Ayat Bismillah


Tidak dikira amal sesuatu yang tidak dimulakan dengan bismillah. Amal yang tidak didahulukan dengan ucapan Bismillah maka amal itu akan terputus dari hubungannya dengan Allah yg mana segala amal itu sepatutnya dilandaskan.

Walaupun kita sering mengucapkan Bismilllah namun pada hakikatnya ianya hanya sekadar ucapan
lazim yg sudah menjadi kebiasaan pada lidah namun tiada kesan di hati. Apatah lagi perbuatan yg
tidak langsung dilampirkan dengan ucapan Bismillah maka manakan boleh kita mengklasifikasikan
perbuatan tersebut sebagai amal kebaikan walau af'al atau perbuatannya memang bersifat baik dan
terpuji.

Waima perbuatan yang tidak layak dimulakan dgn Bismillah maka telah jelas bahawa ianya bukanlah tergolong dalam amal maaruf. Maka janganlah kita memandai-mandai menamakan kerja amal seperti konsert amal jika penyanyinya sendiri tidak merasa layak memulakan nyanyiannya dgn Bismillah walaupun lirik lagunya dikatakan berkonsepkan ketuhanan.

Waspadalah kita terhadap agenda musuh-musuh kita yang sewenang-wenangnya melabelkan aktiviti yg mereka anjurkan merupakan amal kebaikan sedangkan di dlmnya terselit pelbagai kejahatan. Tiada liberalisasi dlm agama islam. Islam bukan manifesto yg boleh digubal bagi menepati kehendak manusia setempat pada sesuatu masa kerana kesyumulan islam merentasi sempadan masa, tempat, kaum dan situasi kehidupan manusia. Islam yang turun seribu empat ratus tiga puluh tiga tahun dahulu setentunya sesuai utk diamalkan beribu tahun lagi malah lebih lagi selagi ala mini belum kiamat.

Wadah kehidupan harian kita sebai hamba Yang Esa semata-mata untuk memperhambakan diri kepadaNya dan tidak pada yg lain-lain. Tiada kita diajadikan untuk menjadi hamba kepada duit , hamba kpd sesama manusia, hamba kpd nafsu dan lebih buruk jika tanpa sedar kita diperhambakan oleh syaitan yg direjam. Islam diterima ramai kerana dengannya manusia bebas dari segala jenis perhambaan zahir dan batin. Sehinggakan seseorang yang arif dan memahami hakikat insane tidak semudahnya mengakui dirinya hamba Allah kerana martabat seorang yg benar-benar menghambakan dirinya pada Allah bukan sekadar apa yg kita fahami hari ini.

Semoga kita diberikan Allah hidayah bagi membuka mata hati kita untuk menyaksikan kebesaranNya dan seterusnya taufiq bagi mempermudahkan diri kita melakukan amal-amal maaruf seikhlasnya dan ingatlah, mulakan setiap perbuatan dengan Bismillahirahmanirrahim dan apa saja perbuatan yg tidak layak didahulukan dengannya maka jelaslah selayaknya ia dihindarkan kerana kita tidak tahu mungkin dalam kita melakukan perbuatan tersebut kita dijemput mengadap Allah dan apakah alasan kita untuk berikan di hadapan Allah Azzawajalla. Renung-renungkanlah……

0 comments: