Cerita Kami

Hadis 40 ( Fadilat al-Quran )

Saiyidina Abu Said r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Allah SWT berfirman,'Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa utk mengingati-Ku dan berdoa kepada-Ku kerna sibuk dgn al-Quran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yg terbaik yg Aku kurniakan kpd org yg berdoa kepada-Ku.' Ketinggian perkataan Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala makhluk (ciptaan-Nya)." (HR Tirmizi,Darimi dan Baihaqi)

Malam ini

Hmmmm....malam nie...yup...aq kembali tringat kat arwah mak....aq amat rindu kn gelak tawanya...marahnya...
smua skrg tgal kenangan...btul lah apa org kata...bila org tue dh x da,bru rasa rindu....

Tadi tringat kat arwah mak..so trus p pantai quensbay...tringat mkn jgung cawan sama2..ALLAH!!!! Sedih sgt hati nie...tp aq kna kuat sbb lpas nie smua kna hadap sorg2...

Syukurlah aq dikelilingi sahabat2 yg mampu tlg aq dikala ssh dan sng..tq smua sbb support aq... terima kasih ya Allah kerna memberi pinjam mak kpd aq walaupun hnya sementara...moga mak tenang kat sana...cheq rindu kat mak....hanya al-fatihah cheq iringkan bersama doa utk mak...

Assalamualaikum semua... Allah!!!
Lama x menulis kat ruangan nie..
Tq x trhingga pd cik ana yg urus blog nie...tq nah...
Dan apa khabar smua...now bleh update ap
ja sbb hp in da fingers...
Saja ja nk test...owh ya..sapa2 yg doj area penang esk mai la masjid jelutong..ad kuliah k..anjuran yayasan mustffa..depa bwk mai ank murid habib umar...mai jgn x mai #mengajisampaimati #

When I Grow Up

Sewaktu zaman kanak-kanak ria, kita tak sabar kan nak jadi orang dewasa.. tengok orang bergaya kita pun nak bergaya.. tengok pekerjaan orang kita pun pasang angan-angan :D
Betapa dirindui sangat-sangat zaman itu.. manisnya..

Kalaulah.. kalaulah.. kalaulah... hurmmmmmmmmmm


Sendiri Lagi

Tanpa kita duga
Kadang hadirnya ternanti-nanti tapi mengapa tidak pula dihargai?
Itulah manusia dalam duniawi
Yang namanya manusia
Merindui yang lama itu biasa

Salam Perantauan

Buat sahabatku yang masih mengenali...anda sentiasa dalam ingatan....

Semoga Allah panjangkan usia, perbanyakan doa moga kita bertemu lagi akan datang. In sha Allah.

Usia umpama harta bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya.
Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih2kan.
Begitu juga usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.

Ana ingin menyusun 10 jari memohon keampuanan pada semua andai ada bicara yang kurang menyenangkan atau menguris perasaan semua, harap maafkan ana yang sering melakukan kesalahan. Yang buruk dari ana sendiri dan yang baik dari Allah s.w.t.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Dalam Lingkar Suci Cinta Mu

Sirnalah detik silam
Bila hakikat datang bertandang
Dalam hitungan waktu yang berlalu
Yang mengakar sabar mencari redha-Mu
Subhanallah...
Sentiasa Kau tuntuni kami yaa Rabbi
Dalam sorot iktibar semesta-Mu tak terjangkau hati
Penghuninya bergerak
Pabila Kau berkehendak
Neraca nyata Kau tampakkan
Bila penghujung nafas telah ternokhtahkan
Ampunilah kami yaa Muhshii
Bila hati jelas tak terbenahi
Bila mata tidak memandang
Andai kalbu tak terjinakkan
Lindungi kami yaa nurul Waahid
Dengan hidayah-Mu hingga akhir nanti
Aamiin2...irhamna yaa Allah...

Makna

Kita mamah sedulang sepi yang terhidang
Tanpa kata hanya saling menikam pandang
Berjurus-jurus lalu bayu pun berhenti berderu
Meredah sayap dengan rasa ingin tahu
Malam membungkus seluruh bicara
Membiarkan kita meraba-raba makna
Bintang yang hilang kerdipnya
Menyodor selembar mimpi
Yang siap ditafsir
Oleh sang musafir
Sedang dadanya sarat dengan khuatir
Kalau masa itu hanya sekeping kartu
Yang merakam ratip-ratip rindu
Berapa lama lagi kita merelakan
Lena ini memasung jaga
Jaga ini mengusir cinta
Cinta ini membunuh cinta
Yang teratas antara segala
Rahsia ini bukan lagi rahsia
Untuk tanyamu kenapa puisiku hanya menghembus sunyi
Kerana aku kian lelah
Untuk sembunyikan hati sendiri

Melaka Yang Dirindui

Jauh di lamunan
Terbentang satu laman impian
Tak pernah pudar
Tak lapuk dek cuaca
Terus bersinar

Duduk aku di tebing sepi
Merenung sinar menusuk sanubari

Salahkah aku
Sentiasa sunyi
Berteman mentari
Bersama rembulan
Berkasih bintang
Bercinta awan

Seseorang aku
Pasti sukar untuk difahami