Hye wanita-wanita kesunyian yang menyimpan perasaan pada lelaki idaman. Macam mana keadaan hati korang sekarang ni? Bila korang nak meluahkan perasaan terpendam korang tu? Aq nak tahu jugak siapa kah lelaki bertuah yang jadi pilihan hati kamu tu. Mana la tahu aq ni tersenarai.. ye dak?
Adakah dia seorang artis, tan sri, chef atau orang kebanyakan..
Top5 lelaki idaman malaya..
1. Aaron Aziz
2. Ady Putra
3. Anwar Hadi
4. Awal Ashari
3.
Kebetulan pulak kelima-lima nama lelaki di atas bermula dengan huruf A.
Hanya kebetulan okay.. bukan di atur.. *kebetulan la sangat
Cukup aq merepek. Terus saja pada tajuk entri.
"Hye Cik .........."
"Hye Andy"
"Cik .............., sebenarnya dah lama saya suka awak, awak suka saya tak?"
"Sebenarnya saya lagi sukakan awak..dah lama saya pendam perasaan ini tapi saya ni pompuan malulah nak move 1st"
"Larh, rupanya awak pun ada hati kat saya yang super duper hensem, kacak bergaya ni"
"Lebih-lebih pulak mamat ni.. cepuk kang..!"
"Gurau je la, sekarang ni saya dah tahu awak suka saya, dan awak pun tahu saya suka awak. So.. kita teruskan sajalah ke step seterusnya, berkapel-kapelan, dah suka sama suka la katakan, lagipun kita dah lama kenal"
stop dialog.
Aq selalu je tengok situasi dialog di atas dalam drama tibi.
Kamu pernah alami situasi seperti dialog di atas tak? situasi tu takda la persis sebijik dialog di atas, alarh,, yang sama waktu dengannya je.. Meluahkan perasaan.
Meluahkan perasaan pada seseorang yang amat diminati, dalam masa yang sama sebenarnya kamu dah menjalin hubungan sebagai kawan dengan dia, dan yang menariknya dia yang selama ini kamu tak tahu langsung tentang isi hatinya sebenarnya amat meminati kamu.
Selepas meluahkan perasaan dengan hati yang berbunga-bunga, jadi la kamu pasangan bahagia yang entah
berapa lama akan bertahan hubungan itu. Bahagia dengan dunia percintaan kamu. Hanya Allah yang tahu.
Andai kata bercinta hingga ke jinjang pelamin ok la jugak kannn. Syukur la.. tapi kalau yang cinta tak kesampaian tu macam mana? Maksud aq cinta terputus di tengah jalan.
Bagus-bagus sebelum ni hubungan korang baik sebagai kawan, hanya kerana cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Kamu bermasam muka, kalau boleh tak nak terserempak dengan insan yang pernah kamu cintai.
Beribu janji di lafaz.. sejuta ikrar setia di ucap.. akhirnya putus jua cinta yang dicipta.
Bila dah clash tu, jangan bersedih beb, itu namanya dia bukan jodoh kamu. Kamu merancang, Allah jugak merancang, tapi ALLAH sebaik-baik perancang. Sebab tu lebih baik ketika meluahkan perasaan dengan si dia tu, bagitau dia awal-awal.. sebagai contoh:
"awak kita dah tahu hati dan perasaan masing-masing.. awak suka saya, saya pun suka awak tapi buat masa ni seeloknya kita berkawan sahaja, lagipun jodoh pertemuan di tangan tuhan, kalau ada jodoh tu, adalah.. andaikata awak jumpa jodoh lain selain saya.. saya bahagia untuk awak.. ALLAH dah pertemukan awak dengan jodoh awak, insyaALLAH jodoh untuk saya nanti saya harap awak doakan kebahagiaan kami"
hanya contoh ayat sahaja.. aq tak suruh korang gtao bf/gf korang..!
terserah korang ar.. nak kapel atau teruskan berkawan.. itu hak korang.. aq ni pun bukannya betul sangat.. kalau ada yang sudi nak jadikan aq sebagai bf, insyaALLAH aq akan pertimbangkan dengan sepantas yang mungkin. on the spot jawapan aq beri.. barangkali la.. haha..
Kalau dah suka sama suka tu,
Actually tak payah kapel pun tak apa.
Kekalkan je dengan hanya berkawan.
Ada jodoh tak ke mana.
agak-agak ada tak yang nak berkawan je?