Namaku Durian

Semua orang tahu yang aku pokok durian
Dari moyang ke cicit semua pun sudah tahu
Ada yang memanggilku pokok raja buah
Memujaku, mengagung-agungkanku sekalipun disakiti duriku
Tanpa kamu sedari tentang kekuasaanku
Adalah kerana kamu mudah diperdaya
Mudah terpujuk oleh kemanisanku
Mabuk oleh bau aromaku lantas mahu menjamahku
Walhal dalam diam kuracuni dengan rasa lunak
Andai mabuk kusogok dengan sedikit air
Kamu memang mudah diperdaya dengan aromaku yang menjengkelkan lagi memeningkan
Menjadi harum di minda kamu hingga akarku sudah menunjang ke bumi
Lalu kamu mendewakanku terus-terusan
Kamu taburkan baja kusogokkan buah
Kamu lupa andai kamu menggelek, siapa yang luka?
Kamu juga lupa andai aku gelek, siapa yang hancur?
Terlebih buruk siapa yang rapat denganku
Hingga kencing dan kentut kamu pun berbau diriku
Lantas bagaimana kamu mahu menghapuskanku
Tepuk dada tanya selera

0 comments: