MaKsUd bUnYi hOn!!


Aa malas nak post entri lawak lagi sebab entri sebelum ni dah lawak, tapi bila dapat email dari Rizal  pasal lawak nih, tak boleh tahan punya lawak, terus share jer kat sini.
Ini kisah bunyi hon, aq x suka tekan hon sbb aku tak suka di hon. Tapi rupanya hon ni ada maknanya tersendiri yang tak terfikir dek aku. Dalam lawak ada logiknya tuh. Lepas ni kalau tekan hon jgn sembarangan hon. Kredit kepada penulis asal lawak ni.
Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak…
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Aq bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
1. 1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”
2. 2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3. 3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
4. 1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
5. 2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
6. 4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”
Apek jual tilam daa..hehehe

0 comments: