aq dah letih bercerita tentang kebaikan.
dah mula letih bercerita tentang kebahagiaan.
menjadi letih menyimpan perasaan.
letih bercerita tentang keseronakan.
kerana kadang-kadang, menyatakan kejujuran, membuat kita jadi tambah tertekan.
tertekan bila kejujuran kita menyakitkan hati manusia lain.
tertekan bila jujur menyebabkan kita dipersalahkan.
tertekan bila kejujuran disalah tafsirkan.
tertekan bila jujurnya kita menjadi rencah perbalahan orang lain.
tertekan bila kejujuran menjadi kunci penyiksaan.
tertekan bila jujur, menjadi punca kita berjauhan.
argggghhhhhhhhhhhh......
kenapa jalan di dunia sebegini.
aq penat menjadi insan yang pendendam.
aq penat menjadi manusia yang menyimpan segala kebenaran.
aq penat melihat karenah orang yang tidak pandai berterima kasih kerana aq tidak membongkar rahsia.
aq penat berkongsi nista, dusta dan dosa bersama mereka.
aq penat, tatkala kejujuran tak bisa dinyatakan.
tuhanku.
aq mohon kau ampunilah dosaku kerana menjadi manusia yang tak jujur.
aq mohon kau tabahkan hatiku berdepan dengan manusia yang tak berani berhadapan dengan kejujuran.
aq mohon kau lindungi mereka dari terus hidup tanpa kejujuran.
aq mohon kau bukakan hati mereka untuk menjadi jujur.
aq mohon kau jadikan sifat jujur sebagai peneraju hati manusia.
....kerana jujur bukan pilihan......
tapi kemestian.