Indahnya Wanita
Wanita.. lembutnya meneduhkan jiwa
Kasihnya menenangkan sentiasa
Sayangnya menyemikan cinta
Bicaranya melestarikan ucapan kata
Namun.. cemburunya menyesakkan rasa
Membuat lelaki sering hilang punca
Mengertilah.. wanita cuma mahu kesayangannya bahagia
Dan dia mahu menemani di sepanjang usia
Cuma terkadang cemburu mengatasi akhlaknya
Maka.. bimbinglah mereka dengan lembut dan sabar
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segala
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Didiklah mereka dengan panduan dari Nya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal
Disitulah punca kekuatan dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)