Kerana Cinta Aku Rebah

Melayang
Melalang
Melenggang
Jalan panjang
Alang-alang terbang
Ku terkenang..
Mencari
Mengitari
Menyelusuri tempat sunyi
Langit-langit misteri
Ku sendiri..

Insan Teristimewa


Mencoret angan dalam pintalan
Benang-benang maya kasih
Ku jadikan lembaran warkah agung
Buat tatapan kalbu insan ku puja
Biar terbit di dada-dada kaca
Bersama wangian kuntum-kuntum mawar ungu

Ungkapan manis menyelak rasa satu persatu
Usahkan hidup mahu bersama
Malah mati pun ingin dalam liang yang sama
Camar-camar bagai ketawa sayang
Saat mendengar lafaz janji yang bukan-bukan
Manisnya cengkerama kita
Lewat mentari di anjung senja
Di kunjung bulan bersama bintang berjuta
Panahan asmara menujah-nujah di dinding jiwa
Hampir saja kita karam di pinggir lautan kasih
Dalam teduhan pondok yang semakin menghitam
Dek kerana mentari kian ditelan ufuk senja
Hebatnya cinta mu wahai sang arjuna
Aku terbuai bukan kerana paras rupa
Juga bukan kerana harta nan melimpah-ruah
Tapi kerana kasih yang membelai jiwa..
Tiada cinta yang sepi dibadai gelisah
Saat itu betapa aku tak ingin
Melihat mu pergi tanpa rela di hati
Meninggalkan kenangan terindah tika berdua
Namun apa daya sayang
Kita tidak memegang tangkai taqdir
Patah tumbuh tapi hilang tidak berganti
Mungkin kau satu dalam berjuta
Tiada serupa meski akan ada sama
Aku akan terus setia
Bersimpuh kasih memintal benang-benang doa
Untuk sejahtera dan bahagia
Jika nadimu berdenyut ria
Untuk damai dan tenang
Jika nafasmu telah menghilang
Kerana aku kabur mencari berita
Diselubung kabus tak berpenyudah
Dihimpit persoalan tiada jawapan
Aku tandus kehilangan kata-kata
Aku tangis dalam gelak dan tawa
Terus mencari
Terus bertanya
Kemanakah hilangnya orang yang ku puja..

Joke For Today


You want to know why i want to resign... hahaha.. boleh ke macam tu!!

Documentary on Tarim, Hadramaut, Yemen

Aku, Dia dan Memori

Wanita ini mengalami kecederaan kepala yang serius tahun lalu, dan kini bergantung pada buku memori untuk membolehkan dia tahu apa yang sedang berlaku dan hari apa.
Nikki Pegram bangun setiap pagi dan hanya ingat hari 15 Oktober 2014. Dia bercakap kepada pasangannya Chris, untuk membetulkan kembali ingatannya. Namun, perkara yang sama akan berulang keesokan harinya.
Tahun lalu, Nikki jatuh dan kepalanya terhantuk pada tiang logam di luar Hospital Besar Kettering selepas menerima rawatan di sana untuk masalah lutut. Kecederaan yang dia peroleh meninggalkan kesan dalam bentuk amnesia songsang, bermakna dia lupa segala-galanya daripada detik itu dan hari seterusnya.
Dia menyimpan buku memori, jadi dia boleh membaca melaluinya untuk cuba memahami apa yang sedang berlaku. Amnesia ini sangat teruk, pasangannya Chris terpaksa menghabiskan masa berjam-jam untuk menjelaskan apa yang telah berlaku manakala Nikki merasakan teman lelakinya hanya sekadar bergurau.

Fasa 10 Hari Terakhir

"Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa” (HR. Bukhari)
Cahaya ramadhan masih lagi membias di keheningan embun pagi. Hangat doa membaluti kedinginan seorang abdi.

Ku Tak Pernah Terfikir


Jujur aku sangat sayang padamu, namun apalah daya aku hanya dapat menjagamu dari kejauhan. Aku mempunyai hati yang tulus untuk menyayangimu. Aku tak mengharap engkau ada di sini untuk aku, aku hanya berharap kau tahu aku disini selalu merindukanmu dari kejauhan.

Begitu indahnya hari-hari yang ku lalui, namun tak seperti indahnya hati ini. Indahnya bintang-bintang di langit yang menghiasi malam, tapi tak juga seindah batin ini. Bulan yang menerangi gelapnya bumi tak jua mampu menerangi batinku yang terlalu kelam. 

Aku lapangkan dada ini meskipun aku tahu aku tak mampu, sesungguhnya hatiku sangatlah rapuh. Bagaimana ingin aku ungkapkan isi hatiku, memandangmu pun aku malu. Semakin kau menatapku rasa hatiku semakin menggebu-gebu. Apakah ini yang dinamakan cinta, atau hanya halusinasiku saja. Bagiku kau terlalu sempurna untukku. Mencintaimu adalah anugerah terindah dalam sejarah hidupku. Aku hanyalah insan biasa yang bermimpi akan cinta, berkhayal akan bahagia bersamamu. 


Aku ingin dicintai, aku inginkan kebahagiaan. Bagiku mencintaimu dalam hatiku pun sudah cukup apatah lagi memiliki.


Aku mencintaimu di setiap detak jantungku dalam setiap hembusan nafasku. 

Life Is About Making A Decision

Allah SWT menjadikan segalanya berpasangan; malam dan siang, kuat dan lemah, benar dan salah, sesat dan benar dan sebagainya. Inilah persimpangan dalam kehidupan kita, sebahagiannya perlu dipilih dan setiap pilihan memberi kesan besar pada perjalanan hidup kita dan tempat akhir kehidupan kita.

Yang hitam dan yang putih memang terlalu ketara bezanya cuma kita tidak benar-benar bersedia untuk membuat keputusan yang betul. Kebenaran dan kesesatan terlalu jauh bezanya. Cuma kesenangan dan kesoronokan segera menjadikan kita sentiasa memilih jalan yang mudah dan ringkas walaupun kita tahu hasilnya ialah penyesalan. Kemewahan menjadikan hati kita keras dan hilang kepekaan hingga kita tidak menghiraukan natijah yang bakal kita terima. Dunia dan hajat kita yang tinggi kepadanya menjadikan kita sentiasa mengutamakan pandangan nafsu dan masyarakat dari pandangan kebenaran. Kita takut dikeji dan diperlekeh hingga kita terpaksa korbankan prinsip hidup kita.


Kita sebenarnya mampu menilai tetapi tidak mampu memilih yang benar kerana lemahnya keperibadian kita yang mencerminkan lemahnya IMAN kita.  ”Tidak ada paksaan dalam agama, tetapi telah jelas antara petunjuk dan kesesatan. Sesiapa yang mengkufuri Toghut (Sistem yang berlawanan dengan kehendak Allah SWT) dan beriman dengan Allah, maka dia telah berpegang pada tali yang kukuh dan tak akan terputus . Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” (Al Baqarah:256)

Inilah realiti kehidupan kita…hanya ada dua pilihan … HITAM & PUTIH, 
mana satu yang jadi pilihan kita. ‘Life Is About Making A Decision’ mungkin inilah adalah pepatah yang menggambarkan hakikat ini. Sayangnya tidak semua yang mampu membuat pilihan yang betul walaupun dapat membezakan antara keduanya. Segalanya terletak kepada kekuatan jiwa dan keimanan kita kerana kekuatan jiwa yang lahir daripada kekuatan iman inilah kekuatan tunggal yang dapat meleburkan berhala keegoan yang teguh di dalam jiwa kita. Kegoaan inilah yang menjadi penghalang antara kita dan kebenaran.

Keimanan inilah satu-satunya harapan untuk kita menyelamatkan akhirat kita. Oleh itu pokok pangkalnya berbalik kepada IMAN. Kita telah melihat bagaimana Saidina Umar yang hebat semasa jahiliyyahnya namun setelah ayat-ayat Allah meleburkan keegoannya lalu dia tunduk dan menjadi mukmin yang hebat. Begitu juga Abu jahal yang merupakan bapa saudara kepada Rasulullah SAW namun kerana kegoan menguasai dirinya dia tetap diatas kekufuran sedangkan dialah antara orang menyambut kelahiran baginda Rasulullah SAW dengan penuh kegembiraan hinggakan hambanya yang menyampaikan berita kelahiran anak saudaranya itu dimerdekakan serta merta.

Inilah sebenarnya hitam putih kehidupan kita; Keimanan dan Keegoan, Kebenaran dan Kepalsuan, Ketundukan dan Kekufuran. Persoalannya bagaimana untuk kita bina kekuatan jiwa agar pilihan yang kita lakukan benar-benar menguntungkan kita di dunia dan akhirat. Kita tidak ada pilihan lain selain dari merendahkan diri berdoa dan berusaha untuk membina kefahaman yang benar hingga terbinanya keperibadian Islam yang sebenar. 

Tidak ada jalan lain selain dari TARBIYYAH; duduk dan mencari suasana yang mampu mendidik kita untuk kenal dan sentiasa menuju keredhaan Allah SWT

Wajah Baru

Alhamdulillah.. setelah sekian lama aku kembali menatap blog ini.. bersama rona kehidupan baru

Hitam, putih dan kelabu.. Kenapa tidak warna lain.. Sesungguhnya kerana itulah warna yang paling mengingatkan kita kembali pencipta yang maha esa. Kehidupan ini apa yang kita lihat itulah matlamat yang ingin dituju. Melihat kehidupan ini satu jalan matlamat yang harus dijelaskan. Kehidupan ini melibatkan kekuatan. Kekuatan yang datang daripada hati kita. Teringat pesan ibu.."kamu perlu kuatkan hati..." dulu tak memahami kata-kata ibuku ini. Tetapi jawapan ini ternyata terjawab oleh diri sendiri "Ya, hatiku memang perlu, benar kata ibuku". Kembali kepada fatwa hati. Kembali hati. Hati ini tempat yang dinilai. Niat juga bermula disini, hati.

Hitam putih kehidupan. Kita hamba allah ibarat musafir yang memulakan perjalanannya mencari, mengembara menyusuri perjalanan, mencari dan terus mencari erti kehidupan disepanjang perjalanan menuju destinasi akhir.

Destinasi akhir kita itulah akhirat. Perjalanan disana cukup panjang. Perhitungan dihisab. Tol yang disinggah sebentar hanya di alam barzakh. Disitu gambaran pertama sebelum ke alam akhirat.

Detik kelahiran sampai sebelum ajal ini ditarik semula kembali kepada pencipta kita. Perjalanan yang tiada sudah ini, memberi gambaran kepada kita kehidupan dunia tiada yang kekal.

Permainan semata-mata. Taqwa kita dinilai. Tapi, tanya pada diri ini yang juga menulis dan yang membaca, tanya hati adakah aku benar-benar tahap taqwa kepada allah? Aku merenung berfikir sejenak apa yang terbuku dihati ni, banyak khilaf diri ini.

Anak satu anugerah bernilai yang allah beri kepada kita. Hargailah anakmu, sayangilah dia.
Bentuk anak dengan agama, curahkan dengan agama, bimbing diri dengan kebaikan..

"mak dan abah, didiklah kami dengan agama, pimpinlah kami, kami nak jadi anak soleh/solehah.. iman tak boleh diwarisi.. mak dan abah kami perlukan kasih sayang dan agama, kami tak nak terleka dengan tipu dunia, terima kasih mak abah, kalian mengajar aku mencari erti makna kehidupan"