Bakal Isteri Ku

Surat aq untuk kau bakal isteriku:

Assalammuaalaikum wahai bakal isteriku,

Mungkin aku malu untuk meluahkan dengan kata-kata,
Mungkin aku risau untuk bersua muka,
Tetapi hajat aku hanya satu,
Untuk menjadikan kamu sebagai isteri ku,
Untuk menjadikan kamu sahabat sehati sejiwa sehingga disyurga,
Untuk menjadikan kamu penyimpan rahsia bersama,

Mungkin surat ini hanya luahan hati ku untuk kau wahai bakal isteriku,
Kerana surat ini mencerminkan keikhlasan hati aku dalam memelihara ikatan suci antara kita selepas selesai nya akad,
Aku bukan seorang yang baik umpama malaikait,
Aku bukan yang kacak seperti idaman semua wanita,
Tetapi aku hanya seorang hamba Allah yang akan menjadi seorang suami yang terbaik buat isteriku selepas akad,
Tidak akan aku sia-siakan isteriku kerana kau adalah syurgaku,
Akan ku jaga isteriku seperti aku menjaga diriku sendiri,

Wahai bakal isteriku,

Sesungguhnya aku pohon kepada mu, agar kau sentiasa dekat dengan ku, pabila aku susah, senang, suka, duka agar kau menjadi penguat diriku untuk lebih tengguh,
Jadilah seorang mujahidah untuk aku seorang mujahid,
Bersama-sama membawa syariat Allah,
Aku juga memohon agar kau sentiasa memahami diriku dan menerima diriku seadanya,
Sesungguhnya baik buruk diriku adalah kurniaan Allah yang perlu redha kau menerimanya.

Dan aku akan sentiasa menjaga kau dihari kau muda dan dihari kau tua,
Dihari kau sihat dan dihari kau sakit,
Dihari kau gembira dan dihari kau sedih,
Dan percayalah bahawa setiap detik kita bersama selepas akad adalah satu pahala. Aku pohon kepada Allah agar ikatan kita akan kekal hingga ke syurga. InsyaAllah.

Yang benar,
Bakal suamimu.

Tersentuh dengan nukilan diri membuatkan aku semakin bersedia untuk lebih memikirkan masa depan untuk mendirikan rumah tangga tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku dan aku berharap agar aku sentiasa dekat denga Allah dan setiasa menjadi seorang yang soleh. BarakaAllah.

Sesungguhnya aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.

0 comments: