7 perhentian sebelum syurga
assalamualaikum
alhamdulillah, kita masih diberi ruang untuk bernyawa di bumi indah milik-Nya nih kan?
silalah bersyukur. silalah.
lately, too many things happen around me,
banyak. sangat banyak. terlalu banyak. rasa tak ape yang aku rasa skang?
"kalau nak tengok hati seseorang tu bersih, tengok lah sekeliling dia. macam mana keadaan katilnya. kemas ke tak? bajunya berapa lama tak basuh? goboknya kemas tak? cadar katilnya terurus tak? keretanya? penampilan macam mana?"
bila keadaan aq menghampiri ciri2 di atas
baru aq sedar,
aq ingat balik pesan akhwat tu.
terima kasih. jazakillah khair!
so macam mana keadaan korang?
klo dah ade simptom2 di atas,
moga diberi kelonggaran masa tuk menguruskan dgn sebaiknya kan?
boleh ke?
(^_^)v, di mana ada kemahuan di situ ada jalan (err, ada kaitan tak? )
baru2 nih aq dengar pengisian dari seseorang yang aq kagumi,
pengisiannya banyak bg kesan kat aq.
jadi aq rasa cam aq patut share dengan korang,
supaya korang juga terkesan hendaknya.
TAJUK : TITIAN SIRAT!
titian merentangi neraka. halusnya titian itu lebih halus dari sehelai rambut yang dibelah tujuh dan tajamnya titian itu lebih tajam dari mata sebilah pisau
aq sure ramai yang taw pasal titian sirat nih.
if i'm not mistaken lah kan, masa tadika lagi cikgu aq explain
hebat tak tadika aq?
titian sirat ni antara perkara yang perlu diimani.
dan bila ia merentasi neraka, maksudnya
bawahnya tu neraka lah kan?
ada yang lalu dengan sepantas kilat.
ada yang berjalan.
ada yang merangkak.
dan last2 jatuh dalam neraka.
semuanya berdasarkan apa ye?
berdasarkan amalan kita di dunia.
ok. nih part yang penting aq nak share
sebelum smpai ke syurga,
kita akan melalui 7 perhentian.
PERHENTIAN 1 : SYAHADAH
di perhentian ni, kita akan dicheck, bagaimana syahadah kita? apabila kita bersyahadah, sebenarnya kita sdg berikrar di hadapan Allah dan para malaikat. iqrar ni jadi saksi seseorang itu telah menyakini akan apa yang mereka yakin untuk diikuti.
menyakini bahawa Allah itu adalah illah (tuhan) dan tidak ada yang layak disembah melainkan Allah dan menyakini bahawa nabi Muhammad itu utusan Allah
adakah kita benar2 mengharapkan Allah ? adakah Allah yang paling dicintai ? dan bagaimana cinta kita kepada Rasulullah saw ? jadi tepuk dada, tanya iman!
PERHENTIAN 2 : SOLAT
kalu kita cakap pasal solat mmg tak buat keja lain aq malam nih. tapi aq taw kita mmg selalu dgr ayat "solat itu tiang agama, kalau goyah tiangnya maka runtuhlah rumah" kan? penah dengar tak? tak baik tipu taw!
solat nih mencegah dari perbuatan2 keji. jomm muhasabah sikit. bagaimana solat kita? khusyuk kah kita dalam solat? aq sendiri sangat2 susah nak khusyuk. mungkin kerana dosa2 yang tak tertanggung. jika solat seseorang tu benar2 khusyuk, maka dia tak akan melakukan perkara2 keji.
di perhentian ni, kita akan dispot cek pasal solat. bagaimana solat kalian??? tepuk dada tanya iman.
PERHENTIAN 3 : PUASA
lagi 4bulan kita dah nak dekat dengan ramadhan kan? semoga kita sempat bertemu bulan mulia ni. ok. kalau cakap pasal puasa kan, cuba kita tengok balik diri kita. bagaimana tahap keikhlasan kita masa berpuasa.
ramai yang berpuasa sekarang tapi apa yang mereka2 ni dapat kalau hanya sekadar berpuasa sebab malu lah orang lain posa, aq tak posa kan? jadi okla aq puasa. dimana keikhlasan tu sebenarnya?
dan apa yang mereka dapat? hanya penat dan lapar?! kalau kita nak cek posa kita nih macam mana keadaannya kan, cek masa raya 1st! apa perasaan kita? adakah kita sedih? adakah kita rasa seperti bayi yang mmg tak ada dosa selepas keluar dari madrasah ramadhan?
tepuk dada tnya iman
PERHENTIAN 4 : ZAKAT
“Ambillah (sebahagian) dari harta-harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk
mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (al-Taubah, 9: 103).
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (al-Baqarah, 2: 267).
PERHENTIAN 5 : HAJI
kita mampu buat rumah besar2. furniture mewah. airkon tiap2 bilik. toilet marmar. huh! hebat. superb. tapi duit telah mengaburi mata kita kan? nak simpan dalam tabung haji pun teragak2. kalau dalam tabung haji ada rm1000 saja, dah boleh tersenarai dalam list menunggu haji!
bagi yang mampu, ramai yang kaya, sihat walafiat, tapi tak pegi haji. haji nih merupakan satu jihad yang sangat sukar! kenapa? sbb kan banyak sangat halangan nak pegi haji. ada yang nak naik flight dah, ttba2 jatuh sakit, ada yang bila smpai sana, kena operate. macam2!
jadi. tanamlah cita2 untuk pegi haji. jangan hanya di mulut!
PERHENTIAN 6 : WUDUK/MANDI WAJIB
kenapa wuduk pon termasuk dlm perhentian2 nak ke syurga? sbb tanpa wuduk, solat tak sah! tanpa wuduk tawaf tak sah! tanpa wuduk quran tak boleh sentuh. same goes to mandi wajib kan?
jadi kita nmpak kan betapa pentingnya wuduk tu kan? jadi, marilah kita sedaya upaya cuba untuk menyempurnakan wuduk dan mandi wajib.
PERHENTIAN 7 : KEZALIMAN SESAMA MANUSIA
mcm mana kezaliman sesama manusia nih sbenarnya? ok. aq bagi beberapa kronologi. seorang ibu baru melahirkan anak, tapi tak bagi makan, tak bagi minum susu. bayangkan baby yang baru lahir tak bagi susu?
kronologi kedua bilamana kita meminjam rm1 dengan kawan kita, tapi kita asyik tangguh untuk bayar even masa tu kita ada duit tuk bayar. jadi, ni kezaliman bila kita tak bayar duit tu tepat pada waktunya.
jadi.. antara perhentian2 nih, perhentian yang terakhir adalah tentang kezaliman kita sesama manusia. fikirkanlah. renung balik. muhasabah diri. apa lagi bentuk kezaliman kita telah lakukan. tepuk dada tanya iman~
sahabatku sekalian,
buatlah keputusan dengan kata hati, nikmatilah kehidupan dengan rasa syukur, hadapilah persoalan dengan keikhlasan, jadikan kejujuran dan kesabaran sebagai pegangan untuk berpijak, lalui hari-hari kita dengan senyuman terindah, di dunia ini tiada yang abadi semuanya illusi, tak ada yang sempurna dan jadikanlah apa adanya diri kita.
yang baik dari Allah, yang tak baik tuk disandarkan ke atas diri ni oleh kerana dosa-dosa yang tak tertanggung banyaknya.
ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa umat Islam serta jauhkan kami dari sifat-sifat munafiq. amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)