Hikmah setiap Kejadian


Sebaik-baik manusia yg diciptakan sebagai makhluk yang sempurna tidak akan bernilai bila tanpa ketakwaan kpd Allah SWT. Sentiasa beribadah kerana rasa takwanya kepada Allah SWT. Ketakwaan manusia kepada Allah SWT menjadi bekal dalam menghadapi liku-liku kehidupan di dunia. Hal ini dapat difahami bahawa ketakwaaan selain sebagai bentuk ketaatan kpd Allah SWT juga sebagai jalan untuk mendapatkan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.

Ketika kita hidup dlm keadaan baik, ketakwaan pun akan baik juga. Namun seiring dgn berjalannya waktu, zaman yang semakin maju yang dipenuhi prilaku berkaitan moral, Allah akan menguji ketakwaan seseorang dgn suatu musibah atau dengan suatu nikmat yang sangat melimpah, sehingga kadangkala kita terlelap dlm keengkaran. Namun daripada itu, sbg kewujudan manusia di dunia ini, ketika ditimpa cubaanyang sgt berat, kita harus tetap mensyukuri apa yang ada.

Meskipun kehidupan dipenuhi oleh warna-warni, tapi hendaknya kita menjadi orang yang memetik hikmah dari perbezaan tersebut. Musibah mahupun nikmat tidak akan memberikan rasa berbeza di kala kita sudah mafhum terhadap kebijaksanaan Ilahi kerana tidak selamanya kenikmatan memberikan kebahagiaan. Begitu juga sebaliknya, tidak selamanya musibah memberikan kesengsaraan jika kita mampu memetik hikmah yang terkandung didalamnya.

Kebaikan, kejahatan, nikmat, derita, ujian semuanya sama. Bukan hanya semua itu adalah hukm alam di mana manusia hidup didalamnya, tapi juga kebaikan untuk manusia sendiri. Perbandingan yang tepat mungkin boleh dilihat dari sikap tegas dan lembut dari orang tua. Manakah di antara keduanya yang lebih baik bagi pendidikan anaknya? Jika hanya kelembutan yang diberikan, maka oranag tua dianggap tidak memberikan pendidikan yang baik kpd anak. Demikian pula apabila seseorang merasakan terus nikmat tanpa penderitaan, haruskah manusia menganggap buruk musibah kejahatan, penderitaan dari Tuhannya?

Jika kita telah mengetahui bahawa manusia adalah makhluk mulia yang diciptakanNya, maka masihkah kita mempersoalkan keMaha Adilan Nya? Sedangkan Dia Maha Bijaksana. Wallahualam…..

0 comments:

Ayat Bismillah


Tidak dikira amal sesuatu yang tidak dimulakan dengan bismillah. Amal yang tidak didahulukan dengan ucapan Bismillah maka amal itu akan terputus dari hubungannya dengan Allah yg mana segala amal itu sepatutnya dilandaskan.

Walaupun kita sering mengucapkan Bismilllah namun pada hakikatnya ianya hanya sekadar ucapan
lazim yg sudah menjadi kebiasaan pada lidah namun tiada kesan di hati. Apatah lagi perbuatan yg
tidak langsung dilampirkan dengan ucapan Bismillah maka manakan boleh kita mengklasifikasikan
perbuatan tersebut sebagai amal kebaikan walau af'al atau perbuatannya memang bersifat baik dan
terpuji.

Waima perbuatan yang tidak layak dimulakan dgn Bismillah maka telah jelas bahawa ianya bukanlah tergolong dalam amal maaruf. Maka janganlah kita memandai-mandai menamakan kerja amal seperti konsert amal jika penyanyinya sendiri tidak merasa layak memulakan nyanyiannya dgn Bismillah walaupun lirik lagunya dikatakan berkonsepkan ketuhanan.

Waspadalah kita terhadap agenda musuh-musuh kita yang sewenang-wenangnya melabelkan aktiviti yg mereka anjurkan merupakan amal kebaikan sedangkan di dlmnya terselit pelbagai kejahatan. Tiada liberalisasi dlm agama islam. Islam bukan manifesto yg boleh digubal bagi menepati kehendak manusia setempat pada sesuatu masa kerana kesyumulan islam merentasi sempadan masa, tempat, kaum dan situasi kehidupan manusia. Islam yang turun seribu empat ratus tiga puluh tiga tahun dahulu setentunya sesuai utk diamalkan beribu tahun lagi malah lebih lagi selagi ala mini belum kiamat.

Wadah kehidupan harian kita sebai hamba Yang Esa semata-mata untuk memperhambakan diri kepadaNya dan tidak pada yg lain-lain. Tiada kita diajadikan untuk menjadi hamba kepada duit , hamba kpd sesama manusia, hamba kpd nafsu dan lebih buruk jika tanpa sedar kita diperhambakan oleh syaitan yg direjam. Islam diterima ramai kerana dengannya manusia bebas dari segala jenis perhambaan zahir dan batin. Sehinggakan seseorang yang arif dan memahami hakikat insane tidak semudahnya mengakui dirinya hamba Allah kerana martabat seorang yg benar-benar menghambakan dirinya pada Allah bukan sekadar apa yg kita fahami hari ini.

Semoga kita diberikan Allah hidayah bagi membuka mata hati kita untuk menyaksikan kebesaranNya dan seterusnya taufiq bagi mempermudahkan diri kita melakukan amal-amal maaruf seikhlasnya dan ingatlah, mulakan setiap perbuatan dengan Bismillahirahmanirrahim dan apa saja perbuatan yg tidak layak didahulukan dengannya maka jelaslah selayaknya ia dihindarkan kerana kita tidak tahu mungkin dalam kita melakukan perbuatan tersebut kita dijemput mengadap Allah dan apakah alasan kita untuk berikan di hadapan Allah Azzawajalla. Renung-renungkanlah……

0 comments: