kerana kau perempuan

kerana kau perempuan
hanya ada air mata
yang mungkin menjadi senjata
menepis dugaan dan godaan berganda
atau, mungkin hanya penambah lara
dan kau terpuruk dalam dunia tanpa makna
lalu, langkahmu mahu dihayun ke mana?

kerana kau perampuan
hanya ada sekeping hati
kini kosong walau dulu terisi
yang pernah jadi penyeri hidup setiap hari
namun dambaan hati entah ke mana pergi
retaknya sudah tak bercantum kembali
lalu, apa lagi yang kau nanti?

kerana kau perempuan
hanya meletak segunung mimpi
beralas selautan harapan tak bertepi
mimpi-mimpi sekadar bayangan sepi
harapan cuma berlalu tanpa janji terpatri
kau menangis lagi… kau teluka lagi
lalu, apa yang mahu kau cari?
kehangatan asmara berapi
atau, dakapan kekasih sejati…

kerana kau perempuan,
aku lelaki,
engkaukah rusukku yang kucari???

0 comments: