Showing posts with label Untuk Dia. Show all posts

Kotak Maya


Kotak maya memberi cerita dalam kehidupan kita
Aku kenal engkau dalam kotak ini
Sahabat, masihkah kau ingat?
Awal kita saling mengenal
Saling berbagi
Saling melengkapi
Bukan untuk bermanja ria serta membuai mimpi
Bukan untuk ego demi sesaat
Namun demi sesuatu yang bererti
Sesuatu yang bermakna
Ku katakan dan akan terus aku katakan tanpa letih
Kotak maya ini saksi ikatan kita
Saksi kebersamaan kita
Sekalipun ada batas aku akan tetap terjaga
Tak terlelap dalam gelap
Sekalipun hari hari sulit ku hadapi
Malam malam sulit ku lewati
Tak peduli jarak membentang
Kita saling menjaga
Indah kita berbagi cerita
Sejuk kita dalam sapa dan salam
Sahabat
Adakah setitik saja rasa rindu dihatimu?
Rasa yang kini ku rasakan
Sebuah rasa yang deras mengalir
Aku merindukan persahabatan nyata dalam kehidupan kita
Bilakah itu terwujud..?
Pertanyaan yang kerap mengusikku
Walau aku sedari
Ada kalanya sebuah pertanyaan tak memerlukan jawapan
Seperti pelangi yang tak kunjung hadir
Disaat hujan telah reda
Semoga esok atau lusa hari itu akan tiba
Kita dipertemukan dalam kehidupan nyata
Maaf, maafkan atas segala kelancangan keinginanku ini
Aku hanya ingin wujudkan sebuah persahabatan dalam nyata

Cinta Itu


Dingin menyerap kala langit akan turunkan hujan malam
Hembusan angin kala itu seakan membawa kembali sejemput kerinduan
Kerinduan yang cuba ku tepiskan
Perlahan sang hujan basahi bumi manja..

Namun apalah daya, kerana aku hanyalah seorang insan
terlanjur menikmati harmoni alam ini
tengelam jua banjir kasih
Seiring api harapan yang senantiasa terangi ruang hati
Bersamanya terus bergelora azam dalam diri

Hujan kini terhenti
tinggalkan tetes-tetes air diranting pepohonan
sekilas kulihat mawar merah dihalaman sana
ingin rasanya kupetik mawar merah yang indah nan menawan

Namun sejenak ku berfikir
Bukan..bukan hanya mawar merah
Lebih dari itu Ingin kusertakan untukmu Al-qur’an dari mekah
sebelum ku ucap kalimat yang akan iringi cinta ini kelak hingga merekah dan bersemi indah
dalam iringan redho dan balutan barokah

Apalah ertinya mawar itu tanpa ikhlasmu?
Apalah ertinya mawar itu tanpa ikrar katamu?
Apalah ertinya mawar itu tanpa indah tatap matamu?
Apalah ertinya mawar itu tanpa hangatnya kasih sayangmu?

Duhai belahan jiwaku
mawar itu akan bererti dan nampak lebih indah dan mewangi
saat kau ada disisi untuk temani dan harungi hari
menggapai keredhoan dan barokah Ilahi Robbi…
Kerana agama adalah syarat cintaku
Berqalamkan taqwa
Bermaharkan syahada

Ukhwah Itu Indah

Dan betapa diri ini rindu dengan sahabat itu
Dan betapa diri ini sayang dengan ukhuwah itu
Dan betapa diri ini rindu saat Allah menurunkan dia
Sungguh ini satu nikmat
Satu kenangan
Yang sukar dilupakan

Temanku sayang
Diri ini amat merinduimu
Pagi dan petang
Malam dan siang
Berfikir-fikir terkadang-kadang
Menggali memori lalu
Mengorek kisah silam
Tertanya-tanya
Adakah kita akan bertemu lagi
Kalau bukan di dunia
Mungkinkah di syurga...?
Temanku sayang
Yang menemukan jiwa kita
Yang merapatkan hati kita
Yang menggabungkan roh kita
Adalah Dia Yang Esa
Adalah Dia Si Pencinta
Adalah Dia Si Bijaksana
Maka wahai temanku sayang
Jika kau merindui diriku
Jika kau mendambakan kasihku
Jika kau memerlukan perhatianku
Adukan padaNya
Rintihlah padaNya
Sampaikan padaNya
Insha allah wahai temanku sayang
Kerinduanmu itu akan sampai kepadaku
Dengan angin yang melalu
Kata sahabat :
''Sebelum Allah pertemukan jasad kita, roh kita telah pun bertemu dan disana kita telah menerima satu sama lain dengan sebaiknya. Sebab itu ukhuwah kita masih sebegini dan akan kekal selamanya''

Insan Teristimewa


Mencoret angan dalam pintalan
Benang-benang maya kasih
Ku jadikan lembaran warkah agung
Buat tatapan kalbu insan ku puja
Biar terbit di dada-dada kaca
Bersama wangian kuntum-kuntum mawar ungu

Ungkapan manis menyelak rasa satu persatu
Usahkan hidup mahu bersama
Malah mati pun ingin dalam liang yang sama
Camar-camar bagai ketawa sayang
Saat mendengar lafaz janji yang bukan-bukan
Manisnya cengkerama kita
Lewat mentari di anjung senja
Di kunjung bulan bersama bintang berjuta
Panahan asmara menujah-nujah di dinding jiwa
Hampir saja kita karam di pinggir lautan kasih
Dalam teduhan pondok yang semakin menghitam
Dek kerana mentari kian ditelan ufuk senja
Hebatnya cinta mu wahai sang arjuna
Aku terbuai bukan kerana paras rupa
Juga bukan kerana harta nan melimpah-ruah
Tapi kerana kasih yang membelai jiwa..
Tiada cinta yang sepi dibadai gelisah
Saat itu betapa aku tak ingin
Melihat mu pergi tanpa rela di hati
Meninggalkan kenangan terindah tika berdua
Namun apa daya sayang
Kita tidak memegang tangkai taqdir
Patah tumbuh tapi hilang tidak berganti
Mungkin kau satu dalam berjuta
Tiada serupa meski akan ada sama
Aku akan terus setia
Bersimpuh kasih memintal benang-benang doa
Untuk sejahtera dan bahagia
Jika nadimu berdenyut ria
Untuk damai dan tenang
Jika nafasmu telah menghilang
Kerana aku kabur mencari berita
Diselubung kabus tak berpenyudah
Dihimpit persoalan tiada jawapan
Aku tandus kehilangan kata-kata
Aku tangis dalam gelak dan tawa
Terus mencari
Terus bertanya
Kemanakah hilangnya orang yang ku puja..

Aku, Dia dan Memori

Wanita ini mengalami kecederaan kepala yang serius tahun lalu, dan kini bergantung pada buku memori untuk membolehkan dia tahu apa yang sedang berlaku dan hari apa.
Nikki Pegram bangun setiap pagi dan hanya ingat hari 15 Oktober 2014. Dia bercakap kepada pasangannya Chris, untuk membetulkan kembali ingatannya. Namun, perkara yang sama akan berulang keesokan harinya.
Tahun lalu, Nikki jatuh dan kepalanya terhantuk pada tiang logam di luar Hospital Besar Kettering selepas menerima rawatan di sana untuk masalah lutut. Kecederaan yang dia peroleh meninggalkan kesan dalam bentuk amnesia songsang, bermakna dia lupa segala-galanya daripada detik itu dan hari seterusnya.
Dia menyimpan buku memori, jadi dia boleh membaca melaluinya untuk cuba memahami apa yang sedang berlaku. Amnesia ini sangat teruk, pasangannya Chris terpaksa menghabiskan masa berjam-jam untuk menjelaskan apa yang telah berlaku manakala Nikki merasakan teman lelakinya hanya sekadar bergurau.

Kesabaran & ketabahan

Langit membiru
awan gemawan berlalu
mentari memancar sirna
hati berbunga bahagia

Semusim telah berlalu
hari demi hari yang ditunggu
kini tiba musim bunga berkembang
mekar menyemarak dalam hati

Sudah kusiapkan diri
menjadi bidadari dunia
yang akan mengabdikan diri demi Tuhan Maha Esa
lalu menghiasi taman hatimu

Perpisahan yang lalu
telah menyemarakkan rasa rindu
hangatnya cinta membakar dalam sanubari
kita berdua

Nikmatnya kemanisan iman
tabah mengharungi lautan ujian
rencana-Nya tiada ketahuan
pengakhirannya kita disatukan