Tanpa kesihatan kita semua miskin

Selain, 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) kita perlu ada juga KESIHATAN. Sebab ramai dari kita yang mengorbankan kesihatan mereka demi mengejar kekayaan, kemudian mereka membelanjakan kekayaan mereka untuk mengembalikan kesihatan. Aneh ya, tetapi itulah kita… manusia!

Sekiranya kita mempunyai seekor itik yang bertelur emas, sudah tentu itik itu akan kita jaga dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Begitu juga dengan mekanik atau pengurus kilang, mereka akan menjaga peralatan dan jentera agar berfungsi dengan baik bagi memastikan pengeluaran yang optimum.

Tapi bagaimana dengan jentera yang paling hebat di dunia, sumber utama kepada pengeluaran kita ia-itu badan kita? Adakah kita menjaganya dengan baik agar ia dapat berfungsi dengan baik dan memberi hasil yang optimum?

Tiada yang lebih bernilai dari kesihatan. Kita semua tahu, tapi kita agak berkeberatan untuk mengekalkan kesihatan kita pada tahap optimum. Kesihatan optimum bermaksud hidup bertenaga serta bebas dari gejala yang menyukarkan dan juga penyakit kronik.

Kita seorang yang gagal bila kita mengabaikan kesihatan kita.
Demi untuk mengejar kejayaan, kita sering tidak makan atau makan makanan yang tak seimbang. Kita juga tidak mengambil pemakanan tambahan untuk menampung kekurangan akibat pemakanan yang tidak seimbang. Kita tidak tidur dengan secukupnya, tidak bersenam… semuanya demi mengejar kejayaan.

Kita semua sedia maklum bahawa kita akan menghargai seseorang atau sesuatu apabila kita kehilangannya. Kita akan mulai menghargai kesihatan kita bila kita sudah mula kehilangannya.

Sekiranya umur kita sudah melampaui 40 tahun, eloklah memberi perhatian kepada kesihatan diri. Sudah banyak sistem badan yang rosak akibat gaya hidup yang tidak sihat.

Ingat ya..seorang yang sihat adalah seorang yang berjaya!
Hargai kesihatanmu…
 

0 comments: