GiLa giLa ......... aDa bErAni?????

Cedok masakan pakai tangan sendiri!

Encik Kann 'Superhands' Trichan (50) ialah seorang tukang masak yang luar biasa. Tidak seperti tukang masak yang lain Kann memasak tanpa memerlukan alatan masakan lain dan hanya menggunakan tangannya. Kann 'Superhands' Trichan mula mengangkat bahan gorengannya hanya dengan tangan semenjak 7 tahun lalu. Menurut kan yang berasal dari Chiang Mai beliau menyedari kulit beliau tidak melecur bila terkena minyak panas secara tak sengaja. Pada suatu hari ketika bekerja di gerai sebiji pelam jatuh kedalam kuali masaknnya. Walaupun tubuhnya terkena percikan minyak beliau sedikitpun tidak melecur. Semenjak hari itu beliau memasak secara tangan kosong. Beliau mula menjadi terkenal dan orang ramai datang ke kedai beliau semata-mata untuk melihat dengan mata sendiri kehebatan beliau.

Kann Trichan juga pemegang Rekod Guiness dimana beliau berjaya mengangkat 20 ketul ayam goreng dari kuali berisi minyak panas dalam masa seminit. JIka anda ke Thailand pergilah sendiri ke gerai milik Kann Trichan yang bernama The Fried Chicken Iron Hands Man. Kami disini ingin mengingatkan anda bahawa sijil halal JAKIM untuk gerai ini masih dalam pemantauan. #LOL

0 comments: