Robert Toru Kiyosaki

Aq cukup tertarik dan ingin berkongsi falsafah kewangan salah seorang Mentor. Antara ilmu daripada beliau yang cukup sebati dengan aq ialah falsafah Quadran Aliran Wang Tunai.

“Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.” katanya.

Robert T. Kiyosaki atau nama penuhnya Robert Toru Kiyosaki adalah seorang pelabur, usahawan, penulis dan motivator.

Beliau dilahirkan pada 8 April 1947 di sebuah tempat bernama Hilo di Hawaii, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Jepun.

Robert Kiyosaki menjadi terkenal setelah menulis sebuah buku berjudul Rich Dad, Poor Dad yang telah mencatatkan jualan best seller dan diterjemahkan kepada pelbagai bahasa.

Buku tersebut merupakan sebuah buku motivasi tentang perancangan kewangan dan bagaimana menjadi kaya dengan cara yang sepatutnya.

Robert Kiyosaki juga telah mencipta sejenis permainan yang melatih bagaimana untuk menjadi usahawan iaitu permainan Cashflow. Permainan ini dibuat dalam dua versi iaitu Cashflow untuk golongan dewasa manakala Cashflow Jr. untuk kanak-kanak.

Kiyosaki juga pernah menulis dua buah buku bersama seorang lagi usahawan terkenal iaitu Donald Trump. Antara buku-buku tersebut berjudul Why We Want You to Be Rich: Two Men, One Message dan Midas Touch: Why Some Entrepreneurs Get Rich And Why Most Don't.

Beliau juga memperkenalkan ‘Network Marketing’ iaitu satu rangkaian yang besar dan luas. Ia memberi manfaat yang besar kepada orang ramai memperomosi produk berkualiti untuk pendapatan yang lumayan. Ianya membuatkan anda mempunyai ramai kenalan di negeri sendiri dan juga di luar negara.

Pada beliau kejayaan akan dinikmati apabila ada ketekunan, semangat kental, produk bermutu tinggi digabungkan dengan timing (ketetapan masa) yang bersesuaian. Rangkaian permasaran adalah ala bisnis di era kini, dan tidak memerlukan banyak kos untuk membina perniagaan seperti bisnis konvensional.

Robert Kiyosaki menyatakan anda perlu mengatasi perasaan malu dan terasa takut dan pandai pula mencungkil potensi diri. Ini adalah asas untuk berjaya, terutamanya apabila produk dan syarikat yang anda ceburi keduanya cukup hebat. Anda akan berjaya!
 

0 comments: