Cinta Itu


Dingin menyerap kala langit akan turunkan hujan malam
Hembusan angin kala itu seakan membawa kembali sejemput kerinduan
Kerinduan yang cuba ku tepiskan
Perlahan sang hujan basahi bumi manja..

Namun apalah daya, kerana aku hanyalah seorang insan
terlanjur menikmati harmoni alam ini
tengelam jua banjir kasih
Seiring api harapan yang senantiasa terangi ruang hati
Bersamanya terus bergelora azam dalam diri

Hujan kini terhenti
tinggalkan tetes-tetes air diranting pepohonan
sekilas kulihat mawar merah dihalaman sana
ingin rasanya kupetik mawar merah yang indah nan menawan

Namun sejenak ku berfikir
Bukan..bukan hanya mawar merah
Lebih dari itu Ingin kusertakan untukmu Al-qur’an dari mekah
sebelum ku ucap kalimat yang akan iringi cinta ini kelak hingga merekah dan bersemi indah
dalam iringan redho dan balutan barokah

Apalah ertinya mawar itu tanpa ikhlasmu?
Apalah ertinya mawar itu tanpa ikrar katamu?
Apalah ertinya mawar itu tanpa indah tatap matamu?
Apalah ertinya mawar itu tanpa hangatnya kasih sayangmu?

Duhai belahan jiwaku
mawar itu akan bererti dan nampak lebih indah dan mewangi
saat kau ada disisi untuk temani dan harungi hari
menggapai keredhoan dan barokah Ilahi Robbi…
Kerana agama adalah syarat cintaku
Berqalamkan taqwa
Bermaharkan syahada

0 comments: