Fesyen Rambut Yang Makruh Bagi Orang Islam
Qaza’
Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai QAZA’. Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmuk, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)
Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada Abdullah bin ‘Umar R.A katanya yang bermaksud :
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar R.A yang bermaksud :
“Sesungguhnya Nabi SAW telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Pada dasarnya, hadis yang menerangkan pencukuran sebagian rambut ada banyak, akan tetapi yang diambil sebagai bahan utama adalah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim.
2.Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim adalah berstatus sahih, karena ia memiliki sanad yang mutasil. Hadis ini dapat diterima dan dijadikan hujah kerana ia bebas dari ‘illat yang dapat menolak sebuah hadis, iaitu terputusnya sanad dan cacatnya perawi.
Al-Qaza’ adalah mencukur sebagian rambut dan membiar sebahagian yang lain. Hukum melakukan qaza’ adalah makruh, tidak sampai berstatus haram seperti anggapan sebagian orang. Walau bagaimanapun, menghindari melakukan qaza’ adalah lebih baik daripada melakukannya.
Wallahualam.