Biarlah nuri tetap di sini


Elok manis indah rupa
Tersebut pula satu cerita
Cantik tiada terkira
Penghulu udara, manis suara
Manikam kedua mata
Jamrut, mutiara menaruh cita
Nuri disinggah sana
Melangka diatas takta
Datang menyembah murai bertanya
Minta tafsir mimpi kanda
Hati ku gundah mimpi adinda
Mimpi seraya apalah ertinya
Adinda nuri terkejut seorang diri
Lalu bermadah tiada terperi
Cinta dituang dalam pati
Duduk berfikir sehari hari..
Menanti murai hatinya diubati


Cintakah itu

Semarak kencana
mengharum dalam jiwa
lemas terasa
longlai tiada berdaya.
Rindu yang terus bertapa
buatku gering tak bermaya
sengsara bermaharaja
itukah namanya 'cinta'?
Saat aku terkulai tiada upaya
terdengar suara berbisik di telinga
sabarlah aduhai adinda
kekanda tetap setia.
Naluriku menjingga
penantian tiada penghujungnya
ingin ku terbang segera
sayap patah tiada berupa.

Indahnya kehidupan

Saat kita pergi ada yang mendoakan
Saat kita jauh ada yang merindui
Saat kita sedih ada yang membuat kita tersenyum
Saat kita bertemu ada yang tersenyum indah

Ketika allah masih berkenan memberikan nafas untuk kita hidup hari ini
Itulah saat yang terindah dalam hidup kita

Kesepian yang tiada noktah

Aku si camar yang menebar langit berlari meninggal dedaun ombak mengatur buaian di angin lalu
Aku camar dalam rekahan putar waktu tertinggal di dermaga sepi menyiram sendu di butiran pepasir pantai yang kian surut menyusur mimpi
Aku langkah camar yang menjentik kecewa tersenyum di penghujung tawa tika mengutip pelepah sayap yang patah mencari sinar di purnama senja
Dan bahagiakah aku dengan kebebasan ini bila ada mata-mata sayu menggapai layu di sudut mataku
Adakah dapat aku kembali lagi setelah segalanya hilang kemana pergi

10 perkongsian untuk ibu bapa

Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama-sama kita amalkan.... Terutama tip yang no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh.

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

‪#‎silakan‬ share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Manfaatkan kehidupan ini

Mati hanya sekali
Bukan hidup hanya sekali
Pergi takkan kembali
Tapi akan dihidupkan kembali
Kita harus menghargai
Kebaikan daripada diri kita sendiri
Menghargai apa yang dimiliki
Sekali jangan takut bermimpi
Dunia berlari mewarnai
Kali ku terjatuh disini
Takkan pernah berhenti
Aku yakin aku pasti
Merayu tidak ku diizin lagi
Hidup seperti kemoterapi
Sepanjang perjalanan memerangi
Kebahagiaan yang dimiliki
Tidak mungkin kekal abadi
Penyakit berpunca daripada hati
Mengapa biarkan hati mati
Buat baik buat jahat jangan sekali
Fikir berkenaan mati
Mengembaralah kamu di bumi
Cukuplah qanaah menyertai
Wajib kita bersyukur dan hargai
Anugerah utama ILAHI

Itulah harapanku

Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan terlalu besar bagiku
Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku kau akan tersenyum dan berkata
Dialah Orang Yang Selalu Menyayangiku

Apo nak dikato

Ramai orang boleh sebut sabar tapi bila kena pada diri sendiri dia pun tak boleh nak tahan sabar
Ramai orang boleh nasihatkan orang tentang redha tapi bila diri sendiri yang kena dia sendiri pun tak reti nak redha
Sebab kita ini manusia adakalanya kita pandai berkata-kata sampai kita pun banyak kali lupa
Maka jangan putus doa
Semoga allah jaga hati kita
Semoga terpeliharalah iman kita


Canvas rindu

Saat ini
aku sedang mengukir rindu
di canvas lukisan rasa
tak pernah terfikir untuk menyakitimu
sekarang, esok dan nanti
kau kan selalu ada di hatiku