February Muncul Kembali

dua belas bulan dalam setahun. namun februari lebih indah dan dinantikan kehadirannya. istimewanya cuma bagi mereka yang menghargai kasih sayang, kerana selama 28 hari itu, dikatakan hari akan dipenuhi dengan cinta-cinta yang bersemi bak kuntum bunga yang sedang berkembang

Bersahabatlah dengan ikhlas....

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri.

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Tak semestinya couple


Hye wanita-wanita kesunyian yang menyimpan perasaan pada lelaki idaman. Macam mana keadaan hati korang sekarang ni? Bila korang nak meluahkan perasaan terpendam korang tu? Aq nak tahu jugak siapa kah lelaki bertuah yang jadi pilihan hati kamu tu. Mana la tahu aq ni tersenarai.. ye dak?

Adakah dia seorang artis, tan sri, chef atau orang kebanyakan..

Top5 lelaki idaman malaya..

1. Aaron Aziz
2. Ady Putra
3. Anwar Hadi
4. Awal Ashari
3. Andy Comel bukan nama sebenar..

Kebetulan pulak kelima-lima nama lelaki di atas bermula dengan huruf A.
Hanya kebetulan okay.. bukan di atur.. *kebetulan la sangat

Cukup aq merepek. Terus saja pada tajuk entri.

"Hye Cik .........."
"Hye Andy"
"Cik .............., sebenarnya dah lama saya suka awak, awak suka saya tak?"
"Sebenarnya saya lagi sukakan awak..dah lama saya pendam perasaan ini tapi saya ni pompuan malulah nak move 1st"
"Larh, rupanya awak pun ada hati kat saya yang super duper hensem, kacak bergaya ni"
"Lebih-lebih pulak mamat ni.. cepuk kang..!"
"Gurau je la, sekarang ni saya dah tahu awak suka saya, dan awak pun tahu saya suka awak. So.. kita teruskan sajalah ke step seterusnya, berkapel-kapelan, dah suka sama suka la katakan, lagipun kita dah lama kenal"

stop dialog.

Aq selalu je tengok situasi dialog di atas dalam drama tibi.

Kamu pernah alami situasi seperti dialog di atas tak? situasi tu takda la persis sebijik dialog di atas, alarh,, yang sama waktu dengannya je.. Meluahkan perasaan.

Meluahkan perasaan pada seseorang yang amat diminati, dalam masa yang sama sebenarnya kamu dah menjalin hubungan sebagai kawan dengan dia, dan yang menariknya dia yang selama ini kamu tak tahu langsung tentang isi hatinya sebenarnya amat meminati kamu.

Selepas meluahkan perasaan dengan hati yang berbunga-bunga, jadi la kamu pasangan bahagia yang entah
berapa lama akan bertahan hubungan itu. Bahagia dengan dunia percintaan kamu. Hanya Allah yang tahu.
Andai kata bercinta hingga ke jinjang pelamin ok la jugak kannn. Syukur la.. tapi kalau yang cinta tak kesampaian tu macam mana? Maksud aq cinta terputus di tengah jalan.

Bagus-bagus sebelum ni hubungan korang baik sebagai kawan, hanya kerana cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Kamu bermasam muka, kalau boleh tak nak terserempak dengan insan yang pernah kamu cintai.

Beribu janji di lafaz.. sejuta ikrar setia di ucap.. akhirnya putus jua cinta yang dicipta.

Bila dah clash tu, jangan bersedih beb, itu namanya dia bukan jodoh kamu. Kamu merancang, Allah jugak merancang, tapi ALLAH sebaik-baik perancang. Sebab tu lebih baik ketika meluahkan perasaan dengan si dia tu, bagitau dia awal-awal.. sebagai contoh:

"awak kita dah tahu hati dan perasaan masing-masing.. awak suka saya, saya pun suka awak tapi buat masa ni seeloknya kita berkawan sahaja, lagipun jodoh pertemuan di tangan tuhan, kalau ada jodoh tu, adalah.. andaikata awak jumpa jodoh lain selain saya.. saya bahagia untuk awak.. ALLAH dah pertemukan awak dengan jodoh awak, insyaALLAH jodoh untuk saya nanti saya harap awak doakan kebahagiaan kami"

hanya contoh ayat sahaja.. aq tak suruh korang gtao bf/gf korang..!

terserah korang ar.. nak kapel atau teruskan berkawan.. itu hak korang.. aq ni pun bukannya betul sangat.. kalau ada yang sudi nak jadikan aq sebagai bf, insyaALLAH aq akan pertimbangkan dengan sepantas yang mungkin. on the spot jawapan aq beri.. barangkali la.. haha..

Kalau dah suka sama suka tu,
Actually tak payah kapel pun tak apa.
Kekalkan je dengan hanya berkawan.
Ada jodoh tak ke mana.

agak-agak ada tak yang nak berkawan je?

kenapa perempuan suka berkawan dengan lelaki

Lumrah manusia bila berkawan pahit manis, suka duka dikongsi bersama.
Yeke suka duka dikongsi bersama? Kebanyakan kawan ni hanya berkongsi suka saja. Duka?
Nak ke kawan merasa duka engkau? entah la.. lu pikir la sendiri kawan.

Dulu time zaman ribena dulu.. dulu-duluuuuuuuuuu...
melihat huruf "u" yang lebih dari satu, korang dapat bayangkan betapa jauhnya zaman dulu tu aq tinggalkan..?

Dulu, aq ramai kawan perempuan, sampai sekarang aq still ramai kawan pompuan, lebih dari satu. bukan playboy okay..! Ditegaskan sekali lagi, bukan playboy.. hanya kawan. titik.

Aq suka bertanya "kenapa suka berkawan dengan lelaki?"
jawapan yang aq terima selalunya:

1. Lelaki ni best.
2. Lelaki tak suka mengumpat.
3. Lelaki cool.. kita boleh gurau-gurau.. jarang nak tacing-tacing..
4. Berkawan dengan lelaki tak banyak songeh.
5. Tak banyak mulut.
6. Ajak makan okay je. Dapat kawan ngan laki gentle lagi la okay.makan free kot.
7. Lelaki ni tak suka iri hati, dengki, dan yang sama waktu dengannya..
8. Lelaki boleh jadi pendengar setia, walaupun kadang-kadang menyakitkan hati je meluah masalah dengan lelaki.
9. Lelaki pandai simpan rahsia.
10. ...............?

Ok beb, cukup tu je aq listkan untuk korang, selebihnya korang fikirlah sendiri.

Persoalannya, kenapa?

Pompuan berkawan dengan pompuan ada masalah er?
Aq tak rasa semua pompuan ada masalah jeles or irihati ngan member pompuan dia, sebagai contoh aq tengok gadis comel ni happy je dengan member pompuan dia. sampaikan aq terasa nak join je kegembiraan dorang.


Serius, lelaki berkawan dengan lelaki rasanya tak ada la pulak masalah seperti iri hati, dengki ke apa ke, lu lebih sikit dari aku. aku tak kisah beb. Tapi pompuan ni bila tengok kawan pompuan dia lebih sikit dah mula mulut sok sek sok sek.. bukan aq yang cakap okay..! just pengalaman aq bertanya..

W E   A R E  C O O L   B E Y B E H..

"bro, beragak sikit bila bergurau, aku tengah takda mood ni"
"wei, tak kan camtu pun tacing? selalu okay je, kau mesti datang bulan kan..kan..kan.. takpun bf ko wat hal"
"tahu pun..!"

dialog di atas adalah salah satu masalah yang lelaki kena hadapi bila berkawan dengan pompuan,
alasan dia mesti datang bulan segala. tak pun boyfriend dia dah lari ngan aweks lain.. haha..

Kelebihan Umat Rasulullah s.a.w Menurut Pandangan Nabi Adam a.s


Sesungguhnya bersyukur la kita manusia terpilih akhir zaman menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.

Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s telah berkata,"Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku."Taubatku hanya diterima di kota Makkah,sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t.Pada mulanya aku berpakaian,tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t,maka Allah s.w.t telah menjadikan aku telanjang.Umat Muhammad membuat derhaka dengan telanjang,tetapi Allah s.w.t memberi mereka pakaian.Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t,maka Allah s.w.t telah memisahkan aku dengan isteriku.Tetapi umat Muhammad s.a.w bebrbuat derhaka,Allah s.w.t tidak memisahkan isteri mereka.Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,tetapi umat Muhammad s.a.w derhaka kepada ALLAH s.w.t akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.

See?

Nabi Adam a.s sendiri melihat kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

Biografi Agung Rasulullah s.a.w

Sebenarnya tulisan merah di atas tu hanyalah sebahagian petikan ayat yang terkandung dalam buku yang akan aq kongsikan pada korang, buku tersebut adalah berkenaan dengan biografi penghulu umat manusia Rasulullah s.a.w.

Apa yang menarik pada buku ini?

Buku ini menceritakan perjalanan hidup Baginda s.a.w dari sejak lahir sehingga la wafatnya Rasulullah s.a.w, dalam buku ini jugak disertakan cetakan gambar-gambar berwarna, yang mana kita boleh melihat dengan jelas helaian rambut, pedang, topi besi, selipar, baju, cebisan bendera Rasulullah s.a.w, bekas air yang digunakan Rasulullah s.a.w dan macam-macam lagi.

Diperlihatkan kepada pembaca barang peribadi dan tempat tinggal wanita-wanita yang terdekat dengan Rasululullah s.a.w seperti tudung Saidatina Aishah r.a iaitu isteri kepada Rasulullah s.a.w, kediaman Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a iaitu Isteri Tercinta Rasulullah s.a.w, serta tempat kelahiran dan baju jubah yang dipakai keluar untuk bersolat dan tudung milik Saidatina Fatimah r.a iaitu Puteri Rasulullah s.a.w.

Dalam buku ini juga diperlihatkan Kota Makkah Al-Mukarramah pada tahun 1839 Masihi iaitu tempat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w, selain itu pembaca jugak boleh melihat Kota Makkah dengan jelas dari Gua Hira' tempat dimana Rasulullah s.a.w menerima wahyu iaitu lokasi turunnya ayat al-quran yang pertama.Surah al-Alaq.

Melalui pembacaan aq, buku ini membuatkan aq lebih mengenali Rasulullah s.a.w dan lebih memahami salasilah kehidupan Rasulullah s.a.w dari ketika Baginda s.a.w dilahirkan ke dunia sehingga la sirah setiap peperangan yang Baginda s.a.w sertai selama menjadi pemimpin umat Islam sebagai Rasul Allah.

Sebelum ni aq selalu baca dan dengar bagaimana sayangnya Nabi Muhammad s.a.w pada umatnya. Sungguh, sayang Nabi Muhammad s.a.w pada kita tidak sama seperti sayangnya kekasih tidak halal kau orang itu. Serius cakaplah melalui buku ini aq lebih memahami dan dapat membayangkan saat Rasulullah s.a.w hendak dicabut nyawanya oleh Malaikat Izrail, dan saat itu jugak Rasulullah s.a.w menjemput Kekasihnya Malaikat Jibril yang ditinggalkan oleh Malaikat Izrail di langit dunia kerana tidak sanggup melihat Rasulullah s.a.w dicabut nyawanya. Saat itu jugak, dipenghujung nyawa Baginda s.a.w tidak gembira walaupun seluruh pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias menanti roh Baginda s.a.w, begitu jugak bilamana Malaikat Jibril mengatakan seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menantikan roh Baginda s.a.w di angkat,sehinggalah Rasulullah s.a.w mendengar melalui Malaikat Jibril bahawa Allah s.w.t memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umat Baginda s.a.w dahulu memasukinya.Barulah Baginda s.a.w gembira dan tenang pergi bertemu Allah s.w.t.

Lihatlah betapa sayangnya Rasulullah s.a.w pada umatnya..

Bagi aq buku ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda s.a.w.Apa la nilainya RM65.00 itu jika dibandingkan dengan ilmu yang kita perolehi daripada buku ini, yang mana bagi aq sangat diperlukan oleh umat Islam agar lebih mengenali Rasulullah s.a.w.

Penakutlah Sangat Kan

"saya suka awak, tapi saya tak berani nak cakap dekat awak, saya takut awak tolak saya.." T_T

Tertarik tak dengan statement yang kononnya tidak berani untuk meluahkan perasaannya pada orang yang kita minati.

Kau penakut..!

siapa?

kau..! kau yang tidak berani meluahkan perasaan kau..!

Kenapa harus takut untuk meluahkan perasaan?

Oh, sebab takut kena reject er?

Bagi aq, andai dah terpaut hati pada seseorang tu, sebaiknya luahkan saja perasaan mu itu pada orang yang kau minati, soal dia reject atau tidak itu tolak belakang yang penting kau luahkan apa yang tersimpan dalam hati kecil mu itu, sekurang-kurangnya dia tahu kehadiran kau, Bukan apa, makin lama kau simpan perasaan itu makin sakit beb.

Kalau pun kau takut sangat nak luahkan rasa hati mu itu, sekurang-kurangnya bagi la hint sikit, biar dia tahu kau sedang menaruh hati padanya.

Tak perlu takut la bila meluah perasaan ni, dia bukannya makan orang pun, kalau dia reject sekalipun nak buat macam mana kan, maybe kau tak sesuai untuk dia or dia yang buta tak melihat adanya kau di depan mata.

Lagi satu, kau tak tahu mungkin dia pun minat dekat kau, siapa tau kan, belum cuba belum tahu, tapi bila dah sama-sama suka tu tak semestinya kena couple.

ermm..

nak cakap apa lagi ar..

oh, btw gud luck kepada siapa-siapa yang nak meluah perasaan tu.caiyok-caiyok..!

#  jom dengar lagu penakut by Yuna.

Ayat yang sama je tak bosan ke?

Hye wanita-wanita single yang lonely, apa khabar korang? macam mana dengan kehidupan lonely korang? tentu korang merasa grrr... "bosannya hidup single ni, kenapa la aku tak ada couple, nak kata aku ni tak cantik tak jugak, jika dibandingkan aku dengan Lisa Surihani rasanya jauh aku tinggalkan kecantikan dan kehebatan aku dalam menebalkan make up kat muka aku ni.. boleh jadi 8tiang Lisa Surihani aku tinggalkan.. dah tahap dewa kecantikan aku ni, kau tahu tak!" tak gitu??   tapi kenapa aku still single? hoi lelaki korang buta ka apa..!

apa yang hebat sangat dengan couple ni beb.. jom kita tengok sikit..

*soalan wajib bila couple

"tengah buat apa tu?"
"dah makan belum?"
"awak makan apa tadi?"
"awak sihat?"
"saya rindu awak..awak tak rindu saya?"
"awak kalau awak rindu saya, awak dengar la lagu "bila rindu ku sebut namamu" by Siti Fairuz ea.. sambil tu awak bayangkan la saya pun tengah meroyan menyebut nama awak"

bagi yang baru berjinak jinak dengan cinta tu kalau boleh tiap hari dia nak mesej ayat yang sama.
dah makan? buat apa tu? awak sihat? bla.bla..bla...

soalan yang sama tu akan berlanjutan sehingga kedua-dua mereka merasa bosan..! mana taknya soalan yang sama je ditanya.. kalau aku la yang ditanya tu.. kompom aku biarkan je soalan tu tak berjawab. Tiap hari tanya soalan yang sama kau tak bosan ka?

"rileks la der.. bosan-bosan pun kami tetap bercinta jugak.. dah jatuh sayang la katakan..aku tau la kau jeles takde couple"

jeles la sangat kannnn..

apa kata lain kali cuba tanya benda lain dari yang lain sikit..sebagai contoh,

"awak, dah berapa banyak duit simpanan awak dalam bank?"
"agak-agak simpanan awak tu dah cecah 500k tak?"
"selalu belanja saya makan nasi campur je, sekali sekala saya nak jugak awak belanja saya sebijik kereta"

Seriuosly akan ada satu part dalam bercinta ni yang seseorang tu akan mula merasa bosan dengan pasangannya tapi still mencuba untuk mengekalkan hubungan itu, sampai la ke satu tahap give up..!

Time tu la akan keluar ayat gud2..

"awak saya bukan yang terbaik untuk awak"
"awak saya doakan awak jumpa pengganti yang lebih baik dari saya"
"awak ada jodoh tak kemana"

Senyum...wahai permysuryku....

Kacak luar.....
Kacak dalam...
Kacak dengar sini....
Kalau saya senyum....
Awak mesti senyum sekali...
Kalau kita senyum....
Semua orang berjangkit...
Bila semua orang senyum....
Dunia tiada penyakit...

buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan....
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan....
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan....
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan..

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan....
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan...
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan...
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan...
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian...
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan...
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan....
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian...

boleh pun senyum cantiknya gigi...
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri...
Wanita hari ini harus pepandai puji....
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini...
cantik luar cantik dalam cantik dengar sini...
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi...
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit...
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit...

Cara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna

Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna (meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah)..

Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon aq akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.