peringatan buat yang masih ada


beriman lah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang tinggal
bukan yang pergi
beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

ingatlah di mana saja kamu berada
kamu tetap memijak bumi Tuhan
dan dibumbungi dengan langit Tuhan
serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
sebelum Dia memanggilmu buat kali terakhirnya

ingatlah kamu dulu hanya setitik air tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ke tanah
ayam tak patuk, itik tak sudu
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
tapi gunakanlah ia bagi melayari bahtera akhirat
sambutlah seruan 'HAAYA 'ALAL SOLAAH'
dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan 'HAAYA 'ALAL FALAAH'
jalan kemenangan akhirat dan dunia

ingatlah yang kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkal Tuhan

pada hari itu tiada berguna harta, takhta, dan putera
isteri, kad kredit dan kereta
kondominium, saham, dan niaga

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

ALLAH, dosaku bergunung tinggi. aq malu denganMu, Allah..
ampunkan aq. ampunkan umat Islam.
tunjukkan kami jalan yang lurus,
pimpinlah kami,
redhailah kami,
rahmatilah kami,
kerna hanya kepadaMu tempat kembalinya kami..
amin.amin.amin.

0 comments: