ukhwah itu sangat sinonim dengan cinta
tanpa cinta, mana mungkin ukhwah yang dibentuk tersimpul erat
ukhwah tanpa pemahaman tak ada erti
rukun usrah selalu di perdengarkan
taaruf, tafahum dan takaful
kenal, faham dan saling memerlukan
sahabat itu seumpama pelengkap kehidupan
seseorang tanpa sahabat hidup pasti tak bermakna
fahamkah kamu akan erti kenal?
“jika tak kenal maka tak cinta..”
aku punya ramai kawan
namun tidak semua kenal aku
hanya beberapa sahaja kenal aku
kenal macam mana tu?
dia sahabat yang memahami aku
tahu kelemahan aku
tahu kekuatan aku
tahu sikap aku
tahu makanan kegemaran aku
tahu jaga hati aku
tahu menasihatiku
tahu manjakan aku
tahu apa yang aku suka dan tidak
tahu hormati aku
pernah aku marah
atas sebab terlalu stress
dia akan mendengar luahan hati ini tanpa jemu
dia menghormati tindakkan aku
dia juga akan memberi nasihat yang buat aku rasa sangat tenteram
aku sangat bertuah memiliki dia
kau sahabatku
pasti aku terharu mengingatimu
tak sangka sahabat yang begitu faham dan miliki ilmu agama yang tinggi
suka bersahabat dengan diri ini yang masih jahil
dan kau anggap aku sahabat baikmu
aku sungguh terharu
sahabat dan kawan itu berbeza bukan?
sahabat pasti faham kita dan penenang hati kita
sahabat itu kita percayai untuk meluah segala masalah
kawan tidak faham kita, tapi tetap kita dapat bersamanya
dan menerima nasihatnya
mungkin kita pernah berada di situasi ini
salah seorang teman kita menganggap kita sahabat baiknya
itu normal
mungkin kita tidak dapat menganggap dia begitu
tetapi cubalah jadi seorang pendengar yang baik dengar luahan hatinya
bergembiralah, ada orang mempercayai kita
dan ada orang merasa senang berkawan dengan kita
jika kenal maka cintalah yang akan hadir
kenallah sahabat kita itu
fahamilah dia, pasti setiap kata-kata kita terhadapnya tidak akan mengguris hatinya
pasti dia akan menganggap kita sangat memerlukan dalam hidupnya
mahukah kau tahu adakah dia menganggapmu sahabat baiknya
jika kau dia anggap sahabat baik
kau boleh nampak dari layanannya
dari tutur katanya
dan yang penting, apabila berjumpa
pasti terasa tak cukup masa untuk bercerita dengannya
sehari bercerita pun tak kisah
kerana rindu dalam hati hanya dapat diubati dengan berjumpa dengannya
kenal, faham, pasti erat
ukhwah sangat memerlukan cinta
semoga ukhwah kita semakin erat
dan kau juga sahabat aku yang selalu bersama aku
kerana setia menemani setiap bait kata-kataku