weeee....salam hangat semua..Pernah tak hangpa semua makan pisang goreng, ayam goreng dan benda2 yang bergoreng, mesti pernahkan. Ok, kali ni aq nak kongsi dengan hangpa satu resepi yang perlu hangpa goreng, Pelik kah.. Aiskrim pon nak goreng..Cair la nanti..Hehe.. Bagaimana nak makan kalau digoreng..Huh!.. Persoalan ini terjawab apabila hangpa merasainya.! Cubalah..Aiskrim Goreng, amat mudah untuk membuatnya.Juga boleh dijadikan sebagai juadah makan malam....hehehehehe
Aiskrim Goreng
Antara bahan2 yang diperlukan adalah :
Aiskrim (ikut suka orang la nak guna perisa ape pon)
Roti Potong (macam roti gardenia ka apa ka,tu terpulang)
Pencetak Kuih Karipap
Mudahkan. simple ja bahan yang digunakan. Jom kita tengok cara nak membuatnya.
1. Ceduk aiskrim dengan sudu dan letakkan ditengah-tengah kepingan roti.
2. Ambil pencetak kuih karipap, dan kepitkan pada roti yang dah diletak aiskrim tadi.
3. Kikis lebihan roti yang terkeluar dari pencetak kuih.
4. Bila dah siap seperti gambar dibawah, masukkan dalam bekas dan terus masukkan ia ke dalam freezer. Biarkan semalaman.
5. Untuk menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas sebelum menggoreng aiskrim bersalut roti tadi. Keluarkan aiskrim bersalut roti dari freezer dan gorengkan ia hingga kekuningan dan bangkit cepat-cepat untuk elak aiskrim cair.
6. Dah siap, bolehlah dihidangkan.. Selamat mencuba..