Bersikap Tenang

Rasulullah pernah berkata kpd al-Mundzir, kepala kabilah Abdul Qais,"sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah,yaitu sifat penyabar dan tidak suka tergesa-gesa." Lalu ia bertanya,"Wahai Rasulullah,apakah aku berusaha berperilaku seperti itu, atau Allah menjadikanku berwatak dengan keduanya?"Nabi SAW menjawab, “ Allahlah yang menjadikanmu berwatak dengan keduanya.” Al-Mundzir pun berucap,” Segala puji bagi Allah Yang telah menjadikanku berwatak dengan dua tabiat yang dicintai Allah dan Rasul.Nya.”(HR Abu Dawud).

Sikap penyabar,lembut, kalem, dan tenang tak hanya dimiliki dan diserukan oleh Rasulullah, tapi juga dianjurkan oleh nabi-nabi yang lain. Mengapa begitu, kerana kesabaran seorang penyabar – kata Ahmad ar-Rasyid dalam bukunya al-‘Awa’iq – adalah benteng yang akan melindunginya dari fitnah, sifat pemarah, dan ego sehingga ia mampu berlaku adil dalam berbagai keputusannya. Sedangkan sifat ‘tidak gelojoh’ akan memberikan kesempatan untuk menganalisis dan menimbang-nimbang sehingga ia tidak ada lagi keraguan.

Sementara itu, sifat gelojoh dan tergesa-gesa menjadikan seseorang tidak cermat dalam menyelesaikan persoalannya kerana ada nafsu yang ikut bermain didalamnya. Orang tang tergopoh-gopoh sering bertindak keliru dalam hidupnya dan akhirnya membuahkan penyesalan. Kegolojohan juga sering menjadi penyebab hilangnya keteguhan dan komitmen seseorang. Orang yang tergesa-gesa akan mudah patah semangat apabila diasak oleh perkara kecil yang remeh-temeh sekalipun.

Sebaliknya. Orang yang lembut, kalem, dan tenang mempunyai konsentrasi yang tinggi untuk menjadikan dirinya agar lebih baik. Ia kelihatan seperti berada dalam diam, tapi fikirannya bergerak dinamik. Ia bertindak buka dengan nafsu dan amarahnya, tapi bergerak dengan fikirannya.

Nabi meraih simpati yang besar dari umat manusia kerana Allah SWT telah melembutkan hatinya sebagaimana frman-Nya: “ Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi bersikap kasar, tentula mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu….” ( Ali Imran (3) : 159 ).

Kalau teori pentadbiran moden mencadangkan bahawa sebuah pentadbiran yang baik harus mengandungi unsur POAC ( plan. Organize, action, dan control ) maka seorang yang kalem, lembut, dan tidak kalut akan memiliki kesempatan yang penuh untuk mengawal keadaan. Hal ini bertepatan dengan sabda Nabi: “ Perlahan-lahan dari Allah dan tergesa-gesa dengan syaitan.” ( HR Baihaqi )

Sifat kalem, tenang, dan perlahan-lahan tidak semestinya menyebabkan tindakan melewati deadline, namun ia bergerak secara teratur. Walaupun begitu sifat tergesa-gesa boleh dilaksanakan dengan sikap positif dan penuh keyakinan diri. Seseorang Mukmin yang sejati, yang mempunyai tsiqah ( kepercayaan ) yang tinggi pada Allah juga kerap kali bertindak dinamik. Tentu saja naïf untuk menggelar mereka bertindak gelojoh. Wallahualam.....

0 comments: