Anugerah cinta

Cinta itu wujud
Pada hati-hati yang suci
Pada jiwa-jiwa yang ingin cuba mengenali-Nya
Pada hamba yang semakin insaf akan kekhilafannya
Cinta itu ada
Pada Allah yang mencipta kita
Indah pada pandangan mata
Berbeza paras dan rupa, itu bukan ukuran-Nya
Cinta itu adil
Pada saat umat jahil
Rasulullah menjadi pilihan-Nya
Membawa umat kembali mencintai-Nya
Cinta itu pasti ada
Pada seraut wajah redup ibu bapa
Penat lelahnya membesarkan kita
Ikhlas hatinya, entah dapat dibalas atau sebaliknya
Cinta itu hadir
Pada seorang saudara yang menasihati saudaranya yang lain
Keduanya saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran
Supaya ukhuwah menuju Syurgawi tidak dilupakan
Cinta itu pasti muncul
Dalam hati seorang sahabat sejati
Mencari dan mengajak sahabat lain ke jalan Ilahi
Agar diri dan sahabat tidak terhumban ke dalam gaung Neraka yang dahsyat tak terperi
Cinta itu satu anugerah
Bila hati bertemu hati
Saat lafaz ijabkabul selesai terurai
Keikhlasan si suami isteri memikat redhaNya
Cinta itu memang indah
Bila berlandaskan al-quran dan as-sunnah
Bila tujuannya kerana Allah
Bila matlamatnya Syurga yang barakah
Cinta itu pasti ada!!
Pasti kau akan temuinya
Dengan membersihkan dirimu daripada segala noda dan dosa
Kelak, cinta abadi dan hakiki akan mula bertakhta dalam jiwa seorang hamba

0 comments: