Nampak permainan dia?

Pada muslimah, waspada dengan mulut lelaki, jangan disangka machonya lelaki seperti aq ini tidak pandai mengata/mengutuk/mencaci/mencarut.. Apa korang ingat pompuan je pandai bergosip?


ok abaikan..

cer tengok dua situasi di bawah ni..

Situasi 1:

Perempuan seksi lalu: "WOW! boleh buat awek ni..! aummm.."
Perempuan bertudung lalu: "Ko nak tau,dia ni la calon isteri aq nanti..! meowwww.."

korang nampak tak permainan dia di situ?

Pompuan lagi la dahsyat..

Pantang nampak laki hemsemm..

Situasi 2:

Lelaki hemsem lalu: "OMG! Hensemnye.. die tu aq punya..!"
Lelaki  tak seberapa hemsem lalu: "Tuh! boyfriend kau dah datang..!"

see..korang nampak tak permainan dia?

Kesimpulan yang aq dapat, lelaki kena jadi hensem..pompuan harus jadi cantik..! so jom ramai-ramai jadi cantik dan hensem.. apa punya kesimpulan dahhhh..

*tiada guna cantiknya paras rupa andai akhlak buruk dan busuk mengalahkan sampah!

who was I to make you wait?

manusia sering terlupa
nasihat menasihati,
ingat mengingati,
itu sangat perlu...

semoga setiap hari kita semua semakin menjadi soleh/solehah
amin
terima kasih atas peringatan ringkas yang sangat besar maknanya

Aku malu padamu

ketika menulis entri ini.. aq berseorangan kat tempat kerja... 
sangat feeling bila menulis entri sambil mendengar lagu nasyid mengenai junjungan tercinta Rasulullah.. 
saat menulis entri ni aq hanya menahan airmata yang mengalir... 

Ya Rasulullah.. aku malu..! sungguh aq malu kepadamu..! 
Ya ALLAH.. ampunkan dosa-dosaku..! 
sesungguhnya dosaku padaMu terlalu banyak.. 

dosa-dosa lalu selalu membayangiku... 
layakkah diri ini mencintaimu ya Rasulullah s.a.w...? 

dosa-dosa lalu menyedarkan diri ini bahawa aq adalah insan hina... 
layakkah diri ini bersama mu di akhirat kelak..? 

dosa-dosa lalu membuat aq ingin bertaubat..! 
aq ingin bersamamu di akhirat kelak ya Rasulullah.. 

berikan aq hidayahMu Ya ALLAH.. 
kuatkan diri ini untuk lebih mendekatkan diri kepadaMU..

Ya Rasulullah aq umatmu.. 
rindu akan dirimu ya Rasulullah... 
Harap Engkau sabar melihat umatmu akhir zaman ini..

Keinsafan

SALAM... 
Harap korang sentiasa tenang dan gembira menjalani kehidupan masing-masing... 

Tadi dalam aq sibuk2 berblogwalking terjumpa la satu blog hamba ALLAH SWT ini.. 
Hamba ALLAH SWT ini meletakkan lagu yang penuh keinsafan... 
Sungguh aq tersentuh dengan setiap ayat yang ada dalam lirik lagu ini... 
Sebenarnya lagu ni dah lama kat Malaysia.. dalam industri muzik tanah air... maybe hanya golongan veteran sahaja yang menyedari kehadiran lagu ini Andai kata ketika ini korang berada dalam bilik yang tenang... 

Cuba korang hayati lirik lagu ini serta video yang telah di edit... 
sungguh..! tersentuh hati ini melihatnya.. 
 Kalau ada masa hayatilah muzik video ini 
Hayati video dan lirik lagu ini



Video di atas sungguh menginsafkan diri... harap sama2 mendapat iktibar... 

Buat peringatan diri sendiri.. Semoga kemenangan memihak kepada yang benar..!!! 
aq bersyukur aq dilahirkan di Malaysia.... 
dan aq harap negara Malaysia ini akan terus aman damai dan harmoni... 
walaupun pada hakikatnya konflik kaum dalam negara Malaysia ini tidak ubah seperti "bom jangka masa"

Ya Rasulullah... layakkah kami menjadi umatmu?

-Lihatlah video ini walau sejenak-



VIDEO YANG MENGINSAFKAN DIRI..
VIDEO NI PERINGATAN UNTUK DIRIKU DAN KALIAN..

Video di atas ni aq dapat dari youtube.. dalam aq klik2 video kat youtube tu.. terjumpa la video yang sungguh menyentuh hati aq..

dalam video ni ianya lebih berkisarkan tentang umat RASULULLAH iaitu kita sendiri yang bergelar umat Nabi Muhammad... tapi layakkah kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad?

video ni mendedahkan sejauh mana keIslaman kita?
adakah kita islam pada nama sahaja?
atau adakah kita islam pada keturunan sahaja?
atau adakah kita islam berlandaskan sunnah Rasulullah!

Fikir2kanlah bersama.. semoga kita mendapat berkat dan hidayah daripadaNYA.. Amin..

Neraka Jahanam


hye semua.. harap korang dalam keadaan sihat sentiasa...
entri kali ni aq nak share tentang NERAKA JAHANAM..
Sapa tak tahu tentang neraka? mustahil korang tak tau apa tu neraka kan..kan..
dapat ke korang membayangkan neraka tu?
yang pasti aq sendiri pun tak nak membayangkan neraka jahanam ni..
Takut owh..! k.. artikel ni menceritakan RASULULLAH S.A.W JUNJUNGAN TERCINTA jatuh pengsan saat mendengar kata2 dari malaikat JIBRIL tentang umatnya yang berbuat dosa besar dan tidak sempat untuk bertaubat..! umat RASULULLAH S.A.W yang tidak sempat bertaubat ini akan di tempatkan di tingkat yang ke7 neraka jahanam.. k kalau nak tau lebih lanjut, baca la artikel di bawah ini..

::
::
::
::
::
::

Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer...
bacalah sampai habis.. sekejap jer.. x sampai 5 minit.. pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....
Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari umatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya ang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

''Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (Ahli Puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud: 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

BETAPA BAGINDA RASULULLAH S.A.W MENYAYANGI KITA, UMAT ISLAM SEKALIAN ALAM~ MENGALIR AIR MATA BAGINDA BILA MENDENGAR BAHAWA ADA DI ANTARA KITA AKAN DI HERET MASUK KE DALAM API NERAKA~
BAGINDA RASULULAH S.A.W JUGALAH YANG AKAN MEMBERI KITA SYAFAAT KELAK~

NAMUN, KITA YANG TIDAK MENYAYANGI DIRI KITA SENDIRI~ KITA SENDIRI YANG MEMBINASAKAN DIRI KITA SEHINGGA MENJERUMUSKAN DIRI KITA KE LEMBAH KEMAKSIATAN DAN MENGIKUTI JALAN SYAITAN YANG MENYIMPANG DARI JALAN LURUS AGAMA ALLAH~

BAYANGKAN ANDAI KITA DAPAT MENJUMPAI BAGINDA SUATU HARI KELAK~ ALANGKAH MALUNYA JIKA KITA DITANYA BAGINDA MENGENAI KISAH HIDUP KITA SEMASA DI DUNIA~ PENUH DENGAN KEMAKSIATAN~
BERTAUBATLAH, SESUNGGUHNYA, MASIH ADA MASA UNTUK BERTAUBAT~
JANGAN SAMPAI NYAWA SUDAH DITARIK SAMPAI KE TEKAK BARU MAHU BERTAUBAT~

CINTAILAH RASULULLAH~ MELEBIHI CINTA KAMU KEPADA MANUSIA DAN MATERIAL YANG KAMU MILIKI~
KATAKAN: "YA RASULULLAH~ SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT MENCINTAIMU~ KAMI SEDIA BERJUANG DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA YANG TELAH KAU PERJUANGKAN SELAMA INI.."

YA ALLAH~
TERIMA KASIH KERANA MEMANJANGKAN USIA KAMI SEHINGGA KE HARI INI, AGAR KAMI DAPAT SEGERA BERTAUBAT DENGAN SEBENAR-BENAR TAUBAT~ SESUNGGUHNYA SYURGAMU ADA PRIORITI KAMI BERBANDING HARTA YANG ADA DI DUNIA~
SESUNGGUHNYA, HARTA DAN KEKAYAAN SERTA DUNIA MERUPAKAN SEMENTARA DAN TAK KEKAL~ AMPUNKAN KAMI YA ALLAH~ AMPUNKANLAH KAMI~

p/s:k.. kepada yang baca sampai habis tu tahniah kepada anda.. anda di galakkan untuk share entri ini.. bagi yang sudah maklum tentang entri ni.. apa salahnya baca semula kan? hehehe..
aq mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa hati dengan aq.. mana la tau aq bergurau tak kena tempat kan... ^_^ apa salahnya benda baik kita kongsikan bersama agar dapat menjadi peringatan pada diri masing2..

Mutaiara Kata


Sapa minat baca mutiara kata? kalau ada yang minat angkat tangan anda.. angkat tangan tinggi2 tau.. macam budak kecik sebelah ni buat... hehehe \(^_^)/

k... bagi yang angkat tangan tu thanks kerana ikut apa yang aq suruh, ternyata anda memang seorang yang dengar cakap... hehe.. bagi yang tak ikut cakap aq, thanks kerana senyum.. ngeeee.. "dia manyakK sunyumm" ^____^

ni aq nak kongsi mutiara kata ngan korang semua...
mutiara kata ni aku dapat sebuah buku....DR HM TUAH ISKANDAR

disebabkan aq minat gak ngan mutiara kata so, aq cilok ar kata2 indah dari buku ini..

" Jangan Kelam Kabut, sebab kelam kabut akan menyebabkan daripada kepintaran anda hilang"

" Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

" Minta maaf biarlah ikhlas nk minta maaf, lahir dari lubuk hati, bukan setakat hati tapi lubuk hati "

" Dalam kerendahan diri ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kesempitan hidup, ada keluasan ilmu...Hidup ini indah kerana Allah"

" Berbahagialah orang yang naik gaji turun pangkat, tapi meranalah mereka yang naik pangkat turun gaji "

" Membuat salah dan mencari salah memang pandai tapi nk mengaku salah, itu yang xpandai pandai"

" Orang yang xtahu buat tapi ingin nak buat mmg ramai, daripada ramai lagi orang yang tahu buat tp sentiasa x mahu buat"

" Duit bukan penyelesaian masalah, tak ada duit lagi banyak masalah "

" Menepuk air di dulang x semestinya terpercik ke muka sendiri, kadang-kadang terpercik juga kemuka org lain "

" Orang jahat yang suka berterus terang itu 1000 x lebih baik dari org baik yang suka berahsia-rahsia"

" Ada org berjalan jauh kerana mencari pengalaman, tetapi ada juga org yang jauh berjalan kerana mengalami kesesatan "

" Kadang-kadang sesuatu yang kita sangkakan petaka hari ini, rupanya mutiara pada hari esok; sesuatu yang kita sangkakan mutiara hari ini, rupanya naga pada hari esok. Naga/Mutiara kitalah yang menentukan "

" Senang xkan dapt tanpa susah tapi susah memang senang dapat tanpa susah payah "

Rasulullah s.a.w bersabda :
" Akan masuk syurga org yang hati dan jiwa mereka bagaikan hati burung, ertinya hati yang baik dan tidak kejam, bertawakkal bersungguh-sungguh dan percaya atas jaminan Allah padanya."

" Tidak akan masuk neraka org yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong"

Sabda Nabi s.a.w Abdullah b. Masaud berkata :
" Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembabkan otak; perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan org yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa lalu dan panjang angan -angan"

Nilai Wang Hantaran

aduiih...kena tanya ms armageddon la kalau tak membujang lar jawabnya..

Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetapmenjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti ‘selamat pagi’, 'selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas sms-nya, kerana dengan kiriman sms itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yangberbeza, bukan “aku cinta padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim sms.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak akan berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam cd milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim sms atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang sengal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim sms. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar inbox-nya. Dia masih menyimpan sms-smsdari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang darikehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia takpernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.