Allah S.W.T. selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang
cantik , dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124 , 000
sayap) . Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan
berkata, “Wahai Tuhanku , adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku ?”
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Tidak.”
Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Wahai
Jibrail , kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-
sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.”
“Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka
melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail a.s. berkata, “Ya Tuhanku , apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal.”
Kemudian Jibrail a.s. meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka
pergilah Jibrail a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap
dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu ia berkata
dalam sujud,
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya , atau sepertiganya , atau seperempatnya?”
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Wahai Jibrail,
kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang
seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari