aq tertanya-tanya kenapa ms armageddon aq tidak suka perhubungan jarak jauh tapi she have a reason; and the reason is YOU...cewahhh!!! sempat lak aq nyanyi hihihi and i think reason ms armageddon aq ni memang munasabah kot!!
1. wanita adalah insan yang lemah, jadi wanita perlukan teman. oleh itu, aq perlu sentiasa ada di sisi menemani supaya dia tidak terdedah kepada ancaman yang merbahaya. sebagai contoh, diculik, dir****, ditakutkan oleh hantu ketika tidur malam dan macam-macam lagi ancaman *munasabah kan!!!
2. ms armageddon aq tak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada aq ketika aq tidak bersama dia. contohnya, dilanggar atau terlanggar #selisihmalaikat44# bukan dengan kenderaan saja tapi manusia* alasan ni pon munasabah kan!!!
3. ms armageddon aq tak nak aq bertukar warna. pahamkan maksud aq. so, dia tak nak lah aq pulang dengan muka yang dah tak sama warna semasa dia kenal aq dulu. * i think it's also relevant!!!
4. elakkan pembaziran. ms armageddon tak nak duit tabungan untuk masa depan kami terjejas gara-gara aq belanja sakan sebab hidup BUJANG!!! (ms armageddon aq seorang yang sangat pentingkan keluarga) * ini pun aq rasa sangat munasabah!!!!!!
5. ms armageddon risaukan keselamatan aq. hello!!! utara tu sangat jauh dan mengambil masa yang lama. macam-macam boleh terjadi dalam masa tu (even think positive is good...i think it's not work for me at this moment)
6. envy. memang patut ada kepada setiap wanita. *alasan ni sangat munasabah kerana aq akan bertemu ramai perempuan lain!!!!!!
7. ms armageddon takut handphone aq dan dia akan rosak. hal ini ditakuti terjadi kerana aq pastinya akan menelefon dia hampir seratus kali dalam sehari. dan akan banyaklah mesej yang akan ditaip jika dia tak menjawab panggilan aq (tapi if handphone rosak...ada harapan nak beli lain). selain itu. bil telefon pastinya akan menjadi lebih tinggi dari puncak banjaran titiwangsa yang akan aq lalui dalam perjalanan dari utara ke selatan nanti.
8. ms armageddon kemungkinan akan jatuh sakit. hal ini pasti berlaku kerana setiap bulan ms armageddon aq akan sakit sampai 4-5 hari kadang-kadang seminggu sepatutnya aq perlu ada disisi dia untuk memastikan kesihatan dia terjamin. if aq tak ada selama 2,3 hari mungkin dia akan selamat lagi. tapii kalau sampai 30 hari...cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada ms armageddon aq!!!!!
9. alasan ini juga ada kaitan dengan kesihatan. pastinya kawan-kawan terdekat dan saudara mara tahu bahawa air mata ms armageddon sangat mudah untuk gugur. jadi, bayangkan lah berapa banyak airmata dia yang akan dialirkan selama 30 hari ketiadaan aq disisi. kemungkinan untuk jatuh sakit sangat tinggi antaranya:
a) rabun/buta - kerana airmata terlalu banyak dikeluarkan jadi memberi efek kepada kornea
b) kekurangan air dalam badan - disebabkan terlalu banyak airmata yang mengalir, jumlah air dalam badan akan berkurangan. kita kan dah belajar sains, peratusan air dalam badan perlu tinggi ok (aq tak ingat berapa %...70 ke?)
aq rasa semua alasan yang ms armageddon berikan amatlah munasabah. kalau masuk mahkamah pun, insya'allah boleh menang kes ni. siapa-siapa yang rasa tak berpuas hati boleh tinggalkan komen anda ya.
***untuk ms armageddon. kenapalah anda tak nak memahami jiwa aq yang amat menyayangimu . persefahaman amatlah penting dalam menjayakan rumah tangga. (by the way, apa susah sangat. awak bawa je la saya ni tinggal kat sana.
*ayat ini ditulis dengan penuh harapan