YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus ku mengadu?Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..

Ya Al-Hakim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah walaupun hanya menggunakan tinta nuraniku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu..

Hanya kepada Mu aku bersujud dan berserah...
Amin Ya Rabbul 'Alamin....
 

Tanpa kesihatan kita semua miskin

Selain, 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) kita perlu ada juga KESIHATAN. Sebab ramai dari kita yang mengorbankan kesihatan mereka demi mengejar kekayaan, kemudian mereka membelanjakan kekayaan mereka untuk mengembalikan kesihatan. Aneh ya, tetapi itulah kita… manusia!

Sekiranya kita mempunyai seekor itik yang bertelur emas, sudah tentu itik itu akan kita jaga dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Begitu juga dengan mekanik atau pengurus kilang, mereka akan menjaga peralatan dan jentera agar berfungsi dengan baik bagi memastikan pengeluaran yang optimum.

Tapi bagaimana dengan jentera yang paling hebat di dunia, sumber utama kepada pengeluaran kita ia-itu badan kita? Adakah kita menjaganya dengan baik agar ia dapat berfungsi dengan baik dan memberi hasil yang optimum?

Tiada yang lebih bernilai dari kesihatan. Kita semua tahu, tapi kita agak berkeberatan untuk mengekalkan kesihatan kita pada tahap optimum. Kesihatan optimum bermaksud hidup bertenaga serta bebas dari gejala yang menyukarkan dan juga penyakit kronik.

Kita seorang yang gagal bila kita mengabaikan kesihatan kita.
Demi untuk mengejar kejayaan, kita sering tidak makan atau makan makanan yang tak seimbang. Kita juga tidak mengambil pemakanan tambahan untuk menampung kekurangan akibat pemakanan yang tidak seimbang. Kita tidak tidur dengan secukupnya, tidak bersenam… semuanya demi mengejar kejayaan.

Kita semua sedia maklum bahawa kita akan menghargai seseorang atau sesuatu apabila kita kehilangannya. Kita akan mulai menghargai kesihatan kita bila kita sudah mula kehilangannya.

Sekiranya umur kita sudah melampaui 40 tahun, eloklah memberi perhatian kepada kesihatan diri. Sudah banyak sistem badan yang rosak akibat gaya hidup yang tidak sihat.

Ingat ya..seorang yang sihat adalah seorang yang berjaya!
Hargai kesihatanmu…
 

Fakta-fakta saintifik mengenai teh

Anda suka minum TEH? Rupanya banyak juga manfaat Teh, di sini aq suka kongsikan beberapa fakta saintifik yang telah terbukti mengenai minuman kegemaran ramai.

1. Teh mengandungi hanya kesan kecil kafein. Jika anda meletakkan kuantiti sama teh datang dengan jumlah yang sama kopi maka teh itu akan mengandungi antara satu pertiga dan setengah daripada jumlah kafein bergantung kepada jenama kopi yang digunakan.

2. Teh bukan diuretik. Kerana itu ia mengandungi unsur kecil kafein, kajian saintifik telah menunjukkan bahawa anda perlu minum antara enam dan tujuh cawan teh pada satu masa sebelum ia mempunyai sebarang kesan diuretik.

3. Minum teh sederhana boleh memberi kesan yang baik terhadap gigi. Teh mengandungi unsur surih fluorida yang membantu dalam memerangi kerosakan gigi dan penyakit gusi.

4. Ramai antara kita yang mungkin tidak menjangka. Sebagai contoh, teh sejuk boleh digunakan untuk kawasan sekitar mata dan boleh mempunyai kesan menenangkan awal.

5. Teh boleh menenangkan! Satu kajian oleh University College London mengambil peserta, separuh daripada yang meminum 4 cawan teh hitam setiap hari untuk enam minggu manakala separuh lagi mengambil pengganti teh. Pada akhir pengajian, mereka telah diberikan beberapa tugas bertenaga dan mencabar. Separuh yang telah ‘mabuk’ teh menunjukkan pengurangan ketara dalam kortisol hormon tekanan.

6. Teh adalah sekitar 99% air, dan oleh itu tuduhan teh boleh mendehidrasi anda adalah tidak benar sama sekali.

7. Teh juga boleh membantu untuk menjaga nafas anda segar! Satu kajian oleh Universiti Illinois di Chicago menunjukkan bahawa polifenol yang terkandung dalam teh aktif membantu menghalang bakteria yang menyebabkan mulut berbau.

8. Saintis telah mengesyorkan bahawa 4 cawan teh setiap hari adalah jumlah optimum untuk menikmati semua manfaat kesihatan , dan 4 cawan diambil dengan susu akan memberikan anda 22% daripada pengambilan harian vitamin B2 dan 17% daripada pengambilan harian kalsium.

9. Teh mengandungi sebahagian besar daripada anti-oksidan yang baik untuk kesihatan anda. Dalam banyak kes teh mengandungi lebih tinggi kesan anti-oksidan daripada beberapa buah dan sayur-sayuran dan mereka boleh diserap ke dalam aliran darah dengan lebih cepat lagi.

10. Teh dapat membantu anda tidur! Kerana kandungan kafein adalah rendah dan hakikatnya teh mempunyai kesan menenangkan, oleh itu teh boleh membantu anda menikmati tidur di malam hari dengan lebih tenang.

Rupa-rupanya banyak juga kelebihan teh ni ya..jangan lupa nikmati secawan di pagi ni!
 

Robert Toru Kiyosaki

Aq cukup tertarik dan ingin berkongsi falsafah kewangan salah seorang Mentor. Antara ilmu daripada beliau yang cukup sebati dengan aq ialah falsafah Quadran Aliran Wang Tunai.

“Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.” katanya.

Robert T. Kiyosaki atau nama penuhnya Robert Toru Kiyosaki adalah seorang pelabur, usahawan, penulis dan motivator.

Beliau dilahirkan pada 8 April 1947 di sebuah tempat bernama Hilo di Hawaii, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Jepun.

Robert Kiyosaki menjadi terkenal setelah menulis sebuah buku berjudul Rich Dad, Poor Dad yang telah mencatatkan jualan best seller dan diterjemahkan kepada pelbagai bahasa.

Buku tersebut merupakan sebuah buku motivasi tentang perancangan kewangan dan bagaimana menjadi kaya dengan cara yang sepatutnya.

Robert Kiyosaki juga telah mencipta sejenis permainan yang melatih bagaimana untuk menjadi usahawan iaitu permainan Cashflow. Permainan ini dibuat dalam dua versi iaitu Cashflow untuk golongan dewasa manakala Cashflow Jr. untuk kanak-kanak.

Kiyosaki juga pernah menulis dua buah buku bersama seorang lagi usahawan terkenal iaitu Donald Trump. Antara buku-buku tersebut berjudul Why We Want You to Be Rich: Two Men, One Message dan Midas Touch: Why Some Entrepreneurs Get Rich And Why Most Don't.

Beliau juga memperkenalkan ‘Network Marketing’ iaitu satu rangkaian yang besar dan luas. Ia memberi manfaat yang besar kepada orang ramai memperomosi produk berkualiti untuk pendapatan yang lumayan. Ianya membuatkan anda mempunyai ramai kenalan di negeri sendiri dan juga di luar negara.

Pada beliau kejayaan akan dinikmati apabila ada ketekunan, semangat kental, produk bermutu tinggi digabungkan dengan timing (ketetapan masa) yang bersesuaian. Rangkaian permasaran adalah ala bisnis di era kini, dan tidak memerlukan banyak kos untuk membina perniagaan seperti bisnis konvensional.

Robert Kiyosaki menyatakan anda perlu mengatasi perasaan malu dan terasa takut dan pandai pula mencungkil potensi diri. Ini adalah asas untuk berjaya, terutamanya apabila produk dan syarikat yang anda ceburi keduanya cukup hebat. Anda akan berjaya!
 

Apakah fakta kesihatan yang perlu kita tahu!!

Aq ingin kongsikan artikel yang terjumpa di internet. Ya, ramai antara kita yang mencuba macam-macam cara untuk menjaga kesihatan, yang makan makanan tambahan, ubat-ubatan, bersenam, jaga makan apa semua… macam-macam caralah kan? Mari kita lihat apakah fakta kesihatan yang perlu kita tahu…

1. GULA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN SEPERTI ROKOK.
Walaupun gula nampak macam tak membahayakan diri macam merokok, hakikatnya… makanan manis boleh membahayakan diri kita, sama macam menghisap rokok. Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti Carlifornia, gula merosakkan sama seperti alkohol dan rokok, menurut mereka lagi, pengambilan gula perlulah dihadkan.

2. SENAMAN TIDAK AKAN MEMBUAT KITA JADI KURUS.
Walaupun ramai membuat senaman sebagai salah satu cara untuk menjaga berat badan, banyak kajian menunjukkan, jika tidak disertakan dengan kawalan pemakanan atau diet yang sihat, ianya hanya memberikan kesan yang sangat sedikit dalam proses menurukan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan dalam The British Journal of Sports Medicine mendapati, sekumpulan 12 orang yang melakukan senaman yang diselia tetapi tidak melakukan diet, tidak mengalami penurunan berat badan yang nyata. Walaubagaimanapun, walaupun tak menurunkan berat badan, senaman tetap memberikan faedah kesihatan yang lain.

3. GULA-GULA GETAH MERANSANG KUASA OTAK.
Tak ada masa untuk sarapan? Cuba gula-gula getah untuk lebih cerdas. Pengakaji dari Coventry University mendapati, gula-gula getah berperisa pudina menurunkan perasaan penat secara dramatik. Sementara itu, kajian lain mendapati, mengunyah gula-gula getah boleh menaikkan markah ujian dan meningkatkan daya ingatan sebanyak 35%.

4. KOPI BOLEH MENANGKIS KEMURUNGAN.
Kita selalu dengar yang kafein tak bagus untuk kesihatan, bagaimanapun, satu kajian dari Harvard School of Public Health menunjukkan, jika seorang perempuan meminum kopi empat atau lebih cawan sehari, ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Kajian awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga mendedahkan, seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari kurang rasa untuk membunuh diri.

5. BERSIKAP OPTIMISTIK BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA.
Optimistik(berfikiran positif), kita tahu, jika kita bersikap optimis, ia boleh membawa kegembiraan dalam hidup dan hubungan, bagaimanapun, kajian mendapati bersikap optimistik boleh membuatkan anda hidup lebih lama. Hasil kajian yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan mereka yang bersikap optimis jarang mengalami penyakit jantung, sementara kajian dari Duke University Medical Center pesakit jantung yang bersikap optimis hidup lebih lama berbanding mereka yang tak berapa nak optimis.

6. MESIN WANG SAMA KOTOR DENGAN TANDAS.
Jarang la kot orang nak basuh tangan atau guna hand sanitizer lepas ambil duit kat ATM kan? Ujian kebersihan yang dilakukan di Britain mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam. Pakar mengelap pada papan kekunci dari mesin wang dan tandas dan mendapati kedua-duanya mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit. (Hampir hujung bulan ni..awas pengguna mesin ATM!)

Semoga info hari ini memadatkan gedung ilmu anda.
Jadi, amalkan gaya hidup sihat!
Kesihatan adalah segalanya…

Fakta yang jarang anda diketahui

1) Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air mata. Bentuk air hujan adalah bulat.

2) Benda padat yang dipanaskan akan terus berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih dahulu.

3) Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-ranting pohon dan dedaunan. Jantan biasanya tidur di tanah, sementara betina tidur di sarang di atas pohon.

4) Sebahagian besar proses pencernaan terjadi bukan diperut, tapi di usus halus.

5) Cairan merah yang keluar dari daging stik setengah masak adalah bukan darah, tetapi mioglobin, iaitu“sepupu” darah yang ada di gentian otot.

6) Beg shopping dari kertas dan plastik sama-sama mempunyai sifat buruk. Beg plastik susah diurai, sementara beg kertas memerlukan tenaga yang banyak semasa pembuatannya.

7) Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih. Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam. Ketika berada di kawasan panas dan lembap, kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana lumut.
 Pemetaan lidah yang menentukan bahagian tertentu untuk mengecap rasa tertentu itu adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap oleh semua bahagian lidah.

9) Ketika Anda hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu.

10) Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut. Mereka mendapat cairan dari makanan yang mereka makan. Minum air laut boleh membuatkan mereka sakit, bahkan mati.

Semoga ianya menambah sedikit pengetahuan kita bersama.

Apakah fakta dan kebaikan tangisan mu?

Ada beberapa alasan manusia menangis. Antaranya kerana kelembutan hati, ketakutan, penderitaan, terlalu gembira dan tidak lupa juga akibat dari memotong bawang! Tahukah anda yang menangis ini mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya…

1) Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2) Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3) Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4) Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5) Mengurangkan stress
Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh dikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6) Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7) Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Eh banyak jugalah kebaikan menangis ni rupanya.. pada aq memang ‘sukar’ untuk menangis, tapi kalau setitik air mata aq jatuh…banyak benda boleh berlaku! (jangan fikir benda negatif..kekalkan sikap positifmu)

Belajar Gagal Ala Thomas Alva Edison

Thomas Alva Edison bukanlah nama yang asing bagi kita. Dia dikenal dan dikenang seluruh dunia dengan penemuannya yang menggemparkan dan mempengaruhi seluruh dunia. Bola lampu merupakan penemuan hebat yang sungguh mengagumkan. Sebelum meninggal dunia pada usia 84 tahun, Thomas Alva Edison telah mempersembahkan 1.093 karya yang besar bagi dunia ini.

Hal yang menarik dalam hidupnya, sejak kecil telah membiasakan diri bertanya tentang sesuatu yang baru. Di sekolah ia selalu mempertanyakan jawapan yang diberikan oleh gurunya. Kerana terlalu banyak bertanya, guru menilai bahawa dia seorang murid yang bingung dan berfikiran pelik.

Dalam catatan riwayat hidupnya, Edison tidak mampu menyesuaikan diri di sekolah tempatnya belajar. Dia hanya mampu bertahan di sekolah itu selama tiga bulan. Itulah pendidikan formal yang pernah ditempuhnya. Walaupun demikian, Edison tetap belajar sendiri, sampai menghasilkan karya besar yang mempengaruhi seluruh dunia.

Menurutnya: "Berhenti sekolah, tidak bererti berhenti belajar".

Walaupun pendidikan formalnya terhenti, tetapi dia terus menerus belajar dengan semangat yang tinggi.

Siapakah yang berjasa di dalam proses belajar Edison? Siapakah yang menjadi guru setianya?

Ternyata, ibunya sendiri. Ibunya mantan seorang guru. Kerana pengalaman mengajar yang sudah dilakukannya selama bertahun-tahun, ibunya terus mendidik Edison di rumah. Dialah ibu yang sangat memahami dengan benar sifat anaknya yang selalu cerewet untuk bertanya.

Merenungkan proses berliku dari usaha Edison ini, teringat kita akan Firman Tuhan dalam Al Qur’an : “Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.” (al-A’raf: 56).

Edison bukan seorang muslim, dia tidak mengetahui ayat yang ada dalam Al Qur’an, tetapi Allah SWT Yang Maha Pengasih rupanya berkenan memberikan kejayaan kepada Edison untuk menyempurnakan penemuannya tersebut setelah kegigihan Edison menghadapi kegagalan demi kegagalan dan tetap tidak berputus asa dalam usahanya.

Edison mengatakan, “Kegagalan itu sering dialami oleh orang yang tidak sedar betapa dekat jarak dirinya dengan kejayaan yang ia inginkan ketika ia memilih putus asa”.

“SAYA SUKSES, KERANA SAYA TELAH KEHABISAN APA YANG DISEBUT KEGAGALAN”.

Bahkan pada saat dia ditanya apakah tidak bosan dengan kegagalan?

Thomas Alfa Edison menjawab “DENGAN KEGAGALAN TERSEBUT, SAYA BOLEH MENGETAHUI RIBUAN CARA AGAR LAMPU TIDAK MENYALA”.

Luar biasa! walaupun banyaknya dia mengalami kegagalan, dia masih memandang kegagalan dari kaca mata yang positif. Kegagalan bukan sebagai kekalahan tapi di pandang dari sisi lain dan bermanfaat baginya, iaitu dia mengetahui cara agar lampu tidak menyala.

Cara pandang dan kegigihan beliau inilah yang harus kita teladani, walaupun sudah sedemikian banyak mengalami kegagalan Thomas Alfa Edison tetap tidak patah semangat bahkan boleh meyakinkan orang lain untuk menyakini PROJEK GAGAL nya secara berulang-ulang.

So Be Positive wahai rakan semua!

Aktiviti berlebihan yang memberi kesan kepada kesihatan

Aktiviti yang dilakukan berlebihan terutamanya oleh wanita yang akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang:

1. Terlalu lama berdiri:
# Merosakkan tulang.
# Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk
# Merosakkan lipatan daging.
# Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
# Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
# Merosakkan urat.
# Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya

4. Terlalu banyak tidur
# Merosakkan tenaga.
# Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
# Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
# Mudah dijangkiti kemandulan.

5. Terlalu kerap marah
# Merosakkan hati.
# Cepat kelihatan tua.

6. Terlalu banyak berfikir
# Merosakkan limpa
# Kulit muka cepat berkedut
# Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.

7. Terlalu takut
# Merosakkan ginjal.
# Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

8. Terlalu kerap terkejut
# Merosakkan pundi hempedu.
# Gejala pening kepala kerap dialami.
# Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

9. Terlalu banyak makan
# Merosakkan pencernaan.
# Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

10. Terlalu banyak masa lapang
# Merosakkan fikiran.
# Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Sila kongsikan untuk manfaat rakan-rakan mu!