Kelebihan Umat Rasulullah s.a.w Menurut Pandangan Nabi Adam a.s


Sesungguhnya bersyukur la kita manusia terpilih akhir zaman menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.

Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s telah berkata,"Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku."Taubatku hanya diterima di kota Makkah,sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t.Pada mulanya aku berpakaian,tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t,maka Allah s.w.t telah menjadikan aku telanjang.Umat Muhammad membuat derhaka dengan telanjang,tetapi Allah s.w.t memberi mereka pakaian.Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t,maka Allah s.w.t telah memisahkan aku dengan isteriku.Tetapi umat Muhammad s.a.w bebrbuat derhaka,Allah s.w.t tidak memisahkan isteri mereka.Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,tetapi umat Muhammad s.a.w derhaka kepada ALLAH s.w.t akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.

See?

Nabi Adam a.s sendiri melihat kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

Biografi Agung Rasulullah s.a.w

Sebenarnya tulisan merah di atas tu hanyalah sebahagian petikan ayat yang terkandung dalam buku yang akan aq kongsikan pada korang, buku tersebut adalah berkenaan dengan biografi penghulu umat manusia Rasulullah s.a.w.

Apa yang menarik pada buku ini?

Buku ini menceritakan perjalanan hidup Baginda s.a.w dari sejak lahir sehingga la wafatnya Rasulullah s.a.w, dalam buku ini jugak disertakan cetakan gambar-gambar berwarna, yang mana kita boleh melihat dengan jelas helaian rambut, pedang, topi besi, selipar, baju, cebisan bendera Rasulullah s.a.w, bekas air yang digunakan Rasulullah s.a.w dan macam-macam lagi.

Diperlihatkan kepada pembaca barang peribadi dan tempat tinggal wanita-wanita yang terdekat dengan Rasululullah s.a.w seperti tudung Saidatina Aishah r.a iaitu isteri kepada Rasulullah s.a.w, kediaman Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a iaitu Isteri Tercinta Rasulullah s.a.w, serta tempat kelahiran dan baju jubah yang dipakai keluar untuk bersolat dan tudung milik Saidatina Fatimah r.a iaitu Puteri Rasulullah s.a.w.

Dalam buku ini juga diperlihatkan Kota Makkah Al-Mukarramah pada tahun 1839 Masihi iaitu tempat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w, selain itu pembaca jugak boleh melihat Kota Makkah dengan jelas dari Gua Hira' tempat dimana Rasulullah s.a.w menerima wahyu iaitu lokasi turunnya ayat al-quran yang pertama.Surah al-Alaq.

Melalui pembacaan aq, buku ini membuatkan aq lebih mengenali Rasulullah s.a.w dan lebih memahami salasilah kehidupan Rasulullah s.a.w dari ketika Baginda s.a.w dilahirkan ke dunia sehingga la sirah setiap peperangan yang Baginda s.a.w sertai selama menjadi pemimpin umat Islam sebagai Rasul Allah.

Sebelum ni aq selalu baca dan dengar bagaimana sayangnya Nabi Muhammad s.a.w pada umatnya. Sungguh, sayang Nabi Muhammad s.a.w pada kita tidak sama seperti sayangnya kekasih tidak halal kau orang itu. Serius cakaplah melalui buku ini aq lebih memahami dan dapat membayangkan saat Rasulullah s.a.w hendak dicabut nyawanya oleh Malaikat Izrail, dan saat itu jugak Rasulullah s.a.w menjemput Kekasihnya Malaikat Jibril yang ditinggalkan oleh Malaikat Izrail di langit dunia kerana tidak sanggup melihat Rasulullah s.a.w dicabut nyawanya. Saat itu jugak, dipenghujung nyawa Baginda s.a.w tidak gembira walaupun seluruh pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias menanti roh Baginda s.a.w, begitu jugak bilamana Malaikat Jibril mengatakan seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menantikan roh Baginda s.a.w di angkat,sehinggalah Rasulullah s.a.w mendengar melalui Malaikat Jibril bahawa Allah s.w.t memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umat Baginda s.a.w dahulu memasukinya.Barulah Baginda s.a.w gembira dan tenang pergi bertemu Allah s.w.t.

Lihatlah betapa sayangnya Rasulullah s.a.w pada umatnya..

Bagi aq buku ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda s.a.w.Apa la nilainya RM65.00 itu jika dibandingkan dengan ilmu yang kita perolehi daripada buku ini, yang mana bagi aq sangat diperlukan oleh umat Islam agar lebih mengenali Rasulullah s.a.w.

0 comments: