Warga Asing lebih pandai cakap melayu dari Malaysian


Pernah satu hari tu, aq terserempak dengan warga asing, beliau warganegara Bangladesh, biasalah beb, dorang ni bila dah masuk malaysia dorang akan dikenali dengan nama mamat Bangla, tidak ada bezanya warga asing yang lain, nepal, myanmar, indonesia dan bla..bla..bla..semuanya datang Malaysia nak cari makan, sama la macam aq, datang Penang pun sebab nak MAKAN je! tanak kerja boleh? Nak mencekik je, oh ya, tidak lupa jugak, warga asing yang terkenal dengan sifat semulajadi dorang iaitu sifat caring daring..pompuan, bila sebut sal caring ni, nak saja dia.. nak tahu warga apa? Warga Afrika @Awang Hitam, hah, g ar test market ngan awang hitam =="

Berbalik pada mat bangla tadi, lepas 5saat kami kenyit bertentang mata ==" dia mula menyapa aq:
Baca dengan style bangla..

"abang, saya baru sini mari, saya tidak tahu jalan ke queensbay (nama tempat)"
"oh, senang je, u jalan je straight, sampai la u jumpa signboard queensbay"
"tarima kasihhh abang"

Lepas tu, esoknya, sedang aq window shopping, aq ditegur oleh warga myanmar:
Baca dengan style myanmar..

"abang, tunpang tanya, di mana nak cari empiprih?"
"huh?..empiprih? apa tu? binatang peliharaan ke apa?"
"alah, abang empiprih tara tahu ha?..itu dengar lagu2"
"oh,MP3.."
"beturrr.... la abang"

"dah berapa lama duduk Malaysia"
"2tahun, saya kerja dekat kilang"
"oh okay, bagus la, awak pandai cakap melayu"
"boleh la..sikit-sikit"

Lepas tu kan, aq tunjuk la kedai empiprih yang beliau cari tu, seketika aq tengok amoi cun, sexy, seluar pendek aras paha, gebu, putih, cun..grrr..lepas tu kan, kan..aq try la ayat sikit..

"hye lengloi seksi, meowwwwww"
"hehehe.." amoi tu senyum je, ada respon..then aq cuba lagi..
"amoi jalan sorang-sorang er..nak abang temankan..aummmm"
"hehehe..no need la lengchai.."
"alarh..abang boleh tolong angkatkan plastik bag yang berlambak tu, cian tangan u, nanti calar tau..aummm"
"@%#%#^%#" aq tak faham, dia dah start cakap cina..then aq blah je.

Lepas tu, aq jumpa lagi satu amoi cantik, time tu aq sedang control macho kat tepi escalator, kelihatan dia sedang tercari-cari arah jalan, aq kenyit2 mata kat dia, then dia perasan. Dia datang padaku..

"sorry, may i ask u something?" pulak, dia cakap english dah..aq ni dah la english cukup makan.
"sorry, saya tatao cakap london ni, u cakap malay je sudah..senang dan cepat.."
"oh..sorry.. i don't know speak malay.."
"what! are u malaysian?"
"of course, i m malaysian..wanna see my ic?"
"no need la lengloi.. huh"  =.="

Nampak tak apa yang aq cuba sampaikan..? sebenarnya dialog tu semua aq saja reka yasa, xberlaku kat aq pun, kecuali myanmar ngan empiprihnya tu, yang tu pernah terjadi kat aq.

Warga asing, cepat je belajar bahasa melayu, aq selalu je jumpa foreigner, orang arab, orang london..sangat terharu beb.. dorang pandai cakap bahasa melayu., itu orang luar.

Kaum cina di Malaysia tak reti cakap melayu? macam tak masuk akal je kan..tapi, kenyataannya memang ada, pelik la bila rakyat malaysia sendiri tak tahu cakap melayu..sadisss..aq tak cakap semua kaum cina tak reti speak malay, aq ramai je kawan ngan cina, setakat ni aq tengok semua pandai cakap melayu. Sebenarnya aq cakap camni sebab aq pernah terjumpa dengan rakyat malaysia berbangsa cina yang tak reti cakap bahasa melayu.

Banyak kemungkinan dorang tak reti cakap malay.

*Sekolah kat sekolah cina
*tinggal di kejiranan cina
*tak bergaul dengan orang melayu
bla..bla..bla...

*Bahasa Melayu best..boleh syair, pantun, bla..bla..bla..

0 comments: