan, bila sebut sal caring ni, nak saja dia.. nak tahu warga apa? Warga Afrika @Awang Hitam, hah, g ar test market ngan awang hitam =="

Berbalik pada mat bangla tadi, lepas 5saat kami kenyit bertentang mata ==" dia mula menyapa aq:
Baca dengan style bangla..

"abang, saya baru sini mari, saya tidak tahu jalan ke queensbay (nama tempat)"
"oh, senang je, u jalan je straight, sampai la u jumpa signboard queensbay"
"tarima kasihhh abang"

Lepas tu, esoknya, sedang aq window shopping, aq ditegur oleh warga myanmar:
Baca dengan style myanmar..

"abang, tunpang tanya, di mana nak cari empiprih?"
"huh?..empiprih? apa tu? binatang peliharaan ke apa?"
"alah, abang empiprih tara tahu ha?..itu dengar lagu2"
"oh,MP3.."
"beturrr.... la abang"

"dah berapa lama duduk Malaysia"
"2tahun, saya kerja dekat kilang"
"oh okay, bagus la, awak pandai cakap melayu"
"boleh la..sikit-sikit"

Lepas tu kan, aq tunjuk la kedai empiprih yang beliau cari tu, seketika aq tengok amoi cun, sexy, seluar pendek aras paha, gebu, putih, cun..grrr..lepas tu kan, kan..aq try la ayat sikit..

"hye lengloi seksi, meowwwwww"
"hehehe.." amoi tu senyum je, ada respon..then aq cuba lagi..
"amoi jalan sorang-sorang er..nak abang temankan..aummmm"
"hehehe..no need la lengchai.."
"alarh..abang boleh tolong angkatkan plastik bag yang berlambak tu, cian tangan u, nanti calar tau..aummm"
"@%#%#^%#" aq tak faham, dia dah start cakap cina..then aq blah je.

Lepas tu, aq jumpa lagi satu amoi cantik, time tu aq sedang control macho kat tepi escalator, kelihatan dia sedang tercari-cari arah jalan, aq kenyit2 mata kat dia, then dia perasan. Dia datang padaku..

"sorry, may i ask u something?" pulak, dia cakap english dah..aq ni dah la english cukup makan.
"sorry, saya tatao cakap london ni, u cakap malay je sudah..senang dan cepat.."
"oh..sorry.. i don't know speak malay.."
"what! are u malaysian?"
"of course, i m malaysian..wanna see my ic?"
"no need la lengloi.. huh"  =.="

Nampak tak apa yang aq cuba sampaikan..? sebenarnya dialog tu semua aq saja reka yasa, xberlaku kat aq pun, kecuali myanmar ngan empiprihnya tu, yang tu pernah terjadi kat aq.

Warga asing, cepat je belajar bahasa melayu, aq selalu je jumpa foreigner, orang arab, orang london..sangat terharu beb.. dorang pandai cakap bahasa melayu., itu orang luar.

Kaum cina di Malaysia tak reti cakap melayu? macam tak masuk akal je kan..tapi, kenyataannya memang ada, pelik la bila rakyat malaysia sendiri tak tahu cakap melayu..sadisss..aq tak cakap semua kaum cina tak reti speak malay, aq ramai je kawan ngan cina, setakat ni aq tengok semua pandai cakap melayu. Sebenarnya aq cakap camni sebab aq pernah terjumpa dengan rakyat malaysia berbangsa cina yang tak reti cakap bahasa melayu.

Banyak kemungkinan dorang tak reti cakap malay.

*Sekolah kat sekolah cina
*tinggal di kejiranan cina
*tak bergaul dengan orang melayu
bla..bla..bla...

*Bahasa Melayu best..boleh syair, pantun, bla..bla..bla..

0 comments:

keluhan yang tidak berkesudahan


Wajarkah jika kita melakukan sesuatu yang Allah BENCI, namun kita sentiasa meminta dariNya yang kita SUKAI.? Syukurlah Allah itu maha pengasih dan besar rahmatNya, justeru kita masih TERUS digalakkan untuk meminta walau seburuk manapun persembahan kita kepada Allah, cuma sampai bilakah hati itu ingin INSAF lagi sedar??

~Ust Zaharuddin~

assalamualaikum,

bayangkan :

seseorang yang sanggup hadiri program yang jauh hingga melangkau beberapa negeri, dengan duit yang banyak juga diperlukan, bukan sponsor! juga menggunakan seluruh tenaga! hanya untuk menghadiri program2 yang lansung tidak membincangkan ilmu2 akhirat. tapi mereka sanggup berbelanja, sanggup berkorban harta, tenaga.. TETAPI.....jika diajak untuk ke surau yang hanya beberapa langkah dari rumah bagi menghadiri kuliah maghrib yang tak memerlukan duit, hanya pinjamkan mata, telinga, hati untuk mendengar ilmu2 Allah..kenapa susah untuk mereka hadirkan diri? kenapa perlu beralasan dengan Allah? sedangkan Allah tak pernah beralasan dgn kita? Ya Allah.....

itu hanya selinga senario yang berlaku di akhir2 zaman ini...

kadang2 aq jeles dengan mereka yg sibuk dgn urusan2 akhirat tanpa mengabaikan urusan dunia.

alangkah indahnya jika Allah sibukkan aq dengan urusan akhirat.

dari pagi hingga la ke malamnya..

yaa! nafsu terlalu menguasai. sehingga aq tak mampu lari, tak mampu berfikir lagi.

banyaknya dosa sehingga Allah menyibukkan aq dgn urusan duniawi yang memang tak de untungnya!

kenapa? Ya Allah..banyaknya dosa...

sahabat...

selamatkanlah diri kalian!

jika kalian sanggup untuk berbelanja banyak untuk urusan dunia, kalian juga harus sanggup berbelanja untuk urusan agama Allah..

jika kalian sanggup habiskan masa dan tenaga untuk urusan dunia, kalian juga harus luangkan masa kalian untuk urusan agama Allah!

jika hari ni kalian belajar sesuatu drpd lecturer kalian, kalian jugak mesti belajar sesuatu untuk bekalan akhirat kalian!

walau sesibuk mana pun kalian, jika ada mana2 surau/masjid yang ada kuliah maghrib. luangkanlah sedikit masa untuk Allah. kelak Allah akan ada masa untuk kalian!

*peringatan untuk diri-sendiri*

cuba kita tanya dalam diri kita...

hari ini apa yang membuatkan aq terlalu sibuk??

hari ini ada tak Allah uji aq??

hari ini adakah aq berasa senang/gembira sepanjang masa??

hari ini berapa page Quran aq dah baca??

hari ini aq ada ucap syukur tak??

hari ini ada aq mengumpat tak??

hari ini ada aq senyum (sedekah) tak??

hari ini aq jaga pandangan tak??

hari ini ada tak aq istighfar??

hari ini aq ada selawat tak??

hari ini apa yang aq ingat saat aq mula2 buka mata??

lastly,

hari ini apa yang dah aq buat untuk ISLAM??

apa yang aq akan jawab kalau Allah tnya aq apa yang dah aq buat untuk Islam??

apa kita akan jawab dengan Allah?

kalau ada jawapan, alhamdulillah.

aq?

aq masih berusaha untuk memberi jawapan yang terbaik kepada Allah.

berusaha??

betul ke kalau aq guna perkataan berusaha sedangkan tindakan aq tak selari dgnnya??

Ya Allah, lemahnya aq!

;((

maaf, ayat pon tunggang langgang! sekian..

0 comments:

Manusia.... Mana hati dan perasaan kau?


Aq duduk menyandarkan diri menghilangkan penat pada sebuah kerusi yang disediakan oleh pihak pengurusan di salah satu shopping complex.

Seketika, aq lihat seorang makcik berbaju biru, berseluar panjang berwarna hitam. Bertemankan sebatang mop, aq kira batang mop itulah dijadikan teman kehulu dan kehilir sekitar shopping complex kajang ni. Gaya bercekak pinggang menjadi tabiat manusia bila sedang memikirkan sesuatu. Lantas diletakkannya signboard "CAUTION! CLEANING IN PROGRESS", betul-betul dihadapanku. Jarak antara aq dengan signboard tersebut adalah dalam 5meter.

Tanpa membuang masa, makcik tersebut memulakan tugasnya, kelihatan beliau seakan-akan menari bersama batang mop tersebut. Lantai dimop ke kiri dan ke kanan.

Sedang makcik tersebut mop lantai, sekumpulan remaja yang pada pandangan aq golongan remaja baru nak up berumur dalam lingkungan 14-15tahun sedang menuju ke kawasan yang dimop makcik tersebut.

"Jangan lalu kawasan ini!" teriak makcik itu,dengan serta merta remaja tersebut mengubah arah jalan mereka, namun seorang daripada mereka berkeras tidak menukar arah jalan dan terus saja memijak kawasan lantai yang masih basah. Pok..pek..pok..pek.. dengan geram makcik memarahi remaja tersebut.

Tidak sampai 2minit, sekumpulan pemuda seramai 3orang melalui kawasan tersebut. Kawasan yang baru dimop. Aq tak tahu, sama ada pemuda tersebut buta@rabun mungkin sekali buta hati dan perasaan. Mana tidaknya, terang-terang papan tanda ada depan mata, dengan selamba mereka memijak kawasan yang baru dimop. "Jangan lalu kawasan itu!" teriak makcik tersebut pada 3remaja itu, dengan serta merta mereka jalan terkangkang-kangkang melepasi kawasan yang dilarang pijak. Aq yang memerhati gelagat mereka hanya mampu tersenyum dan ketawa dalam hati. Muka geram dalam kepenatan jelas terlihat pada mimik muka makcik itu, penat menjalankan tugasnya demi memberi sesuap nasi pada anak-anaknya, mungkin sekali makcik itu ibu tunggal anak 10. =="

Aq dapat rasakan makcik itu penat melayan karenah manusia yang sudah seperti buta hati dan perasaan..!

"Alah makcik.. buat saja la kerja tu.. dah nama pun cleaner..!" <----kata-kata angkuh="" orang="" p="">
Jangan kerana mereka warga asing bekerja sebagai cleaner kau dengan mudahnya tidak mahu menjaga perasaan mereka. Kau harus tahu, tiada bezanya kau dengan mereka pada pandangan Allah, melainkan taqwa.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - Al-Hujarat.13

0 comments:

Kau feel tak dengan entri aq ni?


Dulu, time aq kecik dulu, zaman aq jakun, zaman batakku, zaman aq jadi lelaki paling ramah dengan gadis sunti, zaman aq time tu boleh dikatakan zaman ribena. Zaman persekolahan.

Aq boleh dikatakan adalah salah seorang student yang sangat baik dan sopan santun dalam kelas di antara berjuta-juta student dalam dunia ni. Korang percaya aq sopan santun ?  gila terbaek ar korang..!

Taip entri pun guna "aq, kau" ada hati nak jadi sopan santun.. huh..

tapikan..

Orang kata, taip entri guna "aq" supaya kau sebagai pembaca lebih feel baca entri luahan hati seseorang yang bergelar blogger. Kau feel baca luahan hati blogger tu, kegembiraannya, kesedihannya. Konon-konon kau dapat menjiwai isi hati empunya blog. Lagi-lagi blogger syok sendiri cam aq ni.

So, sekarang aq nak tanya korang..

agak-agak kau feel  tak dengan isi entri aq ni? kau dapat rasa tak perasaan aq time taip entri ni?
andai kau dapat rasa yang sekarang ini aq sedang ketandusan idea dan disebabkan itu terhasil la entri sebegini rupa, entri yang aq sendiri tak tahu apa yang aq bebelkan, maka ucapan tahniah aq ucapkan pada kau.

Habis/sekian/tamat/the end..



:
:
:
:
:
:
:
:
:
;





motif? xda motif.. saja-saja je ni.. maklumlah taip entri tengah malam.. so, gambar ni boleh dikatakan feel tengah malam la..  =="

*hye awek solehah.. nama aku andy..nama kau sapa?

0 comments:

Sudah bersediakah aWaK dengan semua ini?

Awak, saya harap awak tenang membaca entri ini, ketahuilah, tika entri ini ditaip, saya berada dalam keadaan sedar, saya tidak berkhayal apatah lagi mabuk.:P

awak, sudah sedia kah awak menjadi suri hati saya?
oh tidak, persoalan itu harus saya tanyakan pada diri saya juga.
sudah bersedia kah kita untuk melayari bahtera rumahtangga itu.

cinta,
bila kita jatuh cinta, harap biar la cinta itu hadir tika kita sudah bersedia ke alam perkahwinan, bukan takat cinta pegang-pegang tangan, jalan berdua-duaan, tak nak nanti, bila kita bercinta, kita hanya fikirkan asmara saja, saya tak nak semua tu, saya nak kita terus fikir ke hadapan.

Sebab tu saya kata, sudah bersediakah kita untuk berumahtangga?

Bukan apa awak, bila kita dah bersedia nanti, insyaAllah rumahtangga kita akan bahagia.

Untuk pengetahuan awak, saya sedang mempersiapkan diri saya, saya sentiasa bertanya pendapat pada orang yang lebih tua dari saya, membaca bahan-bahan ilmiah, saya sedang mencari diri saya sendiri awak, saya sedang memantapkan diri saya dengan ilmu agama, insyaAllah ilmu itu akan membantu saya membimbing awak, saya dah tak macam dulu awak, lepak sana sini, berkawan dengan sembarangan orang, insyaAllah saya harap sangat saya kekal begini, semoga saya istiqomah, saya pun berharap sangat awak juga sedang bersedia.

Bercakap pasal anak ni,kalau ada rezeki, insyaAllah dengan izin Allah s.w.t kita akan dikurniakan anak-anak yang comel seperti awak, hensem seperti saya :P. Awak, anak-anak kita kelak mungkin sekali perangainya tidak sama dengan ayahnya yang baik ini, mereka mungkin nakal, keras kepala, degil, suka merajuk, tapi awak jangan risau, kita kan dah bersedia. Awak, dengan persediaan yang kita ada, kita akan membesarkan anak-anak kita bersama, awak akan sentiasa mengingatkan saya untuk terus bersabar melayan karenah mereka, kita akan melihat wajah comel mereka, wajah mereka time merajuk, comel sangat awak. InsyaAllah kita akan didik mereka dengan ilmu agama, saya tak nak anak kita dikatakan islam pada keturunan je. Awak, saya nak mereka merasa bangga dibesarkan oleh kita berdua, dan merasa bertuah punya ayah dan ibu yang mendidik dan membimbingnya dengan cara Islam. InsyaAllah kita akan jadikan mereka hamba Allah s.w.t yang soleh dan solehah.

Kepada bakal isteri ku, sudah bersediakah awak dengan semua ini?
Jika awak belum bersedia, saya disini setia menanti, InsyaAllah, hari itu akan tiba,
Bersabar la wahai bakal isteriku. InsyaAllah, bersama kita bina keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.

Di kala mata bertemu dengan mata............
Biarkan hati yang bicara........
Terima Kasih SaYanGku.........
Kehadiranmu Begitu Bererti BagiKu......

0 comments:

cuba ini kalau berani..

Yahoooo....dah dapat apa yg dicari
p/s- sila baca risiko pada cover page tu... now get ready for risk hehe

0 comments:

Status Kat FACEBOOK

SALAM... harap korang dalam keadaan sihat sentiasa... entri kali ni aku nak share "status dalam facebook (fb)".. sapa di antara pembaca yang tak ada akaun fb?? kalau ada sila angkat hidung anda tinggi-tinggi.. boleh buat ke? hehehe... mustahil sungguh jika ada di antara korang yang tak ada akaun fb kan.. pelik bin ajaib.. sedangkan nenek2 yang berumur pun mempunyai akaun fb.. siap promote diri lagi nak cari laki baru.. i tell u.... rata2 semua MALAYSIAN mempunyai akaun fb kan.. ada tu sampai 2-3 akaun fb digunakan.. tatao la apa motif dorang untuk buat lebih dari satu akaun... yang pasti hanya mereka dan mereka2 yang berkenaan sahaja yang tahu motif mereka... ada aq kesah.. k.. bagi yang ada fb tu.. tentu macam-macam status yang korang letak kat fb tu kan.. luahan hati.. rindu.. marah.. sayang.. tension.. arghh... banyak lagi lah... lantak lah.. ada aku kesahhh... dalam banyak2 status tu kan.. antara yang paling laris ngetop sekali status: luahan hati... betul tak? rata2 yang aku tengok semuanya tentang luahan hati.... bak kata tajuk lagu penyanyi indie apit.. "luahan hati" best lagu ni kalau tak percaya sila search kat youtube... "aku promote lagi lagu kau apit..!" kenapa mesti luahan hati...?? ada kah dengan membuat status luahan hati kat fb tu dapat menenangkan hati...? tentu saja hati akan tenang bila status luahan hati itu di baca oleh rakan2 dan rakan2 dapat membantu dengan memberikan semangat melalui komen2 mereka... sebab tu la kebanyakan facebookers2 (ada ke ayat ni) lebih berminat untuk buat status fb melalui hati kan.. sebab melalui luahan hati la orang dapat merasa lebih yakin akan diri sendiri... aq pun salah seorang yang mempunyai akaun fb.. tapi aku guna satu akaun je.. bukan 2-3.. dalam akaun fb aq..aq tak terkecuali meluahkan isi hati melalui status fb tu.. macam2 gak status yang dah aq buat kat fb... antaranya... sila tengok kat bawah... :: :: :: :: :: :: :: :: Status aq dalam fb ~all th0se crazy things we did..didn't think ab0ut it,just went with it..y0u're always there,y0u're everywhere..but right n0w I WISH YOU WERE HERE~ -ini status aq yang terbaru- status:luahan hati membosankan sungguh encik fb ni..!! Bagi korang lak? apa status yang selalu korang letak kat fb? adakah ianya selalu bersangkut paut ngan hati korang? thanks kerana sudi membaca entri aq yang agak kucar kacir ni..

0 comments:

Bestfriend...

kami adalah sahabat...! banyak kenangan antara kami.. sebenarnya aq banyak sahabat.. aq suka berkawan.. aq hargai semua kawan2x ku.. maaf la xletak pic korang wahai sahabat.. yg penting korang sentiasa dalam hatiku... aq sentiasa ingat korang semua wahai sahabat..!!

0 comments:

Detik-Detik Terakhir Siti Hajar

kisah benar (jangan menangis baca kisah ini)

6 jan 2013 (ahad)
kami dapat panggilan telefon mengatakan hajar kemalangan. segera bergegas ke hospital besar melaka. ramai pelajar utem sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 jan 2013 (isnin)
hajar dimasukkan ke wad icu mawar. pegawai hepa utem mula membuat lawatan.doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 jan 2013 (selasa)
gerakan mengumpul derma utk pembedahan hajar berjalan lancar. pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 jan 2013 (rabu)
kesihatan hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan allah ke atas hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 jan 2013(khamis)
selepas subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. dia tenang je.kami berbual. memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. langsung tak tunjuk airmata pada dia. kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika hajar telah keluar dari hospital nanti. ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga rm25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. hajar senyum . pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan islam. dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan allah.

11 jan 2013 (jumaat)
doktor dah benarkan makan bubur. kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. minum air zam zam pakai straw. memang haus betul dia. berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. berebut2 mereka nak tolong layan hajar. suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
solat hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.utem sendiri menganjurkan solat hajat di masjid, melibatkan kerjasama badar dan majlis perwakilan pelajar .

lawatan naib canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada hajar. dia ingin sembuh. dia ingin kembali belajar. dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 jan 2013 (sabtu)
doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada hajar. kami perlu kuatkan pernafasannya. latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada allah.
sebelah petangnya, hajar di keluarkan dari icu mawar dan diletakkan di wad d3.

13 jan 2013(ahad)
akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada hajar. the whole truth. dan sebagai hambanya yang patuh, dia redha dengan apa saja qada dan qadarnya. pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan allah itu sendiri. baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?
setiap hari allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. iaitu untuk mengakui dia itulah tuhan kita yang layak disembah. dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. kalau dah lidah kita mengakui allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang dia mampu mengubah nasib hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

tiada rahsia lagi. dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. pasti ada hikmahnya.

malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata “mak dengar tak tu? suara seruan tu?” saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “orang azan kot” tingkah saya. dia jawab “mana pulak, azan mana ada subhanallah.. orang tu sebut subhanallah berkali2. akak dengar, cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. saya rasa berdebar, “selalu ke akak dengar?” “selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14jan 2013 (isnin)
sebelah siang hajar demam. batuk2 kecil, menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. demam semakin tinggi mencecah 39c. selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. hajar semakin lemah. apabila pernafasan tersekat,hajar menggelepar mencari nafas. doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. keadaan agak membimbangkan. kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. stabil.

bila dah tenang, hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan allah, pertolongan tersebut telah datang. bagaimana? secara tiba2 dia sendawa berkali kali. dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. air yang sgt sejuk dan selesa. dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. subhanallah.

hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. suami beritahu hajar, dengan cepat dia jawab “ayah percaya allah tak?”jawab suami”percaya”. tambah hajar lagi, “kalau percaya pada allah, ayah baliklah..allah ada jaga akak kat sini.” sesekali dia tersenyum manis. kami tanyakan "kenapa senyum?” dia jawab…"ada bau wangi sangat”. "selalu ke akak terbau macam tu?” jawabnya, “kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” hati kami mula rasa sesuatu. suami saya tak jadi balik. kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. malam yg sejuk dirasakan nyaman. langsung tak rasa lapar dan dahaga. menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 jan 2013 (selasa)
sebelah pagi hajar masih tak bermaya. semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. bila demam berkurangan, hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. spontan dia kata, “kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu allah perkenankan hajatnya. bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (kun fayakun)

tekak hajar masih terasa sakit – perit. mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “akak, ingat ye, ubat ni alat je, allah yang menyembuhkan” dia angguk. ubat di sudukan ke mulutnya. pahit. kecil matanya. segera saya berikan air zam zam untuk diminum. lepas itu dia tanya, “air ape tadi?”. “ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” dia senyum lagi. saya tertanya2. dia kata “allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, esok mak cubalah” macam mana ni….nak percaya tak?

malamnya, dia kena makan ubat lagi. tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. memang pahit. dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. saya terkedu. telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk allah tunaikan. ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

bila doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, hajar menangis. “akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. tangan akak kecil, sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. akak tak nak doktor tu lagi”. sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? mana boleh pilih2 doktor. tapi allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 jan 2013(rabu)
usai solat subuh, saya dapati hajar mengadu sakit perut. macam kembung. perut mula membengkak dan bergerak2. saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. dia terasa nak muntah. ya memang.. dia betul betul muntah. berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”akak tak nak pelawat hari ni”. dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. kemudian saya pula disuruh solat. saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? mak solat lewat sikitlah…dia jawab “allah ada, allah boleh bantu akak.” terkedu. saya pun tinggalkn dia untuk solat. ayahnya pula pergi menjemput adiknya di malacca central. selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan hajar. bajunya yg terkena muntah digantikan. kemudian dia kata, “haa..kan betul akak cakap, allah ada bantu akak. mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

sepanjang malam, adik hajar, nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. bila reda sedikit, kami mula berbicara. “akak, nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. mungkin rezeki minuman akak dah habis. mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari allah.

ayahnya pula kata “akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. pujuk ayah lagi, “akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. mereka akan berzikir sahaja, dan allah cukupkan rezeki mereka. mereka tak rasa lapar dan dahaga, akak zikirlah ye”. angguk.

walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. dia kata” kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. kalau allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan allah, besarnya kekuasaan allah. mak tulis ye, biar tak lupa . nanti akak sendiri yang akan ceritakan. tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” jawabnya, “taklah, senang je, allah tolong.” “tolong macamana?” tambahnya “dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, allah tolong keluarkan melalui muntah. tak susah pun, rasa macam meludah je” masya allah. hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan allah. sentiasa berbaik sangka allah menolongnya. benarlah seperti hadis qudsi, allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapnya. jika kita yakin allah menolong kita, maka allah akan tolong. keputusan xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 jan 2013(khamis)
situasi kritikal. tak mahu pelawat lagi. doktor sedang cuba menyelamatkan . perut membengkak terus. usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. ultrasound pula diambil. hajar tenang. berserah pada allah menentukan yang terbaik untuknya.

selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. doktor mula gelisah. satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. lebih 1liter cairan dikeluarkan. hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

demam lagi. saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “akak, jgn bimbang, kita orang islam dah dilatih berpuasa. redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. mintalah allah hilangkan dahaga akak”. dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga allah tu mahal harganya…sabar ya.. nabi ayub dulu pun diuji dengan berat” dia angguk.. doktor pasang drip…dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

menjelang asar, hajar mula rasa bahang. dia minta dimandikan. panasnya kuat dibahagian dada. dan terasa semua badan sakit2. saya terdiam. saya rasa, dia dah mula nak nazak. waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. dia suruh saya beralih kedudukan. dia nak pandang keluar tingkap. saya tanya, nak tengok apa? katanya : nak tengok allah. saya terkedu lagi. katanya: "allah marah sebab tak dakwah sungguh2. tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” saya jawab “mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada allah,” hajar angguk. tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. saya membisikkan agar dia terus mengingati allah. angguk. dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” "ya, mak izinkan, mak doakan agar rasulullah datang tunjukkan jalannya. sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. segera saya talkinkan berulang kali. doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. saya disuruh keluar. mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

hati saya dah sebu. saya tahu tadi tu hajar dah nazak. persiapan dibuat utk pindahkan hajar ke icu semula. waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil hajar ke icu okid.

hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 jan 2013 (jumaat)
kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. dikhuatiri usus hajar telah bocor. menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung hajar berhenti berdenyut. doktor segera melakukan cpr. (satu. dua, tiga, empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah. walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 jan 2013 (sabtu)
doktor pakar usus mengesahkan usus hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa hajar. kami buntu. suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. kami perlu solat. kami perlu berfikir dengan tenang. kami mohon pertolongan melalui pertolongan allah. pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. hanya pada allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. berita besar yang disampaikan, buah pinggang hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. terdiam. bermimpikah kami? lepas satu, satu, organ badannya merosak. namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan hajar yang tidak stabil. jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. jadi apa yang boleh kami perbuat? sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. kami tanya, adakah hajar stabil untuk dibedah? jawapannya tidak.kami tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? jawapannya. tidak pasti masalah sama takkan berulang lagi. lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

doktor bercakap dengan berhati2. “kalau itu keputusan puan, puan sedarkah apa akibatnya nanti?” saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” doktor menjawab, “itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

selepas itu, doktor terus mengawasi hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. semua keluarga telah dimaklumkan, hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 jan2013 (ahad)
pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.tepat jam 9.20 pagi, hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. pergilah sayang, tuhanmu yang lebih menyayangimu telah menunggu. terima kasih ya allah kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. kini kami kembalikan ia kepadamu ya allah.dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangmu yang maha agung. amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

siti hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

pasti ada yang menitiskan airmata tatkala membaca kisah ini. kisah yang tidak diambil pusing. hati pasti menjadi sayu kerana wujud manusia yang begini luar biasa hebatnya. hati pasti pilu kerana tidak dapat menjadi sepertinya. almarhumah benar-benar gadis yang hebat, semoga allah menempatkan almarhumah bersama mereka yang beriman dan semoga syurga ganjaran buatnya.

# jika anda tidak boleh menjadi penulis yang memberi manfaat, jadi pembaca yang memberi manfaat kepada orang lain. share/kongsilah kepada sahabat-sahabat kisah ini ....

0 comments:

Pau..Pao..

Ya, itulah tpt kerja aq... tempat aq mencari rezeki d utara ni...

rasanya dah setahun lebih aku kerja kat tpt ni.. tpt ni macam rumah kedua dah bagi diriku... macam2x customer aku jumpa selama kerja kat sini..
tp yg bestnya ialah aq dapat menimba pengalaman utk menjadi seorang bisnesman...
ya, seorang bisnesman.. rasanya aq mmg sesuai jadi seorang bisnesman.. selok belok berniaga pun aq dah tau.. aq pun tatao napa aq tiba2 minat menjadi seorang bisnessman.. maybe aq ada mewarisi keturunan keluarga ker..
maybe sebab itulah aq minat bisnes ni..
time bosan tpt kerja selain dari layan fb.. aq akan dengar muzik...

0 comments:

Ayatlah sangatkannn!!!

Adalah satu orang budak laki-laki ni, nama dia abu, tiap hari kerja dia menghadap laptop. Boleh dikatakan 24jam menghadap laptop, bukannya atas urusan kerja,kalau ada pun sikit je kot dalam setengah jam begitu. Selebihnya dihabiskan dengan melayan facebook. Satu hari tu, dia ter-add seorang gadis cantik..cantik beb..sekali pandang macam neelofa.

lentikkk gua cakap lu.. hahaha.. gila punya cantik la..senang citer. Dipendekkan cerita, mengambil peranan sebagai lelaki kaki ayat, kaki kelentong, kaki temberang.. dengan teraturnya ayat disusun rapi. Abu: Hye awak.. Gadis: yer.. Abu: Boleh tak saya mintak satu gambar awak..saya download er.. Gadis: Nak buat apa gambar saya? Abu: Takdalah..saja nak jadikan bukti pada kawan-kawan kat sekolah bahawa Bidadari itu wujud.. :) Gadis: @-@ *hati berbunga-bunga.. see? senang je kan nak ayat gadis.. buat lelaki seperti aku..sila practise ayat ni..practise make perfect beb.. pada gadis-gadis sila jangan 'terbang' bila kena ayat semacam ini.. aku tau la korang tu pantang kena ayat kan..kan.. kita cakap je dia cantik macam bidadari,dikatanya kita mengarut..mengarut la sangat kan..padahal dalam hati diaaaa..hurmm..silap haribulan sebelum tido dia terbayang-bayang macam mana la cantiknya bidadari tu..

0 comments:

Holiday Yang Tak Meriah!!

seperti yang semua orang dah tau, kan aq pergi holiday.
konon ala-ala nak sambut anniversary la kan ngan ms armageddon aq selama 3 hari tu tapi rancangan tak berapa menjadi la sebab ms armageddon kena out station di Cameron Highlands..
dengan sepenuh hati aq merayu..janganlah pergi...

0 comments:

Sesat lagi...!!

SALAM...
harap korang dalam keadaan sihat sentiasa... ^_^

Untuk kali ke-2 kalinya aq dan Ms Armageddon sesat lagi...!!!

SESAT..!
sesat ni memang sebati dah pada kehidupan seorang perantau seperti aq.. "bagaikan aur dengan tebing, di mana ada perantau di situ ada peristiwa sesat jalan"

wei aku sesssat lagi beb..!! masuk ni, dah dua kali aq sesat.. ish..ish..ish... apa punya kepala hotak aq pakai ni ar..! asyik sesat je...!

0 comments:

Pengurusan masa penting untuk kita



Asalamualaikum sahabat semua

Segala puji bagi Allah s.w.t yang menjadikan kita sebagai seorang Islam yang beriman kepada Nya. Kot mana pun keadaan kita kembalilah kita kepada Allah s.w.t agar kita semakin kuat dengan ujian Nya.

Satu sahaja perkongsian aq pada hari ini iaitu tentang pengurusan masa, masa sentiasa berjalan tanpa menunggu kita. Bak kata pepatah arab masa itu umpama pedang jika kita tidak memotongnya masa akan memotong kita. Begitulah hebatnya masa, dan ada di dalam Al-Quran surah yang khusus dengan masa iaitu surah Al-Asr yang bermaksud demi masa.

Masa yang berkat ialah masa yang kita penuhi dengan ibadah dan berpesan-pesan ke arah kebaikan dan ibadah kepada Allah s.w.t. Jangan biarkan syiatan menghasut kita untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perintah Allah s.w.t kerana masa yang berlalu akan ditanya oleh Allah s.w.t bagaimana kita mengisinya.

Kita pastikan waktu kerja, waktu makan, waktu bersama keluarga, waktu bersendirian kita itu tidak sia-sia, semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa kita dan semua muslimin muslimat yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.


0 comments:

Going to Kota Raya...

woah....semangat betoi aq ari nie...coz today is last day in penang..hehehe...bukan selama-lamanya but just 5 days only coz aq kena pi KL utk wedding kawan baik aq...but dlm masa yg sama ingin berjumpa dgn Ms.Armageddon aq..miss her so much...hanya Allah je tahu betapa aq menanggung rindu nie...aq yakin dia pun sama jgk sdg menanggung rindu yg sama...maklumlah dah lebih 2 tahun x jumpa kan....mesti bnyk benda nk dibualkan...so aq hope sgt perjalanan aq lancar spt yg dirancang....i miss u baby!!!!

1 comments:

Live Your Life


salah satu lagu yg aq minat...
maybe lagu sesuai utk aq dan ms armageddon...
hehehehe......live ur life..

0 comments:

Terukir Di Bintang


lagu feveret ms armageddon

janganlah kau persoalkan siapa dihatiku..
kan terukir di bintang cintaku padamu....

0 comments:

Amalan Sedekah Al-Fatihah Kepada Orang Yang Mati

1. membaca doa dan bersedekah untuk si mati insyaallah sampai, menurut jumhur ulama' dan sebahagian fuqaha menganggap perkara ini merupakan ijma.'

2. di dalam hadith muslim, terdapat sunnah mendoakan dan memberi salam kepada ahli kubur apabila melalui kawasan perkuburan dengan membaca : 
السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية
'salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, dari kalangan mukminin dan muslimin, insyaallah kami akan menyusul kalian, aku berdoa kepada allah supaya memberi keselamatan kepada kami dan kamu. [riwayat muslim] 

3. walaubagaimanapun, perbuatan membaca al-fatihah kepada si mati atau menyedekahkan pahala bacaannya kepada si mati tidak pernah diajarkan oleh nabi salallahualaihiwassalam dan bukan merupakan amalan para sahabat dan kaum salaf. 

tidak diriwayatkan walau satu hadith, cerita atau apa jua kisah bahawa baginda saw dan para sahabat pernah melakukan amalan sedekah al-fatihah kepada orang mati dikalangan mereka. 

isunya bukan soal sampai tak sampai, tetapi soal tak pernah dibuat oleh nabi saw dan ianya masalah ibadah serta tidak boleh melakukan sesuatu yang nabi saw tidak buat. 

4. sedekah ialah memberikan sesuatu yang sudah kita miliki, adapun pahala bacaan al-fatihah belum tentu dimiliki oleh kita kerana boleh jadi saja ianya ditolak oleh allah swt kerana tidak ikhlas, tidak betul tajwid atau salah sebutan bacaan sehingga maknanya lari. 

lalu jika pahala al-fatihah itu pun belum dijamin dapat, bagaimana mahu diberikan kepada orang lain ? kalau sedekah harta dan sesuatu milik kita maka hal tersebut sudah jelas dan sememangnya diterima oleh syarak. 

5. sunnah mengajar kita supaya membaca 'إنا لله وإنا إليه راجعون ' apabila mendengar berita kematian atau musibah dan kemudian mendoakan si mati jika dia orang yang beriman dengan membaca doa yang baik-baik seperti contohnya doa : اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة ' ya allah, ampunilah dia dan gantikanlah bagi kami dengan ganti yang baik. [riwayat abu daud] atau membaca doa yang masyhur dibaca ketika solat jenazah :
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

6. tiap amalan yang kelihatan baik tetapi tidak dilakukan oleh rasul dan para sahabat pastinya tertolak atau tidak benar sebab jika ianya perkara baik sudah pasti mereka akan mendahului kita. ini berdasarkan kata-kata huzaifah al-yaman ra yang menyebut :
كل عبادة لم يتعبدها أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فلا تعبدوها
'setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh para sahabat rasulullah salallahualaihiwassalam maka janganlah kamu melakukannya. 

7. namun, jika ada yang tetap mahu berkeras melakukan amalan membaca surah al-fatihah dan menyedekahkannya kepada orang mati maka janganlah dicela atau dimusuhi mereka sebaliknya menjaga ukhuwah dan persaudaraan se-islam itu adalah lebih utama dan lebih mulia. daripada jabir ra menyebut, bahawa nabi sallahualaihiwassalam bersabda : إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّونَ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ ، وَلَكِنْ فِي التَّحْرِيشِ بَيْنَهُمْ sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk disembah di jazirah arab tetapi dia akan berusaha menanamkan bibit permusuhan dikalangan manusia. [riwayat muslim no. 2812]


0 comments:

Lagu kita

Manusia ni kan selalu nak buat kenang-kenangan, kononnya kenangan itu la yang membuatkan kita tersenyum sorang-sorang, itupun bila kita mengenangkan sesuatu, tak kira la mengenangkan bekas kekasih, bekas sekolah, mengenangkan awek penjual nasi lemak, kawan, musuh pun boleh.. bla..bla..bla.. Korang nak tau, bila korang bercinta or berkasihan mesti korang ada lagu istimewa untuk kekasih korang. Tak kira la apa jenis genre lagu beb, lagu jiwang, lagu sentimental, rock leleh, dangdut sekalipun. ada lagi ke orang dengar dangdut ni? jawapannya ada! tak kisah la.. Yang pasti, korang akan dengar lagu tu bila korang rindu dia. Banyak sebab sebuah lagu tu boleh jadi pilihan korang untuk dijadikan sebagai lagu istimewa, salah satunya, hanya kerana korang berdua memang minat gila kat lagu tu. Selain itu juga, tidak mustahil pernah berlaku peristiwa lucu antara korang, sebagai contoh time korang baru nak kenal-kenal dating kat restoren mamak ke, tengah syok korang atur ayat dalam erti kata lain mengayat tiba-tiba abang penjual vcd cetak rompak datang dan syorkan korang beli satu album dari kumpulan UNGU, konon-konon salah satu lagu dari album tersebut "PENGHUJUNG CINTAKU" merupakan lagu ngetop di seberang, berbekalkan duit yang hanya tinggal RM10 bf kau orang tu, sanggup la jugak dia beli vcd tu, semata-mata nak dengar lagu penghujung cintaku, see? kau tengok betapa tidak kedekutnya bf kau. bf camni la pompuan kena cari.. hahaha.. Dari situ korang terus dengar lagu tu, entah macam mana korang dengar pun aku tak tahu, pandai-pandai korang la fikir camna. "Bila ai rindukan ikan yu, ai akan dengar lagu kita tau" kata adan pada fazura.. "ai pun macam yu tau, bila ai rindukan yu, ai dengar lagu kita tu, sampai meleleh airmata ai ni tau!" sweeeet gila wei. =,=" padahal dengar lagu dari kumpulan ungu je pun, main sedap korang je cakap lagu tu, lagu korang er. haha.. lepas tu..lepas tu kan.. aku pun tak tahu dah camna nak habiskan entri ni..pandai-pandai korang la erk.. =="

0 comments: