Manusia.... Mana hati dan perasaan kau?


Aq duduk menyandarkan diri menghilangkan penat pada sebuah kerusi yang disediakan oleh pihak pengurusan di salah satu shopping complex.

Seketika, aq lihat seorang makcik berbaju biru, berseluar panjang berwarna hitam. Bertemankan sebatang mop, aq kira batang mop itulah dijadikan teman kehulu dan kehilir sekitar shopping complex kajang ni. Gaya bercekak pinggang menjadi tabiat manusia bila sedang memikirkan sesuatu. Lantas diletakkannya signboard "CAUTION! CLEANING IN PROGRESS", betul-betul dihadapanku. Jarak antara aq dengan signboard tersebut adalah dalam 5meter.

Tanpa membuang masa, makcik tersebut memulakan tugasnya, kelihatan beliau seakan-akan menari bersama batang mop tersebut. Lantai dimop ke kiri dan ke kanan.

Sedang makcik tersebut mop lantai, sekumpulan remaja yang pada pandangan aq golongan remaja baru nak up berumur dalam lingkungan 14-15tahun sedang menuju ke kawasan yang dimop makcik tersebut.

"Jangan lalu kawasan ini!" teriak makcik itu,dengan serta merta remaja tersebut mengubah arah jalan mereka, namun seorang daripada mereka berkeras tidak menukar arah jalan dan terus saja memijak kawasan lantai yang masih basah. Pok..pek..pok..pek.. dengan geram makcik memarahi remaja tersebut.

Tidak sampai 2minit, sekumpulan pemuda seramai 3orang melalui kawasan tersebut. Kawasan yang baru dimop. Aq tak tahu, sama ada pemuda tersebut buta@rabun mungkin sekali buta hati dan perasaan. Mana tidaknya, terang-terang papan tanda ada depan mata, dengan selamba mereka memijak kawasan yang baru dimop. "Jangan lalu kawasan itu!" teriak makcik tersebut pada 3remaja itu, dengan serta merta mereka jalan terkangkang-kangkang melepasi kawasan yang dilarang pijak. Aq yang memerhati gelagat mereka hanya mampu tersenyum dan ketawa dalam hati. Muka geram dalam kepenatan jelas terlihat pada mimik muka makcik itu, penat menjalankan tugasnya demi memberi sesuap nasi pada anak-anaknya, mungkin sekali makcik itu ibu tunggal anak 10. =="

Aq dapat rasakan makcik itu penat melayan karenah manusia yang sudah seperti buta hati dan perasaan..!

"Alah makcik.. buat saja la kerja tu.. dah nama pun cleaner..!" <----kata-kata angkuh="" orang="" p="">
Jangan kerana mereka warga asing bekerja sebagai cleaner kau dengan mudahnya tidak mahu menjaga perasaan mereka. Kau harus tahu, tiada bezanya kau dengan mereka pada pandangan Allah, melainkan taqwa.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - Al-Hujarat.13

0 comments: