Lagu kita
Manusia ni kan selalu nak buat kenang-kenangan, kononnya kenangan itu la yang membuatkan kita tersenyum sorang-sorang, itupun bila kita mengenangkan sesuatu, tak kira la mengenangkan bekas kekasih, bekas sekolah, mengenangkan awek penjual nasi lemak, kawan, musuh pun boleh.. bla..bla..bla..
Korang nak tau, bila korang bercinta or berkasihan mesti korang ada lagu istimewa untuk kekasih korang.
Tak kira la apa jenis genre lagu beb, lagu jiwang, lagu sentimental, rock leleh, dangdut sekalipun.
ada lagi ke orang dengar dangdut ni? jawapannya ada! tak kisah la..
Yang pasti, korang akan dengar lagu tu bila korang rindu dia.
Banyak sebab sebuah lagu tu boleh jadi pilihan korang untuk dijadikan sebagai lagu istimewa, salah satunya, hanya kerana korang berdua memang minat gila kat lagu tu. Selain itu juga, tidak mustahil pernah berlaku peristiwa lucu antara korang, sebagai contoh time korang baru nak kenal-kenal dating kat restoren mamak ke, tengah syok korang atur ayat dalam erti kata lain mengayat tiba-tiba abang penjual vcd cetak rompak datang dan syorkan korang beli satu album dari kumpulan UNGU, konon-konon salah satu lagu dari album tersebut "PENGHUJUNG CINTAKU" merupakan lagu ngetop di seberang, berbekalkan duit yang hanya tinggal RM10 bf kau orang tu, sanggup la jugak dia beli vcd tu, semata-mata nak dengar lagu penghujung cintaku, see? kau tengok betapa tidak kedekutnya bf kau. bf camni la pompuan kena cari.. hahaha.. Dari situ korang terus dengar lagu tu, entah macam mana korang dengar pun aku tak tahu, pandai-pandai korang la fikir camna.
"Bila ai rindukan ikan yu, ai akan dengar lagu kita tau" kata adan pada fazura..
"ai pun macam yu tau, bila ai rindukan yu, ai dengar lagu kita tu, sampai meleleh airmata ai ni tau!"
sweeeet gila wei. =,="
padahal dengar lagu dari kumpulan ungu je pun, main sedap korang je cakap lagu tu, lagu korang er. haha..
lepas tu..lepas tu kan.. aku pun tak tahu dah camna nak habiskan entri ni..pandai-pandai korang la erk.. =="
Subscribe to:
Post Comments (Atom)