Kawan dan Sahabat


hye semua,
apa sebenarnya erti kawan dan sahabat ni?
bergelak ketawa bersama, bermain bersama, gembira bersama, bermain bola bersama, belajar pun bersama-sama..

inikah kawan yang sebenarnya korang cari..? happynya bila bersama kawan macam ni kan.. rasa dunia ni korang yang punya.. hahaha.. (ayat macam orang dalam bercinta pulak)

antara kawan dan sahabat mana lebih bagus...? kompom korang akan jawab sahabat la yang terbaik.. sahabat lebih penting dari kawan..! betulkan? sila angguk-angguk geleng-geleng tunduk-tunduk..
kalau macam tu kawan hanyalah untuk korang bergembira sahaja.. betul ke macam tu?

macam mana pulak kawan yang korang dah anggap dia seperti keluarga sendiri yakni melayaninya seperti menjaga hati saudara korang sendiri.. bertuahnya dapat kawan macam tu kan..

tanak dia sakit hati dengan tindakan korang..  dan demi persahabatan yang terjalin.. sanggup menjaga hati orang lain daripada menjaga hati sendiri..

berdasarkan pengalaman peribadi.. kawan itu sangat senang dicari.. bayangkan bila terserempak atau bersilih kat mana-mana tempat, shopping mall, dan pasar.. perkara yang akan di buat ialah.. angkat kening, angkat tangan, bersapa..

itu adalah kawan..

tapi,bila korang susah.. agak-agaknya apa akan reaksi kawan itu..?

"pedulik la dia sana! bukan dia saudara ku! lantak la apa nak jadi dengan dia! ada aku kesah..!"
"apa! ko nak pinjam duit dari aku? hutang bulan lepas pun ko belum langsaikan! ada hati ko nak pinjam lagi!"
"alah, dia tu bukan ada apa-apa pun, buat apa nak dekat dengan dia"

kepada korang, bila berjumpa kawan macam ni eloklah kiranya korang menjauhkan diri dengan segera..
tidak mustahil korang akan jadi bahan dia kelak..

haish..! aq memang tak boleh tahan bila berjumpa kawan macam ni.. rasa macam nak ambil je tukul besar!

selama hidupku ni.. banyak jenis kawan yang aq jumpa..
cakap besar, penipu, berlagak, putar belit cerita (bukan sma je dengan menipu ke), mengutuk, cakap belakang-belakang..

tapi, tidak semuanya jahat..

ada juga kawan yang baik hati, suka menolong kawan (ringan tulang), memahami perasaan..tidak kudukut..!

pertama kali orang pandang aq.. maybe ada yang akan menganggap aq ni sombong, eksyen, berlagak..
padahal hakikatnya aq suka berkawan...

dulu dan sekarang aq banyak kaaaawan..

nak cerita sikit kat korang..

seorang budak lelaki ni jenis suka berkawan..
lelaki ni suka bawa kawan lepak rumah.. bila kawan datang rumah, lelaki ini akan sediakan mereka nescafe panas.. sampai ke tahap memasakkan mereka makanan.. aq just nak share cerita ni kat korang wahai pembaca..!

happynya time tu.. rasa macam mereka dah jadi keluarga sendiri.. sampai tidur kat rumah lagi...
mereka dah jadi seperti keluarga bahagia yang berlainan darah dan keturunan.. hehehe..

lelaki tersebut selalu membantu kawan-kawannya yang memerlukan pertolongan... kawan-kawannya pun senang nak mintak bantuan padanya..

ditakdirkan lelaki tersebut mengalami masalah.. dan masalah itu rasanya tak perlu aq ceritakan kat sini..
dia segera mencari kawan-kawan yang pernah bergelak ketawa bersamanya.. tidur bersama.. (bukan berdua-duaan okay, tidur beramai-ramai) makan bersama.. bermain bersama..

dengan niat untuk mendapatkan pertolongan dia segera menyuarakan masalahnya.. kawan-kawan yang sebelum ni gembira bersamanya.. mengetahui masalahnya..

saat dia memerlukan wang.. dia cuba menagih hutang pada kawan-kawannya yang lain.. padahal perkara itu tidak ingin sekali dia lakukan.. dek kerana terpaksa dan buntu untuk mencari wang dengan segera.. dia terpaksa juga menagih hutang dari kawan.. tapi, kawan tersebut amat sukar dan liat untuk menjelaskan hutang..
hanya tuhan yang mengetahui perasaan dia ketika itu.. sukar sangat ke nak tolong kawan yang dalam kesusahan.. lantas kawan-kawan yang lain pun mula menjauhkan diri darinya..
mereka mula membiarkan dia keseorangan.. membiarkan dia menghadapi masalah..

bila terserempak atau bersilih kat mana-mana tempat.. kawannya akan buat tak nampak akan kehadiran dirinya..
dengan perasaan malu dia segera membawa diri.. malu sangat bertemu dengan kawan yang dah tak sudi untuk     lepak bersama...

kenapa ini balasan yang diterima? dia tak pernah jahat dengan kawan-kawan.. dia selalu membantu di saat kawan memerlukan pertolongan..

benar la kata orang..
kawan-kawan senang untuk ditemui dan senang juga untuk pergi meninggalkan kita..

itulah beza antara kawan dengan sahabat.. sahabat akan sentiasa bersama.. akan menegur bila kita melakukan kesilapan.. akan gembira bila kita bahagia.. akan susah hati bila kita bersedih.. dan menangis bila melihat kita dalam mempunyai masalah..! itu adalah sahabat..!

sahabat akan lebih memahami perasaan sahabatnya...

hargailah sahabat masing-masing.. maybe korang rasa kawan korang tersebut tak penting dalam hidup korang.. tapi, korang tak tau bahawa diri korang tersangatlah penting dalam hidup kawan tersebut..!

okay la.. rasanya sampai sini je dulu entri aq ni.. masa untuk mandi.. kejap lagi nak pergi kerja..
terima kasih kerana sudi membaca entri ini eir.. lain kali datang lagi...

kawan hanya untuk kongsi kegembiraan.. sedangkan seorang sahabat itu lebih berharga berbanding 1000 kawan..

0 comments: